Wednesday, September 30, 2009

nangka busuk..

Pernah tengok 'nangka busuk' jatuh??? Seriously, I never saw it before! So, aku memang tak tau macam mana ianya jatuh. Dan aku tak pernah tahu macam mana bunyi nangka busuk tu jatuh..

Disebabkan tiada pengalaman sebegitu, aku telah diberi peluang untuk melihat 'nangka busuk jatuh dengan mata kepala aku sendiri'. Walaupun tidak secara terus atau telus, tapi aku dapat membayangkan keadaan nangka busuk itu dan juga bunyinya.. Amazing!!

Nak dijadikan cerita, hari ni aku hanya ada 2 kelas. Start form 9.30 am (Makroeconomic) untill 12.30 pm (Export Management). I didn't go for the morning class (haishh.. ponteng lagi!!).. Tapi aku rajin (Err.. Rajin ke?? Agak la..) untuk pergi kelas Export Management. Kelas Export hari ni sangat penting sebab our group kena present. Disebabkan presentation tu memerlukan aku untuk bercakap seperti lecturer di hadapan student yang ramai, aku telah memakai baju yang sedikit cantik dan kasut bertumit tinggi untuk mendapat lebih perhatian (walaupun sebenarnya takde lah diberi perhatian sangat).. Aku membebel bla bla bla.. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. And i'm very proud of myself because i'm doing the good job!! Tak terfikir pun untuk bercakap selancar itu.. Wahh.. berlagak pulak aku..

Mungkin disebabkan rasa bangga yang tak sudah2 tu, aku sentiasa tersengih2. Lepas habis kelas, aku terus menuju ke bustop untuk tunggu bas. Apa lagi, nampak orang ni sengih.. Nampak orang tu pun sengih gak. Tiba-tiba "gedebuuukkkk".. Nangka busuk jatuh!! Huh.. Baru sekarang aku nak mention that nangka busuk is ME! Yup.. I yang jatuh laaa!! Sejibik macam nangka busuk. Bunyinya pun macam betul2 nangka busuk. Bukan nangka, tapi nangka busuk!!! Can you imagine betapa buruknya aku masa jatuh tu. Arrrgghhh.. Malu siottt!! Nasib baik kat tempat tu tak ramai orang. Diulangi, tak ramai orang! Meaning, there are still have more than one person there.. Duhh.. Bila dah malu, sakit pun tak rasa sangat..

Orang yang ada kat belakang aku tu mungkin terkejut sehingga diorang pun menjerit. Aku yang jatuh, diorang yang jerit. Aku diam je.. Hehehe.. Aku tak toleh2 belakang lagi dah. Terus bangun dan berjalan macam biasa. Buat muka selamba. Dalam hati... Hanya Tuhan je yang tahu. Dalam bas, baru aku tengok ada luka di tapak tangan sebelah kanan.. Barulah terasa pedih menusuk-nusuk kalbu..

Nampak luka tu kecik je kan? Tapi, sakit gila. Sebab ada batu tersekat kat dalam tu )=


Inilah kasutnya.. Cantik tapi hampehh (Geram aku!!).. Tiba-tiba kasut yang dipersalahkan. Huhu..


Tinggi kan? Bagi aku memang tinggi. Sebab aku bukan biasa sangat pun pakai kasut tumit tinggi. Ini pengajaran kepada sesiapa yang belum biasa atau tak biasa dengan kasut-kasut sebegini, jauhkanlah!! seksa dik oii..

Dan sekarang, aku tengah merana sebab kaki aku sakit. Lutut kanan aku lebam. Kaki aku terpele'ot (u know how to pronounce??). Haha.. Abaikan kalau tak tau ye. Nak tunggu Wan Chu balik. Nak suruh dia urut.. Huu.. Cian aku!!



Birthday Ika..

This entry is dedicated to Nur Syafiqah Izzati..

Sebenarnya, Birthday dia semalam (30 September). Kiranya entri ni lambat sehari la. Huhu.. Tak apalah. Memang niat di hati nak jadi the last person yang wish die.. Muehehe..


Happy Birthday To You..


Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu..

May Allah bless your life..

Wish all your dream come true. I'm the one who always pray for you..

You're now 20 years old.. So, perangai pun kenalah seperti budak 20 tahun, okey!

Sorry for no present. Entri ni je lah yang jadi special present for you. At least, Kakya takde lah buat Ikah tertunggu2 dengan janji2 manis untuk bagi hadiah segala. Dan Kakya takde lah suruh tengok bawah bantal setiap kali birthday Ikah.. (I will never forget it!!!).. Muahahaha..

Ikah akan kembali pulang ke Egypt pada 5 Oktober ni. Malangnya aku tak dapat hantar di KLIA sebab ada kelas. Takpe.. Hanya doa mengiringi. Chewahh.. "Semoga Ikah selamat sampai di sana. Belajaq rajin2 nooo.. Packing barang tu elok2. Jangan sampai ada yang tertinggal. Listkan barang yang nak beli. Nanti takde lah asyik terlupa. Al-maklumlah... Kan sebelum ni Kakya dan Kak Nana yang tolong kemaskan..."

For all the readers (kalau ada..Hehe), do visit her blog --> Nur Syafiqah Izzati..



Tuesday, September 29, 2009

Some picture...

Malam ni aku gumbira!!!! Walaupun esok exam dan belum baca apa-apa pun lagi, tapi aku tak kira. Aku tetap nak gembira sakan.. Wahahahha.. Suka2!!!

Bukannya apa... Kegembiraan ni adalah sebab gambar dah berjaya ditransferkan dalam laptop.. Muahahahahhahaha.. Aku sukaaaaaaaaaaaaaaa... Sebelum ni laptop aku buat hal. Masuk apa-apa pendrive pun tak boleh detect. Then, bluetooth kat laptop ni pun tak boleh guna. Tapi tadi aku berusaha install balik bluetooth driver ni. Dan sekarang, aku berjaya.. Huhuhu.. I happy sangat la u.. Jangan marah Okey!!

Gambar yang aku nak upload bukanlah banyak sangat. Sebab kalau letak banyak2 pun, tak ada faedahnya.. Hahaha.. Sikit2 sudehhh!! Jom2 tengok gambar..

Gambar Raya..


Biasanya bila tiba hari raya je, semua family akan sibuk memikirkan warna tema untuk baju hari raya. Kiranya masa tu, semua family akan memakai baju warna yang sama je. Tapi, keluarga aku tak pernah pula buat macam tu. Sebelum raya memang ada cakap nak ada warna tema. Tapi bila dah beli baju, warna tema ntah ke mana.. Huhu.. Tahun ni, baju raya aku, Along dan mak adalah sama.. Orange colour.. Yang lain semua warna lain2. Apa-apa je lahh. Janji baju kitorang memang cantik.. Hehehe..

Gambar Pertunangan Akak..


Aku nak cerita serba sedikit tentang hari pertunangan akak aku ni. Yang bertunangnya akak, tapi adik2 dia yang excited lebih.. Biasalah tu kot. Lagi2 dia adalah anak pertama dalam keluarga yang bertunang.. Majlis dilangsungkan pada 24 September 2009 (Khamis), iaitu pada hari raya ke-5. Tunang dia orang Perlis.. dan sekarang bekerja di Sabah untuk tempoh 3 tahun. Boleh dianggap sebagai PJJ lah juga. PJJ stands for Perhubungan Jarak Jauh.. Huhuhu.. Tema majlis adalah warna hijau. Nice colour.. Hantaran?? Erm.. Belah perempuan bagi 9 dulang dan belah laki balas 7 dulang. Hantaran belah laki warna purple. Erm.. Not bad.. Mereka mungkin akan diikat selama setahun. InsyaAllah... Semoga panjang jodoh mereka.. Tak sabar nak ada abang ipar ni. Lepas tu ada anak buah pula.. Haisshh.. Bestnyaaaa!!

Suasana Hari Pertunangan..


Tetamu yang datang sangat ramai. Sebab tu lah kot nampak meriah gila. Padahal tetamu2 tu semua saudara-mara kitorang je. Macam kawin lah pulak.. Tapi tak adalah sampai pasang khemah/kanopi tu. Cuma ayah letak payung macam kat pasar tani tu. Huhu.. Memang best sangatlah.. Kalau tunang pun dah meriah macam ni, kahwin nanti tak tau lah macam mana.. GEMPAK! huhu..

Nak cerita pasal pelamin. Orang kata bertunang ni tak payah lah beria sangat. Tak payah ada pelamin2. Tapi akak buat juga pelamin. Sebab dia tak buat dalam bilik. Kiranya tak ada hias2 bilik la. Masa ada orang tu datang buat pelamin, memang agak terkejut beruk la. Sebab tak jangka pelamin tu sebenarnya besar dan memang nampak macam pelamin orang kawin. Siap ada pentas dan lampu lip lap-lip lap.. Makcik2 semuanya suka. Tapi akak macam tak suka. Dia kata dia tak nak macam tu dan tak nak duduk atas pentas tu. Dia kata nak duduk atas bantal je. Makcik2 semua marah dan cakap pelamin tu cantik. Akak pun diam je lah. Yelah kan.. Cakap orang tua kenalah ikut.. Tapi yang kelakarnya.. Lepas subuh (masa hari pertunangan tu), akak nekad habis-habisan. Dia buka dan cabut balik apa yang dah siap dipasang. Pentas, hiasan pentas dan lampu lip lap-lip lap tu semua dia cabut. Huhu.. Nekad betul tu. Cuma yang tinggal hanyalah skrin langsir tu je.. Kesian orang yang pasang tu penat lelah memasang. Nak buat macam mana kan.. Dah dia tak suka.. Bila orang semua bangun tidur, tengok semua dah tak ada. Bising jugalah diorang. Akak buat bodoh je.. Huhu.. Alhamdulillah, overall semua berjalan lancar. Penat yang teramat tapi gembira dan puas hati..

Untuk tengok gambar2 yang berkaitan dengan majlis tu, boleh juga KLIK SINI..



Monday, September 28, 2009

after 2pm..

Actually, 'after 2pm' adalah entri atas permintaan Hery Izwan. Wahahaha..

"Hery, tak tau la nak tulis apa. Berterima kasihlah sebab permintaan mu ditunaikan. Hahaha..."

Okey2.. after 2pm..

I just met Mrs. Salizawatee. She gave me a part of Chapter 6 to present on this Thursday.. But, we're unlucky because we're the last group yang jumpa dia. So, kitorang dapat part yang susah dan agak banyak!!Ucap tahniah pada kami...

Then, kami terus balik ke kolej. Seperti biasa, tunggu bas di Bustop Laluan D. Tunggu dan terus menunggu.. Sampai la hujan turun mencurah2. Kami basah tapi tak kuyup la. Means, hanya basah sikit2 je. Ucap tahniah sekali lagi pada kami....

Sampai je bilik... wooowwww.. ramai gilak yang tunggu aku dalam bilik. Aku disambut bagai puteri.. Muehehehe.. Banyak makanan menunggu aku.. Ada kuih raya, buah mempelam, kerepek, air teh.. Dan sehingga ke saat ni pun, aku masih terus mengunyah.. Mau?? Meh datang bilik ;)

Around 6pm jap lagi, I will go to Changlun. Hantar ex-roomate pergi bustop Changlun. Dia nak balik JB. Lepas tu, kami bercadang nak pergi Jitra kejap. Err.. Kejap ke? InsyaAllah kejap je kot.. Huhu..

GOOD NEWS!!! I got new window.. Tingkap baru beb!! Cantik gilak.. Ala2 tingkap orang kaya gituhh.. Tak paham? Haha.. Ni tingkap dalam game Pet Society. One of my favourite game in Myspace.. My pet's name is Fifique. Why Fifique? Jangan tanya kenapa. Muaahaha.. Nice name kan?? Sekarang dah dapat 2 bilik and beberapa awards. Nak main bersungguh-sungguh.. Biar dapat bilik baru. Nak buat bilik air.. Haishh.. Tak sabar!!

Okey Hery.. DONE!! Hehe..


Sunday, September 27, 2009

before 2pm..

This is only a simple dimple entry..

I'm now at Fakulti Perakaunan, waiting for 2pm. I have an appointment with Mrs. Salizawatee (my lecturer - Export Management)..

Kepala akan menjadi pusing sekali lagi dong!!

To-Do List (for this week only):
- Exam - International Business Policy - Wednesday.. It's seems like no enough time to cover all the chapters.. Aiyaiii..
- Do the preparation for Malay Language for Management presentation - Wednesday.. Hope it will be finish in a single minute.. Err.. single minute?? yeah.. hopefully.. Huhuhu..
- Prepare for Export Management Presentation - Thursday.. Luckily the slide for presentation is given!! yeeehhooooo......
- Settle down the Export Management assignment - Submit on Thursday (why Thursday?? huh..)

Duhh.. pusing...

Sekarang baru 1.07?? Lama sungguh nak pukul 2 ni..

Today, I'm wearing shirt to class. Sejak akhir2 ni memang pemalas yang amat nak iron baju kurung. Sebab tu pakai t-shirt je. Cepat dan mudah.. Heee~ Aku pakai baju kotak2. Sekali tengok, ramai pulak yang pakai baju kotak2 macam aku.. wat da...?? Pandang sini, kotak2.. Pandang sana pun kotak2.. Haishh.. Berkotak2 mata i tengok..

STRESS la sebab tak boleh lagi nak upload gambar. There is a lot of pictures tau yang aku nak letak. Hampa~

My ex-roomate datang sini. Datang untuk ambil jubah konvo. Dah nak konvo dah dia.. Wuu.. Sedih. Err.. Lupa. Tak boleh sedih2. Okey2.. I'm happy for her :) "Tahniah, rumet!!"

Agak geram dan tak sabar dengan mouse kat lab ni.. Adoiii.. Dia susah nak bergerak. Hempas kang baru tau.. Huhuhu

Okey.. dah2. Nanti balik bilik, tulis panjang2 lagi. Nak gerak dah ni..

Bye darls ;)



Si Comel..

Sebelum memulakan cerita tentang diri sendiri sejak menghilangkan diri hari tu, aku nak becerita pasal orang lain dulu.. bukan mengumpat, jauh sekali nak mengata. I tak suka gosip2 la u ;) Dah lama tak online ni, sekali online aku search macam2. Then, macam 'excited' gila nak tengok anak-anak artis yang comel2 belaka.. Sebelum ni aku ada juga post gambar anak RITA RUDAINI.. Aku memang suka baby. Nak dapat baby sendiri, lambat lagi kot. Tengok je lah kan baby orang lain kan. Hehe..

Sharifah Aleya & Muhd Ashraf

TWIN!!! Aza Ameena dan Asha Ameena.. Aku pun nak dapat baby twin juga nanti. Doakan eh ;)

Rosma & Khai (AF1)

Nama baby tidak dapat dikesan.. Korang carilah dan lepas tu, bagi tahu aku, okey.. Tengok muka dia macam muka siapa??

Rusdi Ramli & Sharon Paul

Reo Ridza.. Nice name.. Comel ni tau. Al-maklumlah. Sharon Paul kan mix Cina dan India. Dimix kan lagi dengan Rusdi (Melayu).. Barulah menyahut kempen SATU MALAYSIA.. Hehe..

Sasha Saidin @ Sasha Elite & Salyo

Anak sulung lelakinya diberi nama Adam Aryasenna.. Suka sangat nama ADAM..

Comel2 kan baby diorang.. Geraaaaaaammm!! Aku tak sabar nak tengok baby twin Ziana Zain. Dia cakap dia belum bersedia lagi nak tunjukkan baby dia pada media. Tu setakat yang aku tahu la. Tapi tak tahulah sekarang dia dah tunjukkan ke belum. Dah ke? Kalau dah, bagi tahu eh.. Kalau aku ada baby sendiri, aku akan tunjukkan gambar anak aku tu pada semua orang.. Confirm!! Muehehehe... Sabar2.....



Saturday, September 26, 2009

I'm BACK!!

Walaupun tak ada sesiapa menanti kepulangan ku ke teratak aurafiza ni, tapi aku tetap nak mengucapkan jutaan maaf kepada semua kerana terpaksa mendiamkan diri untuk beberapa ketika.. Hari ini, aku tak sabar2 nak bersihkan blog aku yang penuh sawang di merata-rata tempat. Ada orang baca lagi ke blog ni? Adei.. takpe2. It doesn't matter.. Yang penting, i miss this blog damn much!!

Banyak cerita ni nak bagi tahu. Biar semua orang tahu.. Hahaha.. Hari ini aku nak jadi tamak haloba.. Nak post entry panjang2.. Then, nak post entry banyak2 dalam satu hari ni.. Wahahaha.. suka2..

Tapi sebelum jadi tamak haloba, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. Belum terlambat lagi kot. Raya kan sebulan ;) Sempena hari yang mulia ni, aku nak minta maaf pada semua atas segala 'TER' yang pernah aku buat.. TERumpat, TERkata, TERsilap cakap, TERambil barang, dan apa-apa TER lagilah.. Ampun maaf dipinta.. Kalau ada TERsilap tulis dalam blog ni, yang menyebabkan ada orang terasa hati, tolong ampunkan. Kadang-kadang aku tak perasan dan kadang-kadang mungkin perasan, tapi buat juga.. Tolonglah maafkan ye..


Aku masih lagi dalam mood beraya walaupun cuti dah habis. Baru je sampai kolej ni. Nak tak nak kena kuatkan semangat juga. Tinggal lagi 2 bulan je nak habis. Lepas tu dah tak merasa lagi duduk kat sini.. Aku ada bawa kuih raya untuk kawan-kawan kat sini. So, pada sesiapa yang terasa dekat dengan aku, meh la datang bilik.. Macam biasa, setiap tahun aku buat 'open room' untuk semua.. Muehehe.. Tapi kuih raya tahun ni tak berapa banyak la. Ada la sikit. Cukup la untuk korang merasa sorang sikit ;)

Raya tahun ni agak lain sikit la. Sebab perasaan 'excited' nak beraya tu 'kureng' sikit. Sebab lebih 'excited' menunggu hari pertunangan kakak aku, NOOR DINA BT AYOB. Aku akan post special entry untuk dia.. Tunggguuuuuuuu...

Actually, i really wanna show you some picture. But, i don't know what's the problem with my laptop. It is failed to detect any pendrive.. Huh.. Menjatuhkan semangat betul lah. So, i'll show u later je la ehh.. Sekarang ni kita cerita-cerita je dulu. Walaupun cerita tanpa gambar akan membuatkan korang bosan, tapi aku tetap nak cerita juga. tak kira... Nak melepaskan gian menaip panjang-panjang. Al-maklumlah, sekian lama menyepikan diri..

Sepanjang aku balik cuti hari tu, aku sangat sibuk. Sehingga nak tengok handphone pun tak sempat. Bayangkanlah betapa sibuknya diri aku ni.. Aku balik rumah one day before raya. Hari tu sampai, hari tu jugalah sibuk keluar nak pergi cari baju raya. Sebab sehelai baju raya pun tak ada. Aku tak kisah sangat pasal baju raya. Cuma aku nak baju baru untuk hari pertunangan akak aku je.. Nak ikut tema, green colour!! Huhuhu.. 1st day raya, aku balik kampung nenek kat Melaka. Kat sana sehari je. Terpaksa balik rumah awal sebab nak kemas-kemas rumah untuk hari pertunangan akak (raya ke-5).. Jangan menyampah eh kalau korang asyik baca pasal hari pertunangan akak je. Hahaha.. Kan dah cakap awal-awal tadi. Memang excited gila pasal ni.. Sebab akak adalah anak perempuan pertama yang bertunang di kalangan saudara mara aku. That's why ianya sangat meriah dan grand. Padahal, tunang buat biasa2 je pun tak apa kan.. Err.. Dah tercerita dulu pulak. Nantilah aku akan cerita panjang lebar dalam next entry... Macam tak sabar-sabar pulak kan.. Hehe..

Okey.. Berbalik pada cerita raya. Aku akan cuba fokus pada cerita raya je. Tolak jauh2 cerita hari pertunangan akak tu.. "Shooohh2, pergi jauh2!!" Haaa.. Teringat pula duit raya. Jangan jeles eh kalau aku cakap aku dapat banyak duit raya tahun ni.. Hahaha.. Tak sangka. Along, Angah dan akak aku bagi duit raya je da dapat rm100++.. Ditambah pula pemberian saudara mara yang sangat ramai.. AKU KAYA!! wahahahahha.. Agak takbur sedikit kan? Sila maafkan ye. Sekali-sekala ;)

Nak rewind balik.. Lupa nak cerita pasal main mercun kat kolej sebelum balik cuti.. Aku dapat mercun daripada seseorang. Banyak pula tu. Tapi bukanlah mercun yang membahayakan.. Yang biasa2 je. Aku, Wanchu dan Berd telah main mercun tu sampai tak hengat dunia!! Sebenarnya, aku ni pengecut nak bakar-bakar mercun ni. Selama ni pun, aku berani tengok sambil tutup telinga je. Tapi hasil tunjuk ajar Wanchu dan Berd, aku berjaya bakar mercun sendiri.. Aku dah berani beb!! Hahaha.. Takbur lagi kan? Isk2.. Teruk betul.. Kitorang bakar mercun dalam tong. Kuat gila bunyi. Lepas tu masa sahur, kitorang bakar mercun tu kat tengah-tengah blok. Bunyi dia, pehhh.. jangan cerita. sangat kuat!! Lepas dah bakar tu, apa lagi, terkedek-kedek lari masuk bilik. Takut felo datang tangkap kitorang. Wahahaha.. seronok!! Yang paling lawak sekali bila Wanchu bakar kat dalam blok, tiba-tiba loceng kebakaran tu berbunyi tak henti2.. Ada orang yang merungut bising.. Memang bising pun. Berdesing2 telinga. Sorry ye kawan-kawan... Hehehe..

Uih.. Panjang betul aku menaip ni. Bosan eh? Alaa... Okey2.. Stop sampai sini dulu la. Nanti jap2 lagi, aku post entry yang lain pulak. Nak suruh pakar komputer tengokkan apalah yang tak kena dengan laptop aku ni.. Tak sabar gila nak tunjuk gambar.. Tunggu next entry tau.. Luv u ;)


Thursday, September 3, 2009

Last,.. But not least...

Kawan ketawa senang dicari. Kawan menangis...??

Sangat banyak meluahkan perasaan berunsur sedih, tensen, emo, stress dan yang sewaktu dengannya sejak akhir-akhiir ini. i've tried to be happy all the time. Dah cuba untuk melawan perasaan-perasaan negatif yang terlalu banyak dalam diri ni.. But I can't stand it anymore. I've failed..

Orang nampak kita happy. Sebab orang selalu nampak kita ketawa. Itu hanyalah taktik penipuan semata-mata. Aku menipu orang-orang di sekeliling. And the worst thing is aku dah menipu diri sendiri!! Rahsia di hati tak siapa yang tahu...

For me, Menangis adalah cara kedua terbaik selepas meluahkan perasaan melalui tulisan apabila berada dalam keadaan yang betul-betul boleh membuatkan aku menangis. Dan pada waktu itu, aku hanya berharap pada seseorang yang betul-betul aku boleh harapkan untuk berkongsi perasaan ni. Dulu aku ada 'dia' untuk berkongsi segalanya. Itu dulu... Sekarang?? Hurm... Jadikan diri sendiri teman terbaik untuk berkongsi suka dan duka..

- Pada yang berkenaan :
Sorry for disturbing your life. I just made the big mistake. I am nobody to you. Ada perkara yang semua orang tak tahu dan takkan tahu, tapi awak dah tahu. Tolong abaikan perkara itu. Meluahkan perasaan pada orang yang tidak sepatutnya mendengar.. Terasa malu dengan diri sendiri sebab berperangai seperti @#$%^&.. Sorry for that. Sorry untuk tadi juga. I know you really hate "sorry" from me.. But it is my word.. "Keep it simple".. That is your word ;) Daripada baru kenal sampai sekarang, it totally change! Rapat, semakin rapat dan sekarang jauh, semakin jauh, dan terus jauh.. Mungkin sebab PERKARA itu, awak cuba menjauhkan diri. Erm.. Mungkin.. I know who am I. And you also already know who am I. Even orang lain pun takkan boleh terima diri ni seadanya.. betul kan? Itu balasan pada diri sendiri. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Hukum karma.. Okey2.. Terima je..

Stress dengan Midterm International Finance. Walaupun sebenarnya aku tahu ianya setimpal dengan usaha yang dilakukan..

Takut menghadapi hari-hari akan datang..

Semua masalah ada jalan penyelesaiannya dan semua sakit ada ubatnya.. Kecuali MATI.. Aku akan cuba cari penyelesaian yang terbaik dan ubat paling mujarab..

Sementara mencari, aku dah pun membuat keputusan untuk berhenti berblogging. Bukan berhenti terus, tapi berhenti untuk sementara waktu (Tak mungkin kot berhenti terus).. Sampai bila? Aku sendiri tak tahu. Mungkin seminggu. Mungkin sebulan. Mungkin juga setahun (err.. mungkin ke setahun??) Aku hanya berhenti menulis. Aku takkan menghentikan aktiviti favourite aku untuk melawat blog kawan-kawan bloggers.. Suka baca blog korang ;)

Inilah waktu yang sesuai untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin..



Wednesday, September 2, 2009

Ada 'something wrong' di situ..

Entri ini ditulis semasa owner blog ini dalam mood melayan perasaan. Jadi, sebagai menghormati tuan punya tanah, marilah kita sama-sama melayan perasaan bersama2 beliau.. Kesian beliau keseorangan..

Tuan punya tanah ini mahu dikenali sebagai Baby Fiza saja. Untuk pengetahuan umum, Fiza berasa sangat sunyi ketika ini. Kenapa? Usah ditanya mengapa. Kerana soalan itu amat sensitif. Fiza cakap, dia lonely. Dan pada malam ini saja, sudah hampir 50 kali dia memutarkan lagu 'LONELY by Akon'.. Tapi agak bernasib baik kerana air matanya tidak bergenang dan tumpah ke pipi comelnya itu (hahaha..abaikan saja!).. Hari ini Fiza penat. Dia tak sahur. Sebab tu dia kekurangan tenaga hingga menyebabkan dia tertidur keletihan dengan keadaan tersandar di tepi almari (heh.. sangat menjengkelkan).. Haaa.. satu lagi fakta penting untuk diketahui umum, Fiza dalam mood berdiet. Jadi, dia hanya berbuka dan bersahur tanpa nasi. Itu juga adalah salah satu sebab mengapa dia sangat lembik hari ini. Walaupun cara dia berdiet itu salah, tapi tolong jangan marah dia. Kesian dia.. Dia lebih memerlukan semangat dan sokongan orang ramai. So, please...

Disebabkan mood melayan perasaan Fiza berada di tahap maksimum, Fiza ingin menggedikkan dirinya lagi dengan meletakkan gambarnya yang diambil siang tadi.. (sejak akhir2 ni, Fiza lebih suka menuduh dirinya GEDIK. Tapi setelah dia berfikir sejenak, dia hanya mahu dirinya digelar GEDIX. Mungkin perkataan itu lebih nampak OVER.. Fiza suka yang over2.. Hahhaaha)

Tengok tu.. Kesian tengok muka Fiza.. Nampak lesu dan tidak bermaya..
(err.. betul kan??)

Eh.. Ada pesanan dari tuan punya blog ni. Dia cakap, kalau rasa semacam, i mean rasa ntah apa2 ntah, baik keluar saja. Sebab memang tidak berbaloi anda semua menghabiskan masa dengan terus membaca jika hati tidak ikhlas. Keikhlasan itu amat penting dalam membuat semua benda. Ingat, hati kena ikhlas, okey! Fiza dah bagi tahu awal2 pada semua bahawa ini adalah mood melayan perasaan. Jadi, sehingga perkataan yang ditulis sekarang ini, masih lagi mengandungi unsur-unsur melayan perasaan..

Nampaknya, pengisian entri ini adalah kosong = ZERO! ini boleh dikategorikan sebagai USELESS! Tapi nak buat macam mana. Dah itu kemahuan tuan punya blog. Kita sebagai pembaca, terpaksa akur. Bak kata blogger lain, "Ini blog aku, ikut suka akulah nak tulis apa!!"..

Jadi, kepada pembaca yang disayangi, akurlah ye.. Fiza akan sayang anda lebih jika anda memang seorang pembaca yang dah akur..

Sekian..



Tuesday, September 1, 2009

Layan Movie!

Malam tadi Langsung tak jenguk2 blog.. Cian blog aku terbiar semalaman. Malam tadi buat apa ye? Aku layan movie best.. Movie ni dah lama dah. Tapi aku je yang baru tengok. For your information, i'm not movie addict! I do love musics rather than movies. That's why agak ketinggalan dalam dunia perfileman ni. Hehe..

Movie Title : The Midnight Meat Train


Cerita yang sangat memualkan tekakku bila tengok banyak sangat darah terpercik sana sini. Cerita ni jugalah yang membuatkan aku tersentap beberapa kali.. terkujat yang amat. Huhu.. Pembunuh tu memang jahat. He kills several people with a meat hammer and a butcher's hook. Dia ada kekuatan yang luar biasa. He wears a ring on his finger, adorned with an eight pointed star. Membunuh dalam keretapi tengah2 malam buta adalah kerjanya. Ada seorang photographer yang membuat siasatan dan mengambil banyak gambar pembunuh kejam tu merupakan salah seorang mangsanya. Tengoklah sendiri macam mana cara dia membunuh dan macam mana mangsa-mangsanya terbunuh.. Tak berapa pandai la nak buat sinopsis. Hehe.. Sorry ehh.. Pandai promote je, tapi tak pandai nak explain lebih2..

Kalau korang rasa cerita ni macam menarik, korang tengoklah.. Aku memang suka cerita 18SG ni. 18sx pun aku suka gak.. Wahahaha.. Takde lahh.. Gurauan berkasih je ;)

Isk.. Masa tulis entri ni pun, macam terbayang2 lagi macam mana dia membunuh. Part yang paling aku ngeri sekali masa dia sentap gigi dan kuku org yg dibunuh tu. Lepas tu, dia cukur rambut mangsa tu sampai botak. Adeii.. Geli + ngeri = Weekkkk..

Dah la.. Tengok lah sendiri. Tak nak cerita lagi. Jap lagi nak pergi merempit jap. Ada plan baekkk punyeee.. Jom ikot!