Sunday, July 5, 2009

bebelan...

Hari ni kelas dah bermula. tapi malangnya, aku tak pergi kelas pun. Tidur je kat bilik.hahaha.. actually, this week kalau tak pergi kelas pun tak apa (itu cakap aku je.orang lain tak boleh ikut!). sebab minggu ni masih lagi minggu 'add drop'. so, student memang busy untuk menguruskan jadual. termasuklah aku..tapi sekarang, jadual aku dah settle. aku malas nak mengambil masa yang lama untuk susun jadual. aku sedikit tak berpuas hati dengan jadual aku sem ni. aku ada kelas pukul 8.00 pagi hari ahad dan rabu.OMG..boleh ke aku bangun awal ni???dan bertambah tak berpuas hati bila hari ahad, aku ade kelas pukul 8.00 malam!!! wat de fak!! tapi aku malas dah la nak fikir banyak-banyak. aku redha je lah.lagi pun da final sem dah ni..

Roomate baru yang aku tunggu-tunggu tadi akhirnya sampai juga tadi. she's quite okey. nak kata peramah sangat tu taklah kot. tapi kira okey jugalah.tak ada lah nampak macam sombong semacam.badan dia lebih kurang aku (sedap-sedap gitu.wahahahha). mungkinkah dia memang betul adik aku yang terpisah lama, menurut cakap kawan-kawan aku tu?? heh..nonsense!!

Hari ni aku mengidam sangat nak makan durian. finally, Ida (jiran sebelah) datang ketuk pintu. "Fiza, mai la datang bilik.ada buah sikit." dengan senang hati aku terima pelawaan dia (aku pantang dipelawa). tengok-tengok, bukan ada buah sikit, tapi ada buah BANYAAAKKKK!!! ada durian, manggis dan rambutan. bersungguh-sungguh aku makan. sampai sekarang perut aku kekenyangan yang teramat sangat (buncit sudahhh!!)

Lepas makan durian, aku duduk melepak kat Mall Kachi (ala-ala food court). lama juga menghabiskan masa kat sana. duduk makan dan minum.. then, pergi pula mengacau kedai Abg Iqbal (kedai komputer di kolej kami).dah menjadi hobi kami pergi mengganggu ketenteraman kedai tu..wahahhaa.. aku dijemput untuk melawat blog barunya.dan sekarang aku pula menjemput korang semua untuk melawat blog dia. KLIK SINI utk mulakan lawatan anda ;)

Baru je tadi berpeluang jumpa dengan Fina. selama ni hanya dengar khabar berita melalui alam maya je.hehe.. aku jadi follower setia blog dia sebab aku suka setiap entry yang dia tulis. kalau korang tak percaya, korang tengok sendiri. KLIK SINI. yang sronoknya kan.... (haishhh..malu pula nak cakap!) dia kata "Fiza, kau nampak kurus.." Hahahahha.. "sayang sangat kat kau, Fina!!"

over lah tu! ooppss..sorry!!

okey2..what i'm going to do tomorrow? rasanya esok pun tak pergi kelas kot. bukan ponteng, okey. tapi nak pergi buat 'add drop' untuk kawan aku.actually, i've got story to tell. i want to express my feeling, but not now.sebab rasa 'moody' sangat bila ingat pasal tu.. betapa susahnya menjaga hati dua orang kawan! i'll story about this later..

Alamak...i've been tagged oleh Ika. dah agak lama lah juga. tapi sampai sekarang, aku tak jawap2 lagi. banyak sangat lah soalan tag tu.. 100 questions, u all!!! takpe..aku buat juga nanti.dan bersiap sedialah pada orang-orang yang selalu kena tag dengan aku..hahahhaa.

err..aku dah membebel panjang rupanya. aku tau tak ada siapa pun baca panjang-panjang macam ni.tapi tak apalah.aku peduli apa.. apa yang penting, kerjasama aku enjoy meluahkan perasaan kat blog kesayangan aku ni.. *wink*


3 comments:

Joe said...

ala..bebel je la panjang2.takpe.sy mesti baca punya.takkan miss!!hehe

Encik Azizan said...

same la kita..1st week stat sem baru mmg susah nak g kls pdhal kls ari ptama da stat.hehe

slm singgah

AuraFIza said...

btol..btol..btol..
mkin tua mkin mlas nk p klas..
huhuu..