Saturday, December 14, 2013

Kuatkan Hati!

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar!!

Ujian kecil yang Allah bagi. Tapi rasa macam tak tertanggung. Hati resah, fikiran bercelaru.. Mungkin Allah turunkan ujian sebagai peringatan supaya jangan terlalu leka dan lalai. Mungkin juga inilah hikmah untuk aku terus mendekatkan diri kepadaNya...

Entah lah....

Tak boleh fikir dengan waras sekarang ni. Apa pun yang jadi sekarang dan akan datang, semuanya berbalik pada Allah swt.

Waktu kritikal macam ni sememangnya mengharapkan husband ada kat sebelah ni. Bila dipeluk mungkin kurang jugak rasa sedih ni kan.. Tapi apakan daya....

Harap aku dapat kekuatan untuk menerima apa je yang akan berlaku lepas ni. Yup, mesti kena kuat! Jangan give up. Jangan stress. Jangan mengeluh.. 

Rabbi Yassir Wala Tu'assir....



3 comments:

Farah Annur said...

Sabar ye kak..mungkin ada hikmah disebalik ujian yang Allah berikan kepada hambanya. Kita sebagai hamba seharusnya bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah. Saya doakan akak sentisa berada dibawah lindunganNya. Amin. :)

AuraFIza said...

Farah Annur

Amin.. Thank you for your support. Life must goes on.. Selalu remind diri sendiri untuk sentiasa think positive. InsyaAllah.. Everything will be okey kann :)

farazura said...

Kuatkan semangat ye..
Sebenarnya, saat kita tidak lagi berupaya utk menanggung apa yg berlaku pd kita, ada lg orang lain yg lbh bernasib malang drp kita..