Friday, January 15, 2010

Kesian John =(

Dalam kepala ni masih lagi terbayang-bayang kesakitan yang ditanggung oleh John..

Aku dan Fizzu telah membawa John pergi ke klinik. Dia sakit. Kakinya luka. Luka yang semakin parah. Berlendir-lendir. Nanah menitik-nitik. Ada ulat pulak tu kat luka dia. Tak dapat dibayangkan deritanya John. Sampai di sana, doktor telah berusaha mengeluarkan ulat yang ada dalam luka dia tu.. Aku sempat merakamkan aksi-aksi cemas (bagi aku cemas la). Sebab ni first time aku tengok secara real. Hehe..


video

Dah tengok? Kesian kan?? Uhuk.. Sedih bila tengok John kesakitan. Dulu John gemuk. Tapi sejak dia sakit, badannya semakin kurus dan terus kurus sampai sekarang. Selera makannya juga dah tak ada. Biasalah kan.. Sakit. Manusia kalau sakit pun, tak lalu nak makan.. Tapi, kalau aku sakit, berselera je kot. Haha.. Ooppss.. Keluar tajuk!

Move on..

Nampak tak masa part injection tu? Injection tu sebenarnya untuk bagi John pengsan. Sebab dia terlalu garang. Doktor tu nak buang ulat pun susah. Yelah kan.. Takkan dia nak duduk diam je menahan sakit. Mestilah macam meronta-ronta sikit. Cewahh.. Aku memahami naluri perasaan John.. Hoho.. Lepas John dah dapat injection, dia tak pengsan-pengsan pun. Lama betul kitorang tunggu. Doktor kata dia degil. Dah lalok tapi tetap tak nak baring. Kepala dia sampai tersengguk-sengguk. Bila jalan pun, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Memang lalok gila lah. Tapi tak pengsan-pengsan pun..

Lama sangat menunggu... Doktor tu pun ambil keputusan nak mulakan je minor operation tu. Mungkin doktor tu berani buat sebab dalam keadaan lalok, energy dia tak banyak sangat untuk melawan dan meronta-ronta. Berbekalkan kepakaran doktor tu, akhirnya John pun selamat diubati. Dan ulat hitam tu pun berjaya dikeluarkan. Euuuww.. Geli beb!

Bila dah settle semua, John diberi dua pil tablet. Harap-harap lepas ni John sembuh.. Boleh tengok dia lari-lari. Boleh tengok dia gemuk. Boleh tengok dia kawin dan dapat anak lagi.. Hehehe..

** Suka dengar suara John mengiau. Macam suara baby kan?? Meooowwww ;)



4 comments:

miracinta! said...

kesian kucing kamu..
harap cpt sembuh =)

AuraFIza said...

aah..kesian sgt sgt sgt kan..
biar die cpt baik ;)

ika said...

wei..sape nye kucing tu??bukan kite nye kan??
wuuu..sedeynnye tgkk..;'(

nape tak bgi smpai btol2 pengsan??
mmg la die tak byk tenaga nak ronta..
tp die ttp rase sakit tu tau tak..
atleast kalo pengsan die takde la rase..:(

AuraFIza said...

Fizzu pny kucing..

kesian die kan?
mmg la rasa sakit.usik sikit pun die da menjerit2..ni lg kene cucuk ngan benda tajam..masa dah dapat injection tu, die mengiau pn cam sayu je bunyi.da la mcm suara baby..sedih gila..