Tuesday, December 29, 2009

Sekali imbas

Hidup aku tak lagi bosan sekarang. Tapi kadang-kadang ada jugak rasa macam stress lain macam bila memikirkan hal-hal yang bermasalah. Dah jadi lumrah hidup.. Setiap manusia memang akan sentiasa diuji. Makin banyak kita diuji, bermakna Allah semakin sayang kat kita.. Jadi, pada sesiapa yang tengah ada masalah tu, janganlah buat benda-benda bodoh.. Banyak-banyak berdoa. Mintak tolong pada Allah selalu.. Allah is always beside us.. Allah help us. So, don't be worry, okey..

Petang tadi sama macam petang semalam. Aku, Fizzu (Inchik Boyfriend tercayang) telah membawa Mr. Batman terbang tinggi. Kali ni lagi tinggi dari petang semalam. Sebab kitorang dah beli benang baru. So, makin panjang benang, makin tinggi la dia terbang. Sampai nampak kicik jeee.. Seronok sangat! Tapi tiba masa nak menggulung balik benang tu.. Aduh!! Sakit tangan cheq oii.. Hari ni takde gambar. Sebab terlalu asyik tengok Mr. Batman tu jadik makin kecil kat awan.. Yang paling kelakar sekali, ada seorang apek ni cakap, "Aiyooo.. Ini macam dah boleh jumpa Tuhan.." Kih kih kih.. Kitorang bantai gelak jee..

Esok aku akan mengikuti trip family Fizzu pergi ke Seremban. Ada sepupu dia kahwin. Lama juga aku kat sana. Esok pergi.. Hari Ahad baru balik. Pehhh.. Malu gak ni. Ahh.. Biarlah. Janji ROCK.. Haha. Tiba-tiba... Mungkin sepanjang aku kat sana, tak berkesempatan lah kot nak meng-update blog. Al-maklumlah.. Busy tolong-menolong. Huhu. Kalau ada kesempatan, aku akan cuba jugak curi-curi masa untuk update..

Empat hari lepas, aku dapat satu surat dari Pos Laju. Suruh aku ambil surat berdaftar kat sana. Tapi sampai sekarang aku tak pergi ambil lagi. Suspen jugak. Surat apa ek agaknya? Surat daripada universiti ke? Adeiii.. Ngeri betul laah! Esok kot baru nak ambil. Tengok lah macam mana nanti..

Sekarang ni asyik tengiang-ngiang je lagu BRAINSTEWZ - Twinkle Away. Best pulak. Korang dah dengar?? Pergi cari cepat. Confirm tak menyesal!

Hurmm.. Takde idea lagi nak tulis apa. Menulis ni pun apa yang terlintas kat dalam kepala je. Nanti-nantilah update lagi ye..

I LOVE YOU ;)
- My blog readers -



Monday, December 28, 2009

Mr. Batman ku sayang...

Sekarang ni waktu petang aku terluang dengan aktiviti bermain layang-layang. Best woooo.. Inchik Boyfriend siap belikan layang-layang lagi. Okey.. Let me introduce, MR BATMAN :

Haaa.. Ini dia. Garang kan? Takde siapa berani lawan Mr. Batman kitorang ni. Hehe.. Dah la jadi rebutan. Ada seorang kanak-kanak kecik siap menangis-nangis hentak kaki nakkan kitorang punya layang-layang ni. Adoiii.. Takkan la nak bagi kan. Terpaksa la aku memujuknya dengan menggunakan skill keibuan aku.. Haha..

Sesi pasang-memasang rangka-rangka Mr. Batman..

Pergi membawa Mr. Batman jauuuuhhhh sangat. Konon-konon nak bagi terbang tinggi la kan..

Permulaan yang baik. Nampak macam si Mr. Batman ni nak terbang tinggi je...

Hoho.. Memang sangat seronok bila Mr. Batman dah makin tinggi.. Inchik Boyfriend pun apa lagi.. Berlagak lah kan... Heh!

Tapi tiba-tiba.........
Mr. Batman kitorang ni jatuh dan terus jatuh. Aku ketawa sampai sakit-sakit pipi. Sebab tak sampai 5 minit Inchik Boyfriend berlagak, Mr. Batman pun jatuh dan terus tak naik-naik lagi..

Tak berputus asa.. Chaiyok!!

Usaha memang berbaloi.. You see!!

.
.
.

.

Mr. Batman naik tinggi gila!! Sampai lilitan benang tu dah habis bukak dah.. Mr. Batman pun dah nampak makin kecik.. Bye-bye Mr. Batman.. Kanak-kanak ribena yang tengok aksi ni pun terlompat-lompat la keriangan. Wahh.. Aku pun rasa macam terlompat sama ;P

Ini adik aku, Aid.. Dia yang tolong turunkan balik Mr. Batman tu. Lama jugaklah nak panggil Mr. Batman tu turun. Huhu.. Inchik Boyfriend pandai naikkan je. Bila nak turunkan dia dah malas. Nasib baik ada Aid yang sedia membantu..

Err.. Banyak gila aku upload gambar kan? Excited sangat... Petang ni nak main lagi. Itu pun kalau cuaca baik...

Okeh.. Itu aje ;)



Sunday, December 27, 2009

Nothing...

Di suatu petang yang sangat bosan..

Wujudlah gambar yang kurang sopan ini..
.

.

.

.

.

Hey.. Mintak kesian ke ape ni??

Aksi takut yang tak berapa menjadi. Susah jugak ek nak buat muka takut.. Banyak kali tau ambil gambar part yang ni. Kalau korang tak percaya, korang cuba try buat... Muahaha..

Ni muka macam dah malas lah nak layan..

Nak buat muka comel sebenarnya. Tapi tak pernah jadi. Menurut kata Aid "Kakya dah memang tak comel, ambil gambar macam mana pun, memang takkan nampak comel punya.."
Ehh.. Iye ke? Huh.. *sigh*

RAWK babe!! dengan hidung kembang, memang ROCK habis ni...

Okeh.. Dah siuman balik..

Terima kasih banyak-banyak la sebab menatap gambar suci ni..
Muehehehe..



Saturday, December 26, 2009

Wedding

Hari ni kenyang sangat-sangat. Melantak habis.. Diet pun entah ke mana. Ahh.. Lantaklah! ;P

Siang tadi aku telah menghadiri majlis perkahwinan BAHARIN dan YANIE.. Sebenarnya aku tak kenal pun diorang tu siapa. Aku cuma mengikut bontot 'orang tu' je. Err.. I mean Inchik Pakwe. Huhu. Kalau ikut aku, memang malas nak pegi. Yelah kan.. Bukan aku kenal pun siapa. Tapi dah dia beria sangat ajak, aku pun pergi je. Almaklumlah, aku kan setia, mendengar kata, taat... Muahahha.. Kitorang tak pergi berdua je. Ada lagi tiga orang lelaki jejaka idaman Malaya yang masing-masing dah tak available lagi. I think so...

Tak yah cakap banyak. Layan gamba je ek..










Huh.. Sedih betul! Gambar aku sekeping pun takde terselit. Mentang-mentang la aku tak kenal pengantin tu, tak diberi peluang langsung aku nak berposing-posing. Gambar-gambar kat atas tu, hampir kesemuanya aku yang ambil. Jadi, memang terserlahlah kerja aku adalah ambil gambar diorang jeee.. Bila aku nak bergambar, jam tu jugak la diorang nak balik.. Haihh.. Nasib kaulah, labu..

Apa-apa pun, aku nak wish jugak la..

SELAMAT PENGANTIN BARU pada BAHARIN dan YANIE. Semoga jodoh berkekalan hingga ke hujung nyawa ;)

p/s : Excited bila tengok orang kawin.. Can't wait!! Heee~



Friday, December 25, 2009

STICKY MODE!

Rumah ini masih dalam pembikinan semula..
Code lama dah terdelete!!! Uwaaaaaa.... I want it back!!!
Okey.. Okey..
Biarpun ianya separuh siap, tapi ianya tetap seperti dulu.. Tuan yang sama, entri yang sama, cara yang sama, semuanya sama... Muka je baru..
Harap maklum..

Please scroll down for NEW entry



Thursday, December 24, 2009

Makhluk Tuhan Paling Seksi

I'm supposed to be at KL right now. Because tomorrow I have an interview at Jalan Raja Chulan. They offered me since a month ago. But, I cannot accept the request because of several reason.. So, setelah menimbangkan beberapa perkara, I already gave them a confirmation date, which is on tomorrow for the interview. Tapi tetap tak dapat pergi jugak!! Huh.. Frustnyaaaa!! Ayah dan mak macam tak berapa bagi aku kerja kat KL. Ayah dah siap carikan aku kerja kat Segamat ni. Hurmm.. Nothing to say la. Mungkin pilihan diorang yang terbaik untuk aku..

Hey.. I have a picture to show you! Gambar ni diambil hari tu, masa aku pergi menghabiskan masa dan duit dengan my cousin, Farihah..

Tengok tempat je korang dah boleh agak kan kat mana? Hahaha.. Ni kat dalam fitting room. Farihah cakap, dia suuuuukaaaaaa sangat gambar ni sebab peha dia nampak kecik. Euuuwwww.. Nampak je kecik, padahal tak pun. Muehehe.. Aku pulak suka gambar ni sebab perut aku 'muncet'.. Heyy.. Buncit tu seksi tau!! Hahaha..

As a conclusion, aku bangga mempunyai perut yang buncit. Sebab buncit tu seksi.. Nak lebih jelas dan nyata, boleh la aku katakan kat sini, I AM SEXY!! :D

Akulah makhluk Tuhan yang tercipta, yang paling seksi.. Cuma aku yang bisa membuatmu terus menjerit.. Ahhh Ahhhh Ahhhh..
Lalalalalalla...



It reminds me......

Tengok blog baru aku. Cantik? Nampak serabut kan? Dah tak tau nak buat macam mana. Tetap tak cantik jugak. Takpe.. Harap-harap benda ni tak lama. Aku akan sedaya-upaya mengubah suai blog terchenta ku ini kepada yang lebih cantik.. Walaupun aku sendiri tak tau nak buat macam mana.. Huhuhu... But I will try.. Just wait and see ;)

Dah lama kan tak update blog dengan cerita-cerita dongeng aku? Hahaha.. Menyampah sangat tengok blog sejak dua menjak dah berubah wajah ni. Tu yang takde mood langsung nak update..

Okey.. Bermula kisah dongeng aku..

Tadi saaaaangat bosan. Jadi, aku pun menyelongkarlah almari kat dalam bilik aku tu. Dan terjumpalah segala jenis kenangan kat dalam tu. Gosh! Sangat sedih bila teringat zaman muda remaja dulu.. Rasa macam nak kembali ke zaman tu balik.. Aku jumpa balik album-album lama. Tapi yang paling tersentap sekali bila tengok album ini.....



Inilah album yang menjadi harta kesayangan aku satu masa dulu. No need to talk much.. It's over! Semoga dia bahagia.. Err.. Pada yang tak tau dan terasa nak tau, klik SINI.

FORGET IT.. FORGET IT.. FORGET IT...

Ada lagi harta-harta yang aku jumpa. Rasa excited gila bila tengok balik all the collection.. Tak sangka aku boleh menyimpan barang-barang tu dalam jangka masa yang sangat lama. It is almost 10 years!

Antara kotak-kotak simpack yang menjadi koleksi aku. Ada lagi.. Tapi dah berhabuk-habuk. Malas nak keluarkan..

Ni pulak kad-kad topup. Aku kira-kira balik, jejak RM1000++
Kalau boleh jual balik ni, kaya-raya aku sekarang.. Muahaha..

Koleksi-koleksi yang lain pun banyak lagi. Tapi tak boleh nak ambil gambar la. Keadaan sangat tidak mengizinkan. Sebab semua benda tu dah berhabuk-habuk.. Malas nak bersihkan. Huhu.. Ada koleksi jam. Dulu suka pakai jam e-new. Bukan setakat cantik, tapi murah! Tu yang boleh beli banyak-banyak. Ada juga koleksi sampul duit raya. Memang menimbun-nimbun. Berjuta-juta lemon!! Hehe.. Banyak lagi laa.. Surat-surat cintan pun ada. Wahh.. Tergelak guling-guling aku baca.. Hahaha..

Aku akan simpan semua benda tu. Kenangan terindah! Cuma satu yang pasti, aku akan hapuskan kenangan aku dengan ex-boyfriend aku dulu. Yes.. I have to! Lagi pun, aku akan memulakan hidup baru dengan orang lain. Aku tak nak kenangan dengan dia mengganggu hidup kitorang satu masa nanti. Untuk pengetahuan semua, sekali aku dah sayang, memang aku sayang sungguh-sungguh. Jadi, agak susah la nak lupa.. Lagi-lagi first love kan..

Okey Okey.. Enough!!

Rasa seronok sebab dapat update blog setelah sekian lama tak update.. Sampai rasa macam tak nak berhenti menaip. Hehehe.. Dah lah yek.. Kita sambung esok-esok je la ehh. See you ;)



Wednesday, December 23, 2009

benci blog!

Kenapa la makin malas nak update blog ni??

Adeiii..

Satu je alasan yang memang dapat dikenal pasti :

Blog dah tak cantik. So, dah tak de mood nak update..

Serius, okeh! Tak tipu...

Masih lagi tercari-cari layout yang lain..

Any suggestion??

Help me....





Saturday, December 19, 2009

23 years old

Simple dimple entry..

Bukan masa nak berblogging sekarang..

Aku dah sampai Kedah pagi tadi around 7.30am.. Then sekarang kat T-Hotel. Duduk kat hotel ni sangat membosankan!! Nak keluar, tapi tak ada kebenaran enchek pakwe.. Huhu..

Dah 23 tahun hidup di dunia.

Akan dibebelkan dalam next entry.. Tunggu hari ini tamat, then baru boleh cerita panjang..

I'm waiting for someone to cheer up my life. Kita tunggu dan lihat..

Got to Go..





Friday, December 18, 2009

Episod sadis!

BENCI BENCI BENCI

Huwaaaaaaaaaaaa....

Habis blog aku jadi macam ni!! Tak sempat nak save lagi code lama, adik aku senang-senang je delete..

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa... Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... dan huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi!!!

Sebenarnya memang dah lama niat di hati ni nak tukar layout segala. Tapi baru testing-testing je. Did not decide yet which one yang menawan kalbu.. So, hari-hari memang aku godeh-godeh apa yang patut digodeh. Aku tukar ini, tukar itu.. Tetapi, akhirnya aku tetap juga pilih layout lama. Sebab semuanya macam ada yang tak kena..

Tapi, semalam mengubah segalanya. Episod paling sadis sekali!! Aarrgghhhh.. Aku dah buat code back up dalam note pad. Malangnya, aku tak sempat nak save lagi, adik aku dah delete habis. Aku pun apa lagi... Menjerit-jerit macam orang kena histeria! Dan tiba-tiba kena marah dengan mak.. Lagi lahh sadis!

Blog aku sekarang dah tak cantik. Erkk.. Bajet macam blog dulu cantik sangatlah kan.. Hahaha.. Takpe lah. Sempena Maal Hijrah, blog aku pun berhijrah juga.. Hehe. Buat masa sekarang ni, follower box tu tak ada, chatbox pun tak ada, music box tak ada.. Semua taraaakkkkk.. Awards yang kawan-kawan bloggers bagi pun dah tak ada.. Sorry geng! Blog aku sekarang semuanya hanya ada yang basic-basic je. Huh... Biarlah mengalir air mata nanah sekali pun, benda dah tak ada! Apa yang pasti, aku akan tetap merindui blog lamaku.. Uhuk uhuk...

Biar je lah blog aku ni macam ni dulu.. Nanti aku dah make up, korang tengok lahh!!! Muahahha.. Bercakap besar pulak aku ni.. Nanti hasilnya macam hampeh jugak.. Okey Okey.. Sorry. Malam ni aku akan bertolak ke Kedah kerana ada urusan yang terpaksa diselesaikan pada hari Isnin. Mungkin aku akan berada di sana selama beberapa hari. Tapi tak lamalah kot.. Kalau ikut Plan A, hari Selasa baru balik. Tapi baru dapat tau tadi, Plan A cancel!! Benci betulll.... Plan dah cantek dah.. Tiba-tiba tak jadi. Hurm.. Malas nak mengharap lagi lain kali! Pada yang berkenaan, fikir-fikirkanlah perasaan orang di sini.. Betapa hancurnya hati ni tau tak???

Okey.. Tak payah nak emo-emo lagi..

Sambung cerita tadi. Aku terpaksa ikut Plan B, which is more simple. Takde lah nak serabut-serabut kepala fikir macam-macam. Fikir banyak nanti kepala botak!! Hoho.. Apa-apa pun, doakan aku berjaya menyelesaikan segala urusan secepat mungkin. Moga takde halangan lagi. Macam serius je kan bunyinya? Yup.. Memang serius! Antara hidup dan mati ;)

p/s : Masih lagi menyesali dengan apa yang terjadi..
Blog
dan Plan A..!!





Thursday, December 17, 2009

No one knows


Salam Maal Hijrah..

Semoga beroleh 12 bulan sakinah, 52 minggu keberkatan, 365 hari keimanan, 8760 jam kebaikan ibadah, 525600 minit qana'ah & 31536000 saat ketaqwaan..

* * * * * *


Sejak akhir-akhir ni, fikiran aku kusut, serabut! Jantung ni sentiasa je berdegup laju. Kadang-kadang sampai sakit dada aku dibuatnya. Aku memang akan sentiasa berkeadaan begini bila tengah jiwa kacau.. Tak tahu la macam mana nak luahkan..

I want to say a lot of 'SORRY' to all my friends yang dah call aku berkali-kali, tapi aku tak angkat. Mesej bertimbun-timbun, tapi aku tak reply. Minta maaf sangat-sangat ye korang!! Aku memang tengah serabut. Tak ada mood langsung nak bercakap dengan sesiapa kecuali orang-orang yang tertentu je.. Sooooo Sorry, dear!!

Aku bergelak ketawa.. Aku tersengih-sengih.. Nampak happy je. But, deep inside my heart, I'm NOT! Aku tengah berperang dengan segala macam perasaan.. No one knows. No one understand me. It's okay.. Aku tak mengharapkan sesiapa faham aku. Lebih baik aku macam ni buat masa sekarang. I am prefer to be lonely even it is too hard for me to faced all these things... Allah sedang mengujiku..

Dulu... Aku sentiasa ada teman yang mendengar celoteh aku. Walaupun aku tahu, dia sendiri tak faham apa yang aku luahkan, tapi dia sangat setia mendengar apa je yang aku bebelkan. Dan lepas tu, mulalah bagi ceramah yang aku sendiri jugak tak faham.. Kesimpulannya, dah macam ayam dengan itik. Tapi sekurang-kurangnya aku lega kerana dapat meluahkan apa yang terpendam. Hurmm.. Tapi tu dulu... Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan. So, nak tak nak, aku kena juga berdepan dengan situasi macam ni. Sebab ini adalah kenyataan yang aku kena terima.. Aku dah tak boleh toleh belakang lagi. Nanti jiwa ni makin kacau..

Haihh.. I hate this feeling! Once I luahkan semua di sini, mulalah nak menangis, menangis dan menangis... I hate it!!! See... I'm crying!

Enough, Fiza!!! Rupa you buruk kalau menangis!! Tarik nafas panjang-panjang..... Huh..

Hari Sabtu ni, aku akan bertolak ke Kedah untuk menyelesaikan hal-hal yang belum selesai. Doakan aku dapat buat yang terbaik untuk hari tu.. Thanks for reading..





Wednesday, December 16, 2009

Curious!!

Ada banyak benda yang selalu mengganggu fikiran aku sejak dua menjak ni. Bila tengok tv pun kadang-kadang benda ni bermain-main je dalam kepala otak.. Selagi benda ni tak dapat jawapan, selagi tu lah otak aku kena bekerja keras untuk mencari jawapan.. I'm too curious about all these things.. GOSH!!

1. Macam mana nak kurus dalam masa lebih kurang sebulan lebih??


Gemuk.. Gemuk.. Gemuk!! Aaargghhhhhh......

Aku ni tak kuat semangat la. Pantang nampak makanan sedap-sedap, aku mesti nak cuit sikit. Niat hati memang nak jamah, tapi kalau sedap, apa lagi, aku ngap semua sekali. Problem betul laaaa.. Semalam baru je aku bantai makan Pizza. Adoii.. Pantang dipelawa, terus nak pergi... Damn you, Fiza! Aku kena juga kurus sebelum akhir bulan depan. Yup.. I have to. Tak dapat kurus sangat pun, kurus sikit pun jadilah. At least, peha ni takde la macam drumstick sangat.. Perut pun takde lah macam Burger Big Mac tu.. This is the fact, okey! Jus Mate?? Haaa.. Masih dalam pertimbangan. Hehe..

2. Nak warna apa untuk majlis nanti??

Warna tema black and white? Cantik tak? Not bad kot kan?

Tak pun warna silver.. Wahh.. Tak sabo nak kawin! Muahaha..

Ni lagi satu hal. Aku pun tak tau kenapa aku asyik fikirkan hal ni too many times!! Macam korang gak, aku pun ada terima jemputan kawin member-member. Mostly, warna tema majlis diorang sangat cantik. Nampak sesuai je dengan mereka-mereka yang kawin tu. Yelah kan.. Bak kata orang, seri pengantin tu naik. Kalau aku kawin, agak-agak nampak cantik jugak ke? Dengan badan yang macam ni? Aarrgghh.. Menakutkan gila bila terbayang aku pakai baju pengantin. *wekk wekk* Orang lain yang kahwin, aku pulak sibuk-sibuk fikirkan hal ni. Over, you!!

3. Bekas-bekas jerawat ni... Kenapa tak nak hilang???

Gambar bajet cun ini telah dicandid! Nampak jerawat?? Sila klik untuk lebih jelas dan nyata..

Masalah ni pun dah cukup menyemakkan kepala otak aku. Ehh.. Menyemakkan muka aku juga. Nasib baik muka cute! Dulu muka aku nampak licin je. Errr.. Sebenarnya, nampak je macam licin. Pada hakikatnya tak pun. Hehe.. Tapi kira okey la daripada sekarang ni. Sejak aku berhabis-habisan makan budu dulu, jerawat terus naik. Dan paling teruk sekali, aku terus diserang resdung yang agak kritikal. Masa mula-mula makan budu tu, okey lagi. Tapi bila dah tak makan lagi, jerawat naik memang kaw-kaw punya! Muka yang tulus-mulus ni jadi berkerak-kerak. Haha.. Ayat nak over! Sekarang ni jerawat dah kurang, tapi kesan-kesan jerawat tu tak nak hilang. Jelas ketara tau. As a result, I have less confidence level.. I did not feel confident at all bila berhadapan dengan orang ramai, terutamanya bila berdepan dengan mamat-mamat handsome. Hehe.. Kidding!

4. Bila nak dapat kerja??

I have finished my study almost a month, but untill now, I have no calling for any job. Hari tu ada lebih kurang lima company sekali gus panggil interview. But, unluckily, aku tak boleh pergi. Heyy.. Bukan tolak rezeki, okey! Tapi ada sebab tersendiri yang memang tak dapat dielakkan. Family matters.. Takpe lah. Mungkin belum ada rezeki lagi kot.. Tapi seriously, bosan duduk kat rumah tanpa membuat apa-apa.. Hanya sekadar menambahkan berat badan! *sigh*

Cukuplah aku mengutarakan 4 soalan tu.. Banyak lagi sebenarnya.. Tapi tak perlu kot sok-sek, sok-sek kat sini.. Kang korang tak terbaca pulak. Furthermore, I'm quite busy right now with my lovely son, Joaquin Harris. I need to spend more time with him sebab tengah excited sangat uruskan bilik tidur dan bilik airnya.. Banyak barang lagi yang tak settle. Then, I have to manage my time as well untuk menjaga ikan-ikan yang baru mula nak membesar. Ouhh.. Mereka sangat cute! I like that nemo.. Ikan yang macam nemo tu.. Jom jom tengok!!

Joaquin Harris ku sayang.. Mummy and daddy love you so much!! Mmmuuaahh.. Heee~

Cepat-cepat besar tau.. Nanti aku jual kau. Dapat duit, boleh beli tank baru. Ngeh ngeh ngeh.. I likeeee ;)

Okey.. Okey.. Tu semua dunia khayalan semata-mata. Kesimpulannya, mainlah game ini di facebook ;)





Saturday, December 12, 2009

No komen

Lelaki mesti suka.. I know ;)

Kalau suami malas kat rumah, beli je yang ini. Mana tau boleh membangkitkan nafsu rajin dia tu.. Hahaha..

Wahh.. Dah macam blog mempromote barang pulak..

Hey.. Saya bukan sales girl, okeh!

Meh tengok meh.. Orang cakap barang baik punya.. Orang la cakap. Aku tak tau la betul ke tak..

PEPEK Semerbak
Menghilangkan bau wangi tahan lama..

Hahaha...

Dah.. Dah.. Kalau nak beli, pergi cari. Kalau tak nak, diam-diam sudehhh!





Friday, December 11, 2009

Annoying

Wooowwww... Finally.....

Syukur Alhamdulillah..

Akhirnya aku update jugak blog ni setelah beberapa hari ditinggalkan tak bertuan. Hahaha.. *annoying* dush dush...

Sebenarnya tiap-tiap hari pun aku jenguk blog terchenta ni, cuma tak update je. Tak ada modal kot nak stori-mori di sini. Alaa.. Kalau aku update pun, bukan ada orang baca. Benci tau. Tu yang I rasa nak merajuk je. Err.. Annoying lagi? Sepak jeee..

Hari ni aku menunggu kepulangan ayah bonda tersayang. Ehh.. No No! Ada pulak la yang cakap mak ayah aku pergi Mekah. Hehehe.. Anda silap! Mak dan ayah telah pergi meninggalkan anak-anaknya untuk berbulan madu kali ke berapa entah di Vietnam. Ouhh.. So sweeeeet. But, actually ayah ikut trip pengetua-pengetua. If I'm not mistaken la. I'm not really sure about that. Tapi yang penting, ayah dengan mak pergi Vietnam daripada hari rabu lepas sampailah ke hari ini. Ayah kata, mak shopping sakan kat sana. Haihh.. Tak sabar nak tengok! Apalah yang diorang bawak untuk aku ek? Baju? Oh.. Itu memang dah jadi kebiasaan. Pergi mana-mana negara, mesti beli baju. Harus ke?? Hurm.. Bukan harus lagi. Tapi WAJIB!

Sempena ketiadaan mak ayah kat rumah, adik aku, si Aid tu pun apa lagi. Ambil kesempatan!! Mak bertolak dari rumah hari rabu hari tu, pukul 8 pagi. Aid ni pulak, sibuk-sibuk packing barang. Rupanya dia dah ada plan nak pergi JB. Ingatkan sehari.. Rupanya malam tadi baru balik. Itu pun sebab dia tahu mak ayah balik hari ni. Balik dah la malam... Dia takut aku marah. Maka, dia bawakan 'present' untuk aku.. Itu katanya..

Tau itu apa?? Ye.. Bagus, bagus... Itulah dia Dunkin' Donuts. Wow! Satu cara pemujukan yang berkesan. Baru je nak start membebel, dia dah keluarkan kotak ni. Terus tak jadi nak marah.. Lembut sikit hati sanubari seorang kakak ni.. Hehe..

Bila dah dapat je kotak ni, aku tak terus buka dan makan. Ishh.. Tak adalah aku gelojoh sangat. Bila dia dah masuk bilik, baru aku ambil kotak ni dan buka.. Alangkah terkejutnya (wahhh.. Guna ayat macam dalam novel). Okey.. Sambung.. Sambung..

Alangkah terkejutnya aku bila tengok dalam kotak tu hanya ada ini....
.
.
.
.
.


Huh.. Sabar, Fiza. Sabar!!

Hanya ada empat keping je. Tu pun dah digigit-gigit. Dah la digigit, ada semut pulak tuuuuuuu... Pehhh.. Berapi-api. Lepas tu, apa lagi.... Aku mulalah membebel itu ini. Dia?? Dia macam biasalah.. Sengih-sengih je. Geram betul.. Siap kau nanti!!

Eh.. Wait a minute! Baru perasan entri ni macam membosankan. Tu laaa.. Aku dah cakap. Kalau aku tak nak update, jangan paksa-paksa. Kan dah keluar cerita-cerita bosan ni.. Nasib kaulah..





Tuesday, December 8, 2009

I miss you, darling!

Tiba-tiba rasa sebak bila teringatkan kenangan kat kolej..

Oh God! I miss my friends badly.. Bila entah lagi dapat jumpa semula dengan mereka yang sewel tu.. Hahaha.. Sewel, sewel pun aku tetap rasa happy bila dengan diorang..

They shine up my life. Sedih atau gembira, mereka tetap bersama..



SUMPAH!!

Aku rindu diorang!!

Kalau dapat jumpa mesti best kan? Banyak benda nak cerita. Borak dalam telefon tak sama dengan borak face-to-face..

Dah lama tak peluk-peluk.. Pukul-pukul.. Cubit-cubit.. Main kejar-kejar.. Mengilai macam pontianak.. Tengok movie.. Pergi jalan-jalan.. Makan-makan.. Buat air teh!

Serius, rasa macam nak jumpa diorang sekarang juga. Tapi apakan daya. Yang sorang kat Terengganu, sorang lagi kat Pahang. Yang sorang lagi kat Kedah. Aku pula kat Johor.. Hurmm..

Wanchu || Nita || Wani

I miss you damn much!!!