Thursday, June 25, 2009

Tersirat dan tersurat

Are you in LOVE?orang kata dunia bercinta ni semuanya indah belaka.betul ke?kentut hancing pun cakap wangi semerbak..yang keluar dari mulut, semuanya yang manis2 je.yang pahit2 semua simpan dalam hati..senang cerita, ucapan di bibir tidak sama dengan apa yang ingin disampaikan dalam hati.kenapa ye kita buat macam tu?kenapa tak terus terang je?apa yang ada dalam hati, ungkapkan je la kat mulut.kenapa nak main tersirat2 ni kan?


Biasanya kita akan berada dalam situasi sebegini untuk menjaga hati dan perasaan si dia.aku mengaku aku juga pernah main-main dengan ayat tersirat ini.bukan untuk menipu, bukan juga untuk memainkan perasaannya, tetapi tak ada kekuatan untuk bercakap yang sebenarnya.jadi, terpaksalah cakap apa yang bukan bermain di dalam hati.

okey..di sini adalah beberapa contoh ayat yang mempunyai makna tersirat.jadi, berhati-hatilah jika pasangan kamu ada cakap benda ni pada kamu..huhuhu..

Ucapan tersurat : "saya memerlukan sedikit masa untuk mencari diri sendiri."
Ucapan tersirat : "Ya, mencari diri sendiri dan kekasih lain.."

Ucapan tersurat : " Kamu adalah teman baik saya di dunia ini dan saya terlalu menyayangi persahabatan kita."
Ucapan tersirat : "Kita sekadar kawan biasa dan jangan harap kita akan menjalinkan hubungan cinta."

Ucapan tersurat : "Terlalu banyak perbezaan antara kita berdua."
Ucapan tersirat : "Saya tidak menyayangi kamu seadanya!"

Ucapan tersurat : "Mungkin teman-teman saya tidak mengenali kamu. itu sebabnya mereka tidak melayan kamu dengan baik."
Ucapan tersirat : "Sebenarnya mereka tidak menyukai dan menerima kamu sebagai kekasih saya."

Ucapan tersurat : "Saya tidak bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dalam masa terdekat ini."
Ucapan tersirat : "Maaf, kamu tidak menepati citarasa saya!"

Ucapan tersurat : "Kita memerlukan masa untuk mengenali hati budi masing-masing."
Ucapan tersirat : "Saya masih mahu mencari cinta sejati kerana tidak semestinya kamu menjadi pilihan hati saya."

Ucapan tersurat : "Maaf, saya tidak dapat banyak meluangkan masa bersama kamu kerana terpaksa menguruskan pelbagai tugasan harian."
Ucapan tersirat : "Saya memang mahu menjauhkan diri dari kamu!"

Ucapan tersurat : "Saya mengaku, saya berkawan dengan kamu kerana mempunyai alasan tersendiri. harap kamu jangan berkecil hati."
Ucapan tersirat : "Memang saya terpaksa mempergunakan kamu untuk kepentingan diri sendiri.saya mahu membuatkan si dia berasa cemburu bila saya mendampingi kamu."

...Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yang terbuku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi...

** Artikel ini diambil daripada majalah REMAJA - 15 Mei 2004



3 comments:

AkuTakDeBlog said...

sy ckp tak pernah yg tersirat.sume tersurat.haha

AuraFIza said...

r u sure?
bgus la tuh..
huhu..

Anonymous said...

Yang tersurat tidak semesti akan menjadi apa yang tersirat...
Btul ke auat ni..
Mohon pnjelasan