Sebelum masuk tidur, tiba-tiba TERrajin pulak nak hapdet. Tapi tak la rajin sangat nak menaip panjang lebar. Just a short entry I think...
Sekadar perkongsian dan peringatan kita bersama..
Rasanya semua dah sedia maklum yang kita sekarang adalah golongan akhir zaman. Tanda-tanda kiamat kecil dah pun lengkap kesemuanya. MasyaAllah.. Takutnya! Selalu tertanya-tanya pada diri sendiri. Apa persediaan yang aku dah buat? Berapa banyak amal yang aku ada? Macam mana ngerinya suasana hari Kiamat nanti? AllahuAkbar.. Terasa hari itu dah dekat sangat.
Berkenaan dengan Dajjal....
Ya, ia pasti akan muncul. Cuma kita tak tahu bila. Boleh google untuk baca cerita-cerita berkenaan Dajjal. Apa yang boleh aku ingatkan dan share, silalah bersedia untuk elakkan diri daripada fitnah Dajjal. Bersedia dengan cara apa? Okey.. Mulai sekarang, hafal lah 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi. Dan sebaik-baiknya bacalah Surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat. InsyaAllah.. Kita dapat terhindar daripada fitnah Dajjal yang sangat dahsyat..
10 Ayat Pertama Surah Al-Kahfi |
10 Ayat Terakhir Surah Al-Kahfi |
Hari Kiamat PASTI akan terjadi. Mungkin Tahun depan.. 2 tahun lagi.. Atau mungkin esok lusa? Ia rahsia Allah. Sama-samalah kita saling mengingatkan yang sedang leka dan lalai. Sama-sama juga kita berusaha tingkatkan amalan. Aku terasa diri ni sangat kotor dan hina. Entah sempat ke tak taubat diterima Allah. Hurm..
Tiba-tiba rasa seribu macam perasaan. Takut, seram, sebak, menyesal, teruja... Semua bercampur macam rojak. Mesti susah nak lelapkan mata kejap lagi.
Okey. Good night!
* Doakan kesejahteraan semua Umat Islam di dunia ni *
2 comments:
+10
memang keadaan dunia sekarang dah kucar kacir..kita kat malaysia ni pun dah nampak tanda2 nya..
.
.
ermm..ntah sempat ke tidak abg ni dapat kawin..hehe
Abg Rafi
Betul betul betul.. Macam2 dah jadi kat Malaysia and kat dunia ni. Semuanya berkaitan jelas dgn tanda nak kiamat..
Errr.. Org pun tak tau sempat ke tak nak ada anak.. Hoho!
Post a Comment