Wednesday, July 29, 2009

Syukur Alhamdulillah..

Da hampir seminggu jugalah laptop aku ni 'sakit'. macam-macam masalah.. dah lah dia sakit time aku betul-betul memerlukannya. dugaan betul.. ni semua gara-gara virus-virus yang sangat jahat tu!! geraaaaaammmmmmm....!!! tapi hari ni, laptop aku da kembali 'sihat' seperti biasa.. harap-harap dia tak sakit lagi sampai bila-bila. semuanya dah dalam keadaan baik semula.. Syukur Alhamdulillah...

Sejak balik cuti ni, tahap kerisauan aku di tahap maksimum. maunya tidak.. tiket nak balik kedah dah habis!! SOLD OUT!! padahal aku rasa aku dah pergi beli awal, tapi hampa.. rupanya ramai lagi orang yang beli lagi awal daripada aku. Seperti biasa, aku gunakan plan B. usha-usha tiket kat KL-Puduraya. Dengan bantuan Nana (my sis), berjaya juga dapatkan tiket.. Durian Burung - 1 Ogos 09 - 11.30 malam. sesiapa yang free pada waktu tu, meh la hantar aku naik bas ;) Now, i've not to worried anymore.. dah boleh tarik nafas lega.. Syukur Alhamdulillah..

International Finance - Prof. Angappan (our lecturer.. sebut nama dia betul-betul, okey) have approved 3 companies for our group. actually, we need to find 5 companies. our group have submitted 10 companies for the approval. tapi, hanya 3 diterima. means, we need to find another 2 companies. bukan senang tau nak dapat approval company ni sebab memerlukan tahap kesabaran dan kecekalan yang tinggi untuk menggunakan data stream (satu software untuk melihat semua data company). disebabkan data stream tu jugalah laptop aku hancusss dijangkiti 'ulat-ulat a.k.a virus'. tapi berbaloi la juga sebab Prof. Angappan dah approve 3 company sekali gus untuk kumpulan kami.. Syukur Alhamdulillah..

Tadi pergi jalan-jalan dengan Ikah, Amy dan Farihah. sorry for no pictures. tiba-tiba pula bluetooth laptop ni tak berfungsi. Mungkin ada silapnya masa laptop ni direpair. tak apa.. will updated soon.. kitorang pergi karaoke. lepas tu pergi melantak KFC. then, kitorang plan nak pergi main bowling. tapi, malangnya bowling PENUH laaa.. ada tournament kat situ. Bowling kat Segamat ni bukan besar pun. bila ada tournament, memang susah la orang luar nak menyibuk main. lepas tu, rezeki datang lagi. Amy cakap dia nak belanja makan tauhu bakar. belum sempat KFC dihadam, dah kena sumbat dengan tauhu bakar tu. kenyang gilaaaaaa.. Syukur Alhamdulillah ;)

Semakin hari semakin sayang... Syukur Alhamdulillah.. (tak boleh cerita lebih-lebih pasal ni.. you all akan tau juga nanti... hehe. poyo je kan!!)

Hari-hari ada je rezeki dan nasib yang baik datang.. tu yang nak kena banyak-banyak bersyukur. harap-harap hari esok akan menjadi lebih baik daripada hari ini.. aamiinnnn (:


2 comments:

Ridhuan said...

virus tu bole infect laptop gak ka? bahaya tu.. seb baik tak kena..

AuraFIza said...

memang bahaya.. nasib tak hancuss je laptop nih dibuatnye ;)