Monday, June 22, 2009

Ini cerita semalam..

First of all, i want to wish congratulation to Auntie Bong (walau pun dia tak baca blog ini).kenapa ya dengan dia?okey..semalam adalah hari perasmian Happy Kids Play Theraphy Cenre, which is Auntie Bong is the owner.ia adalah salah satu pusat untuk memulihkan kanak-kanak istimewa..tempatnya sangat dekat dengan rumah aku ;) Perasmian tu memang 'grand'!bukan calang-calang orang yang dijemput untuk merasmikannya.guess who??jeng jeng jeng....TENGKU MAHKOTA OF JOHOR, RAJA ZARITH SOFIA!woowww....


salah satu bunga yang ada di sepanjang laluan masuk ke pusat berkenaan..

gambar-gambar lain tak dapat 'upload' di sini :(

sebenarnya, idea untuk Auntie Bong tubuhkan pusat ini adalah berpunca daripada pengalamannya yang lalu.dia telah menderita sakit beberapa tahun.dia bernazar untuk menubuhkan satu badan kebajikan kalau dia betul-betul sembuh.sekarang dia memang dah sembuh sepenuhnya.dia percaya pada satu tuhan yang dah tolong dia.untuk berterima kasih pada tuhan tu, dia telah pun bertukar agama, daripada Kristian kepada Buddha..(the full story is tooooo long.so, i just summarize it to let you know)..

lepas tu, dia terus ke luar negara untuk mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan terapi kanak-kanak istimewa.dan sekarang dia hampir menamatkan PHd.memang nampak kesungguhan dia untuk menubuhkan pusat itu.daripada sebuah rumah yang biasa, dia telah mengubahsuai rumah itu menjadi satu bangunan yang cantik (tapi taklah besar sangat).just imagine rumah di kawasan perumahan.pusat tu dah pun dilengkapi dengan alat-alat terapi yang pelbagai..rasa jakun bila pertama kali masuk dalam tu..



suka sangat tengok satu bilik tu yang dipenuhi lampu-lampu yang banyak dan berkelip-kelip.macam disko pun ada aku tengok..haha.tapi itulah sebenarnya salah satu bilik untuk melakukan terapi..

sepatutnya ada gambar di sini..

Part paling seronok masa majlis tu adalah 'show time!'.kanak-kanak istimewa yang belajar di situ telah membuat persembahan yang sangat menarik.comel, lucu, kagum....walaupun mereka tidak sempurna seperti kita, tetapi mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan tunjuk ajar seperti kita.betul kan?

video juga sepatutnya ada di sini..

itu saja kot cerita yang nak dikongsikan.. terima kasih ;)

** Maaf la ye! sebab banyak gambar tak boleh nak 'upload'.tak tahu kenapa.mungkin 'server' kurang laju kot.video pun tak boleh nak 'upload'.aku ingat nak tunjukkan betapa meriahnya persembahan yang kanak-kanak tu buat.tapi tak ada rezeki ;)



1 comment:

Joe said...

nak main bola2 yg besar tu.huhu