Wednesday, October 7, 2009

I wish...

I wish I can be a perfect GUITARIST and DRUMMER!!

Pehh.. Gile ahh harapan dan impian aku ni.. Aku sendiri tak percaya. Muahaha..

Tulisan merah kat atas tu telah dipostkan di shoutout facebook. Dan aku telah ditertawakan oleh mereka-mereka yang tidak mempercayai bakat terpendam aku ni. KEJAM! Ada yang lebih kejam, terus BUZZ aku di YM. Apa lagi, terus ditertawakan. Memang... Semua orang takkan menyangka. Haaa.. Korang tengoklah nanti!!

Kalau boleh, aku nak master dalam semua alat muzik. Tak kisah lah yang tradisional mahupun moden. Masa zaman ade Ko-K since first semester sampai sem 5, aku telah menceburkan diri dalam Caklempong. Ermm.. Ko-K tu korang biasa sebut sebagai Ko-Ko. Tapi kat sini panggil Ko-K. Dan caklempong tu adalah salah satu alat muzik tradisional. Main ketuk2.. Memang best. If you want to know more about Caklempong, just ask Uncle Google ;) Ingat lagi masa mula-mula nak main. Agak kekok sedikit dan rasa macam susah je. Tapi bila dah lama2 tu, aku jadi expert gila. Wahh.. Takbur!! huhu.. Aku telah dipilih untuk bermain caklempong semasa aktiviti-aktiviti universiti seperti konvokesyen. Bukan aku seorang la, ada lagi beberapa orang. Kadang-kadang aku main bahagian gereteh, sauwa atau tingkah. Ia adalah set lengkap permainan caklempong. (sila rujuk uncle google yek). Tapi kadang-kadang aku main gendang.. Haishh.. Rindunya nak main caklempong balik..



Video kat atas tu bukan masa batch aku main. Tu batch lain. Aku cuma nak tunjuk je macam mana caklempong tu dimainkan. Aku sedih sebab koleksi simpanan video caklempong aku dah hilang. Virus punya pasal!!!

Masa zaman dolu2, aku pun bukanlah minat sangat nak main caklempong ni. Aku pilih caklempong sebab aku ingatkan ianya adalah sejenis tarian. Konon-konon nak sambung belajar menari masa zaman sekolah dulu. Kononnya laa.. Yup.. I'm a dancer. Dululah. Tapi sekarang sedikit pun aku tidak akan menggerakkan tangan bila kawan-kawan aku berlatih menari.. Tak tahu kenapa tiba-tiba jadi macam tu. Rasa macam rendah diri sangat sebab diorang semua cantik-cantik belaka. Huhu.. Okey2. Abaikan. Berbalik cerita tadi. Bila dah masuk kelas terkejut gak tengok bilik tu penuh dengan alatan muzik. Dalam hati tertanya2 "bilik bersepah2 macam ni. Macam mana nak joget?" Lepas tu mengeluh sorang2.. Hahahaha.. Rupa2 nya aku tersilap anggapan pulak..

Erk.. Apa kena mengena gitar, drum, caklempong ngan tarian??

Entahlah. Tadi niat hati nak cakap pasal gitar dan drum je. Tiba-tiba teringat zaman caklempong pulak. Tu yang terus tulis. Aku menulis apa yang aku fikirkan..

Sebenarnya, memanglah impian aku dari dulu nak belajar main gitar dan drum. Tapi dah banyak kali kawan-kawan aku ajar. Mesti lupa.. Aku bukan pandai pun main gitar. Drum lagi laa.. Setakat ketuk bodoh2 boleh je.. Sekarang tiba-tiba pulak nak jadi PERFECT guitarist and DRUMMER.. Geli je ek.. Muahahaha..



5 comments:

DeAnAiNi said...

uish ko rindu anggapan ke??hehehe

Fina Sophie said...

sy pun nak belajar main any music instrument. terutama gitar or piano. keyboard pun takpalah (- -") best of luck to both of us :P

AuraFIza said...

DeAnAiNi

Nape tetibe anggapan plak?
ke ko yg rndu die?

Fina

Yup.. Nanti kte wat band sndri ehh ;)

Fina Sophie said...

hahahahaha buat band sndiri? thats too much :P

AuraFIza said...

wakaka..
mane tau jd knyataan..