Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha

Orang lain semua dah buat entry 'hari raya' awal pagi tadi lagi. Tapi aku? Dah awal pagi keesokan harinya baru terhegeh-hegeh nak update.. Selalu je ketinggalan zaman. Adehh..

Apa yang menarik Hari Raya Qurban tahun ni? Bagi kami sekeluarga, raya pun tak macam raya kot. Macam biasa je. Dah tak meriah macam dulu-dulu. Kalau dulu, raya aidilfitri ke, raya haji ke, tetap meriah. Nama pun raya kan.. Tapi sekarang, beraya pun tak cukup korum. Angah ada di Syria dan Ikah berada di Egypt. Confirmlah kan tak dapat balik. Sebab? Yang pertama diorang tak ada cuti panjang. Kedua, diorang baru je balik masa Hari Raya Aidilfitri hari tu. Ketiga, banyaklah pulak duit ayah aku nak suruh diorang balik jee.. Huhu.. Dah lah hilang dua orang tu, lepas tu Along pulak tak dapat cuti. Dia kerja di KL sekarang. So, tinggallah kami tiga beradik dan mak ayah je yang ada. Dapat satu point di situ bahawa adik beradik aku ada 6 orang kesemuanya. Ngeh ngeh ngeh! Kalau ada semua adik beradik, pagi-pagi raya memang kecohlah. Dengan gelak tawa. Dicampur pulak dengan suara mak membebel.. Huhu.. Memang kecohlah.. Tapi sekarang? Bangun tidur pun lambat. Lepas tu buat macam biasa je lah. Macam hari-hari biasa yang lain.. Totally different!! Tak meriah!!

Tapi... Haa.. Ada tapinya..

Cuma yang berbeza daripada hari-hari lain adalah MAKANAN. Wahh.. Tulisan MAKANAN sengaja debesarkan sebegitu kerana ianya sedap. Hahaha.. Menu hari raya adalah menu kegemaranku. Sedap Sedap Sedap!! Ada nasi himpit. Memang selalu tak buat ketupat. Nasi himpit pun dah cukup. Lebih kurang je kan. Then, ada lemang, rendang ayam, rendang daging, ayam masak merah, kuah lodeh dan puding roti.. Nyum nyummmm!! Bila mengadap makanan, dah tak ingat apa-apa lagi dah. Terus ngap semua sekali. Tapi bila dah kenyang, mulalah rasa menyesal je makan banyak-banyak. Lepas tu mulalah bising kat satu rumah.. "Alaaaa.. Habislah gemuk macam ni!!" Walaupun pada hakikatnya, aku dah memang gemuk. Haihh.. Benciiii..

Tu kelainan dari sudut makan-makan. Satu lagi perbezaan yang dapat dirasai adalah takbir. Hari lain mana ada kita dengar takbir dalam TV. TIme raya ni je lah yang dapat kita dengar kesyahduan gemaan takbir.. Kalau ada siaran takbir di TV je, mesti bergema satu rumah. Sebab mak memang selalu suruh pasang kuat-kuat volume TV tu. Kalau tak, mak bising. Sebab mak cakap "bila konsert-konsert, sibuk pulak nak pasang kuat-kuat. Bila takbir?? Macam nak tak nak je dengar. Kan dapat pahala kalau dengar.." Betul gak kan.. Nasihat mak, kenalah dengar.

Lagi satu...

Kalau dulu, time raya ada je saudara-mara yang jauh datang. Kumpul ramai-ramai kat sini. Tapi sekarang?? Mana ada lagi. Tadi ada satu family je yang datang. Tu pun saudara yang duduk berdekatan sini je. Huhu.. Tak apalah. Janji ROCK! Haha.. Tau.. Tak ada kena-mengena pun ;P

Okeylah.. Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua, tak kiralah jauh atau dekat, kenal atau tidak (selagi kamu beragama Islam), lelaki atau perempuan.. Dipendekkan cerita, SALAM AIDILADHA kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. Err.. Not forgetting, special dedication to all my blog readers.. Marilah kita sama-sama menghayati pengertian sebenar KORBAN.. Dan sama-samalah juga mengharap keberkatan dan keredhaan Allah SWT di hari yang mulia ini ;)





No comments: