Monday, December 28, 2009

Mr. Batman ku sayang...

Sekarang ni waktu petang aku terluang dengan aktiviti bermain layang-layang. Best woooo.. Inchik Boyfriend siap belikan layang-layang lagi. Okey.. Let me introduce, MR BATMAN :

Haaa.. Ini dia. Garang kan? Takde siapa berani lawan Mr. Batman kitorang ni. Hehe.. Dah la jadi rebutan. Ada seorang kanak-kanak kecik siap menangis-nangis hentak kaki nakkan kitorang punya layang-layang ni. Adoiii.. Takkan la nak bagi kan. Terpaksa la aku memujuknya dengan menggunakan skill keibuan aku.. Haha..

Sesi pasang-memasang rangka-rangka Mr. Batman..

Pergi membawa Mr. Batman jauuuuhhhh sangat. Konon-konon nak bagi terbang tinggi la kan..

Permulaan yang baik. Nampak macam si Mr. Batman ni nak terbang tinggi je...

Hoho.. Memang sangat seronok bila Mr. Batman dah makin tinggi.. Inchik Boyfriend pun apa lagi.. Berlagak lah kan... Heh!

Tapi tiba-tiba.........
Mr. Batman kitorang ni jatuh dan terus jatuh. Aku ketawa sampai sakit-sakit pipi. Sebab tak sampai 5 minit Inchik Boyfriend berlagak, Mr. Batman pun jatuh dan terus tak naik-naik lagi..

Tak berputus asa.. Chaiyok!!

Usaha memang berbaloi.. You see!!

.
.
.

.

Mr. Batman naik tinggi gila!! Sampai lilitan benang tu dah habis bukak dah.. Mr. Batman pun dah nampak makin kecik.. Bye-bye Mr. Batman.. Kanak-kanak ribena yang tengok aksi ni pun terlompat-lompat la keriangan. Wahh.. Aku pun rasa macam terlompat sama ;P

Ini adik aku, Aid.. Dia yang tolong turunkan balik Mr. Batman tu. Lama jugaklah nak panggil Mr. Batman tu turun. Huhu.. Inchik Boyfriend pandai naikkan je. Bila nak turunkan dia dah malas. Nasib baik ada Aid yang sedia membantu..

Err.. Banyak gila aku upload gambar kan? Excited sangat... Petang ni nak main lagi. Itu pun kalau cuaca baik...

Okeh.. Itu aje ;)



4 comments:

mell said...

nak join.. nak join!!!!

ika said...

jeles!~

AuraFIza said...

mell

yok ahh.. bli layang-layang siap2..huhu

ika

haha..jom r join! beshhh!!

Aujinz said...

dah lame tak men layang layang..

owh.. Kepong ade tempat best men layang layang..