Sunday, January 31, 2010

You're MINE ;)

30 Januari 2010

Alhamdulillah.. Setelah lama aku menghitung hari, akhirnya semalam semuanya dah selamat. Fuhh.. Lega!





PENGUMUMAN!! PENGUMUMAN!!





Dengan ini diumumkan.. Saya, NORHAFIZA BT AYOB telah menjadi tunang kepada MOHD HAFIZZU BIN MOHAMED NASIR..

Fiza and Fizu.. Mantop la tu.. Haha..

Woaahh.. Baru tunang dah kecoh satu dunia! Ngeee~

Hey guys.. Pray for our happiness, okey..

Dah tentu dan pasti sepasti pastinya aku mengharapkan yang terbaik untuk hubungan kami ni. Bak kata orang, dugaan bertunang ni lain macam sikit. Tahan tak tahan je la.. Hope our relationship akan kekal selama-lamanya.. Doa yang terbaik je..

Perasaan?? Sangat sangat saaaaaangat happy!! Syukur Alhamdulillah..



Dah lama tak mengupdate, rasa macam malas pulak nak update. Aishhoooo.. Pemalas!!



Gambar akan diupload kemudian..




*sengih memanjang*



Tuesday, January 26, 2010

HOT masa kini!

Hari ni rasa nak tulis macam-macam. Banyak sangat yang berkumpul dalam kepala ni. Kalau nak cerita panjang lebar pun tak guna. Entry kali ni boleh la dikategorikan sebagai 'rojak'. Ye lahh. Rojak... Sebab campur-campur. Tak ke macam rojak..
  • Lately, aku kerap menangis. Macam orang gila. Macam orang bodoh!! SHIT!! Malas nak story lebih. Sebab nanti boleh mengguriskan pihak-pihak tertentu. Let it be a secret.. Aku benci perasaan macam ni.. Ya Allah.. Kuatkanlah hatiku ini..
  • Rasa geram + marah gila + nak tampar + nak sepak terajang kat seorang blogger yang tengok HOT sekarang! Aduka Taruna.. Siapa yang tak kenal! Semua orang dah tau.. Korang rasa tak macam nak tampar muka dia laju-laju???
  • Cerita pasal Fahrin Ahmad pulak. Dia menangis? Adehh.. Speechless bila tengok dia menangis. Kesian!! Agaknya tahap kesabaran dah di tahap klimaks la tu kan. Apa-apa pun, tetap doakan yang terbaik untuk Fahrin. "Be strong, okey.. Don't be sad. I kan ada. I will always be with you.." Yang lain diam-diam sudehhh!!
  • Tengah concentrate untuk run business ayah. Haihh.. Macam dah ada petanda yang baik sekarang. Harap-harap menjadi.. Doakan aku kaya, weyh!! Hoho..
  • 3 more days to go!!! Arrrghhhhh.. Betul ke apa yang aku buat ni? Betul ke tindakan aku ni?? Ohh.. Tidaaaaaaakkk!!!!
  • Rambut makin banyak gugur. Sakit?? Errr.. Mintak dijauhkan!! Tapi serius, banyak betul rambut gugur. Rambut rosak kot kan..
  • Actually, baru lepas menangis. Wuuu.. Sedih! Tak tau lah kenapa sekarang jadi saaaaaaangat sensitif. Kenapa ek??
  • Dah lama tak tunjuk muka kat blog kesayangan ni. Bole kan? Plissss.. Satu gambar je.. Ngehngehngeh..
    Gambar tak over takpe ;P
  • Okeh.. Mau mandi. Nak ikot? Jom jom...



Sunday, January 24, 2010

Good news and bad news!

Hari ni ada dua benda, dua cerita, dua perasaan.. Baik dan buruk!

Mr. Batman

Still remember about Mr. Batman?? Ke tak tau-menau langsung? For those who want to know atau nak refresh balik, rajin-rajinlah klik SINI.

Yang buruknya pasal Mr. Batman... Dia dah HILANG. Diulangi, dah HILANG!!! Aaarghhh.. Macam orang gila aku cari tadi. Dalam longkang, kat rumah orang, atas pokok.. Semua tempat aku redah. Tapi tak jumpa. Hampa gila.. Tengah syok dia terbang tinggi, tiba-tiba benang tu boleh pulak bergesel-gesel dengan dengan benang orang lain. Then, terus putus! Lepas tu tak tau dia terbang pergi mana. Tak dapat dikesan..

Lepas dah berpeluh-peluh mencari, aku terus pergi kedai. Kononnya nak cari pengganti Mr. Batman. Tapi, tak ada yang berkenan di hati. Betullah kata orang kan, "yang pergi tiada gantinya.." Hoho.. Emosional gila aku! Tengoklah esok lusa, kalau mood dah okey, baru sambung balik cari pengganti Mr. Batman..

Mr. Batman tetap dalam kenangan. Kami akan merindui mu, sayang!

Itulah dia yang buruknya. Tengah-tengah bersedih, tiba-tiba datang pulak berita baik!

SURPRISE!

Fizzu call dan cakap nak datang rumah. Aku pun okey je. Aku tunggu dia kat depan rumah. Dia dah sampai, aku pun ajak masuk. Tapi dia tak nak. Dia cakap nak bagi benda je. Aik.. Nak bagi benda? Dalam hati aku dah asyik fikir.. "mesti nak bagi layang-layang baru ni.."

Bila dia keluarkan je barang tu, terkejut gak la kan.. Dia bagi ini.. Jeng jeng jeng...

.

.

.

.

Tengok kotak pun dah tau bukan Mr. Batman!

Tadaaaaaaaaaaaaa...
KEK?? Ouh.. I likeeeeee!!!!

Hello Kitty bawah payung!! So sweeeetttt!!

Sebelum dia balik, sempat lagi dia pesan "jangan makan banyak-banyak tau.." Eleh.. Takut aku makin gemuk la tu. Dah tu siapa suruh bagi benda yang menggemukkan ni?? Ahh.. Pedulik hape aku. Kek ni dah jadi milik aku. Suka hati aku la nak makan banyak ke tak.. Ngehngehngeh.. Buruk perangai!

Anyway, kek hello kitty ni dah buat aku gembira. Terasa makin sayang pulak kat si Fizzu tu. Hehe.. Nampak kek, terus lupa pasal Mr. Batman..





Sekarang dah kenyang. Tengok kek pun macam muak. Teringat balik kat Mr. Batman. Kesian dia malam-malam duduk kat mana ntah. Hurmmm..



Saturday, January 23, 2010

Aku tag kau!

Rasa nak update blog semakin membara-bara. Oleh kerana takde idea yang relevan, aku dengan bermurah hati menjawap tag ini. Dapat tag ini daripada Miss Shida. "Wahai Miss Shida, kalau kamu baca ini, marilah kita beramah mesra.." Aku tak kenal pun dia. Blogwalking hari-hari.. Tu yang terjumpa. Dah jodoh kot. Hoho..

Okeh.. Check oit out~

1. Bekas kekasih aku adalah :
Seorang penoreh getah yang sangat baik. Tak lawak, okey! Aku tak tipu! Aku sayang dia sepenuh hati. Hampir 5 tahun jugak la kitorang bersama. Janji sehidup semati. I lap u. U lap me. Sayang-sayang bagai... Tapi disebabkan masalah-masalah kritikal, kitorang terpaksa melepaskan antara satu sama lain dengan rela.. Sakitnya hanya Tuhan je yang tahu.
Woahh.. Emo pulak aku jawap soalan ni.. (lain kali jangan tanya soalan-soalan sensitif macam ni. Please laaa..)

2. Aku sedang mendengar :
Suara orang berborak. Pakcik dengan along tengah berbual-bual kat luar tu. Tapi sampai dalam rumah dengar. Riuh. Ingatkan perempuan je berborak riuh sekampung. Haip.. Gosip eh??

3. Mungkin aku patut :
Patut buat dua benda. First, call Fizzu dan bagi tau dating petang sikit. Sekarang rasa malas pulak. And the second thing is makan!! Perut dah berbunyi-bunyi dah ni. Adeh..

4. Aku suka :
Lorhh.. Banyak benda yang aku suka. Makin panjang la jawapan aku ni. Nasib laaa..
  • keadaan tenang, cool dan tak stress
  • bila Fizzu pujuk aku. Tak sweet pun. Tapi tak tau.. Memang suka..
  • tengok pengantin dan barang-barang kahwin
  • Baca blog yang aku listkan kat sidebar tu
  • bagi ikan makan dan tanam pokok kat facebook (game Fishville dan Farmville)
  • jumpa kawan-kawan lama. Jumpa kawan baru pun suka gak.Hehe..
Dah.. Dah.. Itu je... Nanti aku buat entry pasal ni. Tajuk dia "Aku suka...." Haa.. Dalam tu aku listkan semua yang aku suka.. Hahaha. Memang aku suka...

5. Sahabat-sahabat aku :
... adalah orang yang bersama aku waktu aku sedih dan gembira.. Diorang la yang rela land their shoulder when I am crying..

6. Aku tak paham :
... kenapa orang penat, selalu nak marah-marah? Tak paham!!

7. Aku kehilangan :
... hidupku yang dulu.. Aku rindukan hidup aku 5-6 tahun lepas..

8. Ramai yang berkata :
"Fiza.. Kau dah kurus!" dengan mata bulat dan sengaja dibesarkan. Konon-konon terkejut la kan.. Tapi aku tak makan dek puji la, weyh. Korang nak ambil hati je.. Cettt!

9. Cinta itu adalah :
sesuatu yang indah bila bahagia dan sesuatu yang sangat menyakitkan bila kecewa..
(hanya orang berpengalaman je dapat merasakan)

10. Di suatu tempat, seseorang sedang :
baca surat khabar dengan mata yang sangat kecik. "Dah tau rabun, pakai la spec!!" Haihh..

Ehh.. Banyak pulak soalan dia tanya. Jawap 10 soalan ni je boleh tak? Hoho.. Maaf yek Miss Shida. Nanti ada masa, aku continue balik. Ada lagi 20 soalan! Pehh.. Jenuh... Nak makan dulu. Lapar sangat dah ni..

Ampun ye.. Lain kali tak buat lagi. Kalau tak jawap habis, aku tak buat tag. Yeah.. Promise! Ampunnn!!!! ;P



Mengarut, bukan mencarut

Rasa sayang hey..
Rasa sayang sayang hey..
Hey lihat nona jauh..
Rasa sayang sayang hey..

Apakah??

Itu lagu, okeh..
tau kan nak nyanyi macam mana?
Nyanyi sambil tepuk tangan tau..
Cuba buat..
Ouh.. So sweeeet!

Kenapa pulak la tiba-tiba boleh keluar lagu tu kan?
Mengarut je si Fiza malam-malam macam ni..
Hey.. Mengarut tak salah..
Mencarut itu yang salah..

Sorry for posting this silly entry..

Hati tengah bercampur-aduk! Maka, inilah hasilnya..

Geram, sayang, kecewa, marah, rindu, tertekan..

Hurmmmm..



Friday, January 22, 2010

Kemangkatan Sultan Johor

Aku tau agak lambat jugak la aku postkan cerita ni kan? Tapi salah ke? Tak kan??

Sebagai anak jati JOHOR, aku juga rasa sedih di atas kemangkatan Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Baginda yang kini berusia 77 tahun telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri kira-kira jam 5 petang kerana gering dan mangkat pada pukul 7.15 malam tadi. Tetapi, kemangkatan baginda hanya diumumkan oleh Menteri Besar Johor pada pukul 11.30 malam.

Kemangkatan Sultan Johor sememangnya tidak disangka, tetapi ketentuan Tuhan mengatasi segalanya. Sesungguhnya, memang rakyat Johor sedih dengan berita ini. Walau apa pun, kami sebagai rakyat akan sentiasa mendoakan agar roh Sultan Iskandar dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. "Tuanku akan setiasa dikenang rakyat.."

Rakyat Johor akan berkabung selama tujuh hari, manakala bagi kerabat Diraja pula akan berkabung slama 40 hari. Bagi yang tak tahu, kat sini aku listkan peraturan berkabung :
  • Bagi lelaki Melayu - bersongkok lilit putih dua inci.
  • Bagi perempuan Melayu - Baju kurung dan bertudung putih
  • Bagi bangsa lain pula - kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri
  • Bendera negeri dinaikkan separuh tiang selama seminggu dari jam 6 pagi - 6 petang
  • Segala bentuk hiburan dan permainan dibatalkan selama seminggu
  • Masjid dan surau di sekitar Johor hendaklah mengadakan tahlil selama seminggu
Tadi aku pergi bandar dan kebanyakan pekerja di kedai-kedai kat sana memakai songkok yang berlilit putih, bagi lelaki dan tudung berwarna putih, bagi perempuan. Bendera di sekitar Segamat ni pun dah diturunkan separuh. Itu menandakan rakyat dah mula berkabung. Jelas la rakyat peka dengan keadaan semasa.

Selepas ini, Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar dilantik sebagai Pemangku Raja Johor. Tunku Ibrahim merupakan putera sulung daripada 10 adik-beradik dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

"Harimau pergi meninggalkan nama, manusia mati meninggalkan nama"

AL-FATIHAH...



Thursday, January 21, 2010

How could this happened to me?

Kenapa kenangan lalu susah sangat nak lupa??? Kenapa mesti teringat? Kenapa mesti terbayang? Mana je aku pergi, kenangan tu macam menghantui. Ahh.. Please lahhh!! Aku tak nak semua tu! I already begin my new life. Please.. GO!!!!

Huh.. Semakin hari, makin kuat pulak kenangan tu kacau hidup aku. Kadang-kadang sampai meleleh-leleh air mata dibuatnya. Aku tau ni semua bukan kehendak aku. Aku terpaksa.. Tapi 'keterpaksaan' tu la yang membuatkan aku merana. Aku dah salah langkah ke? Ye.. Aku tau aku dah menipu diri sendiri. Aku dah menipu orang-orang sekeliling. But, That is the only thing that I need to do right now. For me, family comes first!! So, I have no choice..

I always remind myself to be positive thinking. Okey, fine! Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin sekarang aku merana, mana tau esok lusa kegembiraan menanti aku. I need to be strong. I just started my new life. This is a challenge that I need to faced.. Hidup siapa yang takde masalah kan? Move on, Fiza. Jangan sekali-kali toleh ke belakang lagi. Pehh.. Sehabis positive dah ni.

Aku dah letih. Dah penat dengan situasi macam ni. Hari-hari sama je. Sebelum tidur, confirm teringat. Bangun tidur, capai handset... Punnnnn teringat. Pergi jalan-jalan, mata meliar je. Carik kenangan itu. Heh.. Demmit!!! Kadang-kadang rasa macam nak maki je diri sendiri. Geraaaaaaammmm.. Aarrghhhhhhhhhhhhh... Mau jerit, boleh??

Cakap... Semua orang boleh cakap. Aku yang melalui ni, separuh mati! (Tipu sangat kot separuh mati. Tapi aku perdulik hape).. Tapi sebenarnya daripada cakap-cakap tu la yang mewujudkan semangat. Daripada cakap-cakap tu la yang menimbulkan kekuatan. So, thanks a lot kepada sesiapa yang cakap-cakap sepatah dua kata pada aku. Tu semua membantu gak la, membuat aku lebih sihat dan kuat! Macam minum milo. Heee~

Hidup mesti ceria! Kalau nak lagi ceria, klik-klik la Encik Nuffnang aku, okeh! ;P



Wednesday, January 20, 2010

Cerita Kedai Kopi

Apa kena-mengena tajuk dengan entry ni ntah. Hoho.. Actually, baru je lepas dengar lagu tu kat radio tadi. Tu yang terus ambil jadi title for this entry. You all tau kan lagu tu? Tak tau, pergi cari kat youtube, okeh..

I'm not feeling well today. I have got a fever.. Badan tak panas pun, tapi dalam badan ni.. MasyaAllah. Hanya Tuhan je yang tahu. Lembik seluruh sendiku. Hingus dah meleleh je. Jadik budak hingusan buat sementara waktu. Tekak rasa tak sedap. Selera makan? Hurmm.. Seperti yang dijangka, selera makan aku tak pernah kurang walaupun demam. Ada je benda nak dikunyah. Haihhh.. Pelik. Cuma yang aku perasan, tak berapa selera bila terpandang nasi dan lauk-pauk yang sedap gila hari ni.. Nasib baik..

Aaargghhh.. Bosan gila sebab TERPAKSA stop pergi jogging. Terpaksa okeh! Bukan saja-saja tak nak pergi. Nak jalan pun tak larat. Ini kan pulak nak berjogging. Terbaring pengsan la aku tengah-tengah padang tu. Huhu..

Eyhh.. You know what? I just got a present from my auntie. Dia bagi aku kain. Mak pun dapat. Susah-susah je Auntie ni tau..

Thanks a lot to Auntie Maria! I like it~

Hari ni 20hb kan? Adehh.. 10 days to go! As usual, aku ni counting days je kerjanya. Selagi tak lepas hari tu, selagi tu la dup dap dup dap tak sudah-sudah.

Semalam berborak dengan one of my schoolmate. Dia ni bukanlah student dari kelas pandai. Tapi sekarang ni dah kerja mantop!! Gaji pun jejak 3k.. Pehh.. Memang excited gila bila dengar cerita dia. Aku ni je yang duduk menganggur macam ni. Mak kata kalau nak kerja, tunggu bulan depan. Tapi tu pun mesti kerja kat Segamat je. Aku dah tau dah. Buat pengetahuan you all, my parent macam tak bagi aku kerja kat KL. Dah berapa company panggil interview, tapi ayah kata tak payah pergi dulu. Hurmm.. Why why why??? Okey okey.. Think positive. Mungkin mak nak sorang anak dia tinggal kat Segamat, duduk dengan dia. Anak-anak lain semua jauh-jauh. Siapa nak jaga diorang. Siapa nak tolong diorang. Erm.. I think so..

Harap-harap lepas ni peluang kerja aku bertambah-tambah cerah la kan. Aku bosan sebenarnya duduk rumah tanpa membuat apa-apa. Moreover, mana aku nak cari duit. Tu yang penting. Hahaha.. Mata duitan terserlah di situ..

Okey.. Got to go. Ehh.. Jap2. Rasa rindu pulak kat si Fizu. Haihh.. Rindu.. Rindu.. Rindu.. Tak habis-habis *gedik*



Tuesday, January 19, 2010

SERIOUSSS!! please take note!

Brother & sisters.. Just want to share something with you all. Think carefully for our next future generations. Remember the quote “to see the future of nation just look at their youth @ youngster. What their done is the mirror of what will happen in future….

So what happen now give big implication on our next generation!

It’s a story about using Allah as same word as other God which in Christian, they believe Jesus is the son of God. So, the Malaysian Christian (which I believe only some of them) currently claim that the word Allah not only belong to Muslim but also for them..

For me, it’s really sad they can’t even simplest thing & hurt Malaysian people really bad…

After many decade we Malay Muslim had sacrifice a lot for the others Malaysian (neither race or religion) in the name of unity but right now when it relate to ‘Aqidah’ & purity of Islam religion, it’s really too much!

I don’t want our past mistake happen again & again…..

I believe this part of the Jewish plan. So to all Muslim, please come unite & protect our beloved religion & country..

Here are some interesting photo that may open any Muslim eye regarding this matter. So, please don’t say in the name of democracy, or whatever..

19451_106550566028765_100000214663670_177535_7760926_n.jpg

ALLAH ITU KASIH

????

17359_1076635612328_1719385278_144636_2369863_n.jpg

CHURCH OF CHRIST THE LAMB OF GOD

GEREJA KRISTUS DOMBA ALLAH

17357_106749889337123_100000063365276_180655_6189715_n.jpg

Don’t wait until it happen like in Indonesia which lot of confusion like this. That time ‘Murtad’ is normal & can’t be stop anymore. Again, to all my Muslim friend lets unite and face this for sake of our future…

Thanks…..

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!




Sunday, January 17, 2010

damn bored!

Aku telah melalui hari-hari yang semakin hari semakin membosankan. Dah la duit tak ada. Aarghhhhh!!!!!! Bagi you all yang duduk setempat dengan aku ni, meh la roger-roger. Ajak aku keluar jalan-jalan ke, makan-makan ke, karaoke ke.. I likeeee~

Counting days je ni. Ermm.. 12 days to go! Yeehhaaaaa.. Can't wait! Huhu.. Tapi tiba-tiba pulak rasa berdebar-debar. Saja je nak buat korang tertanya-tanya. 12 hari lagi, aku akan buat special entry. Buat masa sekarang, let it be a secret. Jeng jeng jeng..

Tadi masa tengah bosan tahap dewa, aku pun macam biasalah kan. Menghadap youtube. Dan terjumpa satu lagu yang membawa seribu satu kenangan. Jom layannnn..



Lagu ni lagu lama kan? Tapi aku tak berani nak cakap tahun berapa. Sebab kang jadi satu penipuan besar pulak. Huhu.. Walaupun lagu ni lagu lama, tapi aku baru mengenali lagu ni masa aku form 5 (if i'm not mistaken). Masa pergi karaoke dengan kawan-kawan, ada seorang member nyanyi lagu ni. Pehh.. First time dengar dah tangkap lentok. Rasa macam syahdu gila je. Chewah. Aku ni memang feeling beria kalau dengar lagu-lagu yang macam ni. So, no wonder la kan. Hehe..

Mula je dari hari pertama aku jatuh cinta dengan lagu ni, aku pun apa lagi... Mandi pun nyanyi lagu ni, sebelum tidur lagu ni, cikgu tengah mengajar pun tengiang-ngiang lagu ni.. Haihh.. Angau!! Disebabkan aku selalu nyanyi lagu ni, kawan-kawan aku yang tak suka lagu ni, terus terjatuh chenta jugak. Haha. Kuat betul pengaruh aku..

Okey okey.. Nak layan blues dulu. Terasa excited bila teringat balik zaman dolu-dolu ;) Precious moment! "Aku rindu kat korang la weyh"

p/s : Sekarang makin banyak berangan la. Adoihhh.. What to do. Itu aje kerja yang paling senang dalam dunia.. Hoho..



Saturday, January 16, 2010

Let's walk together!

Hari ni tak nak update apa-apa..

MALAS!!

Nak blog walking je..

Let's go, bebeh!



Friday, January 15, 2010

Kesian John =(

Dalam kepala ni masih lagi terbayang-bayang kesakitan yang ditanggung oleh John..

Aku dan Fizzu telah membawa John pergi ke klinik. Dia sakit. Kakinya luka. Luka yang semakin parah. Berlendir-lendir. Nanah menitik-nitik. Ada ulat pulak tu kat luka dia. Tak dapat dibayangkan deritanya John. Sampai di sana, doktor telah berusaha mengeluarkan ulat yang ada dalam luka dia tu.. Aku sempat merakamkan aksi-aksi cemas (bagi aku cemas la). Sebab ni first time aku tengok secara real. Hehe..




Dah tengok? Kesian kan?? Uhuk.. Sedih bila tengok John kesakitan. Dulu John gemuk. Tapi sejak dia sakit, badannya semakin kurus dan terus kurus sampai sekarang. Selera makannya juga dah tak ada. Biasalah kan.. Sakit. Manusia kalau sakit pun, tak lalu nak makan.. Tapi, kalau aku sakit, berselera je kot. Haha.. Ooppss.. Keluar tajuk!

Move on..

Nampak tak masa part injection tu? Injection tu sebenarnya untuk bagi John pengsan. Sebab dia terlalu garang. Doktor tu nak buang ulat pun susah. Yelah kan.. Takkan dia nak duduk diam je menahan sakit. Mestilah macam meronta-ronta sikit. Cewahh.. Aku memahami naluri perasaan John.. Hoho.. Lepas John dah dapat injection, dia tak pengsan-pengsan pun. Lama betul kitorang tunggu. Doktor kata dia degil. Dah lalok tapi tetap tak nak baring. Kepala dia sampai tersengguk-sengguk. Bila jalan pun, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Memang lalok gila lah. Tapi tak pengsan-pengsan pun..

Lama sangat menunggu... Doktor tu pun ambil keputusan nak mulakan je minor operation tu. Mungkin doktor tu berani buat sebab dalam keadaan lalok, energy dia tak banyak sangat untuk melawan dan meronta-ronta. Berbekalkan kepakaran doktor tu, akhirnya John pun selamat diubati. Dan ulat hitam tu pun berjaya dikeluarkan. Euuuww.. Geli beb!

Bila dah settle semua, John diberi dua pil tablet. Harap-harap lepas ni John sembuh.. Boleh tengok dia lari-lari. Boleh tengok dia gemuk. Boleh tengok dia kawin dan dapat anak lagi.. Hehehe..

** Suka dengar suara John mengiau. Macam suara baby kan?? Meooowwww ;)



Wednesday, January 13, 2010

222

Hye..

How are you today? How's your day?

Woaaahh.. Introduction yang begitu sopan santun.. (bangga dengan diri sendiri). Muahahha..

Actually, I'm not in blogging mood right now. Because I have no idea to update my sweety blog..

But...

I just wanna show you something..

.

.

.

.


(Sila KLIK gambar untuk lebih jelas dan nyata!)

Tadaaaaaaaaaaaaaa...

Macam pernah nampak. Tapi di mana ya??

Alaa.. Saja je sebenarnya nak tunjukkan..
(Lihat dalam bulatan biru tu)

--> 222 Posts <--

Kan cantik tu nombor 222..

Tapi sepanjang setahun lebih aku berblogging, baru 222 posts kan? Gila sikit!!

Lantak ahh...

Okey.. Dah. Itu aje..

Terima kasih kerana membuang masa di blog ini..

Saya sayang kamu lebih la ;P



Tuesday, January 12, 2010

Jerawat??? Oh... TIdaaakk!!

Persoalan mengenai jerawat amat sensitif di kalangan sesetengah orang, biasanya bagi golongan perempuan lah kan. Jerawat tumbuh seketul kat muka, tapi riuhnya sekampung! Aku juga pernah merasai betapa seksanya diri bila muka dihantui jerawat. Nak berdepan dengan orang pun malu. Self confidence tak ada langsung. Macam-macam usaha nak hilangkan jerawat tu. Tapi sekarang, Alhamdulillah. Nak kata muka licin tu, tipu lah kan. Tapi, lebih okey la dari dulu..


Apa punca jerawat sebenarnya? Biasanya orang akan cakap macam ni.. "Hai.. Makin banyak jerawat. Berangan la tu!" Jerawat tumbuh disebabkan banyak berangan. Itu fakta atau auta? Lagi satu, aku ada juga dengar, bergayut terlalu lama di telefon pun boleh menyebabkan pembiakan jerawat. Fakta atau auta?? Aku pun takde jawapannya. Hoho..

Menurut pengetahuan aku, jerawat ni boleh disebabkan oleh beberapa faktor :
  1. Hormon - Biasanya bagi perempuan dalam lingkungan umur subur, iaitu 18 hinggan 20an.
  2. Jika ahli keluarga memang banyak jerawat, so kita pun berkemungkinan akan berjerawat jugak la jawapnya.
  3. Ubat-ubatan - Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12. Jadi, berhati-hatilah ye.. Ambil ubat atau vitamin jangan ikut suka je. Ikutlah seperti yang diarahkan.
  4. Alat kosmetik - Rasanya ni semua orang tahu. Dah pakai make up tu, rajin-rajin la bersihkan. Jangan biarkan make up tu terlalu lama kat muka. Sebab ianya boleh menutup liang minyak. Tu yang berketul-ketul jerawat tumbuh. Haa.. Lagi satu, waktu malam tu tak payah la bermake up bagai. Nak tidur, pastikan muka tu bersih.
  5. Stress - Ini pun faktor biasa yang semua orang tau. Kalau student, musim peperiksaan memang selalu stress. Jadi, makin cepatlah pertumbuhan jerawat. Betul tak?
  6. Terdedah kepada asap atau bahan kimia. Sebab tu memang sangat-sangat digalakkan, lepas balik daripada mana-mana, basuhlah muka tu dulu. Debu-debu kat luar tu sebenarnya memang banyak melekat kat muka. Kita je yang tak perasan.
Itu je lah yang aku tau. Yang lain memang tak tahu or mungkin tahu, tapi tak ambil tahu sangat. Errr.. Whatever!

Kenapa ek tiba-tiba aku buat entry pasal jerawat pulak hari ni? Hahaha.. Sebenarnya tadi search image kat yahoo. Tiba-tiba terjumpa gambar ini :


Pehhh.. Telan air liur je aku. Ngeri! Ini memang berpunca dari jerawat. Tapi dah tahap KRONIK. Aku terus meraba-raba muka aku.. Dalam hati asyik cakap je.. "Janganlah jadi macam ni.." Ada yang anggap jerawat ni benda remeh. Biasanya lelaki lah kan. Tu yang ada sesetengah lelaki yang tak pakai langsung pencuci muka. Kononnya, malu la, leceh la, itu la, ini laaa.. Korang jangan ingat muka korang tu bersih sangat kalau takde jerawat sekali pun. Penjagaan muka kenalah juga diambil kira. Bukanlah suruh belek muka 24 jam. Cuma ambil masa lepas mandi tu, basuhlah muka guna pencuci muka. Simple!

See.. Kan Fiza dah membebel. Tak.. Bukan apa. Ini untuk peringatan kita bersama. Sharing is caring, right? ;)



Apa-apa je..

Kepala pening. Berdenyut-denyut. Tak makan panadol lagi..

Bosan duduk rumah. Jobless!

Tak ada duit. Nak topup pun tak ada duit. Nak beli aiskrim pun, fikir dua tiga kali. Ada cara nak cari duit? MLM? TAK NAK!

Selera makan bertambah. Mengunyah tak henti. Rasa macam tak guna berjogging..

Bestfriend datang. Berborak tak hengat! Seronok. Rindu zaman sekolah..

Ramai kawan-kawan dah mula berblogging. Welcome ;)

Kepala makin sakit. Macam nak hantuk kepala kat dinding..

Esok dah hari Rabu. Kejap je. Makan tidur, makan tidur.. Dah nak habis minggu ni..

Tulis blog macam orang malas. Oh.. Bukan macam. Tapi MEMANG! Buat-buat rajin..

Panas. Ada angin. Tapi rasa bahang..

Esok ada plan baik! Can't wait!

Okey.. Enough. Nothing to say..

FULLSTOP!

Bye-bye ;)



Sunday, January 10, 2010

Jom kurus sama-sama!

Misi berdiet semakin giat dijalankan. Nasi? Oh.. Itu bukan pantang. That's not me yang tak makan nasi sebulan or makan nasi pun hanya satu sudu je seminggu! Nasi tu rezeki. Rezeki JANGAN ditolak. Korang pun tau kan? Yeah.. Good. Contohilah aku ;)

Untuk kelihatan sedikit slim untuk beberapa hari akan datang ni, aku memang bersungguh-sungguh dan berhempas-pulas jogging di pagi buta. Setiap pagi, okeh!! Lepas hantar Aid pergi sekolah je, aku dah gerak pergi track jogging. Sebenarnya takde lah jogging sangat pun. Jalan je lebih. Tapi jalan laju-laju laa.. Boleh bakar lemak jugak kan??

Untuk kali ni, aku berjogging bersama Fizzu. Tak nak cakap lebih. Kita layan gambar je eh. Walaupun gambar tak cantik, aku pedulik apa! Mengupdate blog tanpa gambar rasa macam tak meriah pulak.. Okey okey.. Layannnn..


Lihat.. Si Gemuk memulakan perjalanan.
Terkedek-kedek!!



Dah jauh perjalanan ni..
Posing dulu sebelum masuk terowong..


One.. Two... Three.. Four..
Sampai FOUR je. Lepas tu dah tak boleh angkat lagi. Hahaha..
Tapi aku berusaha. Aku buat sampai 50!

Successfully done!

Feewiiittt.. Bangga betul. Huhu..



Try yang ini pulak. Bagus untuk bahagian pinggang dan kaki. Boleh melonggarkan urat-urat yang ketat. Aku buat yang ni macam malu-malu kucing gituh! Sebab takut la. Macam nak tergelincir. Haha.. Orang tak biasa, macam ni lah. Nanti dah biasa, tengok lahh!!


Korang rasa aku boleh buat ke yang ini? Kena panjat-panjat macam monyet! Baru satu palang je, aku dah menjerit-jerit nak turun. Sakit tangan beb! Badan berat, ada hati nak buat! Tapi aku akan cuba buat jugak. Next time la ek..


Nak tengok keseimbangan badan? Try lah yang ini. Mula-mula buat tu memang asyik jatuh je. Tapi dah lama-lama buat, laju je aku jalan. Siap membebel, "kenapalah palang tu pendek sangat. Buatlah yang panjang sikit. Baru best!" Cettt.. Berlagak!


Erkk.. Siapakah?? Arrgghhh.. Tidaaaakkk!! Mueheheh.. Terasa sangat pendek bila berada di sisinya. Tu lah yang selalu diperkatakan "gemuk pendek". *sigh*


Nice view! Ada tasik dan sungai Segamat. A lot of facilities provided. Alat senaman yang biasanya ada di gym pun ada di sini jugak. Tak payah susah-susah pergi gym. Hehe.. Ada court, pondok-pondok untuk berehat, boleh memancing.. Best kan?
Jom kita pergi sama-sama!!


Okey.. Nak balik dah! Bye-bye..

Kawan-kawan.. Itu aje. Banyak gak gambar aku upload kan? Hahaha.. I likeeeee~

Err.. Apa pendapat korang??

A. Wowwww.. Berkesan! Nampak kurus!
B. Boleh la.. Kurus la sikit KOT!
C. Sama je. Baik tak payah jogging..
D. Entahlah.. (dengan nada malas nak bagi pendapat)

Macam dah tau je jawapannya.. *malu sendiri*



New Year Celebration

After waiting for a long time, finally I got the pictures. Do you still remember the thing that I promised? I already told you before.. About the new year celebration with my friends. Cuma gambar je yang aku tak show off lagi. Sekarang ni baru dapat. Tapi tak dapat semua pun. Dapat sikit je. Jadilah kan.. Seronok bagai bila dapat gambar ni.. Tak sabar nak tunggu gambar-gambar yang lain.

Okey dear.. Here it is!




Setakat ni, tu je gambar yang aku dapat. Excited pulak bila teringat balik kenangan malam tu. Daripada panas-panas, sampai la sejuk terasa hingga ke tulang sum-sum. Daripada air surut, hinggalah air pasang. Sampai kitorang kena pindahkan barang ke tempat yang lebih tinggi. Daripada lapar, perut berbunyi-bunyi. Sehinggalah perut buncit mengalahkan orang pregnent 9 bulan (haha..tipu!). Daripada ramai orang duduk tepi pantai, hinggalah diorang semua balik meninggalkan geng-geng kami je di situ. Daripada gerai-gerai makan kat situ buka, hinggalah kedai makan tu semua tutup. Daripada mata segar-bugar, sehinggalah mata dah tak larat lagi nak buka. Daripada terang, hinggalah gelap gelita. Nasib baik ada api dan lilin.. Ouh.. Sungguh seronok!! Best moment...

Thanks a lot pada kawan-kawan yang ada pada malam tu. Fizzu, Blatok, Is, John, Ekal, Abg Wan, Ain, Nana dan Siti. You're the best among the best. Sayang korang lebih lah! Mmuuuaaahhhhh...

Credit to John yang jadi photographer pada malam tu ;p



Saturday, January 9, 2010

Hantu buah!

Mood hari ni macam ada kekacauan sikit. Sikit je. Tak banyak. Entah kenapa ek.. Dari pagi tadi, aku rasa tak senang duduk. Macam ada something wrong. Dada ni pun asyik berdebar-debar je. Haihh.. Penyakit apalah pulak yang datang ni.. Sampai sekarang ni pun, ada rasa lagi. Ya Allah.. Janganlah ada jadi apa-apa.

Lupakan penyakit misteri tu dulu..

Berbalik pada topik entry.. Hantu buah! Aku la yang beria sangat jadi hantu buah.. Hoho.. Suka betul nampak buah baaaaanyak sangat. Kalau macam ni, misi diet aku menjadi la! Tak payah makan nasi. Makan buah je.. Hehe..


Sedap kan?? Slurrrpppp.. Tengok manggis la yang paling tak tahan. Makan tak hengat dunia!! Sekarang ni, aku mengidam durian pulak. Asyik terbau-bau durian je ni. Sorry la yek. Aku kalau ngidam mengalahkan orang mengandung! Nanti esok dah pregnent, tak tahulah macam mana style aku ngidam. Bersiap sedia je lah wahai Encik Husband.. Huhu..

Okey.. Mau sambung makan. Meh join.. Sila sila ;P

p/s : Jangan lupa click Mr. Nuffnang, okeh! WAJIB! muehehhe..



Friday, January 8, 2010

Say good bye..

Huwaaaa.. Sedihnya hati ni. Hanya Tuhan je yang tahu. Betapa beratnya hati nak meninggalkannya. Aku buat semua ni kerana terpaksa.. "kerna terpaksa, aku melangkah pergi.." Tiba-tiba rasa macam lagu Fransisca Peter ni sesuai pulak dengan cerita dongeng aku kali ni. Uhuk uhuk )=

Dah bertahun-tahun dah aku guna nombor maxis yang sama. Jap ehh.. Aku kira jap berapa lama..
.
.
.
.

Haaa.. Dah 7 tahun!! 7 tahun beb!! Ingat senang ke nak mengekalkan nombor handphone sebegitu lama. Handphone hilang, simkad hilang.. Nombor tu jugak yang aku cari. Dah la nombor cantik.. Masa aku mula-mula beli dulu, mahal gila. Tapi disebabkan nak sangat nombor yang cantik, aku beli jugak.. Banyak kenangan aku dengan nombor ni..

7 tahun jugaklah aku menyimpan kotak simpack ni. You all tengok harga dia. RM123!! Punyalah mahal. Sekarang ni simkad jadi murah gila. Tak sampai RM10 pun. Hampeh betul..
Good bye nombor kesayanganku.. Tata titi tutu..
Huwaaaaaaaaaaa...

Nombor lama aku akan diganti dengan nombor ini. Bandingkan harga dengan nombor yang lama tadi. Berkali-kali ganda! Yang ini hanya RM8.80 je.. Nombor ni cantik jugak. Tapi taklah secantik nombor yang lama. Apa-apa pun, pasrah je lahh.. Terima seadanya..

Aku bukannya apa. Aku rasa nombor yang bertuah bagi aku adalah 367. Nombor telefon rumah, nombor matrik, nombor telefon celcom, digi dan maxis, semua ada kena mengena dengan 367. Sebab tu, untuk nombor baru ni, aku cuba cari 367 jugak. Tapi hampa! Takde kena mengena langsung dengan 367. Banyak nombor 5 pulak.. Aaaarggghhhhhh!! Tak bestnya....

"Dah la Fiza oiii.. Tu kan nombor je. Haihhh.."

Err.. Okey okey. Cool~



Thursday, January 7, 2010

Errrr.........

Sehingga aku menulis blog ini, aku masih terasa lagi kegelian yang mengusik-usik hati sanubariku. Auuuwww.. Geli-geli beb!

Tau kenapa?

Semuanya sebab ini :
.

.

.

.


Belut!!!!!!!!!!!!!!!

Arrrgghhhh.. Kenapa aku geli sangat ni?

Kalau dah buat sup, tak taulah boleh telan ke tak..

Adoiiii.. Rasa macam dah tak boleh menaip dah..

!@#$%^&*()_?><":}{{]['(*&%$#@!



Wednesday, January 6, 2010

Toys pilihan kalbu

Semalam rasa sangat seronok. Bahagia. Gembira. Rasa macam dunia ni aku yang punya.. Muahaha. Ehh.. Hari ni dah 6hb eh?? Pehh.. 24 days to go!! Berdebar, kecut perut, nervous, tak sabar... Semua perasaan bercampur aduk. 24 hari akan datang, aku akan cerita semuanya. Jeng jeng jeng...

Malam tadi pergi Giant. Niat hati nak belikan birthday present untuk anak angkat aku. Aik.. Sejak bila pulak la kan aku ada anak angkat? Huhu.. Sebenarnya, dia anak kepada best friend aku. Si cilik yang comel dan nakal.. Mohd Nor Adi Putra dan Puteri Nur Arabella. Last week ada buat birthday party diorang, tapi malangnya aku tak dapat pergi. Kan aku pergi Seremban hari tu.. "Sorry sayang, mummy tak dapat pergi.."

Bila sampai je kat tempat toys, aku yang excited lebih. Aku memang suka barang-barang budak ni. Lama juga aku duduk membelek satu-persatu permainan. Try yang ini.. Try yang itu.. Sebab kebanyakan permainan aku dah bagi pada diorang. Setelah mengusha banyak benda, aku rasa aku dah jatuh hati kat satu toys ni. Memang sesuai la untuk kanak-kanak ribena..

Haaa.. Ini permainan untuk si abang (Adi).. Helikopter kontrol. Best kan? Haihh.. Macam aku je yang nak main.. Dah test dah tadi. Memang syok!

Ini pulak untuk si adik (Arabella). Sesuai la kan untuk girl. Rumah idaman gituh! Ada bilik tidur, dapur, bilik persalinan.. Siap toilet lagi tau..

Confirm diorang mesti suka. Tapi kan...

Malangnya aku tak dapat beli pun semua tu. Ini berangan je lebih. Duit tak ada lah!!! Huaaarrghhhhh.. Tension! Dah la hadiah tu mahal. Takpe2.. Lepas ni nak try paw kat parent. Kot-kot lah mood diorang tengah bermurah hati.

Hurmmm.. Berangan tak salah, okeh!!

Tanpa angan-angan, impian tak akan jadi kenyataan ;)



Tuesday, January 5, 2010

Wedding Pictures

As I promised...

Here we go!!

Only some of the picture.. Nak tengok banyak-banyak, meh datang jumpa aku kat sini.. Hehe..

1. Majlis resepsi dan nikah












2. Photo shoot Outdoor












3. Kawan-kawan dan saudara-mara yang buat kecoh!










Okeh.. That's all..

Gambar celebrate New year, belum dapat lagi..

Tunggu lagi eh ;)