Sunday, January 24, 2010

Good news and bad news!

Hari ni ada dua benda, dua cerita, dua perasaan.. Baik dan buruk!

Mr. Batman

Still remember about Mr. Batman?? Ke tak tau-menau langsung? For those who want to know atau nak refresh balik, rajin-rajinlah klik SINI.

Yang buruknya pasal Mr. Batman... Dia dah HILANG. Diulangi, dah HILANG!!! Aaarghhh.. Macam orang gila aku cari tadi. Dalam longkang, kat rumah orang, atas pokok.. Semua tempat aku redah. Tapi tak jumpa. Hampa gila.. Tengah syok dia terbang tinggi, tiba-tiba benang tu boleh pulak bergesel-gesel dengan dengan benang orang lain. Then, terus putus! Lepas tu tak tau dia terbang pergi mana. Tak dapat dikesan..

Lepas dah berpeluh-peluh mencari, aku terus pergi kedai. Kononnya nak cari pengganti Mr. Batman. Tapi, tak ada yang berkenan di hati. Betullah kata orang kan, "yang pergi tiada gantinya.." Hoho.. Emosional gila aku! Tengoklah esok lusa, kalau mood dah okey, baru sambung balik cari pengganti Mr. Batman..

Mr. Batman tetap dalam kenangan. Kami akan merindui mu, sayang!

Itulah dia yang buruknya. Tengah-tengah bersedih, tiba-tiba datang pulak berita baik!

SURPRISE!

Fizzu call dan cakap nak datang rumah. Aku pun okey je. Aku tunggu dia kat depan rumah. Dia dah sampai, aku pun ajak masuk. Tapi dia tak nak. Dia cakap nak bagi benda je. Aik.. Nak bagi benda? Dalam hati aku dah asyik fikir.. "mesti nak bagi layang-layang baru ni.."

Bila dia keluarkan je barang tu, terkejut gak la kan.. Dia bagi ini.. Jeng jeng jeng...

.

.

.

.

Tengok kotak pun dah tau bukan Mr. Batman!

Tadaaaaaaaaaaaaa...
KEK?? Ouh.. I likeeeeee!!!!

Hello Kitty bawah payung!! So sweeeetttt!!

Sebelum dia balik, sempat lagi dia pesan "jangan makan banyak-banyak tau.." Eleh.. Takut aku makin gemuk la tu. Dah tu siapa suruh bagi benda yang menggemukkan ni?? Ahh.. Pedulik hape aku. Kek ni dah jadi milik aku. Suka hati aku la nak makan banyak ke tak.. Ngehngehngeh.. Buruk perangai!

Anyway, kek hello kitty ni dah buat aku gembira. Terasa makin sayang pulak kat si Fizzu tu. Hehe.. Nampak kek, terus lupa pasal Mr. Batman..





Sekarang dah kenyang. Tengok kek pun macam muak. Teringat balik kat Mr. Batman. Kesian dia malam-malam duduk kat mana ntah. Hurmmm..



2 comments:

sHaH said...

ermmm...
nak kek?

plis...

AuraFIza said...

meh cni meh ;)