Friday, October 30, 2009

suka-suki

Sekarang pukul 3.56 pagi. Baru je lepas makan bihun sup yang hampir nak basi. Tapi tibai je la.. Perut tengah lapar kan. Lagi pun takkan nak buang macam tu.. Membazir itu amalan syaitan.. huuu~ Dah kenyang boleh la update blog dengan senang hati...

Sejak dua menjak ni memang selalu tak tidur malam. Lepas subuh baru mata boleh lelap. Haishh.. Risau.. Malam dah jadi siang dan siang dah memang confirm macam malam. Membuta je.. Nak kena ubah balik jadual tidur sebab takut masa exam nanti mengantuk pulak.. Aku dah bagi tahu ke jadual final exam aku? Belum kot kan..

Okey.. Here we go..

2 November 2009 - International Business Policy dan Bahasa Melayu untuk Pengurusan
Yup.. Dua subjek dalam satu hari. Harap2 tak tension sangatlah. Study pun tak habis lagi ni. On the way nak khatam buku Global Strategy untuk International Business Policy..

5 November 2009 - International Finance
I have to work hard for this subject. Kena dapatkan tunjuk ajar PAKAR. Tapi tak tahu lagi nak mintak tolong siapa.. Sangat menakutkan!!

11 November 2009 - Export Management dan Pengantar Komunikasi
Dua paper lagi.. I can do well in both subject. InsyaAllah.. Sebab sebelum tu pun ade gap lama. Memang nak kena prepare awal2. Kalau boleh nak score A..

16 November 2009 - Makroekonomi
Makro?? Will getting over-stress on this subject!! Omaigod.......

This is my final semester. Yeah.. FINAL semester. So, I need to do my best!! Kalau malas pun, fikir balik dalam hati.. "tinggal lagi sikit nak habis.. Sabar2.."

Lagi 20 hari je duduk kat Kolej ni. Lagi 20 hari je nak tinggalkan UUM.. Memang seronok tak terkata. Tapi bila fikir nak berpisah dengan kawan-kawan, rasa sayu pulak hati.. Gonna miss you, guys!! Memandangkan lagi 20 hari je aku ade kat sini, aku pun meluangkan aktiviti kegemaranku di waktu petang. Berjalan-jalan melihat alam ;)

Sebagai tuan punya blog, aku nak mencari glamour kat sini.. Apa lagi.. Post gambar sendiri laaa..



Ye.. Tau.. Ke'poyo'an terserlah.. Admit it.. Huhu..



Wednesday, October 28, 2009

Adoiiii...

Sakiiiiittt peruuutttt!!! Tolong!!!

Adeii.. Serius.. Memang tengah sakit perut sangat2 ni. Tak taulah kenapa. Nak kata salah makan, tak kot. Sebab daripada pagi tadi memang aku tak makan apa2 pun. Nak makan pagi macam mana kan. Bangun tidur pun matahari dah tercacak atas kepala. Tengok.. Ayat tipu terserlah kan. Huhu.. Okey.. Sambung cerita sakit perut tadi. Tadi masa makan kat Cafe Utama, aku order Meggi goreng dan air milo panas. Sekarang memang elakkan ais 100%.. Minum air panas dan suam je. Lepas makan kat situ la, perut aku jadi sakit gila2.. Sampai sekarang sakit lagi.. DUhhhhh... Minyak Cap Kapak dah setengah botol aku guna. Sapu kat perut. Berangin je perut ni.. Hehehe..

Sekarang ni selalu je kekurangan idea menulis. Kalau dulu, satu hari tu macam nak post 5 entry sekali gus. Tapi sekarang? Dua hari sekali pun belum tentu aku update.. Tapi kira okey lah kan. Tak adalah aku biarkan blog aku ni bersawang-sawang sampai sebulan..

Sejak dua menjak ni, kat sini selalu hujan. Hujan lebat yang amat.. Dan mulalah aku menyanyi2 lagu Hujan. Walaupun hujan, aku terpaksa juga masuk ke dalam kampus untuk selesaikan beberapa urusan. Dah hujan kan, memang basah kuyup. Dah tak cun dah.. Muahahha..

Dalam hujan pun, sempat berposing kat Bangunan Canselori ;)

Then, kami pergi ke Varsity Mall. Kat Varsity Mall tu ada supermarket, kedai buku, foodcourt, gift shop, bank, post office dan kedai-kedai lain lagi. Lama gila tak pergi situ. Kami menghabiskan masa di gift shop.. Tak beli apa-apa pun. Tengok2 je...

Waahhh.. Banyak gila teddy bear!! Aku takde lah fanatik sangat dengan anak-anak patung ni. Tapi kalau dah orang bagi, aku sukeeee je.. Hehehe..

Teddy bear ni mengingatkan aku pada teddy bear yang pernah aku dapat.. Special present from my best friend. Dia bagi sempena pemergian aku ke UUM.. Sayang sangat kat teddy aku tu..

Bantal LOVE UUM.. Cantik kan? Nak??? Kalau nak bagi tau ehh.. Aku belikan ;)

Orait. Settle update blog hari ni. Lepas ni boleh study dengan senang hati. Err.. Study ke?? Study gak kot sikit2.. Hehe..



Sunday, October 25, 2009

No title

Hari ni banyak ketawa.. Ketawa tak hengat dunia! Sampai sakit pipi.. huhu..

Cousin aku kena ragut. Sekarang agak kronik kat Hospital Putrajaya. Tak boleh bangun, tak boleh makan. Hanya salurkan makanan melalui tiub. Muka bengkak. And the worse thing is usus dia bocor (lebih kurang macam tu lah). Sebab dia teruk kena pijak kat muka dan badan. Minta sama-sama kita doakan dia selamat dan cepat sembuh..

Tadi mood okey sangat nak update something special kat blog ni. Tapi bila dah terdengar ada ayat-ayat yang tak sedap didengar, terus delete entry yang dah siap dipostkan tadi.. Dan diganti dengan entri yang membosankan ni..

Tak ada apa yang menarik...

No DIGI D'Campus peneman setia. Guna RM2 sehari dan dapat free call and SMS ke semua nombor Digi, 24 hours.. Apa lagi? Pergi beli cepat.. Huhu..

Nak upload gambar. Gambar makan-makan with my BFF..

Makanan semua dah diangkut oleh abang yang kerja mengemas meja. So, tak dapat tunjuklah betapa penuhnya meja kami tu. Huhu..

In this photo (eceh.. Macam kat facebook pulak) :
Nadiah (my roomate), Wan Suraya, Afniza, Dilla, Berd, Anita

Err...
I'm curious about this thing :
If someone doesn't care about my words, how could I tell him/her about my feeling? I just want to tell the right thing to the right people..

Hurm.. Think back or simply ignore it??

Owh.. Okey. Just ignore it!
*sigh*



Saturday, October 24, 2009

I'm not single..

Tajuk post kali ni tak leh blahh.. Tak ada kena mengena pun dengan entri ni. Saje je buat tajuk macam tu. Hehehe..

Err.. Wait a minute. I'M NOT SINGLE.. am i??? *smile* (buat muka gedik2 sikit.. Hahaha)

Tak tahulah nak update apa hari ni.. Macam bosan kot. Haihh.. Ni pun tak mandi lagi. Tau sekarang dah pukul berapa? 11.56 malam.. Tak mandi lagi!! Okey.. Perangai I memang teruk lately.. Admit it..

Haaa.. Before terlupa. I have something to announce.. Mulai dari hari ni dan selama-lamanya (maybe..), I have stopped publish any entry from this blog through facebook.. Why? Because I need to satisfied many people. Too many people.. Haihh.. Panjang la ceritanya. But, the point is kawan-kawan facebook memang dah takkan nampak new entry kat sana, i mean kat facebook.. Harap maklum...

Sejak akhir2 ni, aku rasa dah tak ada privacy untuk menulis di blog sendiri. Dah tak macam dulu.. Aku dah tak boleh menulis apa yang aku fikirkan, even luahan hati aku sendiri. Banyak benda yang terbatas.. Macam tak best la.. I just planned to make my blog private. Macam Fina pernah buat dulu. Maybe this is the one and only choice that I have.. But, I didn't confirm it yet. Masih dalam pertimbangan.. Bukannya apa.. Daripada mula aku menulis blog, aku rasa lega dapat meluahkan semuanya di sini. Tapi sekarang...?? Hurm.. Okey2. Aku tak salahkan diorang pun. Diorang ada hak membaca. Lagipun dah memang aku publish kat sini untuk bacaan umum. Betul kan? Haishh.. Aku ni je yang bengap sangat.. Adeii.. Sorry guys for this stupid things..

Kepada sesiapa yang pernah terasa hati dengan hasil tulisan aku kat sini, tolong maafkan! Mintak ampun sangat2. Tak berniat langsung nak buat korang terasa. Aku tulis apa yang aku fikirkan.. I have mentioned for many times.. Isk.. Tak tahulah nak cakap macam mana. I'm sooooo sorry.. I really mean it..

Masih dalam mood BORING....

Eh.. Jom YM. Kita berkenalan ehh.. add aku :

anarchist2024@yahoo.com



Thursday, October 22, 2009

Review balik..

Hari ni hari Khamis - 22 Oktober 2009. Semua orang tau kan? Haih.. Itu pun nak mention gak kan.. Inilah namanya intro..

Okey2..

Hari ni adalah hari yang paaaaling melegakan aku. Semua assignment dah submit. Semua presentation dah selesai.. Fuh.. Lega gilaaa.. Ni pun baru je balik daripada submit assignment International Finance.. Terus update blog untuk beritahu satu dunia yang aku sekarang dah lega.. Walaupun tak lega sepenuhnya sebab exam menunggu seminggu je lagi.. Tapi tak nak cakap pasal exam dulu. Tak nak! Tak nak! Tak nak!!!

Daripada awal sem lagi aku cukup takut dan rasa sangat tertekan dengan sem akhir ni. Blog ni lah jadi pendengar setia. Hehe.. Banyak yang aku dah cerita dalam blog ni. Kat sini, sini, sini, sini dan banyak lagilah. Tapi Alhamdulillah.. Semuanya selesai walaupun terdapat terlalu banyak kekurangan. Hurmm..

Makroekonomi - Assignment ni agak okey. Sebab aku dibantu oleh dua orang pelajar Cina yang pandai dan senang memberikan kerjasama. That's why I prefer to have Chinese student in my group assignment. They were really focus on the assignment given. Err.. It doesn't mean aku nak memburukkan orang kita. That's only my opinion.. Depends on you laa.. Tapi, itulah yang sebenarnya aku rasa. So, overall.. Assignment ni memuaskan!

International Business Policy - Inilah subjek yang membuatkan aku gundah-gulana. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.. Hahaha.. Okey. Aku tipu! Tapi sangat tertekan la dengan subjek ni. But finally, it succesfully done! Erm.. Success?? Yeah.. Almost success. Hehe.. Report dah submit dan presentation juga dah lepas. Nak kata puas hati tu tak juga. Tapi benda dah lepas, kita kena tawakkaltu 'alallah je lah.. Biarpun tak kesemua ahli kumpulan memberikan kerjasama, tapi aku dah malas nak fikir. Geram tu memanglah geram. Tapi memang dari awal lagi aku dah agak benda ni akan terjadi. So, terima je lah dengan hati yang terbuka. Salah aku jugak sebab terlalu mengikut kawan.. Haaa.. Terimalah sendiri padahnya..

Bahasa Melayu untuk Pengurusan - Yang ini sempooii je.. Tapi sebelum nak siap tu, banyak jugalah benda nak kena fikir. Kitorang siap tempah banner lagi untuk presentation tu.. Banner tu sangat cantik. Credit to Wan.. Dia yang design banner tu..

BAHASA MELAYU PENCETUS INTEGRITI NASIONAL
Itulah kempen kumpulan kami.. GEMPAK!!

Export Management - Setiap sem aku akan ada satu subjek yang menjadi pilihan kalbu. So, sem ni, Export Management yang paling aku suka. Mungkin lecturer okey dan bila dia ajar, aku senang faham. Sebab tu rasa best je.. Assignment?? Hurmm.. At first, we have done a good job. Ahli kumpulan pun bagi kerjasama.. Tapi bila dah masuk Section B, hanya aku dan seorang lagi kawan SAHAJA yang buat. Kerja untuk 5 orang, tapi hanya kami berdua je yang buat. Rasa macam nak bergelak-ketawa sambil guling-guling pun ada. Kitorang bagai nak gila buat assignment ni sampai tak tidur malam. Of course la kami nak yang terbaik kan.. But, at last..... semuanya hancur! Memang aku tau semua tu salah kitorang. Kerana nakkan yang PERFECT, kami terlupa benda yang remeh. Lecturer said that she might deduct half marks from our assginment!! What the...??? Masa tu rasa macam nak nangis. Ooopss.. Sori. Bukan macam nak nangis. Tapi memang dah nangis pun.. Huhu.. Terus ngadu dengan mak. Mak cakap doa banyak-banyak biar lembut hati lecturer. Ye.. Betul2.. Doa, doa dan teruskan berdoa. Allah tolong...

International Finance - Calculation subject!! I hate it!! Sekali lagi.. Untuk subjek ini, aku dan seorang lagi kawan yang pulun habis-habisan untuk menyiapkan assignment ni. Budak group lain ada buat part masing-masing. Tapi diorang buat cincai. Sangat sangat sangat cincai!!! Hurmm.. Dan sekali lagi.. Tak tidur malam pun.. Daripada cari bahan, buat discussion dengan group lain, edit, hinggalah submit tadi. Semuanya kami berdua je yang buat.. Bukan nak mangungkit. Tapi meluahkan geram yang membara.. Muahahaha.. Sampai pening kepala dibuatnya. Kamilah juara bertahan sebenar.. Huhu..

Pengantar Komunikasi - Ini adalah subjek elektif bebas yang kitorang pilih. Kenapa kitorang pilih subjek ni?? Sebab nampak macam senang. Tapi tak sangka, banyak assignment. Hahaha.. Padan muka kitorang. Tapi, buat assignment ni enjoy tau. Dah cerita dah hari tu kat sini. BEST.. BEST.. BEST!! ;)


Eiii.. Rasa macam nak letak je semua gambar geng-geng komunikasi kat sini. Hahaha.. Havoc gile ah dengan diorang ni.. Bergambar tak hengat duniaaa..

Itulah dia suka-duka aku dalam membuat assignment sem ni. Kadang-kadang rasa tak sabar sangat nak habis belajar. Dah muak ngadap assignment yang menimbun tu. Tapi bila stress dah reda, rasa sayang pulak nak tinggalkan alam belajar. Orang yang bekerja ni cakap, lebih baik belajar daripada bekerja. Hurmm.. Entahlah. Apa yang penting sekarang, I need to prepare well for my final exam. I want to do the best in my final semester. "To get the best, I must give my very best".. Till then.. Wish me luck.. Love you ;)



Monday, October 19, 2009

SIapakah??



Anak siapalah ni?

Buat apa pulak tengah-tengah malam macam ni berdiri kat situ?

Bawak beg pulak tu..

Nak lari dari rumah ke?

Ada masalah kot..

Putus cinta?

Erm.. Entahlah....

Setiap masalah, mesti ada jalan penyelesaiannya. Jangan bertindak terburu-buru. Apa yang terjadi, banyak-banyakkan lah doa kepada Allah kerana Allah je yang boleh bantu kita dalam apa jua keadaan. Don't you ever try doing the stupid things! It's not the solution, okey!

Remember!!

And also to remind myself..

Semoga dia selamat...

Semoga dia dalam lindungan Allah...

Aaminn..


p/s :
Entri dan gambar ini tak ada kena mengena dengan orang lain, kecuali 'dia'.. Muahaha..
Terima kasih kepada 'dia' kerana sudi menjadi model untuk kali ini.. At least, ada jugak bahan untuk dipostkan dalam blog terchenta ni.. Hehehe..

p/s lagi sekali :
Gambar kurang berkualiti. Terimalah seadanya ;p



Friday, October 16, 2009

Cari Jodoh..

Kepada cik abang-cik abang yang single and available...
Kepada Makcik Pakcik yang ada anak bujang..
Kepada sesiapa yang ada kawan-kawan yang masih solo...

Mai la sini saaattt..
Dengaq sat lagu nehh..
Khas buat hampa semua nooo..



Apa salahku, apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengubat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat, selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian, hingga musin rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan, inikan cobaan

Ibu-ibu, bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku, aku yang tengah malu
Pada teman-temanku
Kerna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman.. Pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku, kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau..

Inilah lagu pilihan kalbu pada kali ni. Hahaha.. Ntah apa2 entah aku ni. Haishhh.. Ini semua sebab dah tak ada idea sangat nak update blog ni. Lagi pun sejak dua menjak ni, lagu ni la yang aku asyik dengar. Cuba tengok lirik dia. Tengok kat rangkap ketiga, baris terakhir..

Kerna cuma diriku yang tak laku-laku..

Bila aku nyanyi, aku akan ubah lirik tu menjadi :
Kerna cuma dirimu yang tak laku-laku..

Hahaha.. Takut gak kan. Kalau nyanyi 40 kali, betul-betul pulak tak laku..
So kalau dah tukar lirik, MU lah yang tak laku-laku. Bukan KU.. Muehehe..

Lepas ni mesti aku akan terima komen yang bermacam-macam. Yang menyakitkan mata aku bila membaca. CONFIRM!!! Kadang-kadang aku tulis gurau-gurau pun salah. Bukan aku bermaksudkannya pun. Saja je buat penghibur hati sendiri. Entri kali ni bukan niat pun nak cari jodoh atau nak mengiklankan diri sendiri. Ohh.. Tidak sama sekali!!! Jangan la fikir sampai ke situ.. Tak baik tau. Tuhan marah! (ter'emo' lebih pulak.. Huhu)

Just enjoy the song, okey..



Monday, October 12, 2009

pendek-pendek

Semalam tidur lambat. Chatting dengan AYU. Shared something that I'm not simply share with anyone.. Cried for the whole night sampai tertidur sendiri.. Bangun pagi. Mata bengkak. Sembap. Buruk sangat..

Trying harder to forget all the things happened between US.. Thank for the support, Ayu! Really appreciated. Be strong, kan? Okey..

FORGET IT!

FORGET IT!


FORGET IT!

Hari ni tak ada kelas. Ada pilihanraya universiti. Kena bangun pagi. Pergi mengundi.. Mata masih bengkak. Lantaklah..

Kepala sakit. Kepala pening. Kepala pusing.. Duhhh..

Assignment melambak2. Banyak yang tak settle lagi. Assignment International Finance tak reti nak buat. Group members pun tak reti. Nak tanya orang, diorang tak ada masa nak ajar. Macam nak buat kerja jahat.. Jeng Jeng Jeng.. Apakah??

Line Maxis kena potong. Tapi dah bayar. GERAM..!! Maxis ngok ngek!!

Dengar nasyid. Hati tenang. Dengar lagu lain. Kepala serabut..

Blogwalking - dah jarang. Tak ada masa. Wireless lembab..

Facebook - selalu. Setiap masa. Tak boleh missed.. Huhu..

Dapat email. Company panggil interview. Cheras - hari ni. Kat Subang Jaya - 14hb - Sama dengan AYU. Tak boleh pergi. Ada kelas. Hope will get another chance..

Perut lapar. Perut kosong. Makan kerepek. Tak kenyang langsung.. (Aik.. Bunyi macam pantun)

Final exam - start 2 November. Habis 16 November. Malam pulak tu. Plan nak pergi Langkawi. Tempat kenangan.. Hahaha..

Tak nak tulis lagi. Nak pergi makan..

Sorry for the simple entry. Kalau faham, bagus. Tak faham, laaagiiii bagus ;)



Saturday, October 10, 2009

Meeting dengan CEO

Malas ah nak berintro2 ni.. Terus pada stori mori kita, okey..

Aku telah dilantik sebagai Designer Executive oleh sebuah syarikat yang memerlukan khidmat aku. Ada dua orang lagi yang telah dilantik untuk bersama-sama menyiapkan salah satu projek syarikat tersebut, iaitu Hafiz dan Suraya. Dalam projek ini, kami dikehendaki menyediakan satu kertas kerja berkenaan dengan cadangan rekabentuk kasut bola sepak.. Pehh.. Gila tak gila la kan. Tetapi, Alhamdulillah.. Succesfully done! Kami telah mengadakan mesyuarat dengan pihak syarikat tersebut, dan mereka juga telah bersetuju dengan kesemua cadangan kami ni. Bijakk.. Bijakk ;)

Untuk memberikan ke'glamour'an pada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat tersebut, aku akan mention nama diorang di sini.. Kami, yang Designer Executive ni memang da terserlah glamournya.. Muahaha..

CEO - Tuan Hadi
Secretary - Che' Lah (memang nama tu je yang aku tau.. Hehe)
Human Resource Executive - Ayu
Financial Executive - Aimi
Operation Executive - Ling (We called her darling.. Manja sikit)
Marketing Executive - Hajar

Diorang memang happening sangat. Seronok dapat bekerjasama dengan diorang.. Sebelum meeting bermula, kami semua telah berposing sakan.. Memang gila glamour, u!! Dengan CEO sekali join.. Haha.. Sempoi...



Mesti korang tak percaya kan? Haaa.. Bagus2. Tak payah percaya dan jangan sesekali mempercayainya.. Huhuhu..

Actually, this is one of our assignment. Subjek Pengantar Komunikasi, iaitu subjek elektif bebas kitorang. We need to make a video regarding any situation that have elements of communication. Jadi kami memilih situasi semasa sedang bermesyuarat. Panjang lebar la kalau nak cerita pasal assignment tu..

Kalau meeting betul-betul pakai selipar jamban, dah lama kena ketuk kepala agaknya.. Dan tempat meeting pun macam apa je kan. Tu sebenarnya kat dewan kuliah. Huhu.. Video dah diambil tapi tak menjadi. Banyak yang kurang. So, we have to make it again in another meeting on tomorrow night.. Harap-harap menjadi laa.. Jangan la ada yang ketawa-ketawa lagi.. Tapi serius, memang tak boleh berhenti gelak. KELAKAR, okey!

By the way, I really enjoy doing this assignment. Group kami memang BEST..!



Friday, October 9, 2009

Future mummy ;)

Inilah dia..

Anakku bukan anakku..

Called me Mama Fiza..

Muahaha..

"SMILE sayang..". Dia pantang nampak kamera ni, terus tersengih..

Tidak sopan betul duduk macam tu kan? "Isk.. Babab dia kang..."

Dia merenung masa depan. Tak boleh kacau...

Muka nak nangis ni. "Tapi tetap cun, kan cayang kan?"

I already introduced this cute baby to all my blog readers..

CLICK HERE

** Babab = pukul-pukul manja ;)



Wednesday, October 7, 2009

I wish...

I wish I can be a perfect GUITARIST and DRUMMER!!

Pehh.. Gile ahh harapan dan impian aku ni.. Aku sendiri tak percaya. Muahaha..

Tulisan merah kat atas tu telah dipostkan di shoutout facebook. Dan aku telah ditertawakan oleh mereka-mereka yang tidak mempercayai bakat terpendam aku ni. KEJAM! Ada yang lebih kejam, terus BUZZ aku di YM. Apa lagi, terus ditertawakan. Memang... Semua orang takkan menyangka. Haaa.. Korang tengoklah nanti!!

Kalau boleh, aku nak master dalam semua alat muzik. Tak kisah lah yang tradisional mahupun moden. Masa zaman ade Ko-K since first semester sampai sem 5, aku telah menceburkan diri dalam Caklempong. Ermm.. Ko-K tu korang biasa sebut sebagai Ko-Ko. Tapi kat sini panggil Ko-K. Dan caklempong tu adalah salah satu alat muzik tradisional. Main ketuk2.. Memang best. If you want to know more about Caklempong, just ask Uncle Google ;) Ingat lagi masa mula-mula nak main. Agak kekok sedikit dan rasa macam susah je. Tapi bila dah lama2 tu, aku jadi expert gila. Wahh.. Takbur!! huhu.. Aku telah dipilih untuk bermain caklempong semasa aktiviti-aktiviti universiti seperti konvokesyen. Bukan aku seorang la, ada lagi beberapa orang. Kadang-kadang aku main bahagian gereteh, sauwa atau tingkah. Ia adalah set lengkap permainan caklempong. (sila rujuk uncle google yek). Tapi kadang-kadang aku main gendang.. Haishh.. Rindunya nak main caklempong balik..



Video kat atas tu bukan masa batch aku main. Tu batch lain. Aku cuma nak tunjuk je macam mana caklempong tu dimainkan. Aku sedih sebab koleksi simpanan video caklempong aku dah hilang. Virus punya pasal!!!

Masa zaman dolu2, aku pun bukanlah minat sangat nak main caklempong ni. Aku pilih caklempong sebab aku ingatkan ianya adalah sejenis tarian. Konon-konon nak sambung belajar menari masa zaman sekolah dulu. Kononnya laa.. Yup.. I'm a dancer. Dululah. Tapi sekarang sedikit pun aku tidak akan menggerakkan tangan bila kawan-kawan aku berlatih menari.. Tak tahu kenapa tiba-tiba jadi macam tu. Rasa macam rendah diri sangat sebab diorang semua cantik-cantik belaka. Huhu.. Okey2. Abaikan. Berbalik cerita tadi. Bila dah masuk kelas terkejut gak tengok bilik tu penuh dengan alatan muzik. Dalam hati tertanya2 "bilik bersepah2 macam ni. Macam mana nak joget?" Lepas tu mengeluh sorang2.. Hahahaha.. Rupa2 nya aku tersilap anggapan pulak..

Erk.. Apa kena mengena gitar, drum, caklempong ngan tarian??

Entahlah. Tadi niat hati nak cakap pasal gitar dan drum je. Tiba-tiba teringat zaman caklempong pulak. Tu yang terus tulis. Aku menulis apa yang aku fikirkan..

Sebenarnya, memanglah impian aku dari dulu nak belajar main gitar dan drum. Tapi dah banyak kali kawan-kawan aku ajar. Mesti lupa.. Aku bukan pandai pun main gitar. Drum lagi laa.. Setakat ketuk bodoh2 boleh je.. Sekarang tiba-tiba pulak nak jadi PERFECT guitarist and DRUMMER.. Geli je ek.. Muahahaha..



Tuesday, October 6, 2009

YOU should know..

All this facts are something you never know before. It might be something new for you. It is very interesting facts.. Nampak macam pelik, tapi BENAR!!

1. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

2. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

3. Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.

4. Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang, industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85-100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

5. Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami daripada digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

6. Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.

7. Jerung adalah binatang berbahaya walaupun ianya belum dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang hamil.

8. Dr. James Barry, seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki, menjadi jeneral dalam Tentera Ratu Victoria. Dr. Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr. James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

9. Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai 'bar code' bagi memidahkan proses pembayaran. Sebenarnya, produk pertama yang mempunyai 'bar code' adalah 'chewing gum' Wrigleys.

10. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf 'A'.

11. Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

12. Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

13. Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

14. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

15. DI serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan, tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

p/s : Kalau ada lagi yang korang nak tambah, dialu-alukan. Sharing is caring ;)



Sunday, October 4, 2009

Semalam..

First of all, CONGRATULATION to all my friends yang dah konvo semalam :

- Yus.. My lovely Roomate
- Paan
- Sabah..
(His name is Arif. But we just called him "Sabah". Muka macam orang Sabah kot.. Huhu)
- Angie
- Zahar

Ni lah ex-roomate aku.. Bunga tu aku yang bagi, okey! Walaupun bunga murah je yang termampu, tapi ianya ikhlas ;) Actually, i don't like this pic.. Sebab aku nampak gemuk sangat2. Walaupun memang dah gemuk, tapi tak nak lah macam ni.. huwaaaa...

Selepas jumpa mereka yang konvo tu, kitorang pergi jalan-jalan keliling ekspo konvo. Macam biasalah kan.. Bila time ekspo, wajib untuk kitorang makan "Sup Paklang". Sedaaaappp!! Lepas makan2, kitorang pergi satu gerai ke satu gerai. Kebanyakan gerai jual bunga. Yelah kan.. Nama pun Ekspo Konvo kan.. Gerai-gerai yang lain ada jual baju2, gerai rawatan resdung, jual key-chain, kasut2, teddy bear dan macam2 lagilah. Meh la datang ;) Aku beli tudung, 2 helai = RM10! Lelonggggg... Huhu..

Then, kitorang pergi gerai jual arnab. Geram gila tengok arnab-arnab kat situ. Damn cute! Ada macam2 jenis. Ada yang telinga lebar tu macam kambing biri-biri pun ada. Yang macam anjing pun ada.. Aku nak pegang. Tapi takut. Hehe.. "Badan beso, tapi dengan arnab pun takut!!" Muahaha.. Dah takut nak buat macam mana kan.. Mana tau tengah2 pegang tu, arnab tu lari pulak. Haaah.. Siapa nak jawap??


Isk.. Wan Chu berani dukung laa.. Aku pun berani gak. Berani pegang2 telinga dia tu je. Hehe..

Lepas dah puas main dengan rabbit tu, kitorang pergi gerai pameran ular. Yang ini lagiiiii lah aku berani teramat. Huhuhu.. Aku baru nak sentuh ular tu, tiba-tiba kepala dia gerak2.. Huaargghh.. Menakutkan! Terus tak jadi pegang..

Bila da penat pusing-pusing, barulah kitorang teringat yang malam tu kitorang ada kelas malam. Adeii.. Bertambah-tambah penat badan ni. But, its okay. It's a wonderful day! At least, boleh la hilangkan kejap masalah2 yang mengusutkan rambut aku ni.. Haishhh..


Saturday, October 3, 2009

Hujan...

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

Bukan nak berjiwang. Bukan nak bermadah puisi tak tentu pasal. Petang tadi hujan. Ermm.. Tak tahulah ek. Setiap kali dengar atau sebut perkataan hujan, mesti mulut ni terus nak nyanyi lagu hujan. Bukan lagu Kumpulan Hujan, okey! Tapi lagu Hujan, oleh Allahyarham Sudirman. I'm sure that you're familiar with that song, right? Di atas tadi adalah lirik lagu Hujan tu. Ciput je yang aku tahu. Kalau nyanyi pun, tu je lah lirik yang keluar.. Huhu

Waktu hujan, apa aktiviti yang paaaaaaling seronok dilakukan? Err.. Tak payah jawap pun takpe kot. Sebab rasanya jawapan korang semua sama je dengan jawapan aku.. TIDUR! betul kan?? Tapi tadi masa hujan, aku tak tidur pun. Tak rasa langsung nak tidur, walaupun suasana di sini sangat sunyi. Mungkin semua jiran tetangga pun tidur juga kot. Tu yang sunyi.. Aku duduk termenung mengadap tingkap. Bukan berangan!! Tapi hanya memikirkan kenangan lalu. Hehehe.. Tiba-tiba pula teringat zaman dulu2. Sayu pulak rasa hati ni. Macam2 kenangan menerjah kepala otak aku ni. Kenangan daripada zaman sekolah rendah sampailah kenangan hari semalam. Kan seronok kalau dapat ulang balik zaman dulu. Tapi aku sedar.. Kenangan hanya tinggal kenangan..


Beginilah suasana ketika hujan. Aku duduk tepi tingkap sambil memandang pemandangan yang menyejukkan mata.. Tengok pemandangan pun sayu jee kan?

Semalam adalah kenangan..
Hari ini adalah kenyataan..

Esok adalah harapan..




Friday, October 2, 2009

Inikah yang ku terima???

Selepas aku menghebahkan berita malang aku tu DI SINI, aku telah mendapat baaaanyak respon daripada kawan-kawan. Tidak ku sangka rupa-rupanya mereka mengikuti perkembangan blog aku ni.. Muehehe.. Thank you.. Thank you.. (eceh.. Terharu la konon!).. Ada juga yang membaca blog aku through facebook. Tak kisahlah tu kan..

Okey.. Tak nak membebel2 sangat hari ni. Sebab dalam keadaan lapar, tak boleh banyak berkata-kata. Maka, korang dah dapat dua point di sini. "Fiza sedang lapar" dan "Fiza tak nak membebel" ;) Ada yang me'respon'kan dirinya melalui SMS. Ada juga yang terus call, komen di facebook dan YM. Yang paling memalukan bila mereka terus memberikan respon di saat kami bertentangan mata (face to face). Malu gilak!! Ni haa antara respon-respon yang aku dapat..

FACEBOOK :

Rahayudeanaini Rahmat :
lor awat jd gtu...
ish ko ni...

Khairul Shahrin :
tukar pakai selipar japan lak pasni..

Nurul Salizawatee Mahpar :
cian la anak murid sy ni...nk present punyer pasal...ceceh...do you think if we dont have the pre-presentation, it will be smooth like it was?.... ;D
(Ini lecturer aku tau.. Aku maaaaaaluuuu sangat2 sebab dia tahu..Huhu)

Jay Damien :
ehehe... camne leh jatuh tadi??
dah jatuh mesti la sakit kan... hurmmm... tapi ade jugak org yg jatuh tapi dier hepi... ape bender jawapannyer???
(Ewaahh.. Siap bermain teka-teki, teka-tekok lagi.. Jawapannya jatuh CINTA. kan kan kan??)

Faiza Asmon :
ko dh npe???ciannye kwn aku nie...

Aisha Humaira :
jtuh kt ner? cne leh jtuh.. cedera x?

Zaidah Zakaria :
huhuhu sian org tu bergaya ngan kasut tiggi huhuhu..
(huwaaaaaaaa... Kejam kamu Berd!!!)

YAHOO MESSENGER :

Saya Nakal :
Lorr..jtuh ktne?sakit ea?

Dina_311 :
Oit..jatuh??hahahahha..
(Gelakkan?? Wat da... Sakit, Okey! Wuuu.. menci2!!)

Nita Lavender :
Akak jatuh?cmane plak leh jtuh?tu laa..berangan je!!
(Aik.. marah pulak dia)

CHOR MIKE :
r u ok? jtuh ktne? truk tak?

FACE TO FACE :

Anas Syazwani :
Ehh..akak jtuh ke?Hahahaha..

Akilah :
Aku dengar cite ade org tu jatuh. Hahaha.. Ko ni mcm2 laa..
(tidak ku pinta jadi begini.. Uhuk2)

Wan Suraya :
Wei..cmane ko boleh jatuh ni?dlm longkang ke?
(Adeii..dlm longkang tu cam da kritikal sgt la..)

Fahmi :
jtuh? Wahahahaha.. Aku bayangkan jap...
(Gelaklah.. Takpe. Aku redha..)



Itulah antara reaksi kawan-kawanku. Kebanyakan yang mengutuk aku depan-depan tu memang la ketawa tak hengat dunia! Geram aku.. Nanti korang kena, tahulah. Bukan nak doakan. Tapi nak ingatkan je.. Muahahahahaha.. Dah laa.. Lepas ni aku tak nak sesiapa pun sebut pasal jatuh depan aku.. NO NO NO!!! Tutup cerita, okey.. Yang lepas tu biar lepas. Kita mulakan hidup baru.. Hahaha. Tiba-tiba pulak kan..

Tangan dah tak sakit lagi. Tapi lutut masih lebam. dan kaki juga masih terasa sakit.. Meh tolong urut mehh ;P