Friday, July 31, 2009

Don't read..

???
Can't remember how many time it happened..
cause i know this is not my first time..
You can call me a LIAR!
or just call me whatever you want..

I really don't care!

If you do not understand what i'm talking about, just ignore it..
sorry for all the 'massy' things..

This is what I am thinking right now..



Thursday, July 30, 2009

gambar suka-suki

Malas nak menaip. Rajin nak mengupload.. maka lahirlah entri yang bertajuk 'gambar suka-suki'.. Kalau berminat nak tengok, silakan. memang untuk tatapan kamu pun. kalau tak berminat nak tengok, it's okey. sebab gambar ni pun hanya gambar-gambar biasa je.. menarik bagi aku, tapi mungkin tidak bagi kamu. pandangan masing-masing kan.. tak apa.. tak marah pun.. sorry sebab bila da mula membebel, agak susah nak berhenti..hehe..

gambar yang aku upload ni semua adalah gambar yang menggambarkan kenangan paling indah dalam hidup aku.. waaahh..indahnya!!

Aku rindukan suasana di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Gambar kat atas ni adalah kali terakhir kami pergi tepi laut. lepas tu, ayah dah dapat pindah Segamat semula. Menetap di Kota Tinggi lebih kurang 5 tahun juga kot.. Maaf la kalau gambar tu sedikit blur. layankan je lah. huhu.. itu adalah suasana pada waktu pagi. kami adik-beradik tak mandi lagi pun (nak bagi tahu, baju yang dipakai adalah baju tidur. hehe). bangun tidur terus pergi tepi laut. konon-konon nak jogging, tapi hampeh.. berposing je lebih!


Aku rindukan kawan aku yang hujung sekali tu. Nama dia Ani. tapi lebih dikenali dengan "dok dang".. haha.. unik sungguh nama.. sekarang ni dia tengah menjalani praktikal di Terengganu. dulu, dia adalah salah seorang penyeri blok kami. dia sangat baik.. bila dia tak ada, kami terasa sedikit sunyi.. tapi nasib baiklah ada member-member lain sebagai penggantinya. Ehh.. lupa nak bagi tau, bilik dia sebelah bilik aku je dulu.. pesanan untuk dok dang. walau pun aku tau dia tak baca, aku peduli apa.. huhuhu.. "dok dang, nanti datang uum, jangan lupa janji kita untuk makan kat kuala perlis ramai-ramai. tak sabarnyaaaaaaaaa!!"


Aku rindu zaman persekolahan. miss all those memories damn much!! kadang-kadang rasa seronok pula tengok budak-budak sekolah pakai uniform sekolah. padahal masa sekolah dulu, rasa tak sabar-sabar nak habis sekolah. rasa meluat sangat dengan uniform sekolah tu. tapi sekarang ni, yang meluat tu la yang buat aku rasa rindu gila2.. korang rasa tak apa yang aku rasa???

Aku rindukan kawan-kawan aku yang dulu. sekarang ni dah lost contact dah pun.. sedih kan? harap sangat dapat jumpa diorang balik. apa cerita diorang sekarang pun aku tak tau.. kawan dengan diorang sangat seronok.. gila-gila kepala diorang tu. tapi otak geliga.. jangan main2..


Aku rindu kawan-kawan yang sekarang ni tengah praktikal. aku doakan yang terbaik untuk diorang kat luar sana. Apa-apa pun, diorang tetap happening dan havoc!! "bila lah kan kita dapat 'together-gether' cam dulu lagi kan??" huh.. (mengeluh sebab terlalu rindu..)

Last but not least, aku rindu kan kehidupan aku yang dulu.. it's lost.. don't know where to find it.. OMG... I just wanna it back!!!!




Wednesday, July 29, 2009

Syukur Alhamdulillah..

Da hampir seminggu jugalah laptop aku ni 'sakit'. macam-macam masalah.. dah lah dia sakit time aku betul-betul memerlukannya. dugaan betul.. ni semua gara-gara virus-virus yang sangat jahat tu!! geraaaaaammmmmmm....!!! tapi hari ni, laptop aku da kembali 'sihat' seperti biasa.. harap-harap dia tak sakit lagi sampai bila-bila. semuanya dah dalam keadaan baik semula.. Syukur Alhamdulillah...

Sejak balik cuti ni, tahap kerisauan aku di tahap maksimum. maunya tidak.. tiket nak balik kedah dah habis!! SOLD OUT!! padahal aku rasa aku dah pergi beli awal, tapi hampa.. rupanya ramai lagi orang yang beli lagi awal daripada aku. Seperti biasa, aku gunakan plan B. usha-usha tiket kat KL-Puduraya. Dengan bantuan Nana (my sis), berjaya juga dapatkan tiket.. Durian Burung - 1 Ogos 09 - 11.30 malam. sesiapa yang free pada waktu tu, meh la hantar aku naik bas ;) Now, i've not to worried anymore.. dah boleh tarik nafas lega.. Syukur Alhamdulillah..

International Finance - Prof. Angappan (our lecturer.. sebut nama dia betul-betul, okey) have approved 3 companies for our group. actually, we need to find 5 companies. our group have submitted 10 companies for the approval. tapi, hanya 3 diterima. means, we need to find another 2 companies. bukan senang tau nak dapat approval company ni sebab memerlukan tahap kesabaran dan kecekalan yang tinggi untuk menggunakan data stream (satu software untuk melihat semua data company). disebabkan data stream tu jugalah laptop aku hancusss dijangkiti 'ulat-ulat a.k.a virus'. tapi berbaloi la juga sebab Prof. Angappan dah approve 3 company sekali gus untuk kumpulan kami.. Syukur Alhamdulillah..

Tadi pergi jalan-jalan dengan Ikah, Amy dan Farihah. sorry for no pictures. tiba-tiba pula bluetooth laptop ni tak berfungsi. Mungkin ada silapnya masa laptop ni direpair. tak apa.. will updated soon.. kitorang pergi karaoke. lepas tu pergi melantak KFC. then, kitorang plan nak pergi main bowling. tapi, malangnya bowling PENUH laaa.. ada tournament kat situ. Bowling kat Segamat ni bukan besar pun. bila ada tournament, memang susah la orang luar nak menyibuk main. lepas tu, rezeki datang lagi. Amy cakap dia nak belanja makan tauhu bakar. belum sempat KFC dihadam, dah kena sumbat dengan tauhu bakar tu. kenyang gilaaaaaa.. Syukur Alhamdulillah ;)

Semakin hari semakin sayang... Syukur Alhamdulillah.. (tak boleh cerita lebih-lebih pasal ni.. you all akan tau juga nanti... hehe. poyo je kan!!)

Hari-hari ada je rezeki dan nasib yang baik datang.. tu yang nak kena banyak-banyak bersyukur. harap-harap hari esok akan menjadi lebih baik daripada hari ini.. aamiinnnn (:


Tuesday, July 28, 2009

UUM & H1N1

ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) has suspended all classes and student activities for six days from today following the high number of students with mild Influenza A (H1N1) symptoms.

Its deputy vice-chancellor (Aca- demic and International) Lt-Kol Prof Dr Abdul Razak Chik said the university made the decision after a large number of students were referred to the university’s health clinic with mild symptoms of the virus.

“During the six days, the students are allowed to return home. If they want to remain at their hostels, we will take the necessary measures to curb the spread of the flu,” he said when contacted yesterday.

Prof Abdul Razak said the state Health Department had taken blood samples from 10 students for testing so far.

The university has a student population of about 20,000.

___________________________________________________________________

Disebabkan oleh berita cuti H1N1, satu uum jadi gempar!! kelam-kabut, kecoh.. macam ada peperangan gamaknya. sekarang aku dah pun selamat sampai di rumah. tak pernah terlintas pun untuk balik semula ke rumah dalam masa beberapa minggu je balik uum..

Around 4.45pm, Niza called me and asked about cuti H1N1.. aku betul-betul terkejut. tapi malas nak fikir sangat, sebab aku merasakan itu hanyalah khabar angin semata-mata. dah la masa tu tengah busy gila nak settlekan assignment yang akan dihantar malam itu juga. lepas beberapa minit, ada seorang junior beritahu, itu bukanlah 'rumours' lagi. tapi itu adalah kenyataan. tapi aku masih lagi blurrrrr.. aku telefon lecturer and she said our class is cancel and she have postponed the due date of assignment submittion.. barulah aku betul-betul percaya dengan berita tu..

Balik je bilik, aku tengok blok aku macam ada peperangan. kecoh sangat. lot parking pun penuh dengan kereta.. orang ramai dah mula angkut beg nak balik. kawan-kawan aku sibuk mencari tiket balik, tapi kebanyakan tiket dah habis. aku macam biasalah. tak nak terjebak sangat dengan kekalutan tu.. aku cakap dengan diorang.. "tak payah susah-payah call kaunter tiket lagi. jomlah kita terus pergi changlun. kalau ada tiket, kita boleh terus beli". diorang pun setuju dengan cadangan aku tu..

On the way nak pergi Changlun tu, aku terkejut beruk tengok keadaan dalam kampus. ramai sungguh orang keluar masuk. di sepanjang jalan tu, terlalu ramai student yang berjalan kaki membawa beg untuk menuju ke pintu gate utama uum. mungkin mereka nak tunggu bas di sana. sampai je bustand Changlun, satu lagi situasi yang amat menyesakkan. semua kaunter penuh dengan orang yang berebut-rebut nak beli tiket. nasib baik aku dapat tiket balik Segamat, keesokan harinya jam 10 pagi. tapi kena naik daripada Alor Setar..

Kami dapat tahu, semua pelajar dikehendaki mengosongkan kolej sebelum pukul 8 mlm itu juga.. wat the hell!! memang gila..!! dah lah tiket kitorang esok.. so, kitorang pun plan nak bermalam di alor setar je.. Aku, Chu, Nadia (my roomate) and Niza.. kitorang tidur di Dikly Motel, depan Shahab Perdana.. nasib baik dah booking bilik awal-awal sebab semua motel and hotel kat situ penuh malam tu. bilik okey lah.bukanlah standard motel sangat.sebab ada aircond (tu yang penting.huhu). lagi satu, katil besaaarr! muat la untuk kitorang berempat..hehe..

Rasa macam letih sangat malam tu sebab terlalu rush nak pergi sana sini. tapi Alhamdulillah, semuanya dah selamat sampai rumah. macam nasib malang gak la. sebab pada hari yang sama, matrik card aku hilang!! yup.. i'm too careless.. dah pergi buat report dah.. tapi banyak masalah lah yang akan timbul. macam mana nak naik bas, nak touch untuk masuk kelas, nak masuk libri.. huh.. "tanggung lah sendiri cik Fiza ooii.. padan muka!! wahahaha"..

Aku akan berada di rumah ni sampai hari jumaat. sekejap je. tak lama pun.. huhu. pening kepala dengan assignment2 yang tergantung tu.. dah lah. malas nak fikir sangat.. yang penting dapat balik rumah pun dah kira baikkkk dah kan ;)




Tuesday, July 21, 2009

Not in BLOGGING mood..

Baca tajuk tu betul-betul. yup.. memang tak ada mood langsung nak update blog ni. rasa macam banyak je nak cerita. tapi tak taulah. nama pun dah tak ada mood kan. paham2 sendiri je lahh ;) aku tak nak cerita panjang-panjang lah.. too lazy untuk taip! huh..

- Semalam menangis.. terlalu stress!! nak luahkan tak tau kat siapa. bila sampai masa dah tak tahan sangat, apa lagi... teresak-esaklah aku menangis sorang-sorang. kesian aku..huhu.. thanks to Sharifudin sebab dia yang pujuk..

- Tadi pergi beli tiket balik kampung untuk cuti midsem bulan Ogos nanti. nasib baik ada lagi..lega!! walaupun terpaksa naik daripada Alor Setar.. It's better than nothing, right?

- Kelmarin, aku hampir kehilangan Handphone aku buat kali ke-5 (too careless!!).. tertinggal dalam bas. tapi nasib baik aku cepat bertindak. thanks to Niza sebab temankan aku.. mungkin ada hikmah di sebaliknya.. disebabkan 'mimpi ngeri' tu, aku nekad bawa motor dari kolej hingga ke dalam kampus!!! wahhh.. bangga gila dengan diri sendiri. pandai juga aku bawa motor kan. siap merempit lagi..hahah.. by the way, aku ade lesen, okey!! cuma tak berani bawa je.. so, don't call me "penunggang haram"!!

- Esok ada kelas pukul 8 pagi hingga 2 petang.. lepas tu ada appointment pula untuk settlekan 'data stream'.. terasa kepenatannya. tapi kena kuatkan semangat..

Aiyaiiii... entry yang pendek macam ni pun ambil masa yang sangat lama untuk siap.tak tahu lah kenapa payah sangat.. cannot go laahhh.. better stop here..


Friday, July 17, 2009

deep inside my heart....

Akhir ini..
aku diselimuti kebimbangan
aku dibaluti keresahan
semakin pantas detik berlalu
semakin tidak keruan resah hatiku
aku tidak tahu
ke mana arah angin bertiup
dan ke mana arus air mengalir..
sungguh, aku tidak tahu!!

siang berganti malam
malam terasa pantas betukar siang
tanpa ku sedar
mercu menara hampir ku gapai..
ku tadah tangan
mengucap syukur pada Mu Tuhan
kerana Nya aku masih mampu bertahan...

saat ini..
ku benamkan keyakinan
agar duri ranjau dapat ku redahi
untuk menembusi sejuta mimpi
dengan berbekalkan doa harapan
ku pasti semua mimpi akan menjadi kenyataan

Dalam suasana sunyi kat dalam bilik ni, tiba-tiba je tangan aku laju menaip puisi tu. semua tu menggambarkan apa yang aku rasakan sekarang. dan apa yang aku harapkan sekarang. aku tahu aku tak berbakat menulis puisi, tapi korang jangan la gelakkan.. semua tu spontan je, okey! tapi kalau agak-agak korang rasa aku ni berbakat, boleh la request puisi lain untuk next entry..wahahha. perasan je!!! weekkk2...!!



Thursday, July 16, 2009

Tag from Echam

"echam: Nanti pegi kat blog saya. Ada hadiah untuk awak"
(merujuk kepada 'shoutbox' kat sebelah kiri blog ini..)

Aku pun apa lagi, sepantas kilat, terus je pergi blog dia. ingatkan betul la rezeki turun dari langit.. rupanyaaaaa... kena tag!! okey lah tu kan.. thank you banyak2 la pada Echam. Layankan aje laa ;)

1. Bekas kekasih saya adalah :
Hanya seorang lelaki biasa yang tidak mempunyai harta dan rupa. tetapi kaya dengan sifat kasih dan sayang.. (ewaahh..ayat puitis gituu!!)

2. Saya sedang mendengar :
Lagu Bidadari - Lela (layan jiwang beb malam ni)

3. Mungkin saya patut :
siapkan assignment yang menggunung tinggi tu..

4. saya suka :
karaoke!!

5. sahabat-sahabat baik saya :
Wan Chu, Fana, Ayu... dan orang-orang yang betul-betul faham diri ini..

6. saya tak faham :
kenapa aku susah sangat nak lepaskan 'dia' tu..huh (memang sampai sekarang tertanya-tanya.tak faham betullah)

7. Saya kehilangan :
kehidupan suatu masa dulu (i want it backkk!!!)

8. Ramai yang kata :
Aku dah semakin gemuk sejak balik cuti hari tu.. (am i?? aargghhh..!!)

9. Makna nama saya :
penghafaz.. mudah menghafal (tapi aku cepat ingat dan cepat lupa..haisshh)

10. Cinta itu adalah :
suatu perasaan yang tak dapat diungkapkan.. (hahaha..hentam je lahh)

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
berguling-guling sebab penat sangat tunggu aku.. (dia ajak teman tengok cerita hantu..huhu)

12. Saya akan cuba :
buat sehabis baik untuk assignment dan exam saya sem ini.. wish me luck ;)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
sampai bila-bila.. forever..

14. Telefon bimbit saya :
Ada dua..hehe. Sony Ericsson dan Nokia..

15. Bila saya terjaga dari tidur :
mesti akan tengok handphone dulu..

16. Saya paling meluat bila :
perempuan yang tergedik-gedik bila berjalan depan sekumpulan lelaki..

17. Pesta/parti adalah :
masa dan tempat bersuka ria..

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
penguin.. cute bangat!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Masa 'baby' dulu.. tak ada masalah.seronoknya!!

20. Hari ini :
Aku puasa, makan kat Cafe Utama, melepak dengan Naim and the Geng, makan durian..

21. Malam ini saya akan :
Tengok cerita hantu.. tapi tak tau lagi tajuk apa..

22. Esok saya akan :
bangun lambat (huhu..) dan keluar pergi ekspo dengan kawan-kawan..

23. Saya betul-betul inginkan :
- do well in this final semester
- seorang lelaki yang saya idamkan
- jualan t-shirt terus laku ;)

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
"comel juga aku ni rupanya" (jangan geli, okey! aku memang selalu puji diri sendiri di hadapan cermin. tak nak kutuk diri sendiri. takut Allah tarik semua nikmat yang DIA dah bagi)

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat membeli-belah..

26. Makanan barat atau Jepun :
Makanan barat lah.. tak reti makan makanan Jepun (orang kampung katakan..huhu)

27. Bilik yang terang atau gelap :
gelap hanya waktu tidur sahaja.. waktu lain lagi suka bilik terang-benderang..

28. Makanan segera adalah :
Jajan dan Maggi..

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
"tunggu jap ehh.. nak update blog sat" cakap pada kawan-kawan yang tengah menunggu untuk tengok cerita hantu jap lagi..

30. Siapa yang anda mahu tag?
Hahaha.. dah lama ni tak mege'tag' orang!!
1. Ikah

2. Farihah

3. Zaidi

4. Cik Anis

5. jAy DaMiEn


That's All.. Thank You ;)



Wednesday, July 15, 2009

Only pictures..

Masa kat kelas International Business Policy tadi, aku dan 2 orang kawan lain sakan menggelakkan Taufeeq (member aku yang sengal tahap cipan..huhu). boleh pula dia tidur dengan nyenyaknya tanpa sedikit pun rasa malu dan serba salah.. siap mengigau lagi! tu yang tak tahan. bila dia terkejut je, mula la dia ambil pen dan kertas, buat-buat tulis. entah apa-apa je yang dia conteng kat kertas tu.. lepas tu sambung tidur balik.. selamba badak!!

Sebenarnya ada 3 posisi. tapi aku sempat 'candid' dua je.. "waahh, Fiq.. control macho masa tidur ehh..wahahaha"


Dah bangun tidur, badan pun dah segar.. mulalah buat perangai sengal dia tu.. haishhh..

Subjek Pengantar Komunikasi - masa kelas ni pula, aku dan ayu macam terlalu 'happy'. asyik gelak je - non stop!! kitorang sempat main 'click-click' (tangkap gambar la..). hehe..



Ayu buat muka konon-konon comel.. menyampah!! "nasib baik ko memang comel, ayu". kalau tak, memang aku tak letak gambar ni..hehe

Semalam borak-borak dengan Puan Mala (felo Blok G, DPP SME Bank). macam biasalah. kalau jumpa dia, permintaan aku hanya satu.. "nak main dengan baby".. hehe.. semalam dapat lagi aku main dengan 'baby'.. err..wait a minute. aku rasa sejak kebelakangan ni kerap sangat aku cerita pasal baby kan? adakah ini tanda-tanda awal?? hahaha.. (teori yang tak boleh diguna pakai langsung!!!!)

Cuba teka.. baby boy or girl??
ZARRA SOFEA.. baby girl laa. tapi nampak macam laki kan? tak kisah laa..
keco
melan itu lebih penting ;)

Hurmm..lagi mau letak gambar apa lagi?? letak gambar aku je la kan.. ada juga faedahnya!! wahahaha..


Hari ni pergi kelas dengan agak serabut. tak tahu lah kenapa tudung tak berapa nak menjadi.. tema hari ini adalah putih-hijau..

dah la kan..penat meng'upload' gambar. ada banyak lagi sebenarnya. tak apa.. kita simpan untuk entry akan datang. aku tau korang pun bukan berminat nak tengok gambar aku yang banyak-banyak ni kan.. heeee~



Tuesday, July 14, 2009

Aidit Rayyan Rizqin

Aidit Rayyan Rizqin?? waahh.. sedapnya nama! siapakah?

Alaa.. korang pun 'confirm' da tahu siapa kan? Kalau dah tahu, tak payah baca la..hehe. aku nak cerita pada yang tahu je..lalalalala ;)

Aidit Rayyan Rizqin adalah 'baby' kepada Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Rita dah selamat melahirkan anak pada 8 Julai 2009 di Prince Court Medical Centre. Sebenarnya, aku dah terlambat meng'post'kan entry ni. tapi tak apalah kan.. kita layankan aje..

Aidit Rayyan Rizqin yang sangat comel..!! dilahirkan dengan berat 2.9 kg.. ringan jeee..


Aidil Zafuan dan babynya.. sambil-sambil tgk baby, tengok2 juga daddynya.. handsome!!
hehehe.. (gatal jugalah sikit2)


Kawan-kawan Aidil Zafuan juga datang melawat 'baby'.. tengok semua muda-muda belaka ;)

Seronok je tengok orang dapat 'baby'. lagi-lagi kalau tengok mama papa dia muda. ni yang tak sabar ni.. hahaha.. lepas ni nak tengok baby Sharifah Aleeya dan Ziana Zain. Dengar cerita, diorang dapat 'baby' kembar.. aku pun tak tahu. member yang bagi tahu tadi..

Actually, aku masih di dalam mood 'down'.. belum dapat pulihkan diri sepenuhnya.. tapi, jangan risau, aku takkan 'moody' tak tentu pasal pada orang lain. kalau aku sedih, biasanya aku akan duduk bersendirian. alone is better when i am stress.. aku akan bergelak ketawa macam biasa. semuanya aku simpan dalam hati je.. paling tidak pun, blog kesayangan ku inilah yang menjadi teman untuk meluahkan perasaan..

Esok ada kelas pagi.. malas macam mana pun, stress macam mana pun, aku akan pastikan aku akan pergi juga ke kelas. so, wish me luck ;)


Sunday, July 12, 2009

DOWN!!!

I did not post any entry yesterday.. It's because i need time to take back all my spirit that have been lost.. tak taulah. rasa down sangat-sangat. Semua ni bukan masalah cintan-cintun, bukan masalah keluarga.. Tapi, masalah SETADI = Study!! It's about my assigment dan hati kawan.. Macam mana ye nak cerita? aiyaii..sangat susah nak buat ayat. Tapi nak kena luahkan juga sebab dah rasa berat pendam banyak sangat..

Kelas dah bermula. Pelajaran dah bermula. Sem baru dah bermula. Means, this is my new life in a new chapter. Assignment dah dapat. huh..melambak-lambak!! All must be submit within 2 month.. rasa macam tak cukup masa nak buat semua tu. Assignment pula kalau senang tak apa. ini.. MAK DATUKKK.. susah sangat2!! International Business Policy - Assignment yang menggerunkan aku. Selama ni we just need to explore the study case. tapi untuk subjek ni, kitorang kena buat study case sendiri!! tu baru sikit. ada banyak lagi yang membuatkan aku sangat-sangat tertekan..

Itu masalah assignment. dah satu hal dah.. ditambah pula dengan masalah kawan. Memanglah aku tahu kawan tu sangat penting (tak dinafikan). tapi, aku pun tak tahulah apa nak buat untuk menjaga hati kawan. Aku kenal kawan-kawan aku tu dah lama.. sejak kitorang mula-mula masuk UUM lagi, kitorang dah kenal antara satu sama lain. dah tahu perangai dia, dah tahu baik buruk dia.. oleh kerana dah kenal sangat dengan perangai diorang, aku minta untuk tarik diri daripada 'group assignment' (kebanyakan assignment adalah secara 'grouping'). aku cakap dengan diorang secara baiklah kan.. tapi aku dihentam!! diorang cakap aku 'SELFISH', aku tak nak susah dengan kawan-kawan, aku nak larikan diri daripada diorang, aku itu..aku ini..... semuanya aku!! But, i'm NOT!!

Aku buat tu semua untuk memberikan yang terbaik untuk diri sendiri. aku dah tahu, kalau aku satu kumpulan dengan diorang, memang kerja takkan jalan. kerja tu memang pasti akan dihantar, tapi itu hanyalah kerja yang disiapkan sehari sebelum tarikh hantar!! Itu pun mungkin 80% adalah hasil kerja aku sorang! Aku dah ada banyak pengalaman. bukan sekali, tapi banyak kali..!! So, aku rasa memang aku nak keluar daripada kumpulan tu untuk buat assignment sem ni. sebab assginment kali ni memang sangat mencabar dan memerlukan kerjasama semua ahli.. bila aku keluar daripada 'group assignment' tu, it doesn't mean i'm not their friend anymore.. kitorang tetap kawan, tetap lepak sama2, tetap makan sama2.. cuma kitorang tak bersama masa buat assignment je! "aku cuma nak kita buat yang terbaik untuk final sem ni. tolonglah faham, wahai kawan-kawanku!!"

Dulu cikgu sekolah aku pernah cakap,
"jangan terlalu ikut kawan dan cubalah 'survive' tanpa kawan sekali-sekala jika keadaan memaksa. kadang-kadang, awak terpaksa mementingkan diri sendiri untuk kebaikan diri awak. Kalau awak tahu, benda tu takkan menjadi, lebih baik awak jauhi awal-awal sebelum masalah jadi besar.."

Sayang sekali sebab aku tak dapat keraskan hati aku ni untuk bertindak mengikut keputusan aku. Bila fikirkan hati diorang, aku tak jadi teruskan niat aku untuk masuk 'group' lain. tapi, dalam hati ni penuh sejuta penyesalan.. aku memang tak terdaya nak lawan semata-mata takut diorang kecil hati.. and as a result, aku jadi down 'gileeee'!!



Saturday, July 11, 2009

Doalah...

Kawan-kawan...
sudahkah korang semua berdoa untuk mak ayah hari ini? Err...belum? Tak bolehlah macam tu. Tiap-tiap hari kita kena berdoa untuk orang tua kita tau.. (ini nasihat serius!)

Bukan setakat doa je, tapi kalau boleh (memang kena bolehkan juga) setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kamu (tak kira masih hidup atau pun telah tiada ). Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...



Hadith Nabi :-
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"


Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ). Kalau kita buat, sudah pasti (memang pasti!), Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah! Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita. Tak salah sampaikan juga doa untuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita. Tapi pastikan doa kita memang doa yang bersungguh-sungguh! Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
!!

Kesimpulannya, bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari (pesanan ini untuk mengingatkan diri aku juga). Kita kena ingat, Allah turunkan Maha Rezeki. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu, jodoh dan sebagainya).

"Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM"
(Azmil Mustapha)

** bukan nak membebel, bukan nak berceramah, bukan juga nak tunjuk baik.. tapi sekadar ingatan untuk diri sendiri. dan tak salah rasanya berkongsi ngan korang kan ;)


Thursday, July 9, 2009

Enta Eyh...

i've canceled the previous entry "tag from Ika". siapa yang tak sempat baca tu, tak apalah. tak rugi pun..hahaha. bukan apa, aku tengok entry tu sangat comot!! tak cantik langsung.so, aku pun delete la. err..ni kan blog aku. ikut suka aku la nak buat apa..wahahahaha (ketawa sambil buka mulut luas-luas). sangat tidak sopan! huh..

I want to share something with u. it's a video clip from Nancy Ajram. song title - Enta Eyh.. Seronok layan Lagu Arab..



Jom nyanyi sama-sama ;)

Enta aih mesh kfaya aalaik
Tegrahni haram aalaik ent aaih
Enta laih dimooai habeebi tehoun aalaik
Tab w laih ana radya enak tegrahni w roohi feek
Tab w laih yaani aih radya beaazabi bain edaik

Law kan da hob ya waili mino
W law kan da zanbi matoub aano
Law kan naseebi aaeesh fey gerah
Hayaeesh fey gerah

Mesh haram mesh haram enak tekhdaani fey hobak leek
Mesh haram elgharam wel seneen hayati w aaeesh eleek
Daa awam wala kan leaaba fey hayatak yetwadeek
Daa awam el hanan w hodni albi w amali feek

Law kan da hob ya waili mino
W law kan da zanbi matoub aano
Law kan naseebi aaeesh fey gerah
Hayaeesh fey gerah


Best kan lagu ni? tapi, lagu ni mengisahkan apa ek? meh sini..aku terjemahkan..hehe

what are you (how cruel are you) is it enough
that you hurt me? have pity. How cruel are you?
Why my love, is it so easy for you to bring me to tears
And why do I accept that you hurt me when my soul is part of you
And why am I accepting this torment at your hands?

If this love, my misery is from it
And if I am to blame, I cannot say never again
And if it is my lot to live in torment
I shall live in torment

Have you no pity?
Have you no shame that you cheat me knowing the love I have for you
It is not a shame, the passion and the years
and longing that I am living for you?
Was the love lost completely? Or has it been a game
Was the love and tenderness and my heart and faith in you all lost?

If this love, my misery is from it
And if I am to blame, I cannot say never again
And if it is my lot to live in torment
I shall live in torment



Wednesday, July 8, 2009

Mood : okey2 je

International Finance, at DKG 2/4 - this is my first class for this semester. Lecturer okey la. but, previous student said 'dia mengajar tak faham langsung!' erm.. no comment. i can't judge him just for the first meeting.. aku rasa okey je. i hope so.. bad news!! next class we have a quiz!! huh.. rasa macam baru je masuk kelas. dah nak kena buat kuiz..

Hari ni aku tak makan durian pun..hehe..

Tadi sepatutnya aku ada lagi satu kelas - International Business Policy. tapi lepas 20 minit, lecturer tak masuk pun. so, we all assume the class is cancel (hureyyyy).. kitorang pun apa lagi. keluar kelas dan terus pergi makan.hehe..

Inilah dia kawan ku yang sengal..AYU. "glamourlah ko lepas ni, ayu"
Dalam kelas pun sempat bergayut lagi. tengok..ka
n aku dah tercandid.. sorry dear ;)

Suasana dalam bas.. ni lah bas yang mengangkut kitorang pergi dan balik kelas. cantik kan?? hehe..

Tadi jiran sebelah bilik aku ni bawa 'baby' balik bilik. 'baby' tu anak akak dia (anak buah dia la tu). aku ni memang pantang nampak baby. habis baby tu kena gomol..huhuhu.. suka sangat main dengan dia. tapi letih sebab dia 'hyperactive'! asyik nak melompat je. aku yang penat. seronok sangatlah dapat main dengan baby. lagi-lagi baby sebaya dia (umur 5 bulan).. daripada pening kepala, terus sihat aku dibuatnya..

"alaahh..tomeynya baby!!" inilah dia MOHD DANIEL ASHRAF..
"mmuuaahhh baby banyak-banyak!!"

Erm.. tomorrow i have morning class - 9.30 am.. ade dua kelas je esok.pukul 12.30 dah habis.. okey la ye..got to go! ;)



Tuesday, July 7, 2009

Alhamdulillah..

Hari ni aku tak nak tulis panjang2 la.sebab aku nak kena tidur awal dan kena bangun awal esok..ada kelas pukul 8 pagi. aaargghhhhh..... harap-harap aku boleh bangun..

Aku baru je lepas memulakan business aku hari ni. Alhamdulillah.. sambutan yang menggalakkan!! mungkin rezeki aku agaknya..

Hari ni cuma makan maggi goreng 'sedaap' je. sebab terlalu kenyang makan durian (again and again). mulut ni pun da bau durian je setiap masa.. dah jadi 'durian addict'!

Okey la.. mau tidur dulu.. good night!!

Love You All ;)
(suka cakap love you pada semua orang..)



Monday, July 6, 2009

job baru..

Baru lepas makan durian.. maaf kalau entry ini ada bau-bau durian (mengarut!) ;)

Hari ini adalah hari pertama aku masuk ke dalam kampus untuk sem ini. bukan untuk pergi ke kelas (no no no!).. tapi pergi temankan kawan uruskan hal 'add drop'. tak settle lagi pun. ada satu kelas lagi tak dapat nak add sebab kelas tu da 'full'.. so, lecturer ask her to come back tomorrow. hurmm.. letih! letih menunggu sebenarnya.sebab terlalu ramai manusia!! sementara menunggu tu, aku duduk memerhati gelagat manusia-manusia itu.. tersenyum sendiri aku dibuatnya.. macam-macam ragam..


Kami sempat berposing dalam bas..hehe


Lihatlah..betapa ramai manusia yang sedang menunggu giliran untuk buat 'add drop' ni.. menguji kesabaran sungguh..


Gambar ini disnap di Fakulti Perakaunan. sebenarnya sekumpulan pelajar kat tengah-tengah tu sedang 'confuse' di mana arah tujuannya. dah pastilah mereka tu budak Sem 1 (teringat masa zaman-zaman sem 1 dulu..sangat kelakar!)

Okey..back to the title for this entry --> job baru! job apa tu? jeng jeng jeng..

Tadi Abg Didie (salah seorang usahawan berjaya di sini) telefon dan 'offer' satu business. jual tshirt! setelah mendapat persetujuan, kitorang pun jumpa. dia dah terangkan apa yang perlu aku buat. so, sesiapa yang nak beli tshirt novarsity dan tshirt UUM, silalah hubungi aku ye ;) Aku rasa 'excited' sangat nak buat business ni. sebab untungnya agak 'masyuk' (rahsia..tak boleh bagi tau..huhu). aku harap untung ni nanti boleh lah membiayai perbelanjaan aku yang kurang ni. doakan rezeki aku murah.. err..one more thing.Abg Didie janji, kalau dapat jual lebih daripada 'target' dia nak bawa pergi Genting Highland!! yuhhuuuu..seronok!! tapi tu pun kalau capai target la..

Selain buat business tu, aku ada juga buat business biasa-biasa. cukuplah untuk aku menyara hidup aku sendiri kat sini. saja nak cari duit poket lebih ;) Aku sedang aktif mencari agen topup. u all nak? kalau nak, boleh contact aku ehh.. lagi satu kalau korang tak keberatan, join lah juga business aku yang INI. kita sama-samalah cari duit ehh ;)



Sunday, July 5, 2009

bebelan...

Hari ni kelas dah bermula. tapi malangnya, aku tak pergi kelas pun. Tidur je kat bilik.hahaha.. actually, this week kalau tak pergi kelas pun tak apa (itu cakap aku je.orang lain tak boleh ikut!). sebab minggu ni masih lagi minggu 'add drop'. so, student memang busy untuk menguruskan jadual. termasuklah aku..tapi sekarang, jadual aku dah settle. aku malas nak mengambil masa yang lama untuk susun jadual. aku sedikit tak berpuas hati dengan jadual aku sem ni. aku ada kelas pukul 8.00 pagi hari ahad dan rabu.OMG..boleh ke aku bangun awal ni???dan bertambah tak berpuas hati bila hari ahad, aku ade kelas pukul 8.00 malam!!! wat de fak!! tapi aku malas dah la nak fikir banyak-banyak. aku redha je lah.lagi pun da final sem dah ni..

Roomate baru yang aku tunggu-tunggu tadi akhirnya sampai juga tadi. she's quite okey. nak kata peramah sangat tu taklah kot. tapi kira okey jugalah.tak ada lah nampak macam sombong semacam.badan dia lebih kurang aku (sedap-sedap gitu.wahahahha). mungkinkah dia memang betul adik aku yang terpisah lama, menurut cakap kawan-kawan aku tu?? heh..nonsense!!

Hari ni aku mengidam sangat nak makan durian. finally, Ida (jiran sebelah) datang ketuk pintu. "Fiza, mai la datang bilik.ada buah sikit." dengan senang hati aku terima pelawaan dia (aku pantang dipelawa). tengok-tengok, bukan ada buah sikit, tapi ada buah BANYAAAKKKK!!! ada durian, manggis dan rambutan. bersungguh-sungguh aku makan. sampai sekarang perut aku kekenyangan yang teramat sangat (buncit sudahhh!!)

Lepas makan durian, aku duduk melepak kat Mall Kachi (ala-ala food court). lama juga menghabiskan masa kat sana. duduk makan dan minum.. then, pergi pula mengacau kedai Abg Iqbal (kedai komputer di kolej kami).dah menjadi hobi kami pergi mengganggu ketenteraman kedai tu..wahahhaa.. aku dijemput untuk melawat blog barunya.dan sekarang aku pula menjemput korang semua untuk melawat blog dia. KLIK SINI utk mulakan lawatan anda ;)

Baru je tadi berpeluang jumpa dengan Fina. selama ni hanya dengar khabar berita melalui alam maya je.hehe.. aku jadi follower setia blog dia sebab aku suka setiap entry yang dia tulis. kalau korang tak percaya, korang tengok sendiri. KLIK SINI. yang sronoknya kan.... (haishhh..malu pula nak cakap!) dia kata "Fiza, kau nampak kurus.." Hahahahha.. "sayang sangat kat kau, Fina!!"

over lah tu! ooppss..sorry!!

okey2..what i'm going to do tomorrow? rasanya esok pun tak pergi kelas kot. bukan ponteng, okey. tapi nak pergi buat 'add drop' untuk kawan aku.actually, i've got story to tell. i want to express my feeling, but not now.sebab rasa 'moody' sangat bila ingat pasal tu.. betapa susahnya menjaga hati dua orang kawan! i'll story about this later..

Alamak...i've been tagged oleh Ika. dah agak lama lah juga. tapi sampai sekarang, aku tak jawap2 lagi. banyak sangat lah soalan tag tu.. 100 questions, u all!!! takpe..aku buat juga nanti.dan bersiap sedialah pada orang-orang yang selalu kena tag dengan aku..hahahhaa.

err..aku dah membebel panjang rupanya. aku tau tak ada siapa pun baca panjang-panjang macam ni.tapi tak apalah.aku peduli apa.. apa yang penting, kerjasama aku enjoy meluahkan perasaan kat blog kesayangan aku ni.. *wink*


Saturday, July 4, 2009

beginning...

Assalamualaikum... (tak pernah pun bagi salam kan?)
aku di sini.di atas meja belajar..di dalam DPP SME Bank.di UUM.pejam celik, pejam celik, rupanya dah hampir 2 bulan aku bercuti.rasa liat sangat nak balik U ni.biasalah kan, dah lama duduk berehat.ni nak kena perah otak balik..memang malas!but, finally..i'm here!!kalau nak ikut rasa malas, semua benda tak jadi.betul tak?i like it or not, life must go on..jangan berhenti separuh jalan.. (motivate diri sendiri)

arrived here around 10 a.m.jejak je kaki kat sini, terus pergi daftar dan angkut kotak-kotak daripada dalam stor.then, borak-borak dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.lepas borak ala kadar, terus bersihkan bilik dan kemas barang.sangat penat!!lama juga menghabiskan masa dengan mengemas barang-barang yang teramatlah banyak.nama je da 'final sem', tapi barang macam baru 'first sem'.tak tau nak kurangkan barang macam mana.rasanya semua aku nak guna..that's the problem!

belum habis penat mengemas, aku terus keluar ke Jitra.beli barang-barang keperluan.duit?huh..jangan cakaplah.RM150++ habis!siap tapau KFC lagi.hehe..lepas tu balik pun da dekat pukul 8 malam.terus mandi-mandi dan sambung mengemas barang-barang yang baru beli tu.

ouh..forgot to introduce my new roomate!actually, i got a new roomate this sem.she's a junior in 5th semester (taklah junior sangat kot)..aku sendiri belum pernah jumpa dia.sebab dia belum sampai lagi.hehehe.but, i already know her name..NADIAH BT AYOB from Bangi.for your information, her father's name same with mine.so, kawan-kawan aku cakap, dia tu adik aku yang dah terpisah lama.haha..whatever!harap-harap dia sekepala dengan aku..

now, i feel very tired and need to sleep early tonite.sebab kepala pening teramat sangat ni.tak tau kenapa.mungkin perubahan cuaca kot.mungkinkah??apa-apa je la.yang penting, memang kepala aku tengah sakit sangat sekarang.picitkan pleaseee.. (ngada-ngada dah datang)..

okey la.err..sorry for no picture for this entry.tak sabar nak tidur dah ni..zzZzZZz....


Friday, July 3, 2009

masa suda tiba..

waktu sekarang pukul 5.20 petang..

lagi 2 jam setengah aku akan berangkat pulang ke Kedah..

aku nak siapkan 'packing' barang dulu..

doakan aku selamat sampai UUM ye..

Selamat tinggal rumahku, syurgaku..
wuuu..sedih :(




Thursday, July 2, 2009

Hari-hari terakhir di rumah

Tajuk entry pun da sedih.haish..memang sedih..

okey2..tak nak la cerita sedih dulu.aku nak cerita pasal hari ni.aku buat apa ye?tadi terbangun lambat.al-maklumlah, semalam kan penat (macam penat sangat je).lagi pun memang saja nak bangun lambat.itulah alasan yang sebenar.hehe..hari ni Chef Ikah masak.sedap ke?tepuk dada tanya selera.wahahaha..

Lepas tu pergi beli barang-barang.banyak habis duit!yang tak ada dalam 'list' pun aku bantai beli juga.huh..boroskah?tengok ye aku beli apa..

- syampu
- bedak
- body foam
- ubat gigi
- facial wash
- seluar slack
- baju

itu je kot rasanya.barang sikit je.tapi habis lebih kurang RM200 jugalah!wooowww..pelik betul.lepas 'settle' beli barang-barang aku, Ikah ajak pergi kedai kasut.4 kedai kami pergi.bila ada je yang berkenan, saiz pula yang tak ada.kedai yang keempat tu baru jumpa kasut pilihan kalbu..huhu.tapi Ikah je yang beli.aku tak beli pun.sebab duit dah banyak habis kat tempat lain..



Aku yang 'over try' banyak kasut.tapi tak beli pun..kasut yang aku pegang tu, aku suka sangat!!!!


Posing suka-suki..ngeee~

(Tukar mood)
Waaaaaaaaaa...boleh tak aku nak menangis berguling-guling?esok aku da kena balik Kedah.bermulalah hidup aku sebagai seorang pelajar semula.waktu rehat aku dah tamat.aku naik bas malam esok.Bas Cepat Ekspress - 8.30 malam - Segamat-Changlun - Seat No. 29..tengok tiket bas pun rasa lembik satu badan.what to do..hidup mesti diteruskan."sabar Fiza.tinggal lagi satu sem je lagi.4 bulan je.bukan lama pun.kuatkan semangat.chaiyok!!!"

** Dah lama rasanya Fina tak update blog."rindu la, Fina" dia memang busy sangat2 sekarang ni.kesian dia..tak apa.aku pun dah nak balik Kedah.boleh la jumpa dia nanti.kan Fina kan? ;)



Wednesday, July 1, 2009

penat..

7.50 pagi
- bertolak dari rumah.pergi KLIA untuk menjemput IKAH yang dijangka sampai pukul 9.50 pagi daripada Egypt..tapi pukul 11.00 pagi baru dia keluar daripada Balai Ketibaan..

11.15 pagi
- Singgah R&R untuk makan..
- pergi Damansara Specialist - melawat atuk saudara yang diserang stroke secara tiba-tiba..doakan semoga dia kembali sembuh..

12.30 tengahari
- makan lagi kat R&R
- bertolak ke kampung (Melaka) untuk ambil durian (nenek suruh..hehe).singgah sekejap je..tapi sempat jugalah main-main dengan kucing kat sana ;)



4.00 petang
- berhenti - solat
- melawat 'uncle' kat Hospital Pantai.Esok dia kena buat 'operation' kerana penyakit batu karang..doakan semuanya selamat..

7.15 malam
- bertolak balik Segamat
- singgah solat di Surau kat Tangkak
- singgah rumah makcik - makan kat sana sekali

10.30 malam
- sampai rumah
- mandi (huhh..lega!)

lepas je mandi, terus mengadap laptop kesayangan.rasa tak sabar-sabar nak online..hehe..