1. Jika si dia demam, cepat-cepatlah menghantarnya ke klinik untuk rawatan. biar si dia terasa kamu amat mengambil berat tentangnya.
2. Jadilah seorang pendengar yang setia tatkala si dia berada dalam kesusahan atau pun menghadapi sebarang masalah. tunjukkan sikap keprihatinan kamu itu.
3. memberi hadiah walau pun tidak mahal di saat-saat yang tidak terduga. seronok kalau sesekali mencipta kejutan.
4. sesekali cuba masak makanan yang digemarinya. walaupun kamu ni kurang 'skill' memasak, tak salah kalau rujuk pada buku resepi. sedap atau tidak, belakang cerita!
5. menelefon si dia untuk mengingatkan si dia tentang waktu-waktu tertentu. misalnya masa untuk bersolat, makan dan sebagainya.
6. memberi pandangan tentang pakaian yang hendak dibelinya ketika kamu berdua keluar membeli-belah.
7. menemaninya ke salun menggunting rambut. bolehlah kamu memberikan idea gaya potongan rambut yang sesuai dengannya.
8. jangan terlalu meminta sehingga si dia terasa kamu ini seorang yang bercitarasa tinggi.
9. menyimpan fotonya di dalam dompet dan biarkan si dia tahu bahawa kamu sentiasa mengingati dirinya.
10. menyintai dirinya tanpa sebarang syarat. kamu bersedia menerima dirinya seadanya..
11. jangan melemparkan kata-kata berbentuk ancaman. contohnya, "jika kamu banyak alasan kerana tidak mahu keluar dengan saya, lebih baik kita putuskan saja hubungan ini".
12. jangan memonopoli topik perbincangan. beri dia peluang untuk memberikan pendapatnya sendiri.
13. sering menghabiskan masa bersama-sama walau pun ada kalanya kamu bosan dengan aktiviti yang digemarinya.
14. memanggilnya dengan panggilan tertentu. contohnya, sayang, baby, darling dan sebagainya.
15. jangan memaksa si dia untuk membuat keputusan terburu-buru andai si dia belum bersedia untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam perhubungan.
* Artikel ini diambil daripada majalah REMAJA (bil :405, 1 Julai 2003)
Artikel ini dipaparkan dalam blog AKU, KAMU dan DIA dengan harapan penulis blog ini mendapat layanan sepertimana yang disebut di atas..hehe. Untuk pengetahuan semua orang, penulis blog ini sangat-sangatlah teringin merasa dirinya istimewa ;)
terima kasih ;P
5 comments:
sy sanggup buat mcm tu kat fiza..!!
i love this entry becuz i'm kinda that person who willing to do all those thing to "him"
hehe
len kali wat la entry cmnei lg taw :)
orait bebeh =)
nak disayangi, perlula menyayangi..
ye2..
btol tu azam..
Post a Comment