Saturday, December 26, 2009

Wedding

Hari ni kenyang sangat-sangat. Melantak habis.. Diet pun entah ke mana. Ahh.. Lantaklah! ;P

Siang tadi aku telah menghadiri majlis perkahwinan BAHARIN dan YANIE.. Sebenarnya aku tak kenal pun diorang tu siapa. Aku cuma mengikut bontot 'orang tu' je. Err.. I mean Inchik Pakwe. Huhu. Kalau ikut aku, memang malas nak pegi. Yelah kan.. Bukan aku kenal pun siapa. Tapi dah dia beria sangat ajak, aku pun pergi je. Almaklumlah, aku kan setia, mendengar kata, taat... Muahahha.. Kitorang tak pergi berdua je. Ada lagi tiga orang lelaki jejaka idaman Malaya yang masing-masing dah tak available lagi. I think so...

Tak yah cakap banyak. Layan gamba je ek..










Huh.. Sedih betul! Gambar aku sekeping pun takde terselit. Mentang-mentang la aku tak kenal pengantin tu, tak diberi peluang langsung aku nak berposing-posing. Gambar-gambar kat atas tu, hampir kesemuanya aku yang ambil. Jadi, memang terserlahlah kerja aku adalah ambil gambar diorang jeee.. Bila aku nak bergambar, jam tu jugak la diorang nak balik.. Haihh.. Nasib kaulah, labu..

Apa-apa pun, aku nak wish jugak la..

SELAMAT PENGANTIN BARU pada BAHARIN dan YANIE. Semoga jodoh berkekalan hingga ke hujung nyawa ;)

p/s : Excited bila tengok orang kawin.. Can't wait!! Heee~

Friday, December 25, 2009

STICKY MODE!

Rumah ini masih dalam pembikinan semula..
Code lama dah terdelete!!! Uwaaaaaa.... I want it back!!!
Okey.. Okey..
Biarpun ianya separuh siap, tapi ianya tetap seperti dulu.. Tuan yang sama, entri yang sama, cara yang sama, semuanya sama... Muka je baru..
Harap maklum..

Please scroll down for NEW entry

Thursday, December 24, 2009

Makhluk Tuhan Paling Seksi

I'm supposed to be at KL right now. Because tomorrow I have an interview at Jalan Raja Chulan. They offered me since a month ago. But, I cannot accept the request because of several reason.. So, setelah menimbangkan beberapa perkara, I already gave them a confirmation date, which is on tomorrow for the interview. Tapi tetap tak dapat pergi jugak!! Huh.. Frustnyaaaa!! Ayah dan mak macam tak berapa bagi aku kerja kat KL. Ayah dah siap carikan aku kerja kat Segamat ni. Hurmm.. Nothing to say la. Mungkin pilihan diorang yang terbaik untuk aku..

Hey.. I have a picture to show you! Gambar ni diambil hari tu, masa aku pergi menghabiskan masa dan duit dengan my cousin, Farihah..

Tengok tempat je korang dah boleh agak kan kat mana? Hahaha.. Ni kat dalam fitting room. Farihah cakap, dia suuuuukaaaaaa sangat gambar ni sebab peha dia nampak kecik. Euuuwwww.. Nampak je kecik, padahal tak pun. Muehehe.. Aku pulak suka gambar ni sebab perut aku 'muncet'.. Heyy.. Buncit tu seksi tau!! Hahaha..

As a conclusion, aku bangga mempunyai perut yang buncit. Sebab buncit tu seksi.. Nak lebih jelas dan nyata, boleh la aku katakan kat sini, I AM SEXY!! :D

Akulah makhluk Tuhan yang tercipta, yang paling seksi.. Cuma aku yang bisa membuatmu terus menjerit.. Ahhh Ahhhh Ahhhh..
Lalalalalalla...

It reminds me......

Tengok blog baru aku. Cantik? Nampak serabut kan? Dah tak tau nak buat macam mana. Tetap tak cantik jugak. Takpe.. Harap-harap benda ni tak lama. Aku akan sedaya-upaya mengubah suai blog terchenta ku ini kepada yang lebih cantik.. Walaupun aku sendiri tak tau nak buat macam mana.. Huhuhu... But I will try.. Just wait and see ;)

Dah lama kan tak update blog dengan cerita-cerita dongeng aku? Hahaha.. Menyampah sangat tengok blog sejak dua menjak dah berubah wajah ni. Tu yang takde mood langsung nak update..

Okey.. Bermula kisah dongeng aku..

Tadi saaaaangat bosan. Jadi, aku pun menyelongkarlah almari kat dalam bilik aku tu. Dan terjumpalah segala jenis kenangan kat dalam tu. Gosh! Sangat sedih bila teringat zaman muda remaja dulu.. Rasa macam nak kembali ke zaman tu balik.. Aku jumpa balik album-album lama. Tapi yang paling tersentap sekali bila tengok album ini.....



Inilah album yang menjadi harta kesayangan aku satu masa dulu. No need to talk much.. It's over! Semoga dia bahagia.. Err.. Pada yang tak tau dan terasa nak tau, klik SINI.

FORGET IT.. FORGET IT.. FORGET IT...

Ada lagi harta-harta yang aku jumpa. Rasa excited gila bila tengok balik all the collection.. Tak sangka aku boleh menyimpan barang-barang tu dalam jangka masa yang sangat lama. It is almost 10 years!

Antara kotak-kotak simpack yang menjadi koleksi aku. Ada lagi.. Tapi dah berhabuk-habuk. Malas nak keluarkan..

Ni pulak kad-kad topup. Aku kira-kira balik, jejak RM1000++
Kalau boleh jual balik ni, kaya-raya aku sekarang.. Muahaha..

Koleksi-koleksi yang lain pun banyak lagi. Tapi tak boleh nak ambil gambar la. Keadaan sangat tidak mengizinkan. Sebab semua benda tu dah berhabuk-habuk.. Malas nak bersihkan. Huhu.. Ada koleksi jam. Dulu suka pakai jam e-new. Bukan setakat cantik, tapi murah! Tu yang boleh beli banyak-banyak. Ada juga koleksi sampul duit raya. Memang menimbun-nimbun. Berjuta-juta lemon!! Hehe.. Banyak lagi laa.. Surat-surat cintan pun ada. Wahh.. Tergelak guling-guling aku baca.. Hahaha..

Aku akan simpan semua benda tu. Kenangan terindah! Cuma satu yang pasti, aku akan hapuskan kenangan aku dengan ex-boyfriend aku dulu. Yes.. I have to! Lagi pun, aku akan memulakan hidup baru dengan orang lain. Aku tak nak kenangan dengan dia mengganggu hidup kitorang satu masa nanti. Untuk pengetahuan semua, sekali aku dah sayang, memang aku sayang sungguh-sungguh. Jadi, agak susah la nak lupa.. Lagi-lagi first love kan..

Okey Okey.. Enough!!

Rasa seronok sebab dapat update blog setelah sekian lama tak update.. Sampai rasa macam tak nak berhenti menaip. Hehehe.. Dah lah yek.. Kita sambung esok-esok je la ehh. See you ;)

Wednesday, December 23, 2009

benci blog!

Kenapa la makin malas nak update blog ni??

Adeiii..

Satu je alasan yang memang dapat dikenal pasti :

Blog dah tak cantik. So, dah tak de mood nak update..

Serius, okeh! Tak tipu...

Masih lagi tercari-cari layout yang lain..

Any suggestion??

Help me....


Saturday, December 19, 2009

23 years old

Simple dimple entry..

Bukan masa nak berblogging sekarang..

Aku dah sampai Kedah pagi tadi around 7.30am.. Then sekarang kat T-Hotel. Duduk kat hotel ni sangat membosankan!! Nak keluar, tapi tak ada kebenaran enchek pakwe.. Huhu..

Dah 23 tahun hidup di dunia.

Akan dibebelkan dalam next entry.. Tunggu hari ini tamat, then baru boleh cerita panjang..

I'm waiting for someone to cheer up my life. Kita tunggu dan lihat..

Got to Go..


Friday, December 18, 2009

Episod sadis!

BENCI BENCI BENCI

Huwaaaaaaaaaaaa....

Habis blog aku jadi macam ni!! Tak sempat nak save lagi code lama, adik aku senang-senang je delete..

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa... Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... dan huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi!!!

Sebenarnya memang dah lama niat di hati ni nak tukar layout segala. Tapi baru testing-testing je. Did not decide yet which one yang menawan kalbu.. So, hari-hari memang aku godeh-godeh apa yang patut digodeh. Aku tukar ini, tukar itu.. Tetapi, akhirnya aku tetap juga pilih layout lama. Sebab semuanya macam ada yang tak kena..

Tapi, semalam mengubah segalanya. Episod paling sadis sekali!! Aarrgghhhh.. Aku dah buat code back up dalam note pad. Malangnya, aku tak sempat nak save lagi, adik aku dah delete habis. Aku pun apa lagi... Menjerit-jerit macam orang kena histeria! Dan tiba-tiba kena marah dengan mak.. Lagi lahh sadis!

Blog aku sekarang dah tak cantik. Erkk.. Bajet macam blog dulu cantik sangatlah kan.. Hahaha.. Takpe lah. Sempena Maal Hijrah, blog aku pun berhijrah juga.. Hehe. Buat masa sekarang ni, follower box tu tak ada, chatbox pun tak ada, music box tak ada.. Semua taraaakkkkk.. Awards yang kawan-kawan bloggers bagi pun dah tak ada.. Sorry geng! Blog aku sekarang semuanya hanya ada yang basic-basic je. Huh... Biarlah mengalir air mata nanah sekali pun, benda dah tak ada! Apa yang pasti, aku akan tetap merindui blog lamaku.. Uhuk uhuk...

Biar je lah blog aku ni macam ni dulu.. Nanti aku dah make up, korang tengok lahh!!! Muahahha.. Bercakap besar pulak aku ni.. Nanti hasilnya macam hampeh jugak.. Okey Okey.. Sorry. Malam ni aku akan bertolak ke Kedah kerana ada urusan yang terpaksa diselesaikan pada hari Isnin. Mungkin aku akan berada di sana selama beberapa hari. Tapi tak lamalah kot.. Kalau ikut Plan A, hari Selasa baru balik. Tapi baru dapat tau tadi, Plan A cancel!! Benci betulll.... Plan dah cantek dah.. Tiba-tiba tak jadi. Hurm.. Malas nak mengharap lagi lain kali! Pada yang berkenaan, fikir-fikirkanlah perasaan orang di sini.. Betapa hancurnya hati ni tau tak???

Okey.. Tak payah nak emo-emo lagi..

Sambung cerita tadi. Aku terpaksa ikut Plan B, which is more simple. Takde lah nak serabut-serabut kepala fikir macam-macam. Fikir banyak nanti kepala botak!! Hoho.. Apa-apa pun, doakan aku berjaya menyelesaikan segala urusan secepat mungkin. Moga takde halangan lagi. Macam serius je kan bunyinya? Yup.. Memang serius! Antara hidup dan mati ;)

p/s : Masih lagi menyesali dengan apa yang terjadi..
Blog
dan Plan A..!!