Saturday, July 11, 2009

Doalah...

Kawan-kawan...
sudahkah korang semua berdoa untuk mak ayah hari ini? Err...belum? Tak bolehlah macam tu. Tiap-tiap hari kita kena berdoa untuk orang tua kita tau.. (ini nasihat serius!)

Bukan setakat doa je, tapi kalau boleh (memang kena bolehkan juga) setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kamu (tak kira masih hidup atau pun telah tiada ). Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...



Hadith Nabi :-
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"


Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ). Kalau kita buat, sudah pasti (memang pasti!), Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah! Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita. Tak salah sampaikan juga doa untuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita. Tapi pastikan doa kita memang doa yang bersungguh-sungguh! Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
!!

Kesimpulannya, bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari (pesanan ini untuk mengingatkan diri aku juga). Kita kena ingat, Allah turunkan Maha Rezeki. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu, jodoh dan sebagainya).

"Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM"
(Azmil Mustapha)

** bukan nak membebel, bukan nak berceramah, bukan juga nak tunjuk baik.. tapi sekadar ingatan untuk diri sendiri. dan tak salah rasanya berkongsi ngan korang kan ;)


4 comments:

Meooo Comicore Club said...

nice post.

tersentuh sy baca hadith tue.... :)

mari amik AWARD di blog sy...

http://meo188.blogspot.com

AuraFIza said...

waahh..
dpt award lg ;)

Joe said...

info menarik!

BG said...

setuju..

cuma konsep melayu ni jumud sgt...suka dengki ngan kejayaan org lain tp xnak berusaha memperolehinya secara halal dan adil..huhhu

hMM ntah laaaaaaaa bila bangsaku nak sedar