Friday, October 30, 2009

suka-suki

Sekarang pukul 3.56 pagi. Baru je lepas makan bihun sup yang hampir nak basi. Tapi tibai je la.. Perut tengah lapar kan. Lagi pun takkan nak buang macam tu.. Membazir itu amalan syaitan.. huuu~ Dah kenyang boleh la update blog dengan senang hati...

Sejak dua menjak ni memang selalu tak tidur malam. Lepas subuh baru mata boleh lelap. Haishh.. Risau.. Malam dah jadi siang dan siang dah memang confirm macam malam. Membuta je.. Nak kena ubah balik jadual tidur sebab takut masa exam nanti mengantuk pulak.. Aku dah bagi tahu ke jadual final exam aku? Belum kot kan..

Okey.. Here we go..

2 November 2009 - International Business Policy dan Bahasa Melayu untuk Pengurusan
Yup.. Dua subjek dalam satu hari. Harap2 tak tension sangatlah. Study pun tak habis lagi ni. On the way nak khatam buku Global Strategy untuk International Business Policy..

5 November 2009 - International Finance
I have to work hard for this subject. Kena dapatkan tunjuk ajar PAKAR. Tapi tak tahu lagi nak mintak tolong siapa.. Sangat menakutkan!!

11 November 2009 - Export Management dan Pengantar Komunikasi
Dua paper lagi.. I can do well in both subject. InsyaAllah.. Sebab sebelum tu pun ade gap lama. Memang nak kena prepare awal2. Kalau boleh nak score A..

16 November 2009 - Makroekonomi
Makro?? Will getting over-stress on this subject!! Omaigod.......

This is my final semester. Yeah.. FINAL semester. So, I need to do my best!! Kalau malas pun, fikir balik dalam hati.. "tinggal lagi sikit nak habis.. Sabar2.."

Lagi 20 hari je duduk kat Kolej ni. Lagi 20 hari je nak tinggalkan UUM.. Memang seronok tak terkata. Tapi bila fikir nak berpisah dengan kawan-kawan, rasa sayu pulak hati.. Gonna miss you, guys!! Memandangkan lagi 20 hari je aku ade kat sini, aku pun meluangkan aktiviti kegemaranku di waktu petang. Berjalan-jalan melihat alam ;)

Sebagai tuan punya blog, aku nak mencari glamour kat sini.. Apa lagi.. Post gambar sendiri laaa..



Ye.. Tau.. Ke'poyo'an terserlah.. Admit it.. Huhu..



No comments: