Thursday, July 30, 2009

gambar suka-suki

Malas nak menaip. Rajin nak mengupload.. maka lahirlah entri yang bertajuk 'gambar suka-suki'.. Kalau berminat nak tengok, silakan. memang untuk tatapan kamu pun. kalau tak berminat nak tengok, it's okey. sebab gambar ni pun hanya gambar-gambar biasa je.. menarik bagi aku, tapi mungkin tidak bagi kamu. pandangan masing-masing kan.. tak apa.. tak marah pun.. sorry sebab bila da mula membebel, agak susah nak berhenti..hehe..

gambar yang aku upload ni semua adalah gambar yang menggambarkan kenangan paling indah dalam hidup aku.. waaahh..indahnya!!

Aku rindukan suasana di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Gambar kat atas ni adalah kali terakhir kami pergi tepi laut. lepas tu, ayah dah dapat pindah Segamat semula. Menetap di Kota Tinggi lebih kurang 5 tahun juga kot.. Maaf la kalau gambar tu sedikit blur. layankan je lah. huhu.. itu adalah suasana pada waktu pagi. kami adik-beradik tak mandi lagi pun (nak bagi tahu, baju yang dipakai adalah baju tidur. hehe). bangun tidur terus pergi tepi laut. konon-konon nak jogging, tapi hampeh.. berposing je lebih!


Aku rindukan kawan aku yang hujung sekali tu. Nama dia Ani. tapi lebih dikenali dengan "dok dang".. haha.. unik sungguh nama.. sekarang ni dia tengah menjalani praktikal di Terengganu. dulu, dia adalah salah seorang penyeri blok kami. dia sangat baik.. bila dia tak ada, kami terasa sedikit sunyi.. tapi nasib baiklah ada member-member lain sebagai penggantinya. Ehh.. lupa nak bagi tau, bilik dia sebelah bilik aku je dulu.. pesanan untuk dok dang. walau pun aku tau dia tak baca, aku peduli apa.. huhuhu.. "dok dang, nanti datang uum, jangan lupa janji kita untuk makan kat kuala perlis ramai-ramai. tak sabarnyaaaaaaaaa!!"


Aku rindu zaman persekolahan. miss all those memories damn much!! kadang-kadang rasa seronok pula tengok budak-budak sekolah pakai uniform sekolah. padahal masa sekolah dulu, rasa tak sabar-sabar nak habis sekolah. rasa meluat sangat dengan uniform sekolah tu. tapi sekarang ni, yang meluat tu la yang buat aku rasa rindu gila2.. korang rasa tak apa yang aku rasa???

Aku rindukan kawan-kawan aku yang dulu. sekarang ni dah lost contact dah pun.. sedih kan? harap sangat dapat jumpa diorang balik. apa cerita diorang sekarang pun aku tak tau.. kawan dengan diorang sangat seronok.. gila-gila kepala diorang tu. tapi otak geliga.. jangan main2..


Aku rindu kawan-kawan yang sekarang ni tengah praktikal. aku doakan yang terbaik untuk diorang kat luar sana. Apa-apa pun, diorang tetap happening dan havoc!! "bila lah kan kita dapat 'together-gether' cam dulu lagi kan??" huh.. (mengeluh sebab terlalu rindu..)

Last but not least, aku rindu kan kehidupan aku yang dulu.. it's lost.. don't know where to find it.. OMG... I just wanna it back!!!!




6 comments:

Fina said...

dengan saya dia tak rindu.. ok ok i get it T___T

AuraFIza said...

OMG! fina.. really mish u 2 dear..dlm hati ni menanggung rndu, tak sape pn tau.. huhu..nnt aku ckp aku rndu ko sgt2 kt next entri k..cyg ko!! ;)

ijad said...

gambar kenangan lama ya....

AuraFIza said...

yerp..really meant to me ;)

adda said...

hii.. teringat zaman muda mudi dolu2

AuraFIza said...

gmba ni nnt jadi knangan zaman tua sy plak..hehe