Walaupun tak ada sesiapa menanti kepulangan ku ke teratak aurafiza ni, tapi aku tetap nak mengucapkan jutaan maaf kepada semua kerana terpaksa mendiamkan diri untuk beberapa ketika.. Hari ini, aku tak sabar2 nak bersihkan blog aku yang penuh sawang di merata-rata tempat. Ada orang baca lagi ke blog ni? Adei.. takpe2. It doesn't matter.. Yang penting, i miss this blog damn much!!
Banyak cerita ni nak bagi tahu. Biar semua orang tahu.. Hahaha.. Hari ini aku nak jadi tamak haloba.. Nak post entry panjang2.. Then, nak post entry banyak2 dalam satu hari ni.. Wahahaha.. suka2..
Tapi sebelum jadi tamak haloba, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. Belum terlambat lagi kot. Raya kan sebulan ;) Sempena hari yang mulia ni, aku nak minta maaf pada semua atas segala 'TER' yang pernah aku buat.. TERumpat, TERkata, TERsilap cakap, TERambil barang, dan apa-apa TER lagilah.. Ampun maaf dipinta.. Kalau ada TERsilap tulis dalam blog ni, yang menyebabkan ada orang terasa hati, tolong ampunkan. Kadang-kadang aku tak perasan dan kadang-kadang mungkin perasan, tapi buat juga.. Tolonglah maafkan ye..
Aku masih lagi dalam mood beraya walaupun cuti dah habis. Baru je sampai kolej ni. Nak tak nak kena kuatkan semangat juga. Tinggal lagi 2 bulan je nak habis. Lepas tu dah tak merasa lagi duduk kat sini.. Aku ada bawa kuih raya untuk kawan-kawan kat sini. So, pada sesiapa yang terasa dekat dengan aku, meh la datang bilik.. Macam biasa, setiap tahun aku buat 'open room' untuk semua.. Muehehe.. Tapi kuih raya tahun ni tak berapa banyak la. Ada la sikit. Cukup la untuk korang merasa sorang sikit ;)
Raya tahun ni agak lain sikit la. Sebab perasaan 'excited' nak beraya tu 'kureng' sikit. Sebab lebih 'excited' menunggu hari pertunangan kakak aku, NOOR DINA BT AYOB. Aku akan post special entry untuk dia.. Tunggguuuuuuuu...
Actually, i really wanna show you some picture. But, i don't know what's the problem with my laptop. It is failed to detect any pendrive.. Huh.. Menjatuhkan semangat betul lah. So, i'll show u later je la ehh.. Sekarang ni kita cerita-cerita je dulu. Walaupun cerita tanpa gambar akan membuatkan korang bosan, tapi aku tetap nak cerita juga. tak kira... Nak melepaskan gian menaip panjang-panjang. Al-maklumlah, sekian lama menyepikan diri..
Sepanjang aku balik cuti hari tu, aku sangat sibuk. Sehingga nak tengok handphone pun tak sempat. Bayangkanlah betapa sibuknya diri aku ni.. Aku balik rumah one day before raya. Hari tu sampai, hari tu jugalah sibuk keluar nak pergi cari baju raya. Sebab sehelai baju raya pun tak ada. Aku tak kisah sangat pasal baju raya. Cuma aku nak baju baru untuk hari pertunangan akak aku je.. Nak ikut tema, green colour!! Huhuhu.. 1st day raya, aku balik kampung nenek kat Melaka. Kat sana sehari je. Terpaksa balik rumah awal sebab nak kemas-kemas rumah untuk hari pertunangan akak (raya ke-5).. Jangan menyampah eh kalau korang asyik baca pasal hari pertunangan akak je. Hahaha.. Kan dah cakap awal-awal tadi. Memang excited gila pasal ni.. Sebab akak adalah anak perempuan pertama yang bertunang di kalangan saudara mara aku. That's why ianya sangat meriah dan grand. Padahal, tunang buat biasa2 je pun tak apa kan.. Err.. Dah tercerita dulu pulak. Nantilah aku akan cerita panjang lebar dalam next entry... Macam tak sabar-sabar pulak kan.. Hehe..
Okey.. Berbalik pada cerita raya. Aku akan cuba fokus pada cerita raya je. Tolak jauh2 cerita hari pertunangan akak tu.. "Shooohh2, pergi jauh2!!" Haaa.. Teringat pula duit raya. Jangan jeles eh kalau aku cakap aku dapat banyak duit raya tahun ni.. Hahaha.. Tak sangka. Along, Angah dan akak aku bagi duit raya je da dapat rm100++.. Ditambah pula pemberian saudara mara yang sangat ramai.. AKU KAYA!! wahahahahha.. Agak takbur sedikit kan? Sila maafkan ye. Sekali-sekala ;)
Nak rewind balik.. Lupa nak cerita pasal main mercun kat kolej sebelum balik cuti.. Aku dapat mercun daripada seseorang. Banyak pula tu. Tapi bukanlah mercun yang membahayakan.. Yang biasa2 je. Aku, Wanchu dan Berd telah main mercun tu sampai tak hengat dunia!! Sebenarnya, aku ni pengecut nak bakar-bakar mercun ni. Selama ni pun, aku berani tengok sambil tutup telinga je. Tapi hasil tunjuk ajar Wanchu dan Berd, aku berjaya bakar mercun sendiri.. Aku dah berani beb!! Hahaha.. Takbur lagi kan? Isk2.. Teruk betul.. Kitorang bakar mercun dalam tong. Kuat gila bunyi. Lepas tu masa sahur, kitorang bakar mercun tu kat tengah-tengah blok. Bunyi dia, pehhh.. jangan cerita. sangat kuat!! Lepas dah bakar tu, apa lagi, terkedek-kedek lari masuk bilik. Takut felo datang tangkap kitorang. Wahahaha.. seronok!! Yang paling lawak sekali bila Wanchu bakar kat dalam blok, tiba-tiba loceng kebakaran tu berbunyi tak henti2.. Ada orang yang merungut bising.. Memang bising pun. Berdesing2 telinga. Sorry ye kawan-kawan... Hehehe..
Uih.. Panjang betul aku menaip ni. Bosan eh? Alaa... Okey2.. Stop sampai sini dulu la. Nanti jap2 lagi, aku post entry yang lain pulak. Nak suruh pakar komputer tengokkan apalah yang tak kena dengan laptop aku ni.. Tak sabar gila nak tunjuk gambar.. Tunggu next entry tau.. Luv u ;)
2 comments:
selamat hari raya maaf zahir batin ye
yerp sis..
same la ehh..
slamat ari raye..
maap zahir batin ;)
Post a Comment