Tuesday, June 30, 2009

jatuh cinta lagi...

Ini adalah luahan perasaan.tentang CINTA...

hari ni seharian aku menghabiskan masa bersama 'kawanku' (dah banyak kali mention pasal dia dalam blog ni)..actually, i'm not really sure about our relationship.nak kata 'couple', macam ye.tapi masing-masing menganggap hubungan ini adalah hubungan kawan.masing-masing menidakkan bahawa kami telah bercinta semula..

Bagi korang yang belum tahu kisah kami berdua, baca yang ini,
dan yang dah tahu boleh teruskan membaca yang seterusnya..

(Refresh balik)
"kami pernah bercinta selama 3 tahun dan berpisah atas sebab-sebab yang munasabah.mungkin cinta kami sangat kuat..kami tidak boleh melupakan antara satu sama lain.kami telah menukar nombor telefon lain semata-mata untuk menjauhkan diri, tetapi kami tetap juga bersama.dia telah mencari seseorang sebagai penggantiku, tetapi aku juga yang dicarinya.aku pun macam tu.aku mula mencari pasangan hidupku, tetapi dia juga yang aku nak.."

tadi kami keluar bersama.ini boleh dianggap sebagai "dating" lah kot.lepas aku putus dengan dia, inilah pertama kali kami keluar macam dulu..memang seronok!!rasa betul-betul macam dia tu 'boyfriend' aku yang dulu.cara layanan dia pada aku tak berubah langsung.masa dia tengah 'drive', aku curi-curi tengok muka dia.."OMG...rindunyaaaa!" rasa sebak sangat hati aku masa tu.rasa macam nak peluk dia dan tak nak lepaskan lagi..huh....

Curi-curi pandang dia ;)

kami makan tengahari bersama.lauk apa yang aku ambil, lauk tu jugalah yang dia makan..dia kata dia berselera makan sambil tengok muka aku (aarghh..seronok yang amat sangat!!)..lepas makan, pergi ronda-ronda keliling Segamat.Segamat bukannya besar sangat pun..lepas tu, dia beli durian dan manggis.kitorang pun duduk berkelah kat taman rekreasi tepi sungai (tempat yang biasa kitorang berkelah masa tengah hangat bercinta dulu)..

then, kitorang teruskan meronda sambil berborak-borak dalam kereta.macam-macam cerita keluar.tapi langsung tak terkeluar cerita pasal hubungan kitorang.aku tunggu-tunggu juga dia yang mulakan, tapi dia tak sentuh pun cerita tu.aku pun malas nak buka cerita..

petang tu, lepas makan goreng pisang (aktiviti wajib kitorang..hehe), aku pun balik.tapi sebelum balik tu, baru la dia buka cerita :

Dia : umi, kita ni macam mana?
aku : (buat-buat bodoh) macam mana apa pula ni?
Dia : papa sayangkan umi lagi..
aku : (diam sekejap..) umi pun... (dengan nada selamba.macam tak berapa nak serius la)
Dia : (pandang aku lama sampai aku jadi tak tentu arah) kita macam dulu eh?
aku : umi fikirkan balik nanti.. (acuh tak acuh je jawap)
Dia : kalau tak nak tak apalah.jangan paksa diri..

(walaupun kami hanya 'kawan', tapi perkataan 'umi dan papa' tetap ada.dah terbiasa kot)

aku terus keluar kereta dan terus masuk rumah dengan kegembiraan yang teramat sangat.tapi tak tunjuk depan dia pun..

Dia tak 'handsome', dia tak kaya..tapi dia je yang aku nak..

sampai sekarang, aku tak boleh berfikir secara waras.aku nak terima dia balik atau biarkan dia pergi???



4 comments:

Muhd Suhaily said...

Salam,

Semoga anda terus berbahagia selalu...

AuraFIza said...

InsyaAllah..
kalo jodoh panjang..

BuahKranjiDalamPerahu said...

hensem , kaya, tinggi, cerah....itu semua dunia... kalo die betul2 ikhlas dan mampu menjaga kamu dengan baik hingga ke hujung hayat... dia lah orangnya...

AuraFIza said...

Thanx..
kalo ada jodoh tak kemane kan..
serahkan semua pada Yang Esa..