Tuesday, August 12, 2014

Rasa Sayang Hey...

First of all, nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minta maaf zahir dan batin. Jemput datang beraya kat rumah. Kuih takde yang homemade. Semua kuih tunjuk. Duit raya jangan lupa bagi ye.

(Ayat biasa sangatttt time raya ni..!!)


Actually, nak cerita pasal perasaan yang menyelubungi diri ini. Hoho! Rasa happy berganda bila dikelilingi kawan-kawan yang selalu sangat buat lawak sengal di pagi, petang dan malam hari. Maka, diri ini pun asyik la tersengih, tergelak depan handset. Aje gileee!! Walaupun korang jauh di mata, bertahun-tahun lamanya tak jumpa, tapi tak pernah rasa jauh pulak. Rasa macam dekat je. Macam duduk satu rumah. Haaa gitew! 

Whassap la yang membuatkan kitorang rapat dan makin rapat. Zaman dah canggih kan. Bagus betul.. Yang tak tahannya pulak bila handset asyik la berbunyi notification yang melambak-lambak tu. Bayangkan ada banyak sangat group whassap ni. Member masa sekolah je dah ada 3 group. Member masa kat U pun ada group jugak. Family pun ada group jugak. Group-group yang lain tu tak termasuk lagi.. Haiyaaaa.. Pengsan! Tapi tak pengsan pun. Kehkehkeh. Kadang-kadang rimas pulak. Tapi takpe. Itu hanyalah side effect yang tak memberi apa-apa kesan pun sebenarnya. Ehhh.. Surirumah macam aku ni memang memerlukan benda-benda gini sebagai hiburan. Haha..

Jadi kepada korang-korang semua.. Marilah kita merapatkan lagi ukhwah yang dah lama terbina ni. Janganlah putuskan talian hayat kita ni di tengah jalan. Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita rapatkan. Semoga ianya kekal sampai bila-bila. Korang akan tetap jadi BFF, kawan dan sahabat aku sampai bila-bila, dan macam tu jugak sebaliknya. Bukan setakat bergelak ketawa je. Mana yang salah, sama-sama kita tegur dan perbaiki ke arah kebaikan. Mana yang susah, sama-sama berganding bahu tolong-menolong antara satu sama lain. Baru lah namanya brother-sister-hood! :) Semoga hubungan persahabatan kita ni dirahmati dan diberkati Allah SWT. Amin Ya Rabb!



7 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

time kunjung mengunjung tu jangan lupa buat rule tanpal depan pintu. no smartphone . hehe... asyik belek hp jer. bila nak berborak nyer
btw, selamat hari raya dear
maaf zahir batin

AuraFIza said...

Daripada borak kat phone la kita dapat plan for the gathering. Takde la sampai contact by phone sokmo sampai tak berborak face to face langsung.. not good, not good! Hehe.

Syamimi Saad said...

Asslmkm.. First time singgah sini.. Klau kita ni surirumah, masih blm ada ank mmng sunyi rasanya. Jadi kawan2 la penghibur. Sy pun skrng ni bby blm lahir. Jadi kawan2 di blog, di whatapps la sbg penghibur..
Salam syawal.. :)

AuraFIza said...

Sya Mimie

Thanks for dropping by! :)

Betul2. Saya ni belum ada anak lagi. Memang sunyi sangat. Duduk rumah takde apa nak buat. So, memang banyak masa menghadap lappy and phone. Tu je la dunia hiburan kita. Hehehe.

Btw, congrats for ur pregnancy. Doakan turn saya pulak lepas ni. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Take care!

QasehnyaRania said...

salam kenal dan singgah ke mari :)

xlist dpt berhubung kan
blh tahan group yg ada ye.. hihi

Elya Roza said...

salam perkenalan dear

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Saya baru menemukan blognya - nice:)
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)