Tuesday, May 7, 2013

Aku Rindu....

Ya Allah Ya Rabbi.. Lately, perasaan rindu sangatlah menebal, setebal kamus dewan yang besar tu. Huahua. Tak tau kenapa perasaan rindu datang makin kerap. Macam-macam yang aku rindukan. Kadang-kadang sampai nak meleleh ayaq mata. Hamboihh. Emo sangat aku ni. Awat plak kan? Eh tiba-tiba keluar loghat utara kan. Tu tandanya aku rindu :)

First thing yang paaaaling aku rindu, of course lah rindu nak spend time dengan my hubs. Dah sebulan tak jumpa! Nasib baik dia boleh call kat tengah laut tu. Dapat dengar suara pun jadik lah. Tapi bila bukak FB, tengok member pergi jalan dengan hubby dia, tiba-tiba rasa macam nak ikut si suami pergi tengah laut. Sebab kitorang dah lama sangat tak berhoneymoon. Last honeymoon kat Cameron Highland. Tu pun tahun lepas. Annivessary tahun ni pun tak berjalan mana pun. Setakat round KL je. Huh! Miss that moment :( Hanya isteri-isteri yang senasib je tahu betapa seksanya hidup berjauhan dengan suami. Sangat terseksa. Tapi apakan daya. Ketentuan Allah yang terbaik. So, telan je lah rindu tu, Fiza!

Time flies away. Banyak kenangan-kenangan dulu yang aku rindukan. Rasa macam nak putar balik ke masa dulu. Doraemon, sila datang sekarang!! Rindu zaman study! Arghhh.. Student life always be precious moment for me. Pada yang bergelar student, sila hargai zaman student korang. Rindu kenakalan dan huru-hara kawan-kawan kat sekolah dulu. Masa kat U pulak, aku rindukan suasana dewan kuliah and kolej. Jalan laju-laju sebab nak  kejar masa masuk kelas. Sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berebut naik bas. Yes, berebut! Takde beratur bagai! Ganas diorang tu semua. Naik bas kena tolak-tolak sampai spec terjatuh. Badan dah masuk bas tapi beg tertinggal kat luar pintu bas. Haha. Rasa nak tergelak je bila teringat semua tu. Rindu nak organize projek. Walaupun kadang-kadang projek tu tak 100% berjaya, but still proud with myself. Bukan senang nak organize projek yang melibatkan banyak pihak. Tempat lain tak rasa nak buat macam tu. Huhu.. Banyak benda lagi yang sentiasa je berlegar-legar dalam fikiran ni. Bahagianya hidup pada zaman ni!

Rindu kat my BFFs. Semua dah ada kehidupan masing-masing. Luckily, kitorang tak terputus hubungan even semua dah duduk jauh. Sekali-sekala ada peluang, baru la together-together bawah husband and anak masing-masing. Ni lah namanya Best Friend Forever! 

  • Fana - Kawan dari kecik lagi. Pengantin Baru ni! Baru kahwin dengan jejaka pilihan orang tua last month.
  • Nadia - Mommy-to-be! Sangat jeles bila dia bagitau dah pregnent 2 bulan. Takpe la. Rezeki ko, Nad! Doakan turn aku pulak lepas ni :)
  • Sue - Suaminya adalah best friend suamiku! Haha. Jodoh bertemu masa wedding day aku dan suami. Ouh Sweet!
  • Salina - Selamat deliver 2nd baby last month. Dah ada two angles! Nur Humairah Damia dan Nur Hadhirah Damia..
  • Che' Pah - Dulu booolat! Sekarang slim je. Hehe..
  • Wanchu - Sahabat suka-duka. Walaupun perangai tak senonoh, tapi aku sayang dia! Hehe..
  • Niza - Bakal Dr. Respect habis kat dia sebab kuat semangat belajar sampai Phd sekarang.. Good Luck, Fren!
  • Fina - Lagi sorang pengantin baru! Masa tengah down sebab putus dengan Ex, dialah tempat mengadu. Banyak luah perasaan kat dia.
  • Ayu - Jb Riot! Huhu. Ibu kepada si kembar yang comel. Jelesnya dapat twins! Seorang kawan yang banyak bagi nasihat tentang kehidupan, rumahtangga dan agama.

Kawan, aku rindu korang! Rasa macam nak peluk sorang-sorang.. Pfffff, tarik nafas!


Segala kerinduan yang bersarang, mengadulah dengan Allah. Semoga Allah sampaikan kerinduan ini kepada mereka supaya mereka tahu aku rindukan mereka :)



* Cuba kira berapa banyak perkata RINDU yang ada dalam entry ni. Hoho!





2 comments:

Unknown said...

Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik. Promosi dan GA jg sedang diadakn sempena pembukaan blog shop ini. Jangan lupa follow juga ye.. =)

Terima Kasih
http://hijab-valley.blogspot.com

Sazni Shop said...

Salam.Jom lihat dan dapatkan pelbagai produk kesihatan serta kecantikan di Sazni Shop
https://www.facebook.com/saznishop atau lawati blog http://saznishop.blogspot.com