Monday, November 16, 2009

sambungan..... BANJIR!

Ini adalah sambungan entry yang sebelum ni..

Agak lama juga cerita tergendala kan? Huhu.. So sorry. I have limited time to do all the things that I should do. Aiyaiii.. Dah jadi macam ni, baru nak sedar untuk menghargai masa.. MASA ITU EMAS!! Yes.. Totally agree~

Sebenarnya rasa macam dah ketinggalan zaman dah nak cerita pasal ni. Sebab semua kawan-kawan dah gempak2 cerita pasal ni kat facebook dan blog.. Haha.. Takpe2. Aku cerita bagi korang yang belum tau.. Okey2.. Kita sambung cerita yang hari tu..

Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ni memang musim tengkujuh kan? So, kerap kali la hujan turun. Dan yang lebih buruk lagi bila banjir berlaku. Erm.. Straight to the point..

12 November 2009
Banjir telah berlaku di laluan menuju Kampus UUM, daripada DPP Bank Rakyat dan DPP SME Bank. As I mentioned before, DPP stands for Dewan Penginapan Pelajar.. And one more thing, DPP SME Bank ialah kolej kediaman aku sekarang ;) Akibat daripada banjir tersebut, warga DPP Bank Rakyat dan SME Bank yang menghadapi final exam pada malam tu, tak dapat pergi exam disebabkan kejadian di luar jangkaan tu.. Bayangkanlah bas pun tak lepas nak lalu. Kerana aku dimaklumkan air sangat deras dan agak berbahaya.. So, nak tak nak, exam pada malam itu dikecualikan bagi mangsa-mangsa yang terlibat. Tapi bukanlah terus tak ambil exam. Hanya ditunda ke tarikh yang lain. Kesian gak diorang. Lagi-lagi pada diorang yang dah beli tiket balik tu.. Mesti terpaksa delay sebab exam gantian tu akan diadakan selepas final exam tamat.. Nak buat macam mana kan... Dugaan tu..


Jalan jadi jem. Semuanya agak berminat untuk melihat dengan mata kepala sendiri apa yang terjadi..

Tengok kereta kancil tu. Berani mati betul. Bas pun tak lepas nak lalu, tiba-tiba kereta kancil yang kecik tu pulak berani redah. Nasib baiklah tak mati enjin.. Kalau tak... Erm.. Jawap sendirilah..

Agak teruk jugalah kan? Tapi sekarang dah macam biasa dah. Back to normal..

Aku dapat tau daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, banjir ni berpunca daripada kayu-kayu balak yang tersangkut kat sungai tu.. Ada sungai dekat situ. Kayu balak tu kecik2 je. Tapi kalau dah banyak, mestilah menyekat laluan air kan.. Tapi Alhamdulillah.. Semuanya dah okey sekarang.. Harap-harap benda macam ni dah tak berlaku lagi..

Ehh.. Aku dah habis exam tau! Tadi last paper, subjek Macroeconomic. Boleh jawap ke tak, itu belakang cerita. Yang penting dah tak yah perah otak lagi. Meh sambut merdeka dengan aku sekali.. Heee~

p/s : Gambar-gambar banjir kat atas tu telah di 'curik' daripada Dayah dalam facebook.. "Halal eh, Dayah"





No comments: