Monday, August 13, 2012

Allah Knows Everything!






Apa yang Allah tentukan untuk diri kita, itulah yang terbaik. Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu. Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan. Kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya.

.

Suka dengan kata-kata kat atas tu. Boleh bagi motivasi pada diri sendiri. Bagi kekuatan pada diri yang lemah ni. And bagi jawapan pada persoalan yang sangat susah nak jawab. Apa pun yang berlaku, semuanya berbalik pada Allah. That's it!

Bila hati dah sesak dengan cerita-cerita sedih yang aku sendiri buat, mulalah mencari belog ni. Sebab tak tau nak luahkan kat siapa. Semua orang takkan faham la cerita yang aku buat sendiri ni. Lagi pun, tak berapa percaya nak luahkan kat sesiapa. Baik tulis macam ni kat belog. Okey jugak kan :)

Another four days to go! Lepas tu raya lah kiteee... Dah nak habis Ramadhan, baru terhegeh-hegeh nak wish Selamat Berpuasa. Huhu. Rebutlah peluang 10 terakhir Ramadhan ni untuk beribadah kepadaNya. Minta apa saja, dan doa kita akan dimakbulkan di malam LailatulQadar. Rugi kan kalau lepaskan peluang ni? 

Nak wish Selamat Hari Raya in advance. Sebab tak tau lah bila lagi nak hapdet belog lagi lepas ni. Mungkin dua, tiga bulan lagi ke kannn.. Nanti tak sempat pulak nak wish. Okey.. Mintak maaf zahir batin ye kawan-kawan. Nak hulur duit raya pun boleh! :P



Mode : Asyik nak bersedih je. Tak tau kenapa! Huh :((







5 comments:

Sally Yatiey said...

Jangan bersedih :)
Selamat Hari Raya :D

AuraFIza said...

Hee~
Selamat Hari Raya jugak! :)

aTy _faRed~ said...

selamat hari raya jugak..sama2 kite bermaafan..:)

AuraFIza said...

Selamat Hari Raya. Hati-hati balik kampung :)

zareliqa afiqa said...

Betul.. sentiasa bersangka baik dengan Allah, insyallah Allah akan bagi yg terbaik pada kita :)