Tuesday, August 25, 2009

Hurmmm..

Walaupun hilang mood berblogging, tapi gerak hati nak juga melepaskan perasaan di sini. Mungkin di sinilah tempat terbaik untuk berbicara bersama blog terchenta ini.. "Tanpamu ku rasa... resah dan gelisah.." Bak lirik lagu Farah Wahida (tak tau sangat ejaan nama dia)..

Sebelum cerita pasal exam, aku nak meluahkan perasaan tentang masalah assignment aku nih haa.. Adoyai.. Orang cakap tak baik mengeluh, tapi sebab dah tak terkata apa lagi dah. Hanya mengeluh je yang termampu. Aku dah dihantui perasaan 'emosional' bila cakap je pasal assignment ni. Memanglah sebelum ni aku dah ada banyak pengalaman buat bermacam-macam jenis assignment. Tapi bila dah final sem ni, rasanya dugaan dan cabaran buat assignment ni lebih banyak.. terlebih-lebih banyak.. Sebelum ni, aku dah pernah juga mengadu nasib pada blog kesayangkan aku ni.. Masa tu memang betul-betul 'down'. Tengok-tengoklah kat SINI..

International Business Policy - submission date lagi 2 minggu je, tapi group kami tak mula buat apa-apa pun.. masing-masing masih 'blur' lagi apa yang nak dibuat. Tapi nasib baik ada Ayu yang menguatkan lagi semangat aku. Hanya dia je lah harapan aku..
International Finance - Assignment yang ini pun, ntah lah.. tiada siapa yang boleh aku harapkan dalam group aku ni. Tapi kira nasib baiklah Niza (member aku yang dah ambil subjek ni sem lepas) bermurah hati nak tolong ajar apa yang termampu.. "thanks la weyh.. jasamu dikenang..hehe".
Export Management - Hampir berjaya.. Tetapi penuh dengan onak dan duri. Jalan berliku-liku.. Pelbagai halangan dan rintangan.. Sakit pedih terpaksa bangun juga.. Itulah ayat yang menggambarkan betapa susah payahnya perjalanan untuk menyiapkan assignment ni.. heee~

Other assignment, i think a little bit okey. Walaupun banyak juga masalah, tapi harap-harap benda ni akan cepat selesai. Tak sanggup lagi rasanya nak berhadapan dengan semua ni.. Rasa macam dah tak kuat lagi.. Ye.. Aku tahu aku tak sekuat dan setabah korang.. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk jadi sekuat dan setabah korang.. Yes, i will..

Sepanjang bulan puasa ni, banyak sangat exam. Tadi baru lepas satu subjek (International Finance). Kawan-kawan tanya "susah ke senang?". Jawapan aku padat dan ringkas "sangat senang". Perkataan 'sangat' tu sengaja ditekankan dengan nada sedikit kuat.. So, kawan-kawan pun fahamlah maksudnya.. korang faham? okey.. good! Esok ada lagi satu exam.. Subjek International Business Policy. Target aku untuk subjek ini adalah A. Paling kurang pun, aku nak B.. C, D, E, F aku tak nak.. So, aku harap aku boleh buat untuk exam esok. I'll do my best.. wish me luck ;)


7 comments:

Fina Sophie said...

speechless. thu mcmna susahnya. but it's a process, rite ;)

AuraFIza said...

ya..i know..
tak sabar nak lepas drpd sume ni..

Anonymous said...

rebut keberkatan bulan puasa ni utk berdoa moga dipermudahkan segala urusan

mamapp said...

salam fiza.. jgn tensen2 ok.. selamat berposa.. n ceria2 selalu

AuraFIza said...

adda

Tenkiu sis. slamat berpose gak ;)

DeAnAiNi said...

cayunk..
i noe ya feel..
dun worry,i'll always be there k..

AuraFIza said...

DeAnAiNi

Thanx honey! ;)