Thursday, September 27, 2012

Bila Suami Kerja Offshore...

Sebelum start menghapdet, nak bagi tau yang aku rindu gila kat suami aku nih. Sebab apa? Sebab kitorang dah berjauhan. Pergi mana? Haaa.. Ni yang aku nak cerita ni..

Almost a month dia pergi naik Offshore. After get married, memang tak pernah terlintas langsung yang kitorang akan berjauhan macam ni dan sebegini lama. Arrghhhh.. Terseksa jiwa raga, okeh! Tapi bila difikirkan dia pergi untuk mencari rezeki, aku pun macam redha la. Hanya doa mengiringi pemergian dia.

Walaupun rumahtangga baru setahun jagung, tapi memang tak dinafikan aku sangat susah hidup tanpa dia. I hate when I have to make decision by myself. Memang ada keluarga, tapi tak semuanya kita boleh luah pada keluarga kan. 


Macam ni lah tempat kerja orang-orang kerja Offshore.
Picture by Google


First day dia pergi, aku okey lagi. Masuk hari ketiga, keempat, hati dah mula meronta-ronta nakkan dia. Tiap-tiap malam bergenang je air mata. Sangat sedih.. Kalau boleh call, dengar suara dia atau pun dapat sms sekali sehari pun takpe, mungkin okey jugak rasanya. Tapi dalam situasi ni, langsung tak boleh call or sms. Tak tau keadaan dia macam mana kat sana. Sihat ke, demam ke,... Hurmm.. Harap-harap dia okey je kat sana. Miss you damn much!

Untuk sedapkan hati, aku pun google "Suami Kerja Offshore". Banyak sangat blogger-blogger kena tinggal macam aku ni. So, daripada penulisan diorang, aku dapat kekuatan sikit. Dapat motivate diri.. Banyak kata-kata semangat yang aku dapat dari diorang.. Mungkin aku susah tapi ada orang lagi susah hidup tanpa suami di sisi. Ada kes yang suami meninggal semasa di offshore. Ya Allah, Lindungilah suamiku daripada kejadian-kejadian yang tak diingini. Kebanyakan ada anak-anak yang masih kecil. Kesian anak-anak tak berapa kenal ayah dia. Terus terfikir, mungkin ada hikmahnya Allah lambat kurniakan aku rezeki zuriat.. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah kan..

Aku masih beruntung kerana ada ramai adik-beradik yang boleh hilangkan kesedihan aku ni. Ada parents yang sangat mehami. Dan ada keluarga mentua yang sangat ambil berat. Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah! 
 Apa pun yang berlaku, aku kena kuat dan suami juga kena kuat. Aku akan selalu ingat pesan dia..

So, pada sesiapa yang ada suami kerja offshore, jangan sedih-sedih ye. Suami cari rezeki untuk kita juga. Yang penting kita kena sentiasa ingat batas-batas kita sebagai seorang isteri. Jaga maruah diri dan maruah suami walaupun dia jauh.. Kalau ada yang nak share pengalaman, sangatlah dialukan sebab rasa semangat sikit bila baca pengalaman-pengalaman korang..

Yang paling penting sekali, aku tak sabar tunggu dia balik. Doakan yang terbaik untuk kami ye :)








103 comments:

Rafi said...

sian die kena tinggal..takpa fiz..yang penting fiz jaga diri dan doakan abg tu semoga sumanya baik2 belaka..lagi pun sesekali berjauhan tu yang rasa macam zaman bercinta dulu kan..rinduuuu je..hehe

AuraFIza said...

Thanks abg.. Memang seksa dia takde di sisi. Sedih memanjang. Tapi haritu dia ada call. Dapat cakap sekejap je. Tu pun tak berapa jelas. Tapi takpe la. Dengar suara dia je dah buat org hepi. At least I know that he is okey :)

AuraFIza said...

Thanks abg.. Memang seksa dia takde di sisi. Sedih memanjang. Tapi haritu dia ada call. Dapat cakap sekejap je. Tu pun tak berapa jelas. Tapi takpe la. Dengar suara dia je dah buat org hepi. At least I know that he is okey :)

Anonymous said...

:-)

Anonymous said...

salam bila bc entry ni..tanpa sedar air mata mengalir ingtkan suami yg jauh...pglman kita sm...nie da 3 bulan suami x balik cuti lg..hnya doa diringi semoga suami sentiasa sihat dn sentiasa d bwh lindunganNya...semoga kita d beri kekuatan tuk lalui kehidupan nie wlupun tanpa suami setiap hari di sisi kita...Yatie..:-)

AuraFIza said...

Salam Pn. Yatie..

Dah 3 bulan? Y Allah.. Lamanya. Saya ni baru sebulan lebih dah rsa macam nyawa-nyawa ikan dah ni (TIPU) Hehehe.. Saya faham perasaan awak. Memang nak kena kuat dan tabah kan. Sama-sama lah kita doa biar suami kita sentiaasa berada di bawah lindunganNya. Jaga diri baik-baik ye ;0

adamayra said...

Suami sy br pegi seminggu..pegi kali ni cume 2 bulan sbb sy nk bersalin hjg bln 2..mnta2 sempat suami blk sblm sy bersalin..

YLS said...

salam. kak.. saya ni bru nak jadi tunangan org 29 dec.. dan bakal mnjadi isteri pd feb13 kpd seorang lelaki yg sama seperti kakak juga. belom jd tunangan ni pon sy dah ditnggalkan lebih kurang 42 hari.. masa bkwn tu xterasa sgt.. ni da mula rasa mcm2.. harap sy pon dapat kekuatan mcm kak yatie dan yg lain jugak. nak mngeluh, tapi ini lah hakikat kesabaran yg perlu sy pelajari... lpas ni kita boleh sama2 hilangkn rasa kerisauan disini ya.. untung sy terbaca blog akk ni.. klau x.. mmg ingt sy je yg merasa mcm ni..

AuraFIza said...

adamayra

Dear.. Dah bersalin ke? Moga selamat semuanya. Congratulation!! Saya pun harap bila saya bersalin nanti, memang nak dia ada kat sebelah. Tak nak bersalin sorang-sorang. Huwaaa..


Yuria Lisa

Selamat Pengantin Baru in advance! Hehe. Sebagai seorang ister kepada suami yang kerja laut ni, kena lah banyak bersabar dan kuat semangat. At first, memang awak akan rasa down, sedih, rindu.. Bila tengok orang lain berkepit laki bini, mesti touching habisss.. Tapi alah bisa tegal biasa. Benda tu semua akan buat kita jadi lebih matang dalam kehidupan. Just chill and enjoy your life! Kalau sedih, meh cari saya. Kita keluar makan angih.. Hikhik.. Be prepared mental and fizikal. Kuatkan semangat k! :))

adamayra said...

Sy dah selamat bersalin 9 januari lepas..hby xsempat balik coz bersalin xckop bulan..huhu..sedih..tp alhamdulillah semua selamat..bersalin pon sng sgt..bby pon sht..skrg tgh berpantang disisi suami.. :)

AuraFIza said...

adamaya

How lucky you are. Kita yakin Allah Maha Adil. Dia tak bagi suami kita masa bersalin, tapi dia bagi masa berpantang. Dah lebih dari bersyukur dah kan.. Seronok awak dah ada baby. This month dah genap 2 tahun saya kahwin. Tapi belum ada rezeki baby lagi :( Doakan turn saya pulak ye lepas ni..

Anonymous said...

Salam fiza..apa kbr? br ada kesemptn lg akak nak berbual2 nie..maklum la tngh rindu ngan suami ...heee..nie da msuk 2 bln suami kembali bertugas..ari tu 3 bln lbh br suami dpt bercuti..tp alhamdulillah wlupun lmbt kami dpt bercuti pnjng bersma2 ..kebetulan akak pon cuti sekolh pertngh nov hingga bln jan...bln dpn 9hb da msuk sethn perkahwinan akak tp akak pon belum lg d kurniakan zuriat..tp semua tu pasti ada hikmah dr Allah...sm2 la kita berdoa smga suami kita d beri kesihtn yg baik d permudhkan segala kerja hariannya...yatie..:-)

AuraFIza said...

Kak Yatie

Alhamdulillah sihat. Akak mcm mane? Bestnya hubby akak dapat cuti 3 bulan lebih!! Lama tuuu.. Hubby kite tak pernah pun dapat cuti lama mcm tu. Nak cuti susah sangat2. Weekend pun jarang cuti. Teruk la company dia tu. Huhu. Haritu straight sebulan kerja non-stop. And the result dia demam sampai tak boleh bangun. High-fever! Kite susah hati yang teramat. Dapat MC seminggu. Dapat la jugak dia berehat.

Lepas naik je kerja semula, terus kena panggil naik offshore. Now dah sebulan dia kat sana. Dengar suara je. Wuuu Sedih! :(

Anonymous said...

salam fiza..tgh bt pa 2...heee...bkn 3 bln suami akak cuti...3 bln lbh dia keja..br suami dpt cuti sebulan..klu cuti 3 bln ..alamtnya company xnak pakai da bekerja daa..baik cuti terus...heee...sm2 la kita berdoa semoga suami sentiasa sihat ..dan dipermudhkan segala kerja mrk...fiza jng sedih2 arr..byk2 sbr...xlama lg suami cuti la tu... suami akak da msuk 2 bln ..insyaallah bln dpn suami blik cuti..:-) kak yatie

AuraFIza said...

Kak Yatie

Salam kak..

Alamak.. Misunderstanding la nih. Pelik gak kan. Kemain lama hubby akak cuti. Hehehe.. Malam ni hubby kite balik. Yeahhhhh!!! Saat yang dinantikan. Gumbira tak terkata :))

Anonymous said...

wkslm fiza...wah bestnyaaa suami tersyng da balik...akak nie pon menghitung hari suami da nak balik bercuti..horeyyy gak la...heeee...semoga berhasil yea..dpt baby...:-)
kak yati

AuraFIza said...

kak yati

Husband balik kite period pulak. Selalu macam tu tau.. Grrrrrr...

Nina M said...

Assalamualaikum Kak AuraFiza .. :)
Mula2 Sekali, Saya jumpa Blog Ni Sebab Saya Pun cam Akak Jugak ..
Baru Je Kejap Td, 2 Jam Yg Lepas, Buah Hati Saya Pergi Berlayar ..
Line Da Terputus .. So X Bole Call Atau SMS Lg Dah PAsni .. Sob3 .. Sedih .. Tu Yang Saya GOOGLE tntang "Kerja Offshore" .. huu .. jd terjumpa la blog akak nie ..
Lebih Sedih Lg, Ni Pengalaman PERTAMA saya Berjauhan ..
Bengkak Teruk jugak mata saya menangis td malam ..
Mula2 saya ingat saya kuat ..
Dia Pernah Tanya Saya di awal perkenalan dulu, "I Ni Kerja LAut, U sanggup ke ..? Bole ke terima kerja i ..?"
Saya Pun dengan Angkuh dan Ego nya menjawab, "Eh! Nina Kuat Lah ..! Bolehh jee .. hehe .. "
tp dia hanya tertawa je ..
Tp Atlast Semalam, Menangis macam Mak Hilang Anak .. Sampai Bengkak2 Mata .. ishh ..
Ape tak nya, 3 bulan kak dia berlayar .. bulan july baru balik nnt .. wuu ..
Nak Cari duit nak meminang saya kata die .. huhu .. terharu tp sebak pulak rasa ..
celaru fikiran saya td ..
tp dia sound relaxxx je ..
kata dia, "i kat laut ni kerja, cari rezki .. u kat darat, jagalah diri, jangan terlalu fikirkan i, senyum selalu, happy2 and jgn tinggal solat .. nnt lg 3 bulan, i balik terus jumpa u ok ..? i pergi laut ni pun nak cr duit lebih nak minang u nnt .."
huuuhuuuuu ... berbunga2 hati saya bercampur sebak .. eishh .. makin nangis la saya di buatnya .. tp dia ketawa je dengar saya nangis kat phone td .. huuuhuu .. geram saya .. :')
ermm .. tp.. bila baca entri akak ni, legaaa sikit hati saya .. rupanya ramai lg yg cam saya ..
nnt bila da samapai jodoh saya dgn dia, saya pun msti cam akak jugak kan ..?
kena bnyak bersabar dan hanya berdoa je la yg mampu saya lakukan bg menenangkan hati nie ..
InsyaAllah .. saya doakan akak dan isteri2 pekerja offshore yg lain pun kuat and tabah menanti buah hati masing2 yang mencari rezeki di offshore .. insyaAllah .. :)

*Ya Allah .. Aku Rinduu .. <3

YLS said...

:-) kita sama2 berkongsi rasa hati yg sama apabila suami @ pasangaan bekerja jauh2.. group ni kadang2 yg buatkan kita more strong.

YLS said...

Thanks Kak Fiza, tak pasan akk reply my msg. Alhamdulillah selepas bergelar isteri, banyak yg mngajar saya erti tanggungjawab dan kekuatan diri. Kasih syg cinta pada suami makin kuat :-)

AuraFIza said...

Nina M

Sedih pulak baca post Nina ni. Sabar ye dik! Sekarang tengah bercinta ni la belajar untuk terima si dia seadanya. Belajar untuk kuat bila ditinggalkan lepas kahwin nanti. Sebab dah kahwin, perasaan tu lagi hebat. Kalau sekarang susah nak lepaskan dia, lepas kahwin nanti laaaaagi susah. Dah ada nanti, double triple susah! Hehe. Bukan nak menakutkan, tapi nak bagi Nina gambar yang sebenar..

Betul cakap dia.. Dia pergi laut cari rezeki. Dan semestinya rezeki dia ada di sana. Kita yang kat darat ni kena la kuatkan iman, kuatkan hati. Jangan sesekali beralih arah pulak. Almaklum la.. Kita sebagai perempuan ni hati lembut. Mana tau ada lelaki lain yang mendekati kita masa kita tengah lonely. Kita pun cairrrr.. JANGAN okeh! Kesian dia yang setia kat tengah laut tu. Hehehe..

Apa2 pun, Nina takmo sedih2 k. Akak ni pun bakal ditinggalkan minggu depan. 3 bulan jugak. Fuhhh! Yes, I'm ready :))

AuraFIza said...

Yuria Lisa

Takde orang yang faham apa kita rasa, melainkan orang yang melaluinya je. Macam kita-kita ni la. That's why, kita kena luahkan antara satu sama lain. Tu yang membuatkan kita lebih cool..

Alhamdulillah.. Moga awak terus kuat semangat k. Yes, agree with you! Makin jauh, makin kuat rasa cinta n sayang. Kan?

Nina M said...

Fiza .. Mula2 sekali, sorry .. saya ni bukan tgk dulu siapa yg menulis artikel ni bila baca semalam .. ( almaklum laa .. hati tgh sedih sgt semalam .. bercelaru fikiran ..)
tgk status da "berkahwin" je, sy straight away pggil awak AKAK .. hehe .. lbey kurg sama je pun umur kot .. :)
Oh ya .. Mekasih Nasihat Awak tu .. Sy pun ade terfikir jugak, kalau da berkahwin nnt, msti lbey kuat cabarannya .. mesti lebih terasa bila dia berlayar and tinggalkan kita sengsorang kan .. huu ..
well, hari ni hari ke 2 dia berlayar .. td pagi, terasa jugak la bila xde phone call lg dr dia ..
sbb selalu, lpas subuh, mesti die call sy kejap ..
Sedih jugak bila teringat, cam nak nangis dah, but then.. sy teringat pesan dia, "jangan menangis", saya terus x jd nangis .. :)
ye la, dia cari rezeki, mesti die pun x suka klau tahu sy nangis2 je kan ..? so, kena la tabah ..!
hahah ..! tu laaa, ngada2 lg nak bercinta dgn orang kapal .. padan muka saya ..! hahah!
tp x pe la, sy anggap ni sbgai ujian dr DIA ..
Lgpun, Selagi Belum Halal, Saya Dan Dia Masih Punya Jarak .. (Haa, ni betul2 JARAK .. hehe ..)
Redha je laa .. Tanam Rindu tu Dalam2 Buat Pekasam .. haha .. InsyaAllah kalau jumpa nnt mesti lebih best .. :)
Oh, insyaAllah, Saya ni jenis Setia Pada Satu ..
Dia Berlayar Jauh2 Cari Rezeki Nak Meminang Saya, X Kan La saya sampai hati nak menduakan dia ..
Astaghfirullahalazim .. -_-
Mudah2an Allah jaga hati saya dan dia .. Saya Setia Menunggu ... :D
Heheheee .. saya suka la group ni .. Saya akan sentiasa bukak page ni .. :)
Rasa mcm semua memahami sesama sendiri .. :)

adamayra said...

kot2 suami kite ni keje sama kampeni je..hehe..btw suami sy keje kampeni alam maritim.. :)

Nina M said...

saya xde suami lg .. heee ...
tp 'kawan' saya tu kerja company Titania One Offshore sdn. bhd .. :)

adamayra said...

nina...bkl suami..insyaallah..hehe..

Nina M said...

Macam nak like 1000x je comment atas ni .. hehehe ..
Mekasih .. InsyaAllah .. Aamiin .. doa2kan saya ye .. :D

adamayra said...

mudah2an... :)

Unknown said...

*Saya Nak Share Sedikit Ilmu Yang Saya Baca .. :)
Mungkin Kita Boleh Amalkan sama2 terutama awak2 yg da bersuami .. semoga bermanfaat .. :)*



kalau kita rindukan seseorang, amalkan doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha,
“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ******** **** (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…”

kalau kita selalu doa macam ni bermaksud kita sentiasa ingat insan yang dirindui tu dalam doa kita ..
Bak kata orang dulu2, “ingat daku dalam doamu”.. hehehehe ..
Doa boleh jadi penguat kasih antara dua insan .. insyaAllah .. :)

AuraFIza said...

Nina M

Ala.. Tak kisah lah panggil akak ke adik. Yang penting nak selalu sweet 7teen. Haha. Err.. Umur berapa ni?

Masa husband mula-mula dulu naik offshore, saya ni dah macam apa dah duduk sorang-sorang kat rumah. Sebelum tidur nangis. Bangun tidur nangis. Muka sememeh je. Phone sentiasa ada je kat tangan. Takut Hubby call tak dengar. Haaa Dasat tak??

But now, Alhamdulillah. Become more stronger. I can easily calm myself. Takde dah meratap macam orang hilang laki lagi. Tapi bohong lah kan kalau cakap tak nangis langsung. Haha.. Ada! Memang ada nangis. Tapi boleh control lagi. Nangis time ada problem, and stress sebab tak dapat ngadu kat hubby. Manja lah konon kan.. Cettt :P

So, bila plan nak tukat status ni? Jangan lupa jemput. Ehemm..

Eh Thanks for the Doa. Kita amalkan sama-sama ye. Moga kejauhan ni akan menjadi yang terindah dalam hubungan kita dan dia :))

AuraFIza said...

adamayra

Nampaknya husband2 kita ni tak kerja kat satu tempat. Kalau satu tempat kan bestttt.. Hehehe..

Hubby Fiza kat company Kencana Sapura :)

Unknown said...

Saya umur 24 .. hehee .. :)

Hahaha .. saya baca tntg "handphone sentiasa ada kat tangan" tu, saya tergelak ..
sbb saya pun sama je .. handphone ni, selalu sebelum ni suka silent, bila dia kat darat call, selalu x dpt .. nnt bising la dia ckp jgn silent .. huuu ..
ni dia kat laut, baru ngada2 sy nak LOUD pling MAXIMUM ni haa .. hahahah! walau time tido malam .. hahaha .. :D
takot sgt nyesal klau dia call x jwb ..
mandi, makan, tido semua LOUD .. kakakakaka ..! >.<

Saya da x nangis bnyak da .. sy memBUSYkan diri yg x busy dengan buat ntah pape .. main game la .. fb yg boring la .. hahaha ..!

Fiza kuat la .. sy hope bole tabah cam awak gak .. huu .. masih cengeng .. hahah ..

Berubah status ..? huu .. malu nak jwb .. saya tunggu dia tanya soalan ITU .. ^_^ insyaAllah pape sy update sini ye .. :)

AuraFIza said...

Nina Malek

Oh saya ingat saya sorang je yang berperangai seteruk tu. Sampai dalam jamban pun fikirkan handphone. Rupanya ada geng la!! Hahaha..

Bagus la kalau dah dapat adapt dengan life macam ni. Alah bisa tegal biasa. Lama-lama semuanya akan jadi ok. Mula-mula je payah..

Saya kuat ke?? Hehe.. Alhamdulillah bole jadi sekuat ni. Walaupun kadang2 menangis sorang-sorang tanpa sebab sebelum tido. Haha. Tu bila rindu datang menyerang la..

Hari ni pun tunggu dia call. tapi hampa!! Bangun pagi esok pun buat benda yang sama. Tunggu.. Tunggu dan tunggu.. Tu je lahh kerjanye bila hubby kat laut.. Actually, dapat dengar suara dia sekejap pun dah cukup lega hati ni kann..

Anonymous said...

salam fiza..salam semua...apa khbr semua...wah sembng pjng korang yea...heee...hope semuanya siht wlupon masing2 insan tsrsyng berada jauh dr kita..bak kata pepatah biar jauh d mata tp sentiasa dekt d hati..heee...
suami akak br 3 hari nie balik bekerja slpas bercuti 1 bln 2 minggu...rasa sedih gak ..tp kena gak kuatkan semngt..suami kuar bekerja mencari rezeki kan..time suami blik akak x hntr kat airport coz nt sedih sesngt...akak sibukkan diri kat sekolah..heeee....semoga kita isteri2 dn bakal isteri sentiasa tbh dn sbr yea....
wlupun br 3 hr suami ke laut ..akak rinduuuuuu..:-) ...kak yatie

AuraFIza said...

Kak Yatie

Mana menghilang? Hehe. Kitorang dah berborak sakan. Bercerita kisah hidup masing-masing tanpa suami di sisi. Sharing is caring :)

Bila suami dah cuti and dia kena naik laut balik, itulah perasaan yang paaaaling teruk sekali. I hate that feeling!! Dalam seminggu tu confirm tak keruan. Huhu..

Btw, saya tengah senang hati ni kak. Sebab... Hubby saya balik hari ni! Yeaaaayyyy! Tapi dia belum sampai rumah lagi. Otw la tu. Dah dekat pukul 3 pagi ni, sanggup tak nak tidur dulu sebab eksaited nak jumpa kekasih hati. Heee~

Akak takmo sedih-sedih eh. Memang nak kena sibukkan diri. Akak kerja tak? Saya tak kerja pun. Kalau duduk rumah sorang-sorang tak buat apa, memang boleh jadik orang tak siuman. Hahaha.. But Alhamdulillah. Mengisi masa yang ada jaga my nephew. Layan budan kecik tu takde la rasa sunyi sangat kan :)

yatie said...

salam fiza..apa khr?wah seronok yea buah hati da ada d sisi..yea akak mengajar anak2 kecik..heee .Prasekolah.. cuti2 sekolh nie..akak busy bljr drive..maklum la penat da jd penumpang tegar...heee..doakan akak berjaya..yea la bila da berjauhan ngan en suami susah nak ke mn2 klu x pandai drive...da nak msuk bln posa nie.. fiza da jait bju ry? mn la tau excited nak sambut ry pakai bju warna sepsng ngn buah hati...heeee..thn nie akak tema gold colour ..pilihan en suami...emmm akak ikot jak la wlupon asl nak orange colour....hr tu sempt beli bersma sblom en suami blik ke laut..heee...anyway nikmati hari2 indah nie bersama suami tersyng..smga berhasil la kali nie..usaha..doa & bertawakal ...:-) salam dr kejauhan ..kak yatie.

yatie said...

selamat mlm semua... mata da ngantok tp xnak lelap..napa la wahai mata.....capai phone nak bt coretan rasa la nmpknya nie...heeee...seminggu lg da msuk sebulan suami ke laut..sblom nie duk kapal jak tp x blyr lg.. tp nie da msuk 3 hr en suami belyr dn xda kbr..almaklum la klu da tngh2 lautn mn ada line...sbr la wahai hati...
pejam celik..pejam celik...isnin da buka sklh..maka bermula la rutin harian ku busy setiap hr.. tp x mgapa sekurng2nya xda la asyik nak ingtkan suami d laut...heeee...
jam da menunjukkan kul 11.00 mlm...nak tdr dlu laaa..nite n slm syng semua... zzzzzzzzzzz

Anonymous said...

great sharing guys!
hubby sy ponnn offshore...

sonnok bce citer masing2.. smoge kite trusss kuat utk hari yg dtg..

almost one year married, still waitim for kiddos.. moge dimurahkn rezeki zuriat.. sabarrr.. mne thu Allah nk bgi 3 org skali.. hihi..

we r super duper wife! chayok!

-ateh

adamayra said...

kak yatie..
kalau nak survey2 baju raye blh la jenguk2 kat fb sy..
https://www.facebook.com/nurin.irdina.39

manatau ade yg berkenan..hehe..
sj2 nak cuci mata pon boleh.. :D

klu jd hjg bln ni hby sy blk..cuti terus smpai raye..hehe...

AuraFIza said...

Kak Yatie

Alamak kak.. Sori la lambat sangat reply. Selalu je bukak belog ni, tapi busy menghapdet stori lain. Hehe. Akak sihat?

Akak dah prepare utk raya? Wah kemain. Haha. Saya belum lagi laa. Kitorang akan shopping last minute. Memang sejak dari belum kawin pun macam tu jugak. Pernah sekali tu, malam raya baru terhegeh2 carik baju. Hikhik. Last year pun brapa hari before raya baru shopping baju raya. Yang senangnya sebab kitorang memang dah biasa beli siap.. Tahun ni pun nampak gayanya last minit jugak kot. Plan saya nak tema kaler merah. Merah mak ngah di pagi raya! :P Tapi belum discuss dgn hubby. Rasanya dia ok je kot :)

Btw, hubby saya balik lagi this month. Alhamdulillah.. Sabar menanti. Tapi penantian satu penyeksaan. Duhhh!

Akak take care :))

AuraFIza said...

ateh

Salam Ateh!

Thanks for dropping by :)

Well, kitorang kat sini memang sgt lah suka share perasaan rindu masing-masing. Haha. Ateh dah berapa lama tak jumpa hubby ni?

Erm.. Saya pun dah 2 tahun lebih kahwin. But still waiting for that moment. Perasaan tak boleh nak cakap. Tapi sabar lah. Allah knows the best. Betul cakap Ateh.. Mana tau Allah nak kurniakan kita 3org babies sekali gus kan. Saya pun selalu berangan camtu. Haha. Doakan untuk kite ye :)

Yes.. We're super duper wifey! Be strong! Go Go Go! :P


adamaya

Wahh.. Nyempat je iklan! Haha. Thanks dear. Jap lagi kita singgah ye. Mana tau ada berkenan, boleh terus grab. Yang penting mesti ada diskaun. Ehh.. Ada ke?? Hikhik :P

adamayra said...

Msti ade..hehe..mcm sy xminat sgt shopping last minute..sbb dgn ank2 kecik lg..lgpn huby xsuke berasak2 time org ramai tu..hihi..

AuraFIza said...

adamayra

Saya takde anak kecik. That's why la boleh buat semua last minute. Kalau ada anak kecik rasanya memang tak shopping terus la.. Haha..

yatie said...

salam fiza...salam semua..semoga semuanya sihat wlupun berjauhan ngn suami tersayang...bln ramadhn da nak tiba...semoga kita semua d beri kekuatan dn kesihatan yg baik ... dpt menjalankan ibadah puasa dng sukses...hr nie perasaan x okay la ... pg td ujian memandu QTI..akak gagal 3 penjuru...jwbya kena ulang lagiii... huh....pas nie akak mesti kuatkan smgt..wlupun hakiktnya akak sedih sngt2....nak call en. suami berkongsi rasa... tp xdpt..hu..hu.hu...akak luah dkt cnie jak la ...sekurng2nya ada gak shbt yg bolh tlng redahkan perasaan akak nie...doakan akak semoga lulus ujian ulngn....kak yatie

adamayra said...

Husband sy blk esok..yeay!!
3 pnjuru tu sng k.yatie..ikut step yg dye ajar kompom lps..hihi..mcm skolah memandu sy bljr dulu siap dye letak pasu bunge sbg tnde..

yatie said...

mayra... salam...Alhamdulillah pg td ujian ulngn QTI akak da lulus..debaran menanti ujian JPJ insyallah 9hb julai..doakan akak berjaya yea..
Wah gembira sngtkan suami da blik cuti..selmt bercuti2la yea... suami akak insyallah dkt nak raya br blik cuti...:-)

AuraFIza said...

adamayra

Haiii.. Tengah berseronok dengan hubby la tu. Hikhik.. Saya ni pun tengah berbunga-bunga hati. Hubby balik esok. Weeeehooooo!! Hepi semacam! Heheh..


Kak Yatie

Alhamdulillah kak semua dipermudahkan. Good luck for your JPJ test nanti. Jangan nervous sangat tau. Rilek dan senyum je sentiasa.

Hubby kite balik esok.. Yeaaayyyy!! Seronok sangat kak. This time dia cuti lama sikit. Tapi lama tak lama jugak la. Seminggu je. Hehe. Ok lah kan.. Dapat sambut puasa sama-sama. Btw, selamat menyambut Ramadhan!!

kak yatie said...

Salam Ramadan semua...senyap jak.....anyway semoga semuanya sukses...just nak share kegembiraan..syukur alhamdulillah 15 ramadan yg lalu..akak da LULUS ujian JPJ..pas nie mesti tekadkan hati tuk memandu...:-)

adamayra said...

Tahniah kak yatie..pasni pjg la langkah ye..masing2 bz dgn persiapan raye kot..sy pon tgh mngemas2 rmh..nk cat..pstu nk gantung langsir br..hehe..excited!!brg2 ank pon xhbs shoping lg.. ;)

adamayra said...

Tahniah kak yatie..pasni pjg la langkah ye..masing2 bz dgn persiapan raye kot..sy pon tgh mngemas2 rmh..nk cat..pstu nk gantung langsir br..hehe..excited!!brg2 ank pon xhbs shoping lg.. ;)

yatie said...

Salam semua...agknya semua busy bt persiapn menjelang raya...heee...seronok la semua dpt beraya bersama keluarga...raya nie akak xdpt nak braya bersama suami..suami x blik brcuti..sedih sngt..tp nak bt camna da tugas..persiapan ry xda biasa2 jak...sesakali menitis gak air mata bila igtkan suami x dpt nak beraya bersama..semoga ketbhan dn kesbrn
akak nie akan ada kegembiraan d lain hari...
Untuk semua shbt akak Selamat Hari Raya Aidilfitri..semoga bergembira d hari raya bersama seluruh keluarga tersyng..:-)

Mayra: tq yea..insyallah da memandu senang la ckit nak ke mn2..

Salam sayang semua dr akak yg jauh d kepulauan borneo...heee....kak Yatie

Nina M said...

Assalamualaikum Fiza And Semua .. :)
Lama Saya X Open Page Ni .. Btw, Selamat Hari Raya .. Hehee ..
Waa ..Macam2 Story La Spanjang Saya Tak Open Page Ni .. :)
Macamana Keadaan Hati Masing2 Sume ..? Sehat Ke ..?
Atau Da Jauh Berlayar Kat Offshore Jugak ..? Haha ..
Alhamdulillah Dah Hampir Setahun 'Berkawan' Dengan Si Dia, Saya Da Semakin Mula Memahami Kerja Dia Sbgai Anak Laut And Dah Bole Terima Dengan Hati Terbuka ..
Betul Kata Fiza Dlu, Alah Bisa Tegal Biasa ..
Ni Pun Baru Semalam Dia Berlayar Kat Trengganu ..
Mulanya Kata Dia, Naik 2 Bulan Je .. Bulan October Balik ..
Tp .. Tadi Dia Call Saya Kata Mungkin Akan Balik 4 Bulan Lg ..
Which Is End Of The Year .. Hahaa ..
Redha Je Laa .. Da Tanggungjawab Dia Kan ..
Lgpun Kata Dia Nak Turun Lambat Sikit Sbb Nak Cari Duit Utk Modal Beli Rumah ..
Mmg Betul, Berkawan Dgn Pkerja Offshore Ni Perlu Banyaaak Sabar & Paling Penting Setia Dan Percaya Each Other .. :)
Oh Ya Fiza & Yg Lain2, Dia Dah Tanya Saya Soalan ITU .. Hehehe ..
Ya Allah Segan Saya Di Buatnya Bila Dia Tanya Soalan TU .. >.<
InsyaAllah Plan Kami Nak Tunang Tahun Depan And Nikah InsyaAllah 2015 nnt Selepas sy Tamat Study Sume nnt .. :)
Doakan Kami Ya .. Btw, Hope Sume Kat Sini Happy2 Selalu Wlaupun Jauh Dari Si Dia Ya .. Biar Jauh Di Mata Asalkan Dekat Di Hati .. <3

yatie said...

wkslm nina...selamat hari ry aidilfitri..semoga apa yg dirncng d permudhkan olhNYA...akak thn nie msuk thn kedua perkahwinan dn thn kedua gak x dpt beraya bersama suami tersyng...da tugas suami kan..nak bt mcm mn..sedih gak hati tp kena gak kuatkan semgt dn bykkan besbr..hanya doa yg dpjtkan semoga suami sukses dn siht selalu...wlu jauh d mati tp tetp dekt d hati..kak yatie.

AuraFIza said...

kak yatie

Pheewiitt.. Dah boleh drive! Hekhek. Meh bawak kite jalan pusing-pusing. Boring nih. Fiza pun tak dapat beraya dgn husband this year. Pagi raya, hubby call. Menangis tak hengat! Mak mertua tengok pun join nangis sekali. Hehe. Sebak sangat rasa. Dengar takbir je menangis lagi. Dah seminggu raya, baru la hubby balik. Baru la mood raya tu datang. Hehe. Ni dia baru balik 2hari lepas. Keseorangan balik. Macam tu je la rutin kita sebagai isteri si pelaut. Hehehe.. Selamat Hari Raya kak!!

AuraFIza said...

Nina M

Eh.. Apsal macam bau nasik minyak je ni?? Huahua.. Happy for you dear! Semoga jodoh berpanjangan :)

Alhamdulillah dah boleh biasakan diri dengan Inchik boyfriend. Nanti dah kahwin takde la kejutan sangat kan. Walaupun rindu, tapi sebenarnya rindu tu sangat manis dan indah. Makin rindu, makin dalam cinta kita kat dia. Wahh.. Bermadah pujanggan pulak kan. But, that's the truth. Doakan yang terbaik untuk kita semua. Teringin sangat nak jumpa kita-kita semua ni kannn. Mesti best dapat share2 cerita. Hehe..

Btw, Selamat Hari Raya. Lamanya laaa nak tunggu sampai hujung tahun ni? Dia naik pelantar mana ni ek?

Nina M said...

Kak Yatie .. Aamiin .. mekasih doanya .. :) alololo kesianya raya without hubby .. huhu .. bnyak2 sabar la ye .. da tanggungjawab dia .. yup mmg betul tu, jarak tak mnjadi masalah selagi dua hati bersatu .. cewahhh! hahaha ... harap semuanya dipermudahkan antara kak yatie and suami ..

Nina M said...

Fiza ... hahaha .. bau nasi minya ke ..? jiran sebelah umah masak kot tuuu ... hahaha ... nasi minyak saya lama lg laa .. bru mrancang2 .. hehe .. :)
InsyaAllah .. Aamiin .. mekasih doa nya .. :)
Alhamdulillah .. bole la tahan sikit2 air mata ni .. tp kdg2 mnitis gak .. haha .. >.<
Ni pon ngah tggu 3am .. nak 'dating' kat facebook ngan dia .. haha .. kat facebook je la bole berhubung .. sbb blm pasang phone satelitte lg katanya .. dia now blayar kat trengganu .. tp nnt kapal dia akan ke sabah next week .. Wallahualam .. x sure sgt sy .. hehe .. masih blm pro bab2 camni .. >.<
haha .. tu la. klau jumpa mesti best kan .. bnyak cerita bole share2 .. sbb kdg2 cerita dgn org lain, dorg susah skit nak faham .. haha .. even our own family .. btl x ..? thats y saya happy jumpa blog ni .. release skit rasa berat kat hati ni dpt luahkan kat somebody that can understand .. :)
Fiza suami bile balik lak ..? hehe .. sabar je la yee ... tunggu tunggu tunggu daaaan tunggu .. hehe .. :)

yatie said...

salam fiza...orng sbh kata..baaa mari la kita jln2 pusing2..hee.hee..jom akak bw jln2 pusing2 bndr tawau..heee...okay la suami fiza da blik beraya..suami akak x blik lg..nie da msuk 3 bln lbh x cuti2 lg..huuu.huuu.jwbnya sbr menanti ..hee.heee
klu kitaorang dpt jumpa semua..mesti seronok kan..mrsti byk crta dn penglman pahit manis dpt d kongsikan bersama2..heee..

yatie said...

salam nina.Amin...Insyaalah....trm kasih ngan doanya..nie akak still sbr menanti suami blik bercuti..rindu sesngtttttt...heee.heee

Anonymous said...

Assalam...hye fiza kebetulan nama sama n hubby also keja offshore, da 4 bulan hsbn keja x blk lg,., rindu sgt2, buat sekian kalinya x dpt puasa n raya sama, dan end last year bersalin hsbn pun x dpt blk, bby da 2 bln lbh baru dpt jumpa papa dia...ape pun moga hsbn2 kalian yg kerja offshore sentiasa sihat dan dilindungi oleh Nya,.,

yatie said...

salam perkenalan...sy yatie...kita serupa da msuk 4 bln suami x balik lg...x dpt puas dn hari raya bersama..sbr dn tabah slalu ... hanya mampu berdoa semoga suami sihat2 slalu dn d permudahkan segla urasan kerjanya dn sentiasa d bwh lindunganNya...amin...kak yatie

AuraFIza said...

Fiza (Nama yang sama) Hehe

Salam perkenalan :)

Lamanya tak dapat jumpa husband. Sekali dia pergi berapa lama? And kalau cuti pulak berapa lama? Lucky me sebab husband pergi paling lama setakat ni pun sebulan setengah. Then, cuti seminggu. 4 bulan lama jugak tu!! Alhamdulillah.. Awak dah ada baby pun. Girl ke boy?? Selalu2 la tunjuk kat baby gambar papa dia. Or rakam video and tunjuk kat dia. Biar dia kenal tu papa dia. Seronoknya. Husband takde pun, tapi ada anak. Saya ni.... Entah bila nak dikurniakan zuriat. Huh.. Emo pulak! Hehe..

Banyakkan bersabar wahai kawanku. Lagi2 ada anak kecik tanpa suami di sisi. Banyak cabarannya. Kuatkan semangat. Kita doa sama2 untuk geng2 macam kita ni ye :))

AuraFIza said...

Kak Yatie

Akakkkk.. Lama tak borak! Hehe.. Sibuk update belog sampai dah lupa kat entry ni. Hehe.. Kak sihat? Apa kabar la si Nina tu kan.. Hehe..

Bila husband akak balik? Btw, memang nak bagi jeles ni. InsyaAllah lusa husband saya balik. Then nak pegi honeymoon. Hehehehe.. Jeles tak?? Haha. Jahat kite ni kan!

Doakan perjalanan kitorang selamat. Akak jaga diri tau..

yatie said...

salam fiza..Alhamdulillah akak sihat2 jak wlupon en suami 4 bln lebih br blik bercuti..heeee...suami akak da balik bercuti 27hb sept yg lalu..syukur alhamdulillah....penganti baru lg akak..bhaa...haaa..
selamat berhoneymoom fiza..semoga berhasil yea...hee..heee..

Nina M said...

Ping Ping Ping ..!!
Assalamualaikum ... Mana Semua ..?? hehehe ... Lama tak bukak entri ni .. almaklum laa, bz cari rezki .. hehe ..
Ape khabar sume ..? suami tersayang kat laut ke kat darat ..? :)

AuraFIza said...

Kak Yatie

Salam kak.. Ya Allah.. Lamanya menghilang kan? Huhu. How's life? Sihat tak? Husband sihat? Hehehe....


Nina M
Salam... Haaa semua menghilang. Semua dah lupa nak share cerita kat sini. Hehehe.. Kite sihat je. Nina cmana skarang? Ok tak? Apa cerita terbaru? :)

kak yatie said...

salam fiza..alhamdulillah akak..suami..sihat2 jak..hope fiza..suami n seisi klrga sihat2 dn sukses slalu...

Anonymous said...

Assalam... suka baca topik ni.. semoga kita semua kuat semangat menunggu suami kita balik onshore..
Suami saya pun kerje offshore dlm masa sebulan.. Dulu lagi teruk..saya kerje pramugari langsung susah nak jumpa..sorang ke langit sorang ke laut
Sekrg jadi housewife tunggu suami yg tersayang..

Nina M said...

hye hye ! bru pasan .. hehe .. Alhamdulillah .. insyaAllah bulan 8 ni brtunang .. tahun dpan nikah .. then jadilah isteri pkerja offshore mcm korg sume .. hehehe .. nervous giler ..
doakan saya yaaa .. ;)

AuraFIza said...

Kak Yatie

Amin.. Semoga Allah mudahkan life kita tanpa suami di sisi :) Macam biasa.. Counting days! Tik tok tik tok.. Hihi..


Anonymous

Salam sis.. Thanks for dropping by kat belog yg tak seberapa ni. Hehe. Wahh dulu kerja pramugari ye? Bestnyee.. Huhu. Tapi tu lah kan. Kalo still lg bekerja, mesti la lagi tak byk masa dpt jumpa husband. So skarang, hows life as a housewife? best tak? Kadang-kadang mesti rasa bosan kan. Macam saya!! Haha.. Bila time husband nak balik je, mula la menghitung hari tak habis2. Hehehe..


Nina

Wahhh.. Dapat good news!! Tahniah. Semoga segala perancangan dan majlis nnt akan berjalan lancar. Nanti tepek la gambar kat sini. Nak tgk gak. Hehe.. Jaga diri baik2 k..

Nina M said...

Hehehe .. Aaminn .. InsyaAllah .. Mekasih Doa nya .. :)
Haha .. Gambar ye ..? InsyaAllah .. Nanti pape orang update okie .. for now, busy cari rezki .. heheh .. :)
btw, good luck Fiza .. Happy waiting Mr. hubby .. :)

yatie said...

salam fiza .dn salam gak tuk semua..sm2 la kita semua sbr dn tabah melalui kehdpn tanpa suami stp hari d sisi..semua tu menjadikan kita sentiasa tegar..segala2 kita kena berdikari...fiza dn rakan2 semua doakan akak semoga sihat slalu dn selmt melahirkan
pd hjung bln 6 nie..:-).. kak yatie

AuraFIza said...

Nina M

Yelah.. Orang nak kawin kan. Mestilah busy. Hehe.. Nanti jangan lupa update k. Keep in touch!


Kak Yatie

Akak dah nak bersalin??? Wahhh.. Bestnya. Fiza doakan semoga dipermudahkan segalanya and semoga akak n baby selamat dan sihat. Doakan turn kita pulak lepas ni. Nak baby jugak! Wuuu...


Btw, Fiza ada update baru pasal luahan perasaan bila suami kat tengah laut. Kalau rajin, boleh la baca entry orang tengah marah. Hehehe.. Boleh pegi kat link ni :

http://aurafiza.blogspot.com/2014/05/bila-suami-kerja-offshore-part-2.html

kak yatie said...

Salam fiza..
Tq doanya..akak doakan semoga pas nie fiza dn suami jgk akan d kurniakan rezeki zuriat..doa dn usaha yg x putus2 kpdNYA..insyallah dng izinNYA pasti berhasil..amin :-)

Anonymous said...

Sedih nye

Anonymous said...

Nasep kite serupa...beza nya sy bertunang....tunang sllu naek smpi 3bln..sesih sgt...tunang sy cmpany amerstrand ..baru blik 6hari..da belayar semula...tuhan...sesih xterkata.tips nk ilgkn sedih ada x...hehee

kak yatie said...

Salam fiza n semua shbt..apa khbr..lama x dgr khbr..salam ramadhan dn selamat bepuasa..

Anonymous said...

Hai kak..adoi ai..baca blog akk buat sy terpk kuat ke sy..tabah ke sy nk lalui saat2 seperti akk.sy belom tawen lg..bf kje offshore.kdg2 jeles sgt tgk org lain dpt spend time same2..tp ape boleh buat.bila aty da syg..sbb syg la sy cuba bersabar..hopefully sy mampu setabah akk..

Unknown said...

Seronok baca blog ni..kwn2 sy xde yg memahami apa yg sy rasekn bile cinta haty sy kerja offshore..hmm..pd siapa lg sy dpt luahkan apa yg sy rase..sy harap sy d trima d blog ni..sunyi sgt rase..c dia jauh d mata..doakan sy sekuat akk2 sume ea..

AuraFIza said...

Amy Amyza

Banyak2 bersabar ye. Ni lah dugaan pasangan seorang pelaut. Hehe. Bila kita terima dia, means kita dah bersedia terima apa je yg ada pada dia. Kekurangan dia. Kelemahan dia. Kerja dia. Family dia. Hidup dia.. Yang penting kena kuatkan semangat. Takmo sedih-sedih sangat. Nanti jadi stress pulak. Kesian dia yang kat sana nanti tak boleh buat kerja pulak. Kuatkan semangat k.. Nanti lama-lama okey la :))

Unknown said...

Maceh atas semangat tu kak..sblm terima dia,sy da pk risiko yg bakal yg tempuhi..kna belajar terima keadaan ade c dia dgn xde sama je.tp so far..alhamdulillah..sy dpt trima dia seadanya..dgn cara kje dia..cara hdop dia..tp tu lh..bile perasaan rindu tu dtg..mau meroyan jugak d buatnyer..hehehe

Unknown said...

Assalamualaikum akak2 smua..hihi...seronok baca blog..wlaupn blom bsuami..tp bf kje offshore gak..dah 3 mggu dia ke laut..kdang2 jeles gak tgk psangan lain..hihi..tp nk buat mcm mana..dah pkrjaan diorg mcm tue..sumber rezeki..ada gak yg btnya bf kja apa...sya jwb je nelayan dan mampu tersnyum..semoga sy sekuat akak..amin..hihi..bru bf..klau dh jadi suami..besar lagi tgungjwabkan..smua bnda nk urus..insyaallah..

Anonymous said...

Salam...

sy aishah, bakal tunang sy pun sedang berada di laut skrg. banyak kali dh dia pegi offshore tp kali ni paling mencabar. sy tak dapat berhubung langsung dgn dia. selalunya bole je email, wassap ,viber etc. tp kali ni betul2 mencabar kesabaran. sy tggu dia siang malam pagi petang tp lgsg xde khabar berita. smpi demam2 & kene keracunan makanan lg akibat x jaga kesihatan risaukan dia. keje2 sume terganggu. tataw dh cara cmne nak berhubung dgn dia. hp jgn ckp.. mmg sntiasa kat tgn. mandi pon siap bawak g toilet.sy risau sgt2 keadaan dia di laut sana. sbb kali ni sgt berbeza dgn offshore y penah dia pegi dlu. :(

dia keje under alam maritim juga. bila hati tgh sedih kt office ni, terus google pasal suami keje offshore. terus klua blog y bermakna ni. Alhamdulilah terubat sikit sedih. walaupun x berkahwin lagi... tp kerisauan kesedihan tu dh mcm org berkahwin. xde ke group utk isteri2 laki offshore? nak join juga kalau ade. hehe

NORMAL ke if dia x contact dalam sesuatu tempoh? masuk hari ni dh 4 hari takde khabar berita dari dia. mohon sesiapa ade pengalaman.. share2 skit :) time kasih admin utk post ni :)

MiszNurFizah said...

Salam, situasi fiza sebijik mcm situasi sy..setiap hari menangis je..mmg sbg isteri kite kne kuat...tp dlm hati, allah je yg tahu betapa sedihnya hati..zuriat pn belum ada lg..tp sy setuju dgn saudari fiza, suami pergi mencari rezeki...rindu suami sy juga..

Unknown said...

Assalamualaikum..akhirnya sy jmpa jgk blog yg bermkna ni...segala perkongsian akak2 semua memang bermkna bg sy..skrang ni sy kuat n tabah dlm mnghadapi hari2 mndtg..trima ksih akak2 semua sudi share story psal khidupan isteri pkrja kapal ni...ingt sy sorang je yg tgh sedih mnnggu si dia...tp bila jmpa blog ni...senang hati...akak2 semua memang terbaek...doakn sy jugak tauu...hehe...inshaAllah...

Anonymous said...

Assalam....sy ju'a....n alami benda yg sama..ni pun ngah tggu die blk Dr offshore...sepatutnye 28hb aritu blk dah.but x tau nape sampai skrg Ni x sampai2 LG..try to contact die..tp xdpt..ati Ni jgn ckp la.hanye Allah je tau betapa risau Nye Sy kt die...selalu msti die blk on time..ade x sape2 pernah alami situasi mcm Ni...?? Tiap Ari duk nangis je risau kan die..wat keje pun dah x leh nk focus...anyone help me plez.. Wu Wu Wu...

Unknown said...

Salam.. Tiba2 harini ni rasa rindu sgt dgn suami..dah 3 tahun suami kerja offshore pergi sebulan balik seminggu...selama 3 tahun saya jaga anak sendiri dan uruskan smua sendiri..anak sy pon berusia 3 tahun...sekarang pregnant anak no 2... Kadang2 x sggp bila time kita perlukan dia.. Rindunya..sy pernah sakit masuk wad tp suami x boleh balik..xda org ganti... Sedih sgt...parent dekat tapi tetap x sama kan..kita wanita hebat...walaupun tido malam bermain air mata... Semoga suami kita sentiasa selamat pergi dan balik ke pangkuan keluarga...

Anonymous said...

Assalammualaikum..Moga2 akk2 semua dlm lindunganNya..rse terpanggil pl nk share kat sini.. hehee..seronok baca pengalaman akk2 semua.. Sy pn baru mengalami situasi mcm akk2 semua pd thn ni..takuttt pon adoo bila baca pengalaman2 akk semua..Kuatkah sayaaa ni??���� -Aimi-

Anonymous said...

Akak pun sama jgk....bf akak keja offshore....mmg seksa rasenya menunggu dia balik melasia. Klaw dah kawin sok2 tak tau la camne. Harap2 jodoh akak n bf akan berpanjangan n berkekalan....aaminn

Unknown said...

kepada akak2 yg cantik, if ada encik suami or encik boipren or encik tunang ada kekosongan dekat yard or plant or inshore kosong, mintak2 tlg rekemen, sy dh cekang mata sent resume. Saya baru abis kurus NIOSH under safety kos and exam x amik lagi (kumpul duit) and takut sijil mereput haha, if ada la department nak safety trainie or assistant mintak tlg rekemen..email saya anashelmi.abdulaziz@gmail.com. terima kasih

Anonymous said...

Assalammualaikum .. suami sy pon kerja offshore .. kemarin pagi baru balik keja .. arini ari kedua balik keja .. baru p keja dh rindu .. hmm .. tapi sy dh semakin kuat walaupun ada jgk nangis .. skrg mcm dh bleh trima knyataan .. dlu mcm x bleh .. keja nangis .. buat apa pon asyik nangis ja .. skrg alhamdulillah .. dh x cengeng sgt .. hihihi .. tp arini masih brasa sayu skit lg ni sbb bru hari kdua suami p keja .. Kita isteri n pasangan yg kuat utk pasangan kita .. klu x Allah x uji la kita cmni kn? Semoga kita semua mampu hadapi ini semua .. Aamiin Ya Rabbal Alamin .. Yg benar,SYAMIMI .. hehe .....

Anonymous said...

assalam syok nya baca blog ni ..blog ni sangat lah bg semangat kat diri sy..beruntung akak2 semua hsband pg 3 bln ja ..tp fiance sy 6bln bru blik ..�� srbut nya rasa nk tmpuh ary mndtg lpas kawin..klau dah jdoh ��

IsyFarhana said...

Bc blog ni sedih lak.. bakal husband dah 3 bln xdpt nk contact. Last contact dia ckp tggu dia ekk.. huaaaahhh.. keje kat celtric sea.. mcabar sungguhkn dpt pasangan keje offshore.. dah syg. In shaa Allah boleh lalui.. tgh kuatkn diri gak ni.. 😂

Anonymous said...

nike outlet, air max, nike roshe run, prada handbags, replica watches, ray ban sunglasses, nike free, sac longchamp, louis vuitton, ray ban sunglasses, longchamp outlet, louboutin, tiffany jewelry, louboutin pas cher, longchamp outlet, tory burch outlet, michael kors, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, jordan shoes, longchamp, replica watches, oakley sunglasses, louis vuitton, ugg boots, kate spade outlet, uggs on sale, louis vuitton outlet, ralph lauren pas cher, ugg boots, air jordan pas cher, nike air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren outlet, tiffany and co, cheap oakley sunglasses, burberry, longchamp pas cher, prada outlet, louboutin shoes, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, louis vuitton, oakley sunglasses, chanel handbags, nike free, louboutin outlet, nike air max, polo ralph lauren outlet

suya said...

salam.. sy baru tgk blog awk.. sy google sbb suami sy pun baru je pergi offshore 2hari lepas. dia 1st time ke offshore. n 1st time jauh ni. sy baru 10 bulan dgn dia kahwin. sedih lah sbb dia kata smpi offshore boleh msg.. tp tggu2 smpi skg xmsg pun. rupanya di offshore mmg xleh contact lgsung ke? sedih pulak.. sbb dia ada di sana sebulan. lama jugak. dia g sana pun sbb ada projek bwh company abg dia.. maknenya dia xleh msg atau call ye dr sana? hmm.. :(

Nur said...

Samala sy pun sebelum ni tak pernah tau kerja apa kebenda ni sy pun bru knl mamat kerja offshore bru kenal dah kena berlayar dkt 4 bulan la sy takleh berhubung dgn dia langsung ..sy pun tak tau camne nak hadapi harap sy leh bertabah cam akak2 kt blog kt atas ni..😢😢😢 kdg2 jiwa ni rasa kacau je harap allah kuatkan sy ..lepas baca blog ni at least sy rasa kuat sbb ada senasib ngn sy heheh...harap moga jodoh kami berkekalan amiin..

Liyana mohd shah said...

Masih valid ke saya nak komen dekat entri ni.. Hehehhehe. Sy baca komen akak2 semua buat hilang kesedihan sy. Sy baru je kenal sesorg.. Dia kerja offshore jugak kat ganu.. Kenal tak lama pun tapi dah plan nak kawin.. Nak kata bercinta pun tak jugak.. Hahhaha.. Harap dapat jadi macam akak2 diatas.. Sentiasa faham kerja suami.. Tawakal dan reda..

Diya said...

Sama lh dgn sy.. Bakal suami sgt sibuk.. Plg sedih ms shutdown. Hnya dpt sms bila kt cabin je.. Bertabahlah

Ryu hana said...

Assalamualaikum. Sy juga. Sedih gila. Tak tau nak luah kat sapa. Tak tau nak bg tau mcm mana. Berendam air mata pon dah. Stress pon ada. At last google cari suami offshore supaya dpt sedikit pengalaman yg sama. Bg org tak lama. Yg menunggu tu yg sakit 3 bln mcm 3 thn. Semoga hati ini tabah.

loolahermosa said...

salam..sy baru berkhwin dgn org kerja offshore rupanya ramai yg rse apa sy rse. sy smpi goggle supaya dpt bljr serba skit. sy ingt sy je stress and sedih. semoga sy bleh tabah mcm istri2 pekerja offshore yg lain😔

Anonymous said...

Asssalammualaikum akak2 semua..
masih boleh lagi ke saya comment disini.. sebab baca comment semua dah lama.. hee.. suami saya pun baru seminggu kerja kapal offshore.. sedihnya hanya Allah saja yang tahu.. nak pulak saya tengah mengandung anak sulung sekarang ni.. memang emosi tak stabil.. asek nak menangis je.. semoga saya boleh kuat macam isteri2 org offshore ni.. memang hebat.. tolong doakan saya ya..

Botscrew said...

Sama lah saya pun pelaut, tiada kata yang dapt di gambar kan di hati kami yang selalu berjauhan

elitaj said...

"Mauttomuus paljastus jätteet
gemüseschäler edelstahl
aderendhülsen set mit zange amazon
iphone xs armband
nike suede high tops vintage wrench
faldas cortas moda 2016 restaurante
fashion rings alignment
sandwich collectie voorjaar 2016
rieker 608b4 35 squat
fitflop verkoopadressen karton alarm
نظارات فندي رجالي
flensborg dametøj
Sukeltaja pito hiilihydraatti maapähkinät
3 i 1 staffeli
60w led chandelier bulb
smiješne dioptrijske naočale
עגילים ארוכים עם סברובסקי
adidas súlyemelő öv sjećanja
grillox cintura
kompresijas zeķes
minnie mouse in red polka dot dress
jordan 34 designer Innereien habe
city jersey timberwolves
4278 ray ban Kirju grill
awangardowe okulary przeciwsłoneczne
airfryer verkkokauppa
"