Sunday, February 28, 2010

Sabtu dan Ahad

Semalam dan hari ni sangat letih.. Pergi rumah kenduri sampai 3-4 buah rumah sehari. Perut dah kembung dengan nasi minyak. Letih memang letih. Tapi seronok!

Sebenarnya dok fikir dari tadi nak upload gambar ke tak. Malas weyh! Huhu.. But finally, aku terpaksa rajin-rajinkan diri jugak untuk upload. Lagi senang rasanya. Tak payah nak menaip panjang lebar..

Ini majlis pertunangan kawan aku. Norasfaizah. She looks like very pretty! Tapi agak berisi daripada dulu. Biasalah tu kan.. Dulu masa zaman muda remaja, slim aje. Tapi dah agak dewasa sikit, mulalah badan naik sikit-sikit. Err.. Entah apa-apa je la aku ni sibuk cakap pasal badan orang kan? Haihh..

Tumpang menyibuk pulak! Tak cukup-cukup bergambar masa tunang hari tu. Nak jugak bergambar kat pelamin tunang orang. Haha..

Let me introduce, my best best best friend I ever had.. Nursalina! Dia dah tunang, okeh! Jangan memandai nak mengurat. Hehe.. Dah nak kahwin dah pun bulan Jun akan datang.

Rasanya gambar lain dah takde kot. Ada memang ada. Tapi tak payah la upload. Nak upload gambar masa main bowling pulak. Dah berpanas-panasan di siang hari kat rumah kenduri, malamnya tu kitorang pergi main bowling. Ramai juga team bowling kitorang. Ada lebih kurang 12 orang. Best wooo..

Ini adalah sebahagian daripada team bowling kitorang..

Tunang aku main. Terer ke? Heh.. Hanya kitorang je yang tau. hakhak..

Ni member aku, Yan. Dia lah juara. KONONNYA! Padahal kebetulan je tu.. Huhu..


Ehh.. Rasanya terpaksa stop dulu la. Sebab rasa macam nak tengok Raja Lawak pulak. Dah start dah tu.. Jom tengok jom!



Friday, February 26, 2010

Sekadar Menghapdate!

Lately, memang terasa sangat panas. Dah mandi pun rasa panas. Malam-malam.. Nak tidur pasang aircond pun panas jugak.. Banyak sangat lemak kot ATAU banyak sangat dosa?? Ye.. Mungkin!

Sebenarnya tak tau hari ni nak update apa. Panas-panas macam ni rasa memang tak nak duduk lama-lama depan lappy ni. Jangan tanya kenapa. Sebab aku pun tak tau kenapa.. Hakhak..

Esok... Aku akan memenuhkan perutku yang dah sedia buncit ni dengan nasi minyak. Ramai betul member-member kawin esok. Ada 5 rumah kena pergi! Nak pakai baju apa ek? Haihh.. Panas-panas macam ni rasa macam tak nak pakai baju apa-apa. Nak berlengging je. Boleh?? Haha..


* Berlengging = ala-ala bogel! ;)


Rasanya cukup dah kot setakat update benda-benda macam ni je. Janji update. Tak gitu, Cik Kiah?? (Err.. Cik Kiah nama bakal mak mertua aku.. Hoho.. Ampunnnn!). Okey okey. Enough is enough. Maaf ye korang terpaksa membaca entry yang merapu kerapu ni.. Chow!




p/s : Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Bersama-samalah kita berselawat sebanyak mungkin. Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai dan rugi. Salam ukhwah daripada Norhafiza Ayob dan Mohd Hafizzu ;)



Thursday, February 25, 2010

Oh Aizat!

Hari ni nak mengumpat Aizat. Boleh? Haha.. Marah peminat Aizat. Habislah aku!

Takde la. Sebenarnya aku sendiri dah jatuh chenta dengan si Aizat ni. Heh.. Aizat mana? Aizat mana lah lagi kalau bukan artis hasil keluaran Akademi Fantasia 5. Yup.. Aku suka dia! Semua lagu dia sedap halwa telinga aku ni dengar.

Ingat tak lagi masa dia mula-mula masuk AF dulu. GEMUK kan? Hoho.. Gemuk gemuk pun tapi suara high class beb!


Haaa.. Hambek kau! Semangat mak aihh.. Tapi masa ni dia tak meletup sangat. Oleh kerana performance dia yang maintain best, dia dapat juga bertahan lama dalam konsert. Tapi tak sure la sampai konsert ke berapa. Or dia masuk final ek?? Adehh.. Sori. Tak buat homework pun tadi. Hoho..

Sekarang.... Namanya dah melonjak-lonjak naik dalam arena muzik ni. Suara dia best! Lagu pun mantap! Lagi-lagi sekarang ni dah handsome.. Makin malatop la kan..

Yeahh.. Dia saya punya.. Dia saya punya!!!
*Gedix* Dush dush!

Pernah sekali aku jumpa Aizat. Real punya! Masa tu memang terkejut jugak la tengok dia dah kurus. Apa rahsia Aizat ek? Tak nak ke dia turunkan ilmu dia tu kat aku? Haihh..

Beza??? Memang berbeza!!
huuu.. Jeles jeles!!

Lagu dia yang pertama sekali meletup, kalau tak silap aku.. Lagu Hanya Kau yang mampu. Kan kan kan?? Best wooo!! Lepas tu baru la lagu-lagu lain naik jugak. Antara lagu-lagu dia yang aku tau dan memang aku minat :
  • Kau dan Aku
  • Fikirlah
  • Pergi
  • Lagu Kita
Lagi?? Ada satu lagu tu. Selalu dengar kat radio. Tapi tak tau tajuk. Huhu..

Harap-harap Aizat akan terus success. Kami sokong Aizat. Chaiyok chaiyok!! (Kot kot la Aizat baca kan.. Hakhak..)

Gambar-gambar semua hasil belas ikhsan Uncle Google ;)



Tuesday, February 23, 2010

Aku Dah Ketagih!

Omaigod!! Kenapa benda tu sedap sangat?? Tolonglah jauhkan benda tu dari aku. Aku dah tak dapat lagi menahan gian..



I WANT IT..!!!





I WANT IT..!!!








Packingnya je dah cukup membuatkan aku terliur. Sampai termimpi-mimpi kot nakkan Kinder Bueno ni. Kenapalah kau sedap sangat??


See...!!!! Macam mana nak tahan kalau macam ni punya sedap! Adoihh.. Jauhkan la benda ni dari aku. Shoohh shoohhhh...


Dah beberapa hari, aku WAJIB makan Kinder Bueno ni. Bila tak makan sehari, rasa macam tak sedap je air liur ni nak telan. Ini ke namanya ketagih?? Oh.. Seksanya!!

Kalau nak bagi present, tak payah susah-susah bagi coklat mahal-mahal ye. Bagi yang ini pun dah okey sangat-sangat.. Ceh.. Bercakap macam ada orang nak bagi hadiah je kan. (sebenarnya mengharap...)


Korang try la makan. Baru korang tau macam mana aku rasa. Ngehngehngeh ;P



Monday, February 22, 2010

Miss That Moment!

Satu masa dulu, Langkawi adalah tempat percutian aku. Tempat enjoy aku. Tempat lepak aku. Best gila la masa zaman gila-gila dulu. Tiba-tiba pulak rasa rindu kat Langkawi. Rindu kat Pantai Cenang dia, rindu kat cable car dia, rindu nak naik feri, rindu coklat Daim... Kalaulah aku Doraemon kan best. Dapat pergi ke masa lalu semula.. Heh.. Mengarut je! Dush dush!!


Masa first time pergi sana..

Semua tempat nak pergi. Semua kedai nak masuk. Semua coklat nak beli. Baju Langkawi beli sampai berhelai-helai. Ambil gambar hampir semua tempat. Siap bawak maps. Pergi tempat-tempat tu semua berpandukan maps je. Siap sesat pulak tu.. Naik feri pun macam jakun gila! Hahaha.. Tak leh blah la time tu. Kalau ingat balik, memang rasa nak terkeluar anak tekak gelak!!




Dah pergi second time..

Dah tak sejakun masa pergi kali pertama. Pergi tempat mana yang sempat je.. Tapi, coklat tetap tak tinggal!! Ada jugalah sesat.. Tapi dah tak sepanik dulu. Konon-konon tak takut la kan. Orang cakap, kat Langkawi tu, pusing-pusing pun kat situ gak.. Berlagak lah konon. Cettt!



Pergi kali ketiga.. Keempat.. Kelima....

Lepak tepi pantai. Pergi karaoke. Itu aje. Dah macam tempat sendiri dah. Jalan mana-mana semua dah hafal. Dah tak sesat. Coklat?? Dah tak pandang sangat! Bajet orang Langkawi gituh!! Hahaha..


Sekarang... Mood nak pergi Langkawi memang tengah menggila. Banyak kenangan aku kat sana. Pahit manis semua ada. Pahit pedas pun ada jugak! Rindunya suasana kat sana. Paling best masa pergi mencandat sotong. Kenangan terindah!! Takkan lupa sampai bila-bila..



Jom kita buat plan pergi Langkawi ramai-ramai nak? Lagi ramai, lagi best!! Jom jom..!

Mood excited



Sunday, February 21, 2010

Make it simple..

Banyak yang aku nak cerita. Tapi tak tau la ek.. Langsung takde mood nak menaip. Rasa macam nak record suara, bagi korang dengar je. Tak payah susah-susah taip. Heh.. Boleh macam tu?? Okey okey.. Straight to the point and I will make it short..

  • Makan satey. First time makan satey kat kedai tu. Superb la beb! Memang sedap gila! Makan sekali, confirm nak lagi. Kat Labis. Satey Manap. Haa.. Jom pi ramai-ramai!!
  • Virus dalam laptop semakin jinak. Menjadi-jadi pembiakannya. Sampai pendrive pun dah tak boleh guna. Huh.. Damn!!
  • Pergi kolam air panas. Tak mandi pun sebab last minute punya plan. Main celup-celup kaki je. Tu pun dah tak tahan. Panaaaasssss.. Nak bercamwhoring pun takde mood sebab diserang sakit perut yang teramat. Aaarghhh.. Rugi!! Takpe.. Nanti pergi lagi..

  • I feel lonely. Tunang tersayang dah kena turun Kemaman. Rasa jauuuuuuuhhhh sangat! Tak tahulah boleh balik every week ke tak. Hurmm.. Tiba-tiba asyik rasa nak menangis je. Sedih kot.. Tapi sebelum dia pergi, we had a great day. Damn fun, I tell you! I do really love him so much. "Gonna miss you, dear.."
  • One of my friend tengah tunggu due date untuk deliver baby. Uhh.. Aku yang rasa excited sangat-sangat. Rasa macam baru je pergi wedding event diorang. Tup tup dah sarat mengandung. Sekejap je masa berlalu. Aku dah ada present for her baby. Nanti la yek baru upload..
  • Best friend aku tengah ada krisis dengan ex-boyfriend dia. So, as a friend, I rasa terpanggil untuk jadi personal adviser dia. Boleh tahan jugak la nasihat aku ni. Orang berpengalaman katakan. Hahaha..
  • My little brother, Aid, dah pindah sekolah dan dah tak duduk rumah lagi. Rasa sunyi bila dia takde. Dah takde penyeri. Takde orang nak menyakat aku lagi.. Sedih jugak bila difikirkan balik. Tapi takpe la.. It's better for his future..
Handsome? Tengok kakak dia la weyh.. Hahaha..

  • Duit keluar macam air. RM50 tu boleh tahan dua hari je. Beli apa ntah.. Hurmm.


Dah la. Kemalasan menaip berada di tahap kritikal. Taip pun asyik salah-salah je. Okey okey..



STOP!!




Friday, February 19, 2010

YOU makes ME happy ;)

Mood baru bangun tidur. Pukul 11 pagi kan sekarang? Hikhik.. Anak dara sapo la ni.. Celik je mata, terus menghadap lappy yang jadi peneman setia. Hurm.. Mood nak menaip pun kurenggg. So, layan je la gambar yang tak seberapa..

Aku je syok sorang-sorang bercamwhoring. Dia langsung tak ada perasaan tengok kamera..

Ini makanan saya.. Sizzling Mee..

Dan ini makanan dia. Haha.. Tak berapa sedap pun..

Again and again. Dia memang takde perasaan kat kamera. Nak pandang kamera pun tak nak!!



Yeah.. Seharian bersama tunang tersayang.



He bright up my day. He really makes me happy. I love you and always love you till the end..






Teeeetttt..




Okey okey.. Sudahhh..



p/s : hati sedang berbunga-bunga. Jadi, marilah berkongsi bunga-bunga dengan aku. Sharing is caring, right (ahh.. Tiba-tiba!!) ;p



Thursday, February 18, 2010

Life is NOT easy!

20 Disember 2009 - Genap umurku 23 tahun. I just realized that I'm not childish anymore! Oh.. Baru sedar rupanya. Masa umur aku 23 tahun ni la, aku rasa macam-macam dugaan datang. This time was really tough for me. I need to face all the big big big problems. And this time, I know I need to be more matured.



zwani.com myspace graphic comments


Life is a journey which paths we take, what we look back on, and what we look forward to. All those things are depends on us. We determine our destination, what kind of road we will take to get there and how happy we are when we get there..




Semalam, aku menangis sepanjang hari. Memikirkan masa depan aku yang macam gelap gelita je. Haihh.. Sometimes I terfikir jugak tau yang I have take the wrong step and I have made wrong decision that impact my life now. Serius la weyh.. Aku memang rasa down gila-gila ni. Aku sakit kepala memikirkan benda ni semua. Kenapa hidup aku tak seindah yang aku impikan..



Wonder how's my life in future would be?



Tuesday, February 16, 2010

Nak join contest!

Sesiapa yang nak buat contest..

Habaq mai kat cheq noooo..

Berkobar-kobar nak join ni..

Tapi, sekarang ni tengah bersemangat gila nak join peraduan bayi comel. Tapi tak tau nak join kat mana. Hari tu ada jumpa kat website Majalah Pa & Ma. Masalahnya, website tu tak boleh buka langsung sekarang ni.. Adoihh.. Kenapa ek?

Kalau korang tau kat mana boleh join, inform I, okey! Setakat ni baru join dua contest untuk baby comel. Kalau boleh nak join baaaaanyak-banyak. Ala-ala tamak gituh!

Anak saudara si Fizzu tu haaa.. Comel sangat! Tu yang aku beria sangat nak masukkan muka comel dia kat mana-mana contest.. Mana tau rezeki dia kan..

Lagi pun baru dapat permission from his mummy and daddy untuk masukkan gambar dia kat contest-contest tu.

Let me introduce DAMIEN QADR!

.

.

.

.

Dah botak dah dia.. hikhik..

p/s : Ehh.. Jangan lupa tau, roger-roger aku kalau tau pasal pertandingan bayi comel ni. Kerjasama anda amatlah diharapkan. Love you all banyak-banyak. Mmmuaahh.. Ngeee~



Monday, February 15, 2010

Sepatah dua kata

Mood sekarang termengah-mengah. Jalan pun slow je. Perut dah semakin membesar. Pregnent? Oh tidak! Kahwin pun belum la weyh! Aku dilanda kekenyangan yang teramat sangat. Makan macam-macam. Tapi kalau orang tanya aku pregnent ke, then aku jawap ye, aku pregnent. Aku rasa orang akan percaya. Hahaha.. Begitu dahsyat keadaan aku sekarang.

Tadi baru je lepas dinner dengan family bakal mertua. Makan sate beb! Mau tak kenyang.. Dah la sebelum makan sate, aku dah melantak cendol. Adoihh.. Senak perut..

Okey okey.. Sudah la tu cerita bab-bab makan. Takkan habis punya..

Aku membelek-belek folder my picture dalam lappy aku ni. Then terjumpa la gambar ini :

.

.

.

.

.


Camwhoring with my older sister, Nana. Ouh.. Really like this pic sebab aku nampak macam kurus je. Hahaha.. Picture may lie. Yeahh.. Admit it! Tapi tetap nak jatuh chenta jugak kat pic ni. Tengok tuu.. Siap ada botol syampu Sunsilk lagiii.. Kellaaassss~

Ehh.. Sebenarnya tadi nak buat sesi luahan perasaan. Sebab hati tengah panasssss.. Tapi bila jari dah mula menaip, lain pulak ceritanya. Hilang dah rasa panas tadi. Sekarang dah sejuk balik. Cool~

(Tarik nafas sambil menghirup udara segar)



Sunday, February 14, 2010

The Day we used to be together

Semalam seharian aku kat JB. Bertolak pagi-pagi buta. Dan balik semula ke rumah malam tadi, around 9 pm sampai rumah. Cousin aku tunang. Tu yang kitorang saudara-mara together-gether kat sana. Penat memang penat. Apa lagi tuan rumahnya. Laaaagi penat. Al-maklum la. Aku pun dah pernah merasa dah. Ececehhh.. Nak jugak mention!

Cousin aku yang perempuan tau..
Kak Huda dan Jijie.. Will be married on 29th May 2010..

With her family.. Dua dari kiri tu adalah cousin aku yang paaaaling rapat..

Kerabat-kerabat.. Yang makcik-makcik pun tak nak kalah!

Ini dia pelahap! Apa saja makanan depan mata, semua dia tibai! Hasilnya, malam tadi dia berguling-guling sebab sakit perut.. Padan muka dia!
Muahahaha..

p/s : Selamat bertunang pada Jijie dan Kak Huda. Semoga jodoh Kak Huda kekal sampai akhir hayat. Tak sabar nak tunggu wedding day korang! Mesti vogue! ;)



Saturday, February 13, 2010

FAKTA : Anda patut tahu!

SUBHANALLAH..




Maha Benar Allah dengan segala firmanNya..

Jika anda seorang penyelam, anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Di sana terdapat sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya adalah air tawar. Namun, jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah sungai di dasarnya. Lengkap dengan pohon dan dedaunan.













Namun, pengkaji mengatakan bahawa itu bukanlah sungai biasa. Itu adalah lapisan hidrogen sulfida, tetapi memang nampak seperti sungai. Luar biasa kan?? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.


p/s : Terasa naaaaak sangat pergi situ. Tempatnya macam sejuk, tenang... Dapat rasa tak?



Friday, February 12, 2010

Oh Tidaaakkk!!

Dah dua minggu ni hal-hal pemakanan aku memang teruk! Ada ke breakfast makan kek plus aiskrim?? Pukul 11 malam pun boleh melantak nasi?? Demmit.. Jogging pun dah jarang sangat. Hari tu sebelum nak tunang je berkobar-kobar. Sekarang??? Oh tidaaaakk!!! Semuanya hampeh! Hangit-hangit taik lombu! (Sila abaikan pepatah itu)..


Mula-mula kek Hello Kitty ni..

Followed by all these cup cakes.. Yummmmyyy!

Kek tunang aku pulak!

This one is the latest. Sedap gila! Lepas ni tak tau lah kek apa pulak.. Adoihh..


Sekarang memang tengah giat menjalankan aktiviti mencari kerja. Ayah ada call kawan dia dan recommend kan aku untuk kerja kat company tu. Then, aku dipanggil interview next week. Aku prepare la apa yang patut. Sijil-sijil semua aku keluarkan. Tapi memang terkujat gila bila tengok sijil STPM aku dah hilang. Oh tidaaaakk!! Walaupun result STPM aku tak mengghairahkan, tapi bila dah hilang, memang buat aku termenung seharian.. Huh..

Aku dimaklumkan, seorang lagi adikku, yang si Aid tu akan berpindah sekolah. Minggu depan rasanya. Oh tidaaaakk!! Kesian dia kena berjauhan dengan family. Memang akan duduk jauh gila la. Tak boleh nak story lebih la. Family matters. And I prefer to keep it secret...

Ex-boyfriend aku tiba-tiba call aku pulak! Oh tidaaakk!! Dah la masa tu aku tengah berdating dengan Inchik tunang. Haihhh.. Bikin gempak je. Kenapalah dia mesti cari aku balik? Aku dah tunang la weyh.. Janganlah menggoyahkan iman aku yang tipis ni. Aku dah boleh dah lupakan dia. I'm happy with my fiance.. Please laaa..

Semalam keluar jap pergi hantar kereta kat car wash. Malas gilak nak cuci sendiri. On the way balik rumah tu, tiba-tiba kereta buat hal pulak. Oh tidaaakk!! Tension yang amat! Tadi baru hantar kereta pergi workshop. Tak tau la bila kereta tu boleh siap. Oh my God! Aku memang tak boleh duduk diam kat rumah ni. Diulangi.. TAK BOLEH! Harap sangat kereta tu siap petang ni..

Itulah saja episod cerita Oh tidaaakk!! aku pada hari ini. Sekian, terima kasih ;P


FIZA versi Oh tidaaakk!!

hikhikhik..



Thursday, February 11, 2010

Lagu tema bulan ini

Ecehhh.. Tajuk kemain lagi!

Kalau korang nak tau, aku memang akan ada lagu tema aku sendiri setiap bulan. Tapi tak tentu jugak. Kadang-kadang dalam sebulan ada sampai tiga lagu tema! Tamak betul! Lagu tema aku biasanya akan ikut situasi semasa yang aku hadapi dan emosi aku waktu tu.

Jadi, dengan ini, saya mempersembahkan lagu tema saya pada bulan ini. (Tiba-tiba pulak jadi sopan guna perkataan 'saya')..



THREE


TWO


ONE



ACTIOOOONNNNNN!!!





(Nyanyi la babe!)

Malam masih muda
Ikutkan rentaknya
Menari cha cha cha
Hilangkan duka lara
Masa bergembira
Hiburkanlah hati yang luka

Papa asal bergaya
Lupakan sengketa
Hidup mesti gembira
Jangan rosakkan jiwa
Usahlah kau lupa
Masa depan disana bahagia

Hidup ini penuh erti
Buat kita berdua
Lupakanlah segala – gala sengketa
Janganlah dikenang kita bangkit semula
Agar kau dan aku hidup dengan bahagia
Inilah kehidupan. pancaroba.

Baik berpada pada
Jahat jangan sekali
Masih ada yang nanti
Untuk jadi pengganti
Mari kita berlari
Berlari ke destinasi yang baru



Tau tak kenapa lagu ni jadi pilihan? Pertama, sebab aku suka rentaknya. Kedua, sebab liriknya macam kena dengan keadaan aku sekarang. Ketiga, sebab Grey Sky Morning nyanyi sempoi gila! Buat aku rasa macam nak sempoi-sempoi jugak.

Lagu ni dah pun jadi caller ringtone aku sekarang. Tak percaya, call lah sekarang. Ngeee~




Wednesday, February 10, 2010

Jiwa Kacau

Kadang-kadang aku terfikir. Kenapa hidup aku tak seindah yang aku impikan?

Aku rewind balik apa yang dah aku lalui. Dan baru aku perasan something. Apa yang aku impikan dalam hidup aku, selalu tak dapat. Tapi, apa yang aku tak terfikir akan dapat dalam hidup aku, itulah yang aku dapat sekarang..

Aku sedang menghadapi saat-saat yang paling sukar dalam hidup aku..

No one knows how I feel. Nak luah dalam blog, rasa macam terbuka sangat pulak. Nanti kang ada aje lah mulut yang cakap aku minta simpati..

Aku nak dua benda dalam hidup aku. Tapi dua-dua aku tak dapat! Memang takkan dapat sampai bila-bila. The things already gone!! Uhh.. Aku menyesal! Sumpah, aku menyesal!!

Rasa macam masa depan aku gelap. Tak nampak apa-apa gambaran pun. Samar-samar..

Sampai bila agaknya semua ni akan menghantui emosi aku??

Ya Allah.. Kuatkanlah iman aku. Kuatkanlah semangat aku..

"Fiza.. Be strong, okey!"



Monday, February 8, 2010

Where are you, darls??

Tiba-tiba aku teringat classmates aku masa Form 6. Diorang memang havoc gila. Satu kelas semuanya sekepala. Semuanya gila.. Huhu.. Rindunya kat diorang. Ada yang masih lagi contact. Tapi ada yang dah lost contact. Tak tau mana pergi.. Kalau dapat together-gether balik, mesti macam jejak kasihan punya lah!

Sebelum tengok gambar, nak warning sikit. Jangan terkujat tengok gambar aku masa zaman muda-muda dulu. Lain sangat dengan sekarang. Sekarang ni ok lah sikit daripada dulu kot.. Hahaha.. Perasan!! Dulu macam tong drum pun ada aku tengok. Sekarang macam drum je. Dah takde macam tong lagi. Muahahaha..

Ini masa kat dalam kelas. Cikgu cina tu (sebenarnya lupa nama dia..) adalah cikgu yang mengajar subjek Ekonomi. Jejaka handsome lagi gagah perkasa tu class monitor kitorang. Cikgu tu tak garang. Tapi suka sangat membebel. Suka mendenda orang!! Dia pernah suruh aku dan seorang lagi kawan aku diri kat tangga. Dah la tangga tu merupakan tangga utama cikgu-cikgu dan murid-murid lalu. Pehhh.. Malu gila! Tapi bila ingat balik, ketawa sampai meleleh-leleh air mata dibuatnya.. Huhu.. "Haihh.. Cikgu.. Cikgu.. Ampunkanlah kami"

Tengoklah aku (yang kiri sekali).. Si gemuukkkk.. Hikhik..
Mereka adalah antara kawan terbaik!! Rindunya!! Buat jahat sama-sama. Buat baik sama-sama. Kamilah yang bersusah-payah, bersengkang mata dan bermati-matian menguruskan satu trip ke Penang, KL dan Cameron Highland. Macam-macam dugaan, tapi kamilah yang bersatu-padu mengharunginya. Hasilnya, trip itu mendapat pujian daripada para peserta dan guru-guru di sekolah itu. Tak sia-sia kitorang usaha kitorang.. Aku tau diorang ni pun takkan lupakan pengalaman tu.. kan kan kan??

Gambar ni masa kitorang buka puasa sama-sama. Huwaaaaaa.. Rindunya kat korang semua!! Ada yang sorang tu dah kahwin dah. Tengah pregnent sekarang. "I'm happy for you, Rozie". Yang sorang lagi tu, June namanya. Dulu selalu contact. Bermesej-mesej, calling-calling. Tapi sejak handphone aku hilang, nombor dia pun hilang jugak. Terus lost contact. Naaaaaaakkk sangat jumpa dia!!

Feewwiiittt.. Skandal terhangat di pasaran! Ooppss.. Lagi satu gambar yang menyerlahkan tong drum aku. Hahaha.. Mamat ni namanya Sopi. Sangat pemalu. Harapan badan je tough, tapi bila borak dengan perempuan, terus tunduk! Jangan tak percaya.. Tapi hari tu aku ada terjumpa dengan dia. Aku pulak yang macam ternganga tengok dia. Totally change!! Dia dah pandai gurau-gurau bodoh dengan aku. Dulu aku selalu kenakan dia. Tapi sekarang?? Ewaahhh.. Aku pulak yang asyik terkena!

Ehh.. Lupa! Dulu aku pernah berlakon dengan dia. Kamilah hero dan heroin cerita tu. Dia prince and I am the princess. Props memang malatop, wa cakap lu!! Sejak dari hari tu, kami selalu digosipkan bersama.. Ada rasa malu di situ *blushing*

Arrghhh.. Jangan gosip! I tak suka, okeh! Hahaha.. Ini boleh dikira best friend aku lah jugak. Daripada form 2 sampai ke Upper 6, aku satu kelas dengan dia. Masa form 1, kelas kami sebelah-sebelah je. Masa tu kitorang tak kenal lagi. Aku cuma tau nama dia je. Bila jumpa, aku jadik segan. Sebab first time ada budak nama yang hampir dengan nama aku. Aku Norhafiza kan? Dia Mohd Hafizi. Hehehe.. Tak taulah kenapa macam malu-malu kambing bila dapat tau nama dia lebih kurang dengan nama aku. Tapi bila dah kenal, hilang dah rasa malu. Nak dijadikan cerita, nama my future hubby pn hampir sama dengan nama aku jugak. Mohd Hafizzu.. Hehe.. (Tiba-tiba rasa macam kena masukkan jugak nama dia. Takot kang kena marah sebab upload gambar dengan laki lain. Ngeee~)

Makan ramai-ramai kat KFC!! Sekali lagi nak cakap.. Riiinnnnduuuuuuuuuu kat mereka-mereka tu sangat-sangat. Tak tau lah bila lagi dapat kumpul macam ni lagi..

Pada korang yang mengenali salah seorang dari mereka, inform la kat aku. Cakap dengan orang tu, Fiza dah rindu gila dah ni ;)