Monday, November 30, 2009

Perempuan syok sendiri

You all jangan mara ini girl.. Dia memang selalu SYOK SENDIRI..

Muahahahahaha...


MOTIF :

1. Sebab tak tahu nak update apa hari ini

2. Kebosanan yang melampau

3. Perasan gambar ini nampak cantik je untuk ditayangkan.. Wakakakaka...


Okey.. Okey.. Sila muntah sekarang~




Sunday, November 29, 2009

Irish College Entrance Exam

I got this by email..

Subject : Irish College Entrance Exam

Try to answer before you scroll down..


Now, scroll down for the ANSWER :

.

.

.

.

.

.

.

.




If you successfully answer those questions, so now you are qualified to continue your study at Irish College.. CONGRATULATION!!

Hehehe..





Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha

Orang lain semua dah buat entry 'hari raya' awal pagi tadi lagi. Tapi aku? Dah awal pagi keesokan harinya baru terhegeh-hegeh nak update.. Selalu je ketinggalan zaman. Adehh..

Apa yang menarik Hari Raya Qurban tahun ni? Bagi kami sekeluarga, raya pun tak macam raya kot. Macam biasa je. Dah tak meriah macam dulu-dulu. Kalau dulu, raya aidilfitri ke, raya haji ke, tetap meriah. Nama pun raya kan.. Tapi sekarang, beraya pun tak cukup korum. Angah ada di Syria dan Ikah berada di Egypt. Confirmlah kan tak dapat balik. Sebab? Yang pertama diorang tak ada cuti panjang. Kedua, diorang baru je balik masa Hari Raya Aidilfitri hari tu. Ketiga, banyaklah pulak duit ayah aku nak suruh diorang balik jee.. Huhu.. Dah lah hilang dua orang tu, lepas tu Along pulak tak dapat cuti. Dia kerja di KL sekarang. So, tinggallah kami tiga beradik dan mak ayah je yang ada. Dapat satu point di situ bahawa adik beradik aku ada 6 orang kesemuanya. Ngeh ngeh ngeh! Kalau ada semua adik beradik, pagi-pagi raya memang kecohlah. Dengan gelak tawa. Dicampur pulak dengan suara mak membebel.. Huhu.. Memang kecohlah.. Tapi sekarang? Bangun tidur pun lambat. Lepas tu buat macam biasa je lah. Macam hari-hari biasa yang lain.. Totally different!! Tak meriah!!

Tapi... Haa.. Ada tapinya..

Cuma yang berbeza daripada hari-hari lain adalah MAKANAN. Wahh.. Tulisan MAKANAN sengaja debesarkan sebegitu kerana ianya sedap. Hahaha.. Menu hari raya adalah menu kegemaranku. Sedap Sedap Sedap!! Ada nasi himpit. Memang selalu tak buat ketupat. Nasi himpit pun dah cukup. Lebih kurang je kan. Then, ada lemang, rendang ayam, rendang daging, ayam masak merah, kuah lodeh dan puding roti.. Nyum nyummmm!! Bila mengadap makanan, dah tak ingat apa-apa lagi dah. Terus ngap semua sekali. Tapi bila dah kenyang, mulalah rasa menyesal je makan banyak-banyak. Lepas tu mulalah bising kat satu rumah.. "Alaaaa.. Habislah gemuk macam ni!!" Walaupun pada hakikatnya, aku dah memang gemuk. Haihh.. Benciiii..

Tu kelainan dari sudut makan-makan. Satu lagi perbezaan yang dapat dirasai adalah takbir. Hari lain mana ada kita dengar takbir dalam TV. TIme raya ni je lah yang dapat kita dengar kesyahduan gemaan takbir.. Kalau ada siaran takbir di TV je, mesti bergema satu rumah. Sebab mak memang selalu suruh pasang kuat-kuat volume TV tu. Kalau tak, mak bising. Sebab mak cakap "bila konsert-konsert, sibuk pulak nak pasang kuat-kuat. Bila takbir?? Macam nak tak nak je dengar. Kan dapat pahala kalau dengar.." Betul gak kan.. Nasihat mak, kenalah dengar.

Lagi satu...

Kalau dulu, time raya ada je saudara-mara yang jauh datang. Kumpul ramai-ramai kat sini. Tapi sekarang?? Mana ada lagi. Tadi ada satu family je yang datang. Tu pun saudara yang duduk berdekatan sini je. Huhu.. Tak apalah. Janji ROCK! Haha.. Tau.. Tak ada kena-mengena pun ;P

Okeylah.. Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua, tak kiralah jauh atau dekat, kenal atau tidak (selagi kamu beragama Islam), lelaki atau perempuan.. Dipendekkan cerita, SALAM AIDILADHA kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. Err.. Not forgetting, special dedication to all my blog readers.. Marilah kita sama-sama menghayati pengertian sebenar KORBAN.. Dan sama-samalah juga mengharap keberkatan dan keredhaan Allah SWT di hari yang mulia ini ;)





Wednesday, November 25, 2009

Semalam adalah kenangan....

First of all, I want to apologize for breaking the promises! Tapi awal2 lagi aku dah cakap TAK JANJI.. Diulangi, TAK JANJI! Apa yang janji tak janji ni? Okey2.. For those who do not understand, just ignore it. In the previous entry, Aku ada cakap pasal nak update stori-mori yang rasanya memang banyak. Tapi sampai sekarang pun, aku tak update2 lagi. Because of that, ada la pulak orang yang bengang.. Haha.. Sorry sorry sorry!!

Bile balik rumah ni, rasa malas lain macam. Haihh.. Bila aje lah si Fiza ni rajin kan.. Hehehe.. But, seriously.. Memang malas gilaakk nak update blog. Tu yang terbiar sepi tanpa berita.. Sekarang, aku kembali untuk cerita balik apa yang seronok sangat dan apa yang sedih sangat.. Ouhh.. Forgot already. Aku bersemangat nak update balik blog ni pun disebabkan oleh my roomate, Nadiah.. Hehe.. "Nadia.. Baca jangan tak baca" *wink wink*

Hari tuuuu.. (sebenarnya tak ingat berapa hari bulan)

Hari tu adalah hari terakhir aku bersama-sama dengan kawan-kawan di UUM. As I mentioned, before.. I just finished my study.. Yeaahhh!! Seronok memanglah seronok. Tapi nak berpisah dengan kawan-kawan tu, adoyaiiii.. Sedih beb! Kitorang menangis tak hengat duniaaaa.. Wanchu, Nadia (roomate), Nita, Wanie, Berd, Niza, Ayu, Fina... dan yang sewaktu dengannya.. Maaf tak dapat tulis semua nama. Jangan ada yang kecik hati lagi, okehh!! By the way, you are my best friend that I ever had!! Banyak masa kita habiskan bersama. Suka-duka kita bersama. Ketawa menangis pun bersama.. Being together with you is the precious moment!! I am gonna miss you, guys!! Apa pun yang terjadi, jangan sampai putus persahabatan kita ni.. That is our promise, right?? Remember!!



NEXT...

Hari tu (pun tak ingat berapa hari bulan).. Aku dapat cup cake daripada bakal mak mertua.. Hahaha.. Geli I denga.. Tapi betul lah. Manalah tau jadi mak mertua betul2.. Who knows.. Banyak cerita di sebalik hari yang bersejarah tu. Tapi nanti2 la cerita. Fikir 1001 kali nak tulis pasal ni. Aku akan cerita gak, tapi mungkin dalam bentuk protected entry la kot.. Haaa.. Yang ini TAK JANJI..!!! Huhuhu..

Sorry la. Sebab cake yang lagi satu tu dah kena geget. Hehehe.. Nampak kecacatan di situ. Tapi tetap meleleh air liur beb.. Jilat bibir la je la ehh ;)

Okey.. Move on..

Masa hari tu (sekali lagi.. Tak ingat tarikh, tapi baru dua hari lepas. Korang kira la sendiri), aku keluar berjalan-jalan, keluar merayap-rayap. Singgah di bundle dan makan di kedai mamak. Err.. Sebelum tu, makan kat satu kedai tu yang terkenal dengan keenakan nasi ayamnya.. Fuhh.. Sedap beb! Yang ni tak banyak gambar la.. Sebab malas nak bergambar sangat.. Then, keluar pulak berkaraoke. Diganggu oleh jejaka-jejaka idaman Malaya.. Mereka yang kata.. Aku yang dengar ni, rasa macam nak ketuk je kepala diorang dengan microphone tu.. Huh..



Lama tak fokus depan laptop ni. Rasa kejang pulak tengkuk aku ni.. Adehhh.. Meh tolong picit meh.. Huhu. Aku dapat call tadi. Panggil interview.. Company kat KL. Dia interview by phone and suruh datang company tu untuk face-to-face interview. They ask me to set the date and give the confirmation date for interview by tomorrow evening.. Hurmm.. Malas betul nak ber'interview' ni. Tapi nak buat macam mana kan. Dah lumrah nak carik kerja.. Terima je lahh..

Rasa dah tak larat sangat dah ni nak menaip. Sambung nanti2 je lahh ye..

Good Night ;)





Sunday, November 22, 2009

Campur-campur

Lama tak update blog. Nak update tapi tak ada masa. Macam lah busy sangat!! Menyampahhhhh..

Baaaaanyak benda nak cerita. Tapi bukan sekarang. Dah pukul 3.52 am. Nak tido...

Title 'student' dah takde! I just finished my study.. Sukaaaa..

Sedih berpisah dengan kawan-kawan.. Post for the next entry..

Kepulanganku disambut dengan orang tersayang. Sangat gembira. Also will be post in the next next entry..

Sangat seronok. Dua hari macam rasa lamaaaaa sangat.. Haihhh.. Senyum, senyum dan terus senyum...

Gonna miss YOU!!!

Sakit perut. Selalu kena sakit perut sekarang. Tak tau kenapa. Korang tau kenapa???

Rasa macam nak cerita sekarang. Tapi malas nak taip..

Nanti je yek..

Dapat CUP CAKE tadi.. Gambar akan diupload in the next entry ;)

Semuanya next entry kan?? Tapi tak janji, okey! Kang jangan ada yang tuntut. Seboleh-bolehnya akan upload juga. InsyaAllah...

Bukan apa.. Kadang-kadang terlupa. Biasalah. Makan semut banyak!

Nak kahwin cepat!!!!! Muahahaha...

Nak tido.. ZzzZzzzZz.......





Wednesday, November 18, 2009

Overnight

Waaarrggghhhhhhhh...

Errr... Jangan takut. Itu bunyi aku menguap! Haha.. Main acah2 je..

Actually, I just came back from hang-out with my besties... We have a lot of fun, even though we got stucked when nobody know the place we should go around 3 a.m.. We enojoyed the day we are used to be together.. Ia mungkin akan menjadi kenangan terakhir kami ber'enjoy' bersama di sini.. I mean, at UUM..

As you know, I have finished my study at UUM.. InsyaAllah, kalau tak ada paper yang kantoi. Doakan la yeee.. Aku akan balik Johor esok pagi... Meh la beramai-ramai hantar aku.. Hehe..

Bas Cepat Ekspress
Alor Setar - Segamat
10.00 pagi

Okey.. Berbalik pada cerita 'overnight' tadi. Aku, Wanchu, Taufeeq dan Niza telah pergi berjalan-jalan tanpa hala tujuan, dari pukul 11.30 malam sehingga pukul 12.30 tengahari tadi. Sayangnya Fina tak join sekali. Kalau ada dia, mesti kitorang pergi sekali.. Tak banyak tempat kitorang pergi pun. Sebab benda ni pun on the spot. Tak ada planning apa-apa pun. Kelam kabut jugalah kan.. Tapi BEST!!! dan seriously, PENAT juga.. Of course!! Tak perlu kot cerita panjang lebar. Sebab mata ni pun macam dah asyik menjeling bantal kat hujung katil tu.. Haihh..



Tak banyak gambar yang sempat diambil. Kamera boleh tertinggal pulak! Damn it!! Geram betul.. Patutnya time2 macam ni la, kamera sangat sangat sangat diperlukan.. Huh.. Takpe2. Berterima kasih pada Incik Handphone Sony Ericsson ;)

Balik je bersuka-ria tadi, aku diserang sakit perut yang tengah menggila sekarang. Yup.. Sekarang ni tengah menggila. Perut rasa pedih. Terasa nak buang air je. Tapi bila sampai toilet, rasa tu hilang macam tu je. Adeii.. Seksa akak!!

Better stop now.. Nak golek-golek atas katil..

Kamus sendirian berhad : acah2 = gurau-gurau






Monday, November 16, 2009

sambungan..... BANJIR!

Ini adalah sambungan entry yang sebelum ni..

Agak lama juga cerita tergendala kan? Huhu.. So sorry. I have limited time to do all the things that I should do. Aiyaiii.. Dah jadi macam ni, baru nak sedar untuk menghargai masa.. MASA ITU EMAS!! Yes.. Totally agree~

Sebenarnya rasa macam dah ketinggalan zaman dah nak cerita pasal ni. Sebab semua kawan-kawan dah gempak2 cerita pasal ni kat facebook dan blog.. Haha.. Takpe2. Aku cerita bagi korang yang belum tau.. Okey2.. Kita sambung cerita yang hari tu..

Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ni memang musim tengkujuh kan? So, kerap kali la hujan turun. Dan yang lebih buruk lagi bila banjir berlaku. Erm.. Straight to the point..

12 November 2009
Banjir telah berlaku di laluan menuju Kampus UUM, daripada DPP Bank Rakyat dan DPP SME Bank. As I mentioned before, DPP stands for Dewan Penginapan Pelajar.. And one more thing, DPP SME Bank ialah kolej kediaman aku sekarang ;) Akibat daripada banjir tersebut, warga DPP Bank Rakyat dan SME Bank yang menghadapi final exam pada malam tu, tak dapat pergi exam disebabkan kejadian di luar jangkaan tu.. Bayangkanlah bas pun tak lepas nak lalu. Kerana aku dimaklumkan air sangat deras dan agak berbahaya.. So, nak tak nak, exam pada malam itu dikecualikan bagi mangsa-mangsa yang terlibat. Tapi bukanlah terus tak ambil exam. Hanya ditunda ke tarikh yang lain. Kesian gak diorang. Lagi-lagi pada diorang yang dah beli tiket balik tu.. Mesti terpaksa delay sebab exam gantian tu akan diadakan selepas final exam tamat.. Nak buat macam mana kan... Dugaan tu..


Jalan jadi jem. Semuanya agak berminat untuk melihat dengan mata kepala sendiri apa yang terjadi..

Tengok kereta kancil tu. Berani mati betul. Bas pun tak lepas nak lalu, tiba-tiba kereta kancil yang kecik tu pulak berani redah. Nasib baiklah tak mati enjin.. Kalau tak... Erm.. Jawap sendirilah..

Agak teruk jugalah kan? Tapi sekarang dah macam biasa dah. Back to normal..

Aku dapat tau daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, banjir ni berpunca daripada kayu-kayu balak yang tersangkut kat sungai tu.. Ada sungai dekat situ. Kayu balak tu kecik2 je. Tapi kalau dah banyak, mestilah menyekat laluan air kan.. Tapi Alhamdulillah.. Semuanya dah okey sekarang.. Harap-harap benda macam ni dah tak berlaku lagi..

Ehh.. Aku dah habis exam tau! Tadi last paper, subjek Macroeconomic. Boleh jawap ke tak, itu belakang cerita. Yang penting dah tak yah perah otak lagi. Meh sambut merdeka dengan aku sekali.. Heee~

p/s : Gambar-gambar banjir kat atas tu telah di 'curik' daripada Dayah dalam facebook.. "Halal eh, Dayah"





Friday, November 13, 2009

pictures tell everything

Omaigod!!! Meja siapa ni?? Is it mine?? Yeah.. It's mine ;P
Di meja inilah aku selalu menghabiskan masa. Menghadap laptop, study, layan blues, makan.. Tapi kenapalah bersepah sangat? Nampak macam 'meja tinggal' kan? Huh.. Tak taulah apa nak jadi dengan si FIza ni. Kepala serabut, meja pun nak serabut gak. Haihhh..

Lepas ni, aku janji aku kemas semuanya. Yup.. Promise! Hehe..

Lepas serabut tengok meja sendiri, aku pun pergilah ambil ketenangan di luar (Heh.. Tenanglah sangat!). Gambar ini adalah pemandangan pada jam 6.54 pm.. Suka tengok gambar ni sebab ada bulan.. "Oh bulan.. Can you feel what I am feeling right now?"

Ek eleh.. Sama je dengan gambar tadi kan? Haaa.. You are totally wrong!! Nampak je sama tapi tak serupa pun. Ada beza ke? Apa lagi... Korang cari je lah apa bezanya. Cari sebanyak mungkin perbezaan yang anda dapat. Chewaahhh.. Anggaplah ini macam pertandingan 'sama tapi tak serupa' yang selalu ada kat surat khabar tu.. Siapa dapat paling banyak perbezaan, aku bagi hadiah..

I got this by email from her. Received it a long time ago, but now baru terfikir nak publish kat sini. Kata-kata semangat untuk aku, dan mungkin untuk korang juga..

I have a news to share with.. Tapi cerita yang ini tak ada gambar. Kalau dapat gambar, aku akan tunjuk.. Semalam hujan lebat..

Err.. My mom telefon laa.. WAIT!
.
.
.
.
.
.


Nampak gaya macam lama je kitorang bergayut ni..

Will be continue...



Wednesday, November 11, 2009

Feeling

Ouh.. It's almost a week did not update new story. Ada korang kisah?? Haha.. I know.. No one care!

Okey.. Seriously..

Entry ini terpaksa di'rahsia'kan. Atas sebab-sebab yang rasanya dah mention sebelum ni.. But don't worry. You still can read this. You still can know what happened to me in a last 3 days.. Just let me know by leave your email in chatbox or this comment section. Or contact je lah aku macam mana cara sekali pun. Facebook, YM, SMS, email.. Then, you can read this entry as usual after you received a key word from me..

Thank you..




Saturday, November 7, 2009

What's on my mind?

Nothing to say laa. Memang ZERO dalam kepala otak ni. Sebab tengah menghafal sekarang. Tak boleh campur adukkan dengan benda lain..

Ermm..

Aaa..

Hurrmmm..

Apa dia nak tulis ni??

Adoiii.. BLANK!

Membuang masa dah ni..

Dan juga membuang tenaga.. Yelah kan. Nak menaip ni guna tenaga gak kan..

Satu idea datang :

Esok.... Rasanya nak keluar sekejap. Nak pergi buat IC kat Jabatan Pendaftaran kat Jitra. Kan dah bagitau IC hilang. Then, nak pergi masuk kampus. Submit assignment. Yup.. Still have one more assignment to submit. It's not wajib (tiba2 pulak boleh lupa perkataan wajib dalam BI) to submit because it's only additional task to increase our carrymarks. Rasa sayang pulak kalau tak buat kan? Lagi pun tak susah mana pun.. So, dah settle benda tu. Esok dah boleh submit. Lepas submit assignment, nak pergi kedai printer kat Alumni Junction. Member nak pergi hantar repair printer dia..

Next.....

Haa.. Tengok. Stuck lagi.. Tak tau dah nak tulis apa..

Membazir ruangan lagi.. Hahaha..

Okey2.. Idea datang lagi :

Aku tak makan nasi dah berapa lama ek?? Lama gak la rasanya.. Dalam sebulan. Kurus ke?? Wahaha.. Jangan ditanya.. Sensitif!! Tapi kan.. Bila pakai seluar jeans tu, rasa macam loose sikit kot. Erm.. Kot laa.. Saja nak bagi sedap hati.. Muehehe.. Tengok member-member berlumba-lumba mengamalkan diet. Nak kurus la konon. Tapi aku pelik. Diorang dah memang kurus. Tapi tetap juga nak kurus lagi. Jadi kurus macam lidi, baru tau.. Hahaha.. Puaka betul ayat!!

Si Ayu sibuk dengan makan quaker oat dia.. Yang si Fina pulak berjoging sampai dua hari sekali, dan sekarang dah turun 3kg! Amazing!! Aku tak makan nasi sebulan ni, kalau tak turun juga berat badan ni, tak tahulah nak cakap apa! Dah memang ditakdirkan badan macam ni kot. Huhu.. Takpe2. Janji ada orang sayang ;) Love you too *buat muka ngada-ngada*

Dah la kot..

At least, tak de lah terbiar je blog ni. Haishh.. Terasa macam tunggang terbalik je ayat dalam entry ni. Korang paham? Just ignore if you cannot get it.. Random thought je..

Okey.. Sambung study pulak..

Lalalalala....



Thursday, November 5, 2009

Emosional

STRESS!!

STRESS!!

STRESS!!


MALAM SEMALAM

Aku punya la ter'over' rajin.. Study sampai tak tidur!! Malam tu memang pulun gila2. Bersengkang mata.. Menahan mengantuk.. Kepala 'lalok'.. Otak pun jadi bengong.. Semuanya semata-mata untuk nak jawap exam International Finance! The final calculation subject that I need to take. It's too hard for me. I prefer read, even text book yang tebal tu rather than calculate the annoying things. Hahaha.. Aku sedar, memang aku kena ada usaha luar biasa untuk subjek ni sebab aku memang lemah gila dalam calculation subject and i hate it!!

MASA EXAM (9.00 am)

BLUR.. Tengok soalan rasa macam nak ketawa berguling-guling. Macam nak hentak-hentak meja je. Bukan sebab soalan tu terlalu senang. What do you expect for this 'killer' subject. Jangan mimpi la dapat soalan senang. The worse worse worse thing is apa yang aku study malam tadinya tu, sepatah haram takde masuk exam. Geram tak?? Haaa laa.. Mestilah geram. Kalau tau nak jadi macam ni, baik aku tidur awal je! Sama juga tak dapat jawap.. It seems like I'm just wasted my time for nothing!! Huh.. Sangat2 mengusutkan kepala otak aku ni.. Sekarang ni, aku harap LULUS je pun dah cukup baik dah.. Kawan-kawan, pray for me, pleaseee..

Okey.. Enough, FIza. Enough...

Teringat pulak doa yang Ustaz bagi masa sekolah dulu..

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lembutkanlah hati penanda kertas jawapanku. Jawapan yang betul diberi markah dan jawapan yang salah juga diberi markah..."

Daripada dulu, setiap kali lepas solat, memang ayat ni lah yang aku baca. Alhamdulillah.. Allah tolong. Sebab tu aku berada di sini ;)

10 more days to go!! Can't wait for that day!

Erm.. I'm chatting with my friend kat YM. Agak lama jugalah kitorang tak berborak macam ni. Well, you know.. BUSY! Common reason, right? Kadang-kadang macam tak boleh terima pula alasan macam tu. kan kan kan?? Ah.. Forget it. The interesting is, he promised to do something for me! Yeehaaa.. I'm waiting.. I'll tell u guys, later. Lalalala..

p/s : bout the previous entry.. Protected entry. Menjadi kan?? Hahahha.. Sukaaa!



Wednesday, November 4, 2009

Testing - Protected Entry

Actually, dah lama dah teringin nak cuba benda ni. Tapi asyik bertangguh je. So sekarang, baru nak try.. Kita tengok jadi ke tak. Aku bukan pandai sangat pun..

I just wanna try how to post protected entry in this blog. I just learnt it from Fina. Aku ni adalah salah seorang daripada beratus (or maybe beribu) blog fan dia. Korang boleh tengok sendiri la.. Macam-macam ada.. Yang paling best, dia rajin juga buat blog tutorial. So, aku curi2 ambil ilmu dia. Halal eh, Fina..

Okey..

Ni sekadar untuk mencuba je tau. Kalau dah menjadi, esok lusa siaplah. Makin banyaklah protected entry dalam blog aku ni. Baru puas hati aku. Aku boleh tulis apa je yang aku suka.. Wahahaha.. Err.. But don't worry. Aku takkan menyalahgunakan ilmu yang aku dapat ni.. Promise! Hehehe..


Gunakan password ini : aurafiza



Monday, November 2, 2009

Bad Luck

Rindunya pada blog ni.. Tak tipu, okey!

Sebenarnya memang tiap-tiap hari pun aku jengah-jengah blog ni, tapi cuma malas nak update. Tak tahulah kenapa. Mungkin tak ada something interesting to share kot. Lagi pun sangat busy for the exam preparation. Dah start exam dah tadi. As I mentioned before, aku ada dua paper hari ni. Huh.. Berserah je lahh. Tak perlu kot nak komen apa-apa. Past is past. More focus on the next paper. International Finance - Khamis ni (5 November 2009).

In the previous entry, aku merungut-rungut sebab sakit perut. But, for this entry, aku nak mengadu yang kepala aku tengah sakit gila ni. Berdenyut-denyut. Dah telan panadol Actifast tadi. Tapi tak okey juga. Ingatkan nak tidur awal, tapi bila baring je, mata pulak tak boleh nak lelap. Dah terbiasa sangat tidur lepas subuh.. Haaa.. Ni lah padahnya..

Ouh.. I forgot something la. On last Saturday (31 October 2009) - Birthday ayah terchenta! Aku dah wish dah. Cuma lupa nak buat special entry kat sini. Sebab masa Birthday Aid, Mak dan Ika, aku buat special entry. Tiba-tiba birthday ayah, boleh lupa pulak. Bukan lupa, cuma tak berapa nak ingat. Heee~ By the way, aku memang dah wish ayah dah on that day. Itu yang penting.. Tapi tadi aku tengok blog Ika, dia dah buat dah special entry untuk ayah. Kira dah ada wakil lah kan. Sama jee ;)

Hey guys.. You know what?? Hari ni adalah hari yang malang untuk aku!! Aaarghhhh.. Tak apa. Ujian kot kan? Pagi tadi aku kan ada exam. Then, habis je exam, aku kena pergi bilik lecturer untuk bincang pasal assignment. Lepas tu, pergi lunch. Perut dah kenyang, kitorang pun balik kolej. Sampai je bilik, aku terus bukak nota untuk exam malam pulak. Tak sampai beberapa minit, mata aku ngantuk yang tersangat2. Aku pun tertidur. Err.. Macam lambat je kan nak cerita satu-persatu. Aku terus skip cerita je la ehh.. Masa nak pergi exam malam tadi, aku dah siap2 dah ni. Aku pun cari kad matrik dan IC aku sebab dalam dewan peperiksaan, benda tu memang penting. Kalau tak ada, boleh menimbulkan masalah besar! Cari punya cari, memang tak jumpa.. Apa lagi.. Memang hilang la benda tu. Pehhh.. Tension gila. Dah la nak pergi exam. Ditambah pula denga denyutan sakit kepala ni lagi. Adeii.. Tapi aku rasa IC dan kad matrik tu tercicir dalam bas masa balik kolej tengahari tadi. Agaknye laahh..

Tak cukup dengan kekusutan yang tersimpul rapi tu.. (ahaa.. Amacam ayat baru? Okey tak? Muahaha), datang lagi satu masalah. Masa dah elok2 ambil tempat dalam dewan peperiksaan tu, aku baru perasan beg handphone aku tak ada!!! Panik tak panik la kan.. Tapi cool lagi.. Sebab rasa macam yakin mesti ada dekat2 situ je. Pandang kiri, pandang kanan, pandang belakang... Memang tak ada! Apa lagi, terus keluar dewan dan cari-cari kat luar dewan. Tapi tetap tak ada. Hurm.. Dalam panik tu, terpaksa juga jawap exam. yelah kan.. Ni kan final sem aku. Takkan la nak skip exam disebabkan handphone pula kan. Tiba-tiba, ada announcement, "sesiapa yang kehilangan handphone, sila jumpa dengan saya lepas habis peperiksaan ni.." aku pun apa lagi.. Tersenyum kambing laa.. Hahaha.. Legaaa..

As a conclusion, I am too careless!! Dulu selalu marah-marah adik aku, Ika sebab dia memang careless dari dulu. Tapi sekarang aku yang jadi makin careless dari dia. Hahaha.. Kawan-kawan pun semua marah aku. Sebab memang diorang akan pantau barang-barang aku. Kalau diorang terlepas pandang, aku pun apa lagi, memang tak pandang langsung. Huhu.. Nak buat macam mana kan. Dengar je lah diorang membebel. Dah memang silap sendiri..

Okey.. Enough! Baru perasan.. Hari ni tak ada gambar kan? Lahai.. Malas nak upload apa-apa gambar. Cukuplah sekadar membebel-bebel kat sini je..

Jap2.. Sikit lagi nak habis..

Penutup...

Aku sayang dia.. Heee~