Monday, November 2, 2009

Bad Luck

Rindunya pada blog ni.. Tak tipu, okey!

Sebenarnya memang tiap-tiap hari pun aku jengah-jengah blog ni, tapi cuma malas nak update. Tak tahulah kenapa. Mungkin tak ada something interesting to share kot. Lagi pun sangat busy for the exam preparation. Dah start exam dah tadi. As I mentioned before, aku ada dua paper hari ni. Huh.. Berserah je lahh. Tak perlu kot nak komen apa-apa. Past is past. More focus on the next paper. International Finance - Khamis ni (5 November 2009).

In the previous entry, aku merungut-rungut sebab sakit perut. But, for this entry, aku nak mengadu yang kepala aku tengah sakit gila ni. Berdenyut-denyut. Dah telan panadol Actifast tadi. Tapi tak okey juga. Ingatkan nak tidur awal, tapi bila baring je, mata pulak tak boleh nak lelap. Dah terbiasa sangat tidur lepas subuh.. Haaa.. Ni lah padahnya..

Ouh.. I forgot something la. On last Saturday (31 October 2009) - Birthday ayah terchenta! Aku dah wish dah. Cuma lupa nak buat special entry kat sini. Sebab masa Birthday Aid, Mak dan Ika, aku buat special entry. Tiba-tiba birthday ayah, boleh lupa pulak. Bukan lupa, cuma tak berapa nak ingat. Heee~ By the way, aku memang dah wish ayah dah on that day. Itu yang penting.. Tapi tadi aku tengok blog Ika, dia dah buat dah special entry untuk ayah. Kira dah ada wakil lah kan. Sama jee ;)

Hey guys.. You know what?? Hari ni adalah hari yang malang untuk aku!! Aaarghhhh.. Tak apa. Ujian kot kan? Pagi tadi aku kan ada exam. Then, habis je exam, aku kena pergi bilik lecturer untuk bincang pasal assignment. Lepas tu, pergi lunch. Perut dah kenyang, kitorang pun balik kolej. Sampai je bilik, aku terus bukak nota untuk exam malam pulak. Tak sampai beberapa minit, mata aku ngantuk yang tersangat2. Aku pun tertidur. Err.. Macam lambat je kan nak cerita satu-persatu. Aku terus skip cerita je la ehh.. Masa nak pergi exam malam tadi, aku dah siap2 dah ni. Aku pun cari kad matrik dan IC aku sebab dalam dewan peperiksaan, benda tu memang penting. Kalau tak ada, boleh menimbulkan masalah besar! Cari punya cari, memang tak jumpa.. Apa lagi.. Memang hilang la benda tu. Pehhh.. Tension gila. Dah la nak pergi exam. Ditambah pula denga denyutan sakit kepala ni lagi. Adeii.. Tapi aku rasa IC dan kad matrik tu tercicir dalam bas masa balik kolej tengahari tadi. Agaknye laahh..

Tak cukup dengan kekusutan yang tersimpul rapi tu.. (ahaa.. Amacam ayat baru? Okey tak? Muahaha), datang lagi satu masalah. Masa dah elok2 ambil tempat dalam dewan peperiksaan tu, aku baru perasan beg handphone aku tak ada!!! Panik tak panik la kan.. Tapi cool lagi.. Sebab rasa macam yakin mesti ada dekat2 situ je. Pandang kiri, pandang kanan, pandang belakang... Memang tak ada! Apa lagi, terus keluar dewan dan cari-cari kat luar dewan. Tapi tetap tak ada. Hurm.. Dalam panik tu, terpaksa juga jawap exam. yelah kan.. Ni kan final sem aku. Takkan la nak skip exam disebabkan handphone pula kan. Tiba-tiba, ada announcement, "sesiapa yang kehilangan handphone, sila jumpa dengan saya lepas habis peperiksaan ni.." aku pun apa lagi.. Tersenyum kambing laa.. Hahaha.. Legaaa..

As a conclusion, I am too careless!! Dulu selalu marah-marah adik aku, Ika sebab dia memang careless dari dulu. Tapi sekarang aku yang jadi makin careless dari dia. Hahaha.. Kawan-kawan pun semua marah aku. Sebab memang diorang akan pantau barang-barang aku. Kalau diorang terlepas pandang, aku pun apa lagi, memang tak pandang langsung. Huhu.. Nak buat macam mana kan. Dengar je lah diorang membebel. Dah memang silap sendiri..

Okey.. Enough! Baru perasan.. Hari ni tak ada gambar kan? Lahai.. Malas nak upload apa-apa gambar. Cukuplah sekadar membebel-bebel kat sini je..

Jap2.. Sikit lagi nak habis..

Penutup...

Aku sayang dia.. Heee~



2 comments:

DeAnAiNi said...

ayat penutop sggh menakjubkan wekeke ajar ak wt private 2.. i need 2 protect my blog 2...

AuraFIza said...

ayat mahal tu..
i said and i really meant it..
muehehe..

nk aku ajar?
wokehh..berehh!!