Tuesday, June 30, 2009

jatuh cinta lagi...

Ini adalah luahan perasaan.tentang CINTA...

hari ni seharian aku menghabiskan masa bersama 'kawanku' (dah banyak kali mention pasal dia dalam blog ni)..actually, i'm not really sure about our relationship.nak kata 'couple', macam ye.tapi masing-masing menganggap hubungan ini adalah hubungan kawan.masing-masing menidakkan bahawa kami telah bercinta semula..

Bagi korang yang belum tahu kisah kami berdua, baca yang ini,
dan yang dah tahu boleh teruskan membaca yang seterusnya..

(Refresh balik)
"kami pernah bercinta selama 3 tahun dan berpisah atas sebab-sebab yang munasabah.mungkin cinta kami sangat kuat..kami tidak boleh melupakan antara satu sama lain.kami telah menukar nombor telefon lain semata-mata untuk menjauhkan diri, tetapi kami tetap juga bersama.dia telah mencari seseorang sebagai penggantiku, tetapi aku juga yang dicarinya.aku pun macam tu.aku mula mencari pasangan hidupku, tetapi dia juga yang aku nak.."

tadi kami keluar bersama.ini boleh dianggap sebagai "dating" lah kot.lepas aku putus dengan dia, inilah pertama kali kami keluar macam dulu..memang seronok!!rasa betul-betul macam dia tu 'boyfriend' aku yang dulu.cara layanan dia pada aku tak berubah langsung.masa dia tengah 'drive', aku curi-curi tengok muka dia.."OMG...rindunyaaaa!" rasa sebak sangat hati aku masa tu.rasa macam nak peluk dia dan tak nak lepaskan lagi..huh....

Curi-curi pandang dia ;)

kami makan tengahari bersama.lauk apa yang aku ambil, lauk tu jugalah yang dia makan..dia kata dia berselera makan sambil tengok muka aku (aarghh..seronok yang amat sangat!!)..lepas makan, pergi ronda-ronda keliling Segamat.Segamat bukannya besar sangat pun..lepas tu, dia beli durian dan manggis.kitorang pun duduk berkelah kat taman rekreasi tepi sungai (tempat yang biasa kitorang berkelah masa tengah hangat bercinta dulu)..

then, kitorang teruskan meronda sambil berborak-borak dalam kereta.macam-macam cerita keluar.tapi langsung tak terkeluar cerita pasal hubungan kitorang.aku tunggu-tunggu juga dia yang mulakan, tapi dia tak sentuh pun cerita tu.aku pun malas nak buka cerita..

petang tu, lepas makan goreng pisang (aktiviti wajib kitorang..hehe), aku pun balik.tapi sebelum balik tu, baru la dia buka cerita :

Dia : umi, kita ni macam mana?
aku : (buat-buat bodoh) macam mana apa pula ni?
Dia : papa sayangkan umi lagi..
aku : (diam sekejap..) umi pun... (dengan nada selamba.macam tak berapa nak serius la)
Dia : (pandang aku lama sampai aku jadi tak tentu arah) kita macam dulu eh?
aku : umi fikirkan balik nanti.. (acuh tak acuh je jawap)
Dia : kalau tak nak tak apalah.jangan paksa diri..

(walaupun kami hanya 'kawan', tapi perkataan 'umi dan papa' tetap ada.dah terbiasa kot)

aku terus keluar kereta dan terus masuk rumah dengan kegembiraan yang teramat sangat.tapi tak tunjuk depan dia pun..

Dia tak 'handsome', dia tak kaya..tapi dia je yang aku nak..

sampai sekarang, aku tak boleh berfikir secara waras.aku nak terima dia balik atau biarkan dia pergi???



Monday, June 29, 2009

whatever!!

seharian melayan YOUTUBE..then, terjumpa ini



pertama kali tengok video ni, aku macam nak terketawa, nak mengutuk, nak tersengih.dan akhir sekali, aku ketawa terbahak-bahak..wahahahhaa.ada ke "lu bau bawang".adoiiiii...kena tengok sampai habis tau!!

mesti you all cakap macam ni.. "entah apa2 la si Fiza ni letak video macam ni"..betul tak?ada kan cakap macam tu?ngaku je..aku tak marah.hehe.ni haa FIza nak jawap.. "suka hati akulah.ni kan blog aku.." huhuhu..sorry geng!



Sunday, June 28, 2009

apa-apa aje!

aarrgghhhh..malas betul nak update blog ni.mungkin tak ada cerita kot.seharian aku duduk terperap kat rumah je.tak keluar mana-mana pun.tadi kawan aku, As ajak keluar pergi karaoke.baru je kejap tadi.masalahnya, dah pukul 10 lebih ni.mungkin bagi you all tak ada masalah.tapi bagi aku memang masalah besar.parent aku memang dah didik anak-anak dia tak keluar malam.dah besar sikit ni baru mak ayah okey sikit.tapi tu pun tak boleh balik lambat.pukul 10.30 pun mak dah bising.dulu aku agak memberontak juga la.sebab kalau tengok kawan-kawan lain, selambe je keluar sampai pukul 12.00 malam.tak kena marah pulak dengan parent.tapi sekarang aku agak berterima kasih pada mereka.kalau mereka tak sekat kebebasan aku ni, aku rasa memang dah teruk dah jadinya.panjang pula cerita pasal as ajak keluar tu kan.hehe..

aku ada seorang kawan ni.nama dia Ikhsan.sebelum ni ada juga mention pasal dia..kami baru je kenal-kenal.tapi kami hanya kawan je, okey!sejak akhir-akhir ni, kami selalu je gaduh.tak tahu la sebab apa.tengah syok mesej, lepas tu mesti gaduh.huh..geram tengok dia tu.tapi tak apa la.aku suka cara dia."gaduh tu bagus la.boleh eratkan lagi hubungan.." that's what he say?is it true?haha..Ikhsan ni kembar tau.Nama 'twin' dia, Ikhwan.nak tengok gambar tak?

Cuba teka mana Ikhsan dan mana satu Ikhwan?haha..muka taklah seiras kan?mungkin kembar tak seiras kot..

ehhh..suka hati aku je tayangkan gambar dia ni kan? "maaf ye, Ikhsan.jangan marah-marah tau." (habislah aku kalau dia marah lagi)

Hari nih, Farihah dah mulakan hidup sebagai seorang pelajar universiti.err..before that.she is my cousin.kami agak rapat juga, walaupun jarak umur yang jauh.dia dapat UITM Segamat (dekat je pun dengan rumah..haha), kos akaun.dengan rasa bangganya, aku nak bagi sedikit nasihat la pada budak 'kecik' ni..


"Peah, how's your day?homesick tak?mesti Peah menangis dulu kan sebelum tidur?i know that..hehe.alaa..biasa la tu.baru-baru lagi ni kan.nanti dah lama-lama biasa la tu.sekarang tengah sibuk orientasi kan?kesian dia penat..hehe.anyway, jaga diri baik-baik kat sana.belajar rajin-rajin.jangan nakal-nakal tau!nanti ada masa, kakya jenguk-jenguk Peah kat sana dengan Ikah dan Kak Nana.Jangan sedih-sedih tau..hope you enjoy your campus life!"

itu saja tentang budak 'kecik' tu.sekarang ni the whole family tak sabar menantikan kepulangan ahli keluarga kami (Ikah dan Angah) yang nuuunn jauh di sana..hehe.semoga mereka selamat sampai ke tanah air ini.aamiinn..



Saturday, June 27, 2009

kosong...

This is very simple entry..

Nothing to write down..
i'm not feeling well today..
batuk-batuk..sampai sakit dada ni.dah macam orang tua pun ada..
but..don't worry (bajet macam ade orang risau je..hehe)
semoga aku tak dijangkiti demam.sebab aku tak nak balik kedah dalam keadaan yang tidak sihat
(4 more days to go..huh)

doakan aku sihat sentiasa ye ;)

thanks a lot..

I LOVE YOU..
(serius..tak main-main ni)



Thursday, June 25, 2009

Tersirat dan tersurat

Are you in LOVE?orang kata dunia bercinta ni semuanya indah belaka.betul ke?kentut hancing pun cakap wangi semerbak..yang keluar dari mulut, semuanya yang manis2 je.yang pahit2 semua simpan dalam hati..senang cerita, ucapan di bibir tidak sama dengan apa yang ingin disampaikan dalam hati.kenapa ye kita buat macam tu?kenapa tak terus terang je?apa yang ada dalam hati, ungkapkan je la kat mulut.kenapa nak main tersirat2 ni kan?


Biasanya kita akan berada dalam situasi sebegini untuk menjaga hati dan perasaan si dia.aku mengaku aku juga pernah main-main dengan ayat tersirat ini.bukan untuk menipu, bukan juga untuk memainkan perasaannya, tetapi tak ada kekuatan untuk bercakap yang sebenarnya.jadi, terpaksalah cakap apa yang bukan bermain di dalam hati.

okey..di sini adalah beberapa contoh ayat yang mempunyai makna tersirat.jadi, berhati-hatilah jika pasangan kamu ada cakap benda ni pada kamu..huhuhu..

Ucapan tersurat : "saya memerlukan sedikit masa untuk mencari diri sendiri."
Ucapan tersirat : "Ya, mencari diri sendiri dan kekasih lain.."

Ucapan tersurat : " Kamu adalah teman baik saya di dunia ini dan saya terlalu menyayangi persahabatan kita."
Ucapan tersirat : "Kita sekadar kawan biasa dan jangan harap kita akan menjalinkan hubungan cinta."

Ucapan tersurat : "Terlalu banyak perbezaan antara kita berdua."
Ucapan tersirat : "Saya tidak menyayangi kamu seadanya!"

Ucapan tersurat : "Mungkin teman-teman saya tidak mengenali kamu. itu sebabnya mereka tidak melayan kamu dengan baik."
Ucapan tersirat : "Sebenarnya mereka tidak menyukai dan menerima kamu sebagai kekasih saya."

Ucapan tersurat : "Saya tidak bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dalam masa terdekat ini."
Ucapan tersirat : "Maaf, kamu tidak menepati citarasa saya!"

Ucapan tersurat : "Kita memerlukan masa untuk mengenali hati budi masing-masing."
Ucapan tersirat : "Saya masih mahu mencari cinta sejati kerana tidak semestinya kamu menjadi pilihan hati saya."

Ucapan tersurat : "Maaf, saya tidak dapat banyak meluangkan masa bersama kamu kerana terpaksa menguruskan pelbagai tugasan harian."
Ucapan tersirat : "Saya memang mahu menjauhkan diri dari kamu!"

Ucapan tersurat : "Saya mengaku, saya berkawan dengan kamu kerana mempunyai alasan tersendiri. harap kamu jangan berkecil hati."
Ucapan tersirat : "Memang saya terpaksa mempergunakan kamu untuk kepentingan diri sendiri.saya mahu membuatkan si dia berasa cemburu bila saya mendampingi kamu."

...Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yang terbuku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi...

** Artikel ini diambil daripada majalah REMAJA - 15 Mei 2004



Wednesday, June 24, 2009

Tag from Adda

Aku di'tag' lagi!! i've been tagged by ADDA.tapi tag kali ini amat menarik.i likeee..okey.jom tengok sama-sama.

but....

before that, jangan ketawa, ok?? promise me!!

3 CANDID PICTURES
Nama pun 'candid pictures'.mestilah gambarnya yang seperti sengal-sengal belaka.tapi setelah ditapis, hanya gambar-gambar yang tak berapa sengal je diletakkan di sini.malu la nak letak gambar yang muka senget-senget tu ;)

Gambar ini diambil oleh Wanchu semasa berada di tepi laut (Langkawi).aku tengah makan goreng pisang sambil telefon.tudung serabai.'spec' pun nampak macam nak terjatuh (al-maklumlah..angin kuat tepi pantai)


Cuba teka apa yang kami sedang buat??hahaha..sebenarnya kami dikehendaki berjalan itik!tengoklah kami masa ni.MasyaAllah...but quite okey i think.tak adalah teruk sangat.kan kan kan?


Gambar ini pula diambil semasa di Air Terjun Bukit Wang.aku tengah nak makan rojak buah.bila aku nak makan je, semua mulut ternganga.lagi-lagi si Wanchu tu.tengok mulut dia..hahahha (oopsss..jangan ketawakan dia.tak baik tau!) "i'm sorry, sayang"

Tag kawan-kawan anda :
(habislah kamu yang kene 'tagged')
1. Ikah.


Dia memang wajib buat semua tag yang aku dapat..
2. Farihah.


ini lagi sorang.MESTI buat.sebab aku tahu dia banyak koleksi gambar 'candid'..
3. Fina.


Hahaha..kena lagi kamu!suka atau tidak, buat juga.hahahha (ketawa jahat!)
4. Khaliq.


Lepas ni jangan senyap lagi ;)
5. Dayah.


Oleh kerana gambar dia termasuk dalam 'candid pictures' di atas, maka dia kena la buat ;)



Tuesday, June 23, 2009

cat and flower..

today, our story is about flora and fauna (intro je ni..)

aku buat apa ye hari ni?macam biasa aje kot.nothing interesting.tadi sempat snap gambar kucing makan.hahaha..memang tak ada kerja!suka sangat tengok dia makan..


1. kucing betina.kurus je.nampak comot sangat.tapi dah memang muka dia macam tu.haha..kecil je kan?tapi sebenarnya baru saja melahirkan anak.5 ekor kalau tak silap.ada yang macam muka dia.sejibik!!

2. kucing jantan.kiranya dua-dua ekor ni laki bini la.hehe..yang jantan ni kesian tau.badan dia baru je tumbuh bulu.ada la makhluk Allah yang tak berperi kebinatangan (suka suki je buat perkataan baru) simbah dengan minyak panas!!badan dia melecur teruk.masa ayah taruk minyak gamat, die mengeow-ngeow kesakitan.kesian dia..sampai sekarang, bila dia nampak ayah, dia akan berlari selaju mungkin..hahaha

dua-dua ekor kucing ni, nama je laki bini.tapi selalu bergaduh.berbaik-baik semula bila nak buat anak. nak makan pun gaduh.sebab tu kena sediakan 2 tempat makan berasingan.kalau tak, mesti kucing no.2 tu tak dapat makan.sebab dia selalu mengalah.sebab tu dia selalu mengeow ikut rentak lagu 'selalu mengalah'. (bayangkanlah kalau betul..hahaha)

okey2...move to another story.it's about flower! err..flower?do u like flower??jika ya, anda boleh berkongsi minat dengan mak aku ;) mak baru je beli 3 pasu bunga (i don't know what is the flower's name.sorry!).i didn't say that i don't like flower!i like it too..yes i am!tapi..(ada tapi tu..) aku tak pandai nak menjaga bunga.it's too complicated (i think so!) aku nak siram pokok bunga pun malas..hahaha.pokok bunga yang sedia ada ni pun tak tersiram.sekarang mak dah beli yang baru..siapa nak tolong siram?aku jugak.. (tak apa..aku buat kerja ikhlas, okey)..


cantik kan bunga-bunga ni?secantik orang yang membelinya..hehe.kalau tak salah, bunga ni bunga daisy kot.. (kalau salah jangan gelakkan, kalau betul tepuk tangan...ngeeee)

kucing dan bunga.itulah flora dan fauna yang aku maksudkan ;)

ouh..forgot something!!iklan sekejap ye..

Sesiapa yang berminat untuk menjadi agen topup (topup boleh dijual serendah RM3), bolehlah emel saya untuk keterangan lanjut
-aurafiza@yahoo.com-

p/s : hanya penulis blog ini sahaja yang boleh membuat iklan di sini.harap maklum!



Monday, June 22, 2009

Ini cerita semalam..

First of all, i want to wish congratulation to Auntie Bong (walau pun dia tak baca blog ini).kenapa ya dengan dia?okey..semalam adalah hari perasmian Happy Kids Play Theraphy Cenre, which is Auntie Bong is the owner.ia adalah salah satu pusat untuk memulihkan kanak-kanak istimewa..tempatnya sangat dekat dengan rumah aku ;) Perasmian tu memang 'grand'!bukan calang-calang orang yang dijemput untuk merasmikannya.guess who??jeng jeng jeng....TENGKU MAHKOTA OF JOHOR, RAJA ZARITH SOFIA!woowww....


salah satu bunga yang ada di sepanjang laluan masuk ke pusat berkenaan..

gambar-gambar lain tak dapat 'upload' di sini :(

sebenarnya, idea untuk Auntie Bong tubuhkan pusat ini adalah berpunca daripada pengalamannya yang lalu.dia telah menderita sakit beberapa tahun.dia bernazar untuk menubuhkan satu badan kebajikan kalau dia betul-betul sembuh.sekarang dia memang dah sembuh sepenuhnya.dia percaya pada satu tuhan yang dah tolong dia.untuk berterima kasih pada tuhan tu, dia telah pun bertukar agama, daripada Kristian kepada Buddha..(the full story is tooooo long.so, i just summarize it to let you know)..

lepas tu, dia terus ke luar negara untuk mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan terapi kanak-kanak istimewa.dan sekarang dia hampir menamatkan PHd.memang nampak kesungguhan dia untuk menubuhkan pusat itu.daripada sebuah rumah yang biasa, dia telah mengubahsuai rumah itu menjadi satu bangunan yang cantik (tapi taklah besar sangat).just imagine rumah di kawasan perumahan.pusat tu dah pun dilengkapi dengan alat-alat terapi yang pelbagai..rasa jakun bila pertama kali masuk dalam tu..



suka sangat tengok satu bilik tu yang dipenuhi lampu-lampu yang banyak dan berkelip-kelip.macam disko pun ada aku tengok..haha.tapi itulah sebenarnya salah satu bilik untuk melakukan terapi..

sepatutnya ada gambar di sini..

Part paling seronok masa majlis tu adalah 'show time!'.kanak-kanak istimewa yang belajar di situ telah membuat persembahan yang sangat menarik.comel, lucu, kagum....walaupun mereka tidak sempurna seperti kita, tetapi mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan tunjuk ajar seperti kita.betul kan?

video juga sepatutnya ada di sini..

itu saja kot cerita yang nak dikongsikan.. terima kasih ;)

** Maaf la ye! sebab banyak gambar tak boleh nak 'upload'.tak tahu kenapa.mungkin 'server' kurang laju kot.video pun tak boleh nak 'upload'.aku ingat nak tunjukkan betapa meriahnya persembahan yang kanak-kanak tu buat.tapi tak ada rezeki ;)



Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day!!

Special Dedication To :
Mr. Ayob Bin Jantan


Happy Father's Day buat ayah yang sentiasa menyayangi saya.saya juga sayang ayah ;) Thanx for being a good father! Minta maaf kerana tak dapat bagi hadiah (sebab duit tak ada). tapi saya tahu ayah memahaminya. Ucapan yang saya berikan semalam adalah ikhlas dari hati nurani.ianya lebih berharga daripada apa jua hadiah..


ini ayah saya! sayang ayah sangat-sangat!!

jika aku diberi peluang untuk memilih lelaki lain sebagai ganti ayah, aku TAK RELA! kerana ayah yang terbaik buat ku.dan ayah juga yang terhebat bagi semua anak-anak ayah..tiada lelaki setanding ayah..i love u soooooo much!!



Saturday, June 20, 2009

Tag from Ika dan Farihah

I've been tagged by IKA and Farihah.

So, to both of you, here the answers! Check It Out~

In this tag you have to talk everything about anyone that you like :
anyone?ouh..okey (cukup sekadar mengingat namanya di dalam kepala otak saja)

1. Apakah hubungan anda dengan dia?
Kekasih alam maya..hahaha..

2. 5 impression terhadap dia.
- sangat comel bila tersengih
- very good in cooking
- tidak terlalu banyak bercakap
- pemain 'poker' yang handal (game 'poker' dalam 'tagged' tu laa)
- terlalu sibuk

3. perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak.
menenung manja sambil tersenyum (tapi dalam webcam aje!)..nama pun kekasih alam maya kan..hahaha

4. Perkara yang paling memorable dia katakan kepada awak.
"Kalau b datang sini, abg masakkan untuk b" (wahhh..memorable sungguh!) huhu...

5. Kalau dia kekasih awak?
Syukur, Alhamdulillah...

6. Kalau dia jadi musuh awak?
kita lancarkan perang..join 'mafia wars'!!!

7. Kalau dia kekasih awak, awak akan..?
saya akan menjaganya sebaik mungkin sepertimana saya menjaga kekasih2 saya yang lain..hehehe..

8. Kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana..?
kerana saya lagi pandai main game 'poker' daripada dia!

9. overall impression tentang dia.
sangat comel la kamu!!

10. The most desirable thing to do to him..
jumpa dan makan-makan kat Restoran Sri Melayu =)

11. Apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
Okey2 aje (mungkin!)

12. Apakah sebenarnya perangai anda?
Happy go Lucky..

13. Perangai anda yang anda benci.
Pemalas yang amat..

14. Orang yang anda ingin bersama.
Keluarga, kawan-kawan dan ........... (mungkin kamu)

15. Katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda.
mmmmuuuuaaaahhhh......

16. Tag 10 orang. 4 orang sudah lah..
1. Khairul Shahrin a.k.a Shah D'zaemon

2. Cik Yana

3. Tasneem

4. Fana

17. No.2 ada hubungan dengan siapa?
Tak kenal la..she's one of my follower..hehe

18. No. 3 lelaki atau perempuan?
Perempuan

19. No.1 single kah?
err..tak pasti.i'll ask him later ;)

20. No.4 belajar apa?
sorry..tak tau la.hehe..

huh..finished already!banyak sungguh soalan.yang sudah di'tagged', sila-sila la buat.kepada kamu-kamu yang suka rela nak buat pun sila-sila ambil ye..



Entry without Title - 2

__________________________________________________


__________________________________________________


__________________________________________________


__________________________________________________

nothing to say.. nothing to tell..
hanya gambar-gambar di atas mengungkap perasaan..

that's all..thank you ;)



Thursday, June 18, 2009

How lucky YOU really are!

Pastikan ada menonton video ini dalam suasana yang tenang. Really listen to the words..

In my dram children sing a song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green and laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.
Tell me why?

Everyday I ask myself what will I have to do to be a man?
Do I have to stand and fight to prove to everybody who I am?
Is that what my life is for to waste in a world full of war?

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.
Tell me why?

tell me why?
tell me why? tell me why?
just tell me why, why, why?

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.

Tell me why (why,why,does the tiger run)
Tell me why (why why do we shoot the gun)
Tell me why (why,why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?

(why,why do we say we care)
Tell me why (why,why do we stand and stare)
Tell me why (why,why do the dolphins cry)
Can some one tell us why we let the ocean die ?

(why,why if we're all the same)
tell me why (why,why do we pass th e blame)
tell me why (why,why does it never end)
can some one tell us why we cannot just be friends?

Lagu ini telah dinyanyikan oleh Declan Galbraith.suara dia sangat-sangatlah 'power'!tapi sekarang dia pun da besar panjang.rambut pun dah panjang.dah tak 'cute' sangat macam dulu.huhu..

lagu ini memang amat menyentuh perasaan.lagi2 bila tengok sekali dengan video tu.sangat sedih.kawan-kawan...bersyukurlah dengan apa yang kita dapat sekarang.sebab kita dah kira terlalu bernasib baik berbanding dengan diorang..

** terasa insaf..



Wednesday, June 17, 2009

a bit tired..

aku dalam mood mengantuk semasa menulis entry ini ;)

hari ini seharian aku di Pusat Kecantikan Arabella.bukan buat facial, bukan juga membeli produk kecantikan.tapi hanya duduk melepak ;P sebenarnya pemilik kedai tu adalah sahabat baikku sendiri (As).baru seminggu dua ni dia buka kedai.PUSAT KECANTIKAN ARABELLA..kenapa letak Arabella kan?Arabella tu nama anak dia.Puteri Nur Arabella!nice name..dia sudah pun mempunyai 2 orang anak yang sangat-sangat comel!itulah salah satu faktor yang membuatkan aku betul-betul tak sabar nak anak.hahahha..abaikan! (mood mengantuk memang macam ni).

lepas puas berborak (dan melepaskan rindu juga sebab dah lama sangat tak jumpa), aku pun balik.tapi bila sampai rumah, rasa macam malas sangat nak masuk rumah.apa lagi..start enjin kereta, dan terus melencong tempat lain.kebetulan pula, ali (kawan baik) telefon dan bagi tau dia dah ada kat segamat.ingatkan malas je nak jumpa dia.tapi bila memikirkan kebosanan melampau, aku pun jumpa.kitorang pergi makan goreng pisang.haha..itu pun dah cukup untuk menghilangkan bosan..

masa jalan-jalan tadi, aku sempat beli baju.baju tu biasa je, tapi tiba-tiba rasa tertarik pula nak beli.tengok-tengok harga pun tak mahal, aku pun tak fikir apa dah..terus beli (menambahkan koleksi baju yang tak berapa banyak..hehe)

Biasa je kan? tapi nampak cute sangat bagi aku =)

that's all story for today.thanks to all readers yang baca sampai habis sebab aku rasa membosankan je entry ni.hahahha..

** nak makan jap (orang tu suruh makan sekarang!nanti dia marah.takot!!huhu)



Tuesday, June 16, 2009

dia lagi...

Hari ni rasa macam tak sabar2 je nk update blog ni.sebab ada benda nak cerita.

jeng jeng jeng....

sebelum tu, kalau tak berminat dengan cerita ini, sila KLIK SINI.simple...


okey..tadi aku pergi kedai kejap.lepas tu, masa parking depan kedai, aku ternampak kereta "someone" yang memang tersangat2 aku kenal.kereta tu memang familiar sangat la bagi aku.aku perhatikan je kereta tu.masa tu kereta tu tengah berhenti sebab traffic light merah..walaupun tengok kereta je, tapi perasaan aku masa tu, Tuhan sajalah yang tahu.betapa aku sebak, berdebar, rindu...semua bercampur baur.

aku mengharap sangat biarlah lampu traffic light tu terus merah.aku nak tengok kereta tu lama2.nak tengok tuan punya kereta tu tak nampak sebab cermin dia gelap..tapi apa kan daya.bila da hijau, kereta tu pun jalan..sedih :(


Kereta yang menjadi kenangan (dalam bulatan merah tu)

balik je rumah, aku masih lagi melayan perasaan.dan terus dengar lagu-lagu sedih (that's what i always do bila dalam mood bersedih).sampai sekarang aku masih lagi angau dan terus angau (tak tau sampai bila)..teringat balik kat kenangan2 silam..

hurm..sebenarnya, orang yang aku maksudkan adalah "someone" yang pernah aku ceritakan dulu.entry pertama aku dalam blog ni adalah cerita pasal dia.boleh KLIK SINI untuk tengok balik (kalau tak tengok pun tak apa.tiada paksaan ;P ).

for your information, sebab dialah lahirnya blog AKU, KAMU dan DIA ni.masa tu tengah frust sangat2 sebab cinta putus di tengah jalan.so, di sinilah aku melepaskan perasaan untuk mengurangkan tekanan jiwa.tapi sekarang, Alhamdulillah...aku dah boleh terima apa yang terjadi.i am on my way to find someone untuk menjadi penggantinya.hehehe..

apa-apa pun, aku harap dia bahagia dengan hidupnya sekarang."papa..umi doakan papa bahagia.umi akan sentiasa ingat kat papa!" (cakap seolah2 dia dengar luahan hati ni).dialah satu-satunya insan yang panggil aku 'umi' dan aku panggil dia 'papa'..ouh..soooo shhhwweeeett!! ;)



Sunday, June 14, 2009

Tag from IZZ

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
handphone..memang penting!

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
coklat MARS dan air kotak

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
di rumah..

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
sekarang tak ada 'boyfriend' lagi.tapi kalau ada, hubungan tu mesti kekal sampai bila-bila

5. Adakah anda dilamun cinta?
sekarang ni, tidak!

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
tak ingat nama restoran tu.tapi kat yong peng..

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
buku?tak ingatlah =)

8. Apakah nama penuh kamu?
Norhafiza Bt Hj. Ayob

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
untuk berkongsi cerita, dengan mak la. kalau mintak pendapat, dengan ayah.pendek cerita, dua2 senang.ade mak, kena juga ada ayah..

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya
Mazlan (nak sangat2 jumpa dia!)

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
1. Wan suraya
2. Noor Farhana
3. Asmawati
4. Ali
5. Mohd Ikhsan
6. Nursalina
7. Yusnita
8. Hafisyam

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
sometimes..

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Paris (macam seronok je)

14. Pelukan atau ciuman?
pelukan =)

16. 8 perkara yang amat saya gilai
1. muzik
2. laptop
3. handphone
4. kereta
5. cake
6. baju
7. cute stuff
8. big apple

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
1. erm..
2. yela tu
3. aaa..
4. tau takpe
5. Ya Allah..
6. yeke?
7. diam laa..
8. oooo..

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
1. Tanpa - 6th Sense
2. Tak Bisa Memilihmu - 6th Sense
3. Flying Without Wings - Westlife
4. Kenangan Terindah - Samsons
5. Menanti di Barzakh - Fareast
6. Love Story - Tailor Swift
7. Maritim Perkasa
8. Cinta Melankolia - Ann

20. 8 orang yg kamu mahu tag ?
adoi..ni yang lemah!!!
1. IKAH

2.
FARIHAH

3. ADDA

4. EZAD NIMO

5. HARISU-SAMA

6. AYIE

7. EKINO

8. YOU..sila buat ;)




Biar si dia terasa istimewa

1. Jika si dia demam, cepat-cepatlah menghantarnya ke klinik untuk rawatan. biar si dia terasa kamu amat mengambil berat tentangnya.

2. Jadilah seorang pendengar yang setia tatkala si dia berada dalam kesusahan atau pun menghadapi sebarang masalah. tunjukkan sikap keprihatinan kamu itu.

3. memberi hadiah walau pun tidak mahal di saat-saat yang tidak terduga. seronok kalau sesekali mencipta kejutan.

4. sesekali cuba masak makanan yang digemarinya. walaupun kamu ni kurang 'skill' memasak, tak salah kalau rujuk pada buku resepi. sedap atau tidak, belakang cerita!

5. menelefon si dia untuk mengingatkan si dia tentang waktu-waktu tertentu. misalnya masa untuk bersolat, makan dan sebagainya.

6. memberi pandangan tentang pakaian yang hendak dibelinya ketika kamu berdua keluar membeli-belah.

7. menemaninya ke salun menggunting rambut. bolehlah kamu memberikan idea gaya potongan rambut yang sesuai dengannya.

8. jangan terlalu meminta sehingga si dia terasa kamu ini seorang yang bercitarasa tinggi.

9. menyimpan fotonya di dalam dompet dan biarkan si dia tahu bahawa kamu sentiasa mengingati dirinya.

10. menyintai dirinya tanpa sebarang syarat. kamu bersedia menerima dirinya seadanya..

11. jangan melemparkan kata-kata berbentuk ancaman. contohnya, "jika kamu banyak alasan kerana tidak mahu keluar dengan saya, lebih baik kita putuskan saja hubungan ini".

12. jangan memonopoli topik perbincangan. beri dia peluang untuk memberikan pendapatnya sendiri.

13. sering menghabiskan masa bersama-sama walau pun ada kalanya kamu bosan dengan aktiviti yang digemarinya.

14. memanggilnya dengan panggilan tertentu. contohnya, sayang, baby, darling dan sebagainya.

15. jangan memaksa si dia untuk membuat keputusan terburu-buru andai si dia belum bersedia untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam perhubungan.

* Artikel ini diambil daripada majalah REMAJA (bil :405, 1 Julai 2003)

Artikel ini dipaparkan dalam blog AKU, KAMU dan DIA dengan harapan penulis blog ini mendapat layanan sepertimana yang disebut di atas..hehe. Untuk pengetahuan semua orang, penulis blog ini sangat-sangatlah teringin merasa dirinya istimewa ;)

terima kasih ;P




Saturday, June 13, 2009

a lot of story..

Had fun wif AID

n NANA!

ktorang g tgk Pameran Haiwan Eksotik.After spend a lot of time kt pameran tu, ktorang g main bowling.very fun, u noe!


masing2 posing sakan ngan buaya.takot wooo..



bajet terer main je!huhu..


Then, malam tuh my uncle drpd muar dtg.so, da menjadi tanggungjawap aku utk melayan kerenah my little cousins tu.of course they are very close to me!


Ngan cousin2 ku yg baik2 belaka.Adlin (bijak bestari), Arina (pendiam), Syahmi (Nakalnya, MasyaAllah!!), Azhani


(tinggi lampai)



tgk tu Syahmi..wat muka pulak dia!


Actually, tu cerita semalam!ingatkan mlm td nk update, tp tak sempat la.mata da terlalu berat utk mengadap skrin ni.okey..wat's going on today?as usual, sabtu ahad adalah hari utk org kawin!hari ni aku g 2 jemputan kawin..


tak sempat la nak amek gmba pengantin.coz dtg awal sgt.pengantin pun tak ready lg.hehe.aku memang tertarik sgt pada tempat dia bersanding.diorang tak bersanding atas pelamin.tapi diorang bersanding atas buaian tu.so shhweett!!purple gitu..

lepas makan2 kt umah pengantin yg pertama tu, aku kena rush pulak g labis.umah pengantin yang ke-2..



Masa g umah pengantin tu, aku dapat pengalaman menyaksikan persembahan KUDA KEPANG.rasanya semua tau kuda kepang ada bersangkut paut dgn roh2 kan?tadi, dengan bersaksikan 2 mataku ni (4 kot sbab pkai spec), aku dpt tgk diorang joget2 dalam keadaan tidak sedar.means, "benda" tu yang sebenarnya menguasai diri diorang tu.mmg agak lucu.tp takut..diorang suke kacau budak2 kecik.ada yang sorang tuh, tetiba lari n panjat pokok kelapa yg tinggi tu!!apa yg aku tgk, kekuatan diorang tu bukan macam kekuatan manusia biasa.diorang makan tebu n kopek kelapa hanya menggunakan GIGI!!can u imagine??AMAZING!!(4 me la.coz i never see it before).

banyak benda pelik yang diorang buat..sedut asap, genggam bara api, makan BUNGA, joget tak sedar diri n mcm2 lg laa.pelik kn??aku ingat nak tgk skejap je.tp bole khayal plak.stay kt situ smp habis persembahan tuh, lebih kurang jam 4 petang!tak sedar masa berlalu.terlalu asyik!

aku tgk mcm mane "benda" tu dikeluarkan drpd badan diorang.mmg agak menakutkan.coz diorang menjerit2 seperti menahan kesakitan yang teramat2.bila "benda" tu da kuar, diorang sume lemah sgt2 n diberi minum air (air jampi kot).tapi kan, ade sesuatu yang buat aku musykil and tertanya2 sampai skang.bila die da kuarkan "benda" tu, "benda" tu pegi mana??hurmm..aku mcm pelik sgt2 neh.

fikir...fikir...fikir...dan terus berfikir...

???


Thursday, June 11, 2009

Entry without Title - 1

Alhamdulillah..seperti yang dirancang, semuanya berjalan lancar..haaa.ape yg berjalan lancar?huhu..dalam entry yang lepas, aku ade inform pasal rombongan merisik utk akak aku.so, semuanya da berjalan td.diorang dtg satu kete je, Honda Stream.mcm2 makanan yg terhidang..

Makan tengahari - Nasi putih, ikan baung masak lemak, ayam masak daun kesum, sotong masak kunyit, kerabu, ikan goreng, sup sayur..

Minum petang - popia goreng, karipap, kek bakar..

Dessert - Kek Secret Recipi, Aiskrim..



nyuummmyyy!!kekenyangan aku..tapi itulah makanan yang menggemokkan. aku ade tanya pada mak tadi :

"Mak, takde ke makanan yg tak menggemokkan?" Nak tau mak jawap ape?? "Ngada2 la.nk mkn, mkn je la.benda da ade.kalo ikot nk gemok, sume makanan yg takleh makan.makan je sayur".. waaaaaaa..kene mara!! :(


Ptg tadi, pas abes kemas2 n basuh2 pinggan, aku lepak2 luar jap.main ping pong..saje nk keluarkan peluh.lawan adek aku.yg bestnya "I am da WINNER".hahaha..ala..men bodo2 leh la.pastu adek aku lawan ngn ayah aku.diorang mmg pro..aku tgk diorang men pn takot..



I feel very2 tired.almost 1 hour aku berdiri je tanpa duduk (utk membasuh pinggan).now, i've a lil bit worried bout da majlis pertunangan or kawin akak aku.baru merisik da penat gile2.ini kan lg kalo majlis besar2.uih..can u imagine??

Tadi pas mandi, aku baring2 kat atas katil (thinking someone).then, tiba2 teringat plak pada enset yang telah dihadiahkan oleh Mr.Nazri in our last meeting (last month).enset nih ok lagi.cuma tak boleh cas.kalo nak cas, kena tuka bateri kat fon lain dulu..function fon nih biasa je.bluetooth pn takde.huhu.but i dont care.the phone is one of my harta yg plg berharga!!it reminds me to OUR memories.Gosh..miss him damn much!ouh..enough2.korang pn da meluat da kn aku feeling2 camni.huhu..sowy!


omg..i can't stop thinking of him.oohhh Mr.Nazri.andainya kau tahu.....


erk..tak suke??k..fine..

stop here!


Tuesday, June 9, 2009

hari ini....

aku da tak rajin nk update blog.nk story ape pun da tak tau.sejak akhir2 ni, aku lagi rajin jadi blog visitor.aku da pegi byk blog.seronok membaca ceritera orang.hehe.ade yang menangis, ketawa, luahan perasaan, politik, isu semasa, promote barangan, mcm2 lagi la.tapi kan aku betol2 jatuh chenta pada blog Just Khai.

.superb!!tah la..aku rasa seronok sgt baca semua entry dia.rasa interesting sgt..


back to my bored life (quite bored lately..).bangun je tido pagi td, aku kemas2 umah.then, bukak je pintu, kucing da mengeow2 (mintak diisi perut).aku pun dgn ikhlasnya (dgn harapan rezeki bertambah murah hari ni) bg makanan pd si meow2 tu..diorang pun makan dgn lahapnya.lebih kurang 5 minit jugak la aku berdiri je kat situ, memerhati kucing tuh menghabiskan makanannya.rasa mcm terleka plak tgk kucing tuh makan (mcm jakun la plak.huhu).bila kucing2 tu da terbaring kekenyangan, aku gak yg kene bersihkan sisa2 makanan die yg berterabur tu.tiba2, rasa sakit sgt kaki aku nih.rupanya ade sekor SEMUT HITAM gigit jari kaki aku.die pny bisa...huh!!tak yah cite laa.smp bengkak jari aku yg kecik nih.cilakak pnya semut!!waaaa...sakit!!

NEXT...
story bout my sis (Nana)

.esok rombongan merisik BUD

(bf dye) dtg.my parent r excited most!!suke bangat anak die da nk dkat kawin..pd hal bru nk merisik je..hahha.hurm..actually, ktorang pn rasa teruja gak.lg2 aku.. "Nana..kn kte da jnji nk tunang n kwin same2.tp skang, dye plak yg nk tunang dlu.how dare u!!argghhh.."

next week, mayb aku trun kl kot.but not confirm yet.slalu ckp je.tp tak g pn.hahaha..i want to meet my frenz there.EFFA

..lame gila tak jmp dye.membe2 kwin pn die tak dtg coz bz ngn keje.hope we can hang out together nnt yek, effa.beside that,aku ade berniat nk wat BLIND DATE!yup..blind date.jmpa kekasih alam maya!!hahaha.dulu aku ngn fana(besfren) slalu wat blind date nih.sejak ktorang da berjauhan nih je kureng sket wat prangai.tp aku rasa nnt g kl, aku nk jmp sorang dua..tak jnji pn ngn diorang.tgk r dlu cmane..

kawan2..
mak da bising.die soh tolong masak.well,i'm not a gud daughter kn? :(

OUT!


Monday, June 8, 2009

Award 4 Me ;)

1- Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda.

2- Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini.

IKAH
- kicik orgnye
- currently study kat egypt
- bakal doktor (InsyaAllah)
- luv cat sooo much
- byk mulut (pd org yg rapat) n sgt malu (pd org yg tak bape nk knal)

3- Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri.
- like to express my feeling through this blog
- luv music
- dreaming to be RICH
- suke berkawan
- on the way mencari jodoh (ehem2..)
- a lil bit crazy, but sometimes can be very innocent too..
- nak kurus deyh..
- sedang belajar masak
- FRIENDSHIP is important 4 me..
- selalu berangan

4- Anda Perlu Memilih 10 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka
Memilih 10 penerima award?harus ke??
sape2 je yg masuk blog AKU, KAMU dan DIA layak menerima award ini..tenkiu ;)






Saturday, June 6, 2009

Fara's Wedding..

TAHNIAH NOOR FARHANA BT ARSHAD (wrong spelling kot..) semoga fara dapat menjalani hidup berumahtangga ngan ADY dengan bahagia sehingga ke akhir hayat. jadilah isteri yang solehah.. namau gatal2 ag taw!! cepat2 dpt baby ehh.. Ibu FIza da tak saba ;)

seronok la si fara tu.. dapat gak die kawin.. (dengan nada org frust..)! sronok sgt tgk die jadi raja sehari..muka berseri2 je.Sweet sgt ;) kitorang konvoi 4 kete td..rasa hepi sgt dpt jmpa membe2 lame.tgk diorang pn skang da jadik "someone".sume da berjaya.ade gak yg bru blk oversea.sronok tol..smp takleh nk cite.speechless =) kereta masing2 pn tanak kalah.sumenya hebat2.tu yg buat aku rasa semangat nk usaha lebey utk final sem nih..hope i oso can be "someone" cam diorang tu.InsyaAllah..

okey..kite tgk pic plak..

tak kire..nk letak gak pic aku..huhu.posing dlu sblom g..konon2 nih cun la.hahhaa..poyoz..

comey la kamo, fara!! agak2 kalo aku kwin, leh jadik comey cam nih tak?hehe..

bergambar ngan dak2 laki. (belakang dari kiri : kujeng[syafiq], An, Dafie, Herwan, Mambai, Pesot, Azim - Depan dari kiri : Hadi, PENGANTIN, kering)
diorang sume da berubah la..nmpak matured gile.da tak nmpak lngsung 'budak2' cam dolu2..huhuhu..pasni turn sape la plak kn?Pesot kot..ooppsss ;)

Da..tu je.gmba lain ta yah r kn.nnt klo rajin, aku upload r lg..

k laa.someone is waiting 4 me..huhuu..
daaaaaaaaa....





Friday, June 5, 2009

mataku..

hari ni nk story more bout my eyes..
nak menceritakan betapa rosaknya mata aku nih..
wuu..sedey mata da rosak!

4 ur information, aku nih rabun jauh since 7 years old!!
masa aku darjah satu, aku da me
nunjukkan tanda2 yg mata aku mmg tak nmpak..

1. aku tak nampak ape yg cikgu tulis kt papa hitam.that's y aku slalu tiru kawan sbelah (tiru bukan sebarang tiru, okey!)
2. slalu fenin kefale (pening kpale la).rasa sakit sgt kt bhagian atas mata..
3. pakai selipar selalu terbalik.da besa pn tak dpt nk bezakan mana kiri, mana kanan (so, jgn salahkan aku kalo aku ckp aku bole pkai selipar dgn betul masa darjah 4)..

itulah tanda2 yg paling ketara sekali..
parent aku risau ngn keadaan aku n bwk aku g jmp doktor mata..
masa aku darjah 2, aku da kene pkai spec..
tp bukan pkai pn..sbb tak selesa yg teramat2..
even smp skang pn aku mmg tak bape pkai spec..
as a result, power aku skang da mencecah 2000!!
wahhh..bangga2 :P

sume org mara knapa aku tak pkai spec, sbb diorang rsau tgk mata aku akan kelihatan kecik sgt2 bila nk melihat sesuatu..
aku bkn tanak pakai..tp tak tau laa..
rimas, tak selesa, serabai..
tu la yg aku rasa..
kalo amek gamba, aku mmg tak suke pkai spec..
sbb kalo pkai, nmpak cam org tua..hehe..

knape tak pakai contact lense??
doktor kata tak bole!
haha..sbb power aku terover2 byk..
kalo pkai lense pn, kene pkai spec gak..
dasat..

usaha mak ayah aku :
mak buatkn aku jus carrot n belikan ubat mata permata hijriah yg diwar2 kan amat berkesan..
da lebih 2 bln gak aku pkai ubat tu..
tapi, menghampakan..
belum nampak kesannya..
mata aku masih lg pada tahap yang sama..
tak tau di mana silapnya..

hurmm..
aku harap mata aku dpt baik cam org lain gak..
tak dapat sembuh spenuhnya pn takpe laa..
at least, dpt turunkn power pn da ok..
any suggestion??

itu saja cerita tentang mataku yg kicik nih..


Inilah saya = SPECKY
masih kelihatan sama atau ....??
betol ke mmg mcm org tua?
kelakar??

** Comment needed...



Wednesday, June 3, 2009

watch this video..

this video was taken long time ago..
but, masa tgk belek2 folder MYPICTURE td, trjumpa la blk video nih..
aku gelak sowang2 je bile tgk nih..

okay..let's watch it~





S.E.N.G.A.L!
itu lah kami..
aku n wanchu..ktorang sekepala abs dalam semua hal..
video ni diambil masa dalam perjalanan dari Kolej Bukit Kachi pergi ke dalam kampus..
hahaha..org len kata, ktorang wat keje gile..
hurmm..WE don't think so..
jarak antara kolej kitorang ke dalam kampus is about 3km..
if i'm not mistaken laa..
takpe..i'll check dis out later k..
huhu..

kalo korang tgk video tuh..
korang tgk AKU laa kn..
mak aih..GEDIX gile cara ckp..
aku sndri meluat..hahaha..
kene gigit nyamuk konon.. piiraaahh fiza..ingat muke cun sgt ke wat gaya cam tuh.. meluat la weyh.. wekkkk2..
[kataku dalam hati..]
hati korang pn berkata cam tu gak kn?
its ok..tak mara pn..

byk lg video yg ktorang da record..
nk upload byk2, tp malu r plak..
mmg shengal tahap cipan buta..
hahhaa..

aaa..nk perbanyakkan lagi entry nih..
aku nk tnjuk sket la gmba2 yg ktorang sempat berposing sepanjang perjalanan ni..

nih posing baru nk memulakan perjalanan.for ur information, masa nih aku bru2 blaja pkai tdung hitam..hahahha.sbb seumur hdup aku, mmg tak pnah pn pkai tdung hitam.asek tdung putih je..dulu kalo aku pkai tdung itam, nmpak serabai sgt2.tp skang bile da ok sket, da pndai pkai..tiap2 ari rase nk pkai tdung itam je..huhuhu

Masa tuh ade pasar malam kt kolej.pasa mlm nih stiap ari sabtu.tapi takde la besa sgt pn..biase2 je.bole la kn stakat nk bli2 kopok lekor tuh..huhuhu...

Okay..perjalanan pn bermula.nih baru lepas keluar pintu guard kachi.muke nih la yg org ckp gile sbb jalan kaki smp kampus.wuu..sedey..

asek muka aku je..ksian plak membe aku sowang nih..huhu..nih la wanchu.ktorang sntiasa berdua walau ke mana jua.huhu..die nih lg shengal.kuar berjalan msok kampus jauh2 ngn pkai jeans n kasut tumit tnggi..hahaha.biar la ape org nak kata pn.jnji kte hepi kn chu kn? ;)

Hahaha..gmba nih lawak tol.nih Taufiq (pelakon tambahan).cmane leh ade mamat nih plak?camnih..sbenanye spanjang ktorang berjalan nih, mcm2 dugaan ktorang tempuh.(cewahh..ayat tak bole blah).bukan stakat kene kaco ngn org, tp ngn monyet n anjing skali..huhu.pastu slalu je ade kete yg akan benti n nk tumpangkan kitorang.diorang ingt ktorang tertinggal bas.so, ktorang pn terpaksa la xplain kt diorang yg ktorang mmg suka suki nk berjalan.sama la cam si taufiq ni.die ingt kitorang ade problem sbb jalan kaki kt tempat2 camtu.die pn benti la n offer pertolongan.baik tol dye neh kan..nk gak tlong mmbe..setelah ktorang xplain yg ktorang mmg okay n takde problem, tu la reaksi muke die.huhu..

yayay..sronoknya bile ingt blk kenangan nih..
i miss dis moment badly..
sem dpan da final sem..
so ktorang akan trus berjalan smp lebam..
hahhaa..

sape2 nk ikot ktorang berjalan, leh r roger2 aku ehh..
wahhh..bajet mcm menyertai larian rakan muda! ;)

..OUT..