Saturday, October 3, 2009

Hujan...

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

Bukan nak berjiwang. Bukan nak bermadah puisi tak tentu pasal. Petang tadi hujan. Ermm.. Tak tahulah ek. Setiap kali dengar atau sebut perkataan hujan, mesti mulut ni terus nak nyanyi lagu hujan. Bukan lagu Kumpulan Hujan, okey! Tapi lagu Hujan, oleh Allahyarham Sudirman. I'm sure that you're familiar with that song, right? Di atas tadi adalah lirik lagu Hujan tu. Ciput je yang aku tahu. Kalau nyanyi pun, tu je lah lirik yang keluar.. Huhu

Waktu hujan, apa aktiviti yang paaaaaaling seronok dilakukan? Err.. Tak payah jawap pun takpe kot. Sebab rasanya jawapan korang semua sama je dengan jawapan aku.. TIDUR! betul kan?? Tapi tadi masa hujan, aku tak tidur pun. Tak rasa langsung nak tidur, walaupun suasana di sini sangat sunyi. Mungkin semua jiran tetangga pun tidur juga kot. Tu yang sunyi.. Aku duduk termenung mengadap tingkap. Bukan berangan!! Tapi hanya memikirkan kenangan lalu. Hehehe.. Tiba-tiba pula teringat zaman dulu2. Sayu pulak rasa hati ni. Macam2 kenangan menerjah kepala otak aku ni. Kenangan daripada zaman sekolah rendah sampailah kenangan hari semalam. Kan seronok kalau dapat ulang balik zaman dulu. Tapi aku sedar.. Kenangan hanya tinggal kenangan..


Beginilah suasana ketika hujan. Aku duduk tepi tingkap sambil memandang pemandangan yang menyejukkan mata.. Tengok pemandangan pun sayu jee kan?

Semalam adalah kenangan..
Hari ini adalah kenyataan..

Esok adalah harapan..




No comments: