Persoalan mengenai jerawat amat sensitif di kalangan sesetengah orang, biasanya bagi golongan perempuan lah kan. Jerawat tumbuh seketul kat muka, tapi riuhnya sekampung! Aku juga pernah merasai betapa seksanya diri bila muka dihantui jerawat. Nak berdepan dengan orang pun malu. Self confidence tak ada langsung. Macam-macam usaha nak hilangkan jerawat tu. Tapi sekarang, Alhamdulillah. Nak kata muka licin tu, tipu lah kan. Tapi, lebih okey la dari dulu..
Apa punca jerawat sebenarnya? Biasanya orang akan cakap macam ni.. "Hai.. Makin banyak jerawat. Berangan la tu!" Jerawat tumbuh disebabkan banyak berangan. Itu fakta atau auta? Lagi satu, aku ada juga dengar, bergayut terlalu lama di telefon pun boleh menyebabkan pembiakan jerawat. Fakta atau auta?? Aku pun takde jawapannya. Hoho..
Menurut pengetahuan aku, jerawat ni boleh disebabkan oleh beberapa faktor :
Menurut pengetahuan aku, jerawat ni boleh disebabkan oleh beberapa faktor :
- Hormon - Biasanya bagi perempuan dalam lingkungan umur subur, iaitu 18 hinggan 20an.
- Jika ahli keluarga memang banyak jerawat, so kita pun berkemungkinan akan berjerawat jugak la jawapnya.
- Ubat-ubatan - Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12. Jadi, berhati-hatilah ye.. Ambil ubat atau vitamin jangan ikut suka je. Ikutlah seperti yang diarahkan.
- Alat kosmetik - Rasanya ni semua orang tahu. Dah pakai make up tu, rajin-rajin la bersihkan. Jangan biarkan make up tu terlalu lama kat muka. Sebab ianya boleh menutup liang minyak. Tu yang berketul-ketul jerawat tumbuh. Haa.. Lagi satu, waktu malam tu tak payah la bermake up bagai. Nak tidur, pastikan muka tu bersih.
- Stress - Ini pun faktor biasa yang semua orang tau. Kalau student, musim peperiksaan memang selalu stress. Jadi, makin cepatlah pertumbuhan jerawat. Betul tak?
- Terdedah kepada asap atau bahan kimia. Sebab tu memang sangat-sangat digalakkan, lepas balik daripada mana-mana, basuhlah muka tu dulu. Debu-debu kat luar tu sebenarnya memang banyak melekat kat muka. Kita je yang tak perasan.
Itu je lah yang aku tau. Yang lain memang tak tahu or mungkin tahu, tapi tak ambil tahu sangat. Errr.. Whatever!
Kenapa ek tiba-tiba aku buat entry pasal jerawat pulak hari ni? Hahaha.. Sebenarnya tadi search image kat yahoo. Tiba-tiba terjumpa gambar ini :
Kenapa ek tiba-tiba aku buat entry pasal jerawat pulak hari ni? Hahaha.. Sebenarnya tadi search image kat yahoo. Tiba-tiba terjumpa gambar ini :
Pehhh.. Telan air liur je aku. Ngeri! Ini memang berpunca dari jerawat. Tapi dah tahap KRONIK. Aku terus meraba-raba muka aku.. Dalam hati asyik cakap je.. "Janganlah jadi macam ni.." Ada yang anggap jerawat ni benda remeh. Biasanya lelaki lah kan. Tu yang ada sesetengah lelaki yang tak pakai langsung pencuci muka. Kononnya, malu la, leceh la, itu la, ini laaa.. Korang jangan ingat muka korang tu bersih sangat kalau takde jerawat sekali pun. Penjagaan muka kenalah juga diambil kira. Bukanlah suruh belek muka 24 jam. Cuma ambil masa lepas mandi tu, basuhlah muka guna pencuci muka. Simple!
See.. Kan Fiza dah membebel. Tak.. Bukan apa. Ini untuk peringatan kita bersama. Sharing is caring, right? ;)
See.. Kan Fiza dah membebel. Tak.. Bukan apa. Ini untuk peringatan kita bersama. Sharing is caring, right? ;)
6 comments:
Nice post and information that you shared here. All about pimples. :D
Luckily I am over my 20s and have not much pimples on my face even though I seldom take care of my own face. Well, I'm kind of lazy actually :D. But prevention is always better than cure. Sleeping earlier is also a good thing to do.
Regards from cr3ap
http://cr3ap85.blogspot.com/
perghh cuak nyer fiza tengok muke org tu..takut grrr~
cr3ap
If you have not much, then it's ok. BUt alwys make sure that u take care of ur face. yes.. u have to.okeh..
ieQa sWetLuv
Ngeri kan? Tu laa.. 1st time tgk tadi pun, rasa mcm muka sendiri plak yang kene..hehe
err..tu bukan penyakit kulit ke???
nope.. puncanye jerawat..
Post a Comment