Friday, January 22, 2010

Kemangkatan Sultan Johor

Aku tau agak lambat jugak la aku postkan cerita ni kan? Tapi salah ke? Tak kan??

Sebagai anak jati JOHOR, aku juga rasa sedih di atas kemangkatan Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Baginda yang kini berusia 77 tahun telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri kira-kira jam 5 petang kerana gering dan mangkat pada pukul 7.15 malam tadi. Tetapi, kemangkatan baginda hanya diumumkan oleh Menteri Besar Johor pada pukul 11.30 malam.

Kemangkatan Sultan Johor sememangnya tidak disangka, tetapi ketentuan Tuhan mengatasi segalanya. Sesungguhnya, memang rakyat Johor sedih dengan berita ini. Walau apa pun, kami sebagai rakyat akan sentiasa mendoakan agar roh Sultan Iskandar dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. "Tuanku akan setiasa dikenang rakyat.."

Rakyat Johor akan berkabung selama tujuh hari, manakala bagi kerabat Diraja pula akan berkabung slama 40 hari. Bagi yang tak tahu, kat sini aku listkan peraturan berkabung :
  • Bagi lelaki Melayu - bersongkok lilit putih dua inci.
  • Bagi perempuan Melayu - Baju kurung dan bertudung putih
  • Bagi bangsa lain pula - kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri
  • Bendera negeri dinaikkan separuh tiang selama seminggu dari jam 6 pagi - 6 petang
  • Segala bentuk hiburan dan permainan dibatalkan selama seminggu
  • Masjid dan surau di sekitar Johor hendaklah mengadakan tahlil selama seminggu
Tadi aku pergi bandar dan kebanyakan pekerja di kedai-kedai kat sana memakai songkok yang berlilit putih, bagi lelaki dan tudung berwarna putih, bagi perempuan. Bendera di sekitar Segamat ni pun dah diturunkan separuh. Itu menandakan rakyat dah mula berkabung. Jelas la rakyat peka dengan keadaan semasa.

Selepas ini, Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar dilantik sebagai Pemangku Raja Johor. Tunku Ibrahim merupakan putera sulung daripada 10 adik-beradik dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

"Harimau pergi meninggalkan nama, manusia mati meninggalkan nama"

AL-FATIHAH...



2 comments:

Abd Rahim said...

Sedih gak kan..

AuraFIza said...

yup..walaupn tak pnah jmp pn, tp sedih gak r..