I supposed to write this entry a month ago. Tapi tak menyempat.
18 Febuari 2013 - Genaplah tiga tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas rasa kebahagiaan ini. Susah senang, suka duka, pahit manis, dugaan rintangan... Semua kami harungi bersama. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Kami pegang tu sebagai prinsip hidup kami.
Hidup berjauhan ni memang sangat mencabar! Bila si isteri sunyi, perlukan si suami kat sebelah, tapi dia takde. Jadi si isteri mula lah meroyang tengah-tengah malam. Biasanya sebelum tidur. Haha.. Seksa woo! Masa ni airmata je lah jadi bff! Haha. Alah bisa tegal biasa. True! Tapi ada masa tu, memang tak dapat kawal emosi dan perasaan.. So tak boleh buat apa. Hadap je lahhh...!
|
Celebrate annivesary kat Bali. Awal sebulan daripada tarikh sebenar.
Sebab takut husband tak dapat cuti masa 18 Febuari tu... |
Harap-harap husband baca entry ni. Kadang-kadang dia rajin jugak skodeng belog bini dia.. Hihi..
Dear Bie, my husband, my love, my sweetheart, my hero, my everything..
Terima kasih kerana....
Menjadi suami yang terbaik,
Sedaya upaya memenuhi segala permintaan isteri mu ini,
Sentiasa mengalaskan lengan mu di waktu tidur,
Tidak sesekali bosan mengucapkan I LOVE YOU setiap hari dan setiap kali lepas habis call,
Menjadi pembantu dapur yang super hebat,
Memicit kepala dan badan dengan setia dan tak mengeluh,
Nak tulis semua tak terlarat sebab banyak sangat yang mesti dikenang sepanjang hayat. Thanks for everything, Bie!!
Semoga rumahtangga kita akan jadi yang lebih baik lagi untuk hari-hari yang mendatang. Semoga dapat terus menjadi Imam ku hingga hujung nyawa.
I love you to the moon and back!
|
Surprise!! Ni masa celebrate on date! Seronoknya lahaii dapat jugak bersama dengan husband masa tarikh annivesary hari tu. Celebrate kat Melaka je pun! Haha. Last minut planning.. Bila ingat balik, kelakar pulak... |
|
Husband dah bawak pergi bercuti dua tempat sempena annivesary ni. Siap ada surprise semua.. Best best! So, wifey pulak nak pecah otak fikirkan present untuk husband. Maka wujud lah hadiah ini. Love Story Book! I falling in love with this book. Sumpah cute! Haha.. Hard cover. Glossy paper. Tajuknya 10 Reasons Why I Love You. Siapa nak baca novel ni, sila pm. Haha! |
Okey. Enafff! Doakan yang terbaik untuk kami ye. Sesungguhnya aku benar-benar inginkan hubungan ini kekal hingga ke syurga. Amin Ya Rabb!
6 comments:
happy aniversary
Nurzakiah Hanum
Thank you sis! :)
Happy aniversary..moga kekal hingga ke jannah..tolak ansur tu yg penting n saling memahami..im happy for u..happy n love each other always..
kak ya..happy anniversary...sweet sgt..may Allah swt bless u both always...
Rafi
Amin.. Thank you so much abg! InsyaAllah akan sentiasa ingat pesan abg tu. Tak sabar tunggu turn abg lak. Hikhik :P
hamdya
Amin.. Thank you kazen!! :)
nike outlet, air max, nike roshe run, prada handbags, replica watches, ray ban sunglasses, nike free, sac longchamp, louis vuitton, ray ban sunglasses, longchamp outlet, louboutin, tiffany jewelry, louboutin pas cher, longchamp outlet, tory burch outlet, michael kors, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, jordan shoes, longchamp, replica watches, oakley sunglasses, louis vuitton, ugg boots, kate spade outlet, uggs on sale, louis vuitton outlet, ralph lauren pas cher, ugg boots, air jordan pas cher, nike air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren outlet, tiffany and co, cheap oakley sunglasses, burberry, longchamp pas cher, prada outlet, louboutin shoes, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, louis vuitton, oakley sunglasses, chanel handbags, nike free, louboutin outlet, nike air max, polo ralph lauren outlet
Post a Comment