Sunday, May 6, 2012

Just Read..

Ada satu cerita nak share..

One of my bff's called semalam. Mula-mula borak macam biasa je. Sampai la aku dapat tangkap semua yang dia cakap tu macam ayat-ayat sedih, ayat-ayah berserah macam tu. Dah terdetik dalam hati "dia ni mesti ada problem".

Memang betul apa yang aku agak tu. Yelah kan.. Kalau kita dah kenal seseorang tu lama, kita dah dapat tau perangai dia bulat-bulat. Macam tu lah aku dengan dia. Memang rapat. Bila dia sedih, macam aku dapat rasa walaupun tak nampak muka. Cara dia borak tu lain sangat. So, aku pun mulalah merisik-risik.



Dan inilah jawapannya.....



Okey. Dia dah kahwin lama. Dah ada anak 3 orang dah pun. Tapi rupanya baru-baru ni dia baru bercerai dengan suami dia. OMG! Sangat terkejut hokey!! Sebab baru je jumpa diorang dan diorang nampak bahagia je macam biasa. Tapi kes penceraian tu tak lama. Sebab beberapa hari lepas tu, suami dia rujuk balik. Cuma nak bersama sah sebagai suami isteri semula agak panjang prosedurnya. Sebab sekali suami dah keluarkan lafaz cerai tu, memang kena rujuk kat Pejabat Agama. Turun naik mahkamah.. Dekat sebulan baru kes selesai dan sekarang dah sah balik jadi suami isteri. Alhamdulillah...

Ingatkan dah okey semua tu. Tapi lagi sekali aku terkejut beruk dengar cerita dia. Apa sebab diorang becerai?? Sebabya suami dia tu dah jatuh cintan dengan orang lain. Tapi............. Orang tu adalah adik ipar dia sendiri. Means, adik member aku tu! Could you imagine? I was like.... Pffffffff..

Suami dia and adik member aku ni dah lama ada hubungan rupanya. Dan benda ni suami dia sendiri yang mengaku. Dia mengaku dia sayangkan adik ipar dia tu and dia memang betul-betul nak kahwin dengan 'awek' dia tu. Tak dapat aku bayangkan perasaan member aku tu. "Kau sangat kuat beb!", 

Sambung lagi kejutan! Adik member aku ni baru umur 15tahun! Budak-budak lagi. Apa dia tau! Mesti budak tu jenis melayan je. Dah orang suka kan.. Tapi pelik jugak, takkan lah suami dia tu tak boleh fikir. Haishh.. Entahlah.. Aku sendiri pun tak reti macam mana nak masukkan diri aku dalam situasi ni. So, agak susah nak tolong member selesaikan masalah dia ni. Cuma boleh tolong bagi semangat je. Sebab dia ada anak-anak kecik lagi..

Berat jugak kan? Sampai sekarang asyik terngiang-ngiang je apa yang dia cerita. Kesian dia.. Ni semua dugaan Allah. Allah nak uji sebab Allah sayang. Sebab tu kena redha. Jangan salahkan takdir. Allah takkan menguji di luar kemampuan hambanya. Tu yang kita kena ingat. Banyak-banyak berdoa yang terbaik pada Dia....

Semoga lepas ni suami dia terbuka hati untuk ubah fikiran. Amin Ya Rabbal Alamin....



12 comments:

Rafi said...

sifat manusia sememangnya begitu..dah ada yg terbaik di depan mata,masih lagi tak puas,bila dah terlepas,baru la nak terfikir dan menyesal..

AuraFIza said...

Manusia tak pernah puas dengan apa yang dia dapat. Termasuklah kita kan. Hehehe... Kena kuat iman nak lawan godaan Setannn..

fiQRa said...

rasanya macam pernah dengar 1 topik ni, kat wanita hari ini.. aduhai, rupanya mmg ada kes dalam masyarakat kita.. subhanallah.. semoga akan ada pengakhiran yg terbaik.. bergoyang arash Allah sekali lafaz cerai..

AuraFIza said...

Betul tu. Before this, selalu tengok drama je. Bila dah depan mata berlaku in reality, sangatlah sedih. Apa lagi orang yang menanggungnya kan. InsyaAllah.. Doakan yang terbaik ye. Thanks :)

Julia Johari said...

masyaAllah...hanya Allah sahaja tmpat mengadu...semoga ur best friend kuat dan tabah hadapi ujian dan dugaan dari Allah ini...moga kita semua dijauhkan perkara2 sebegini..aminnnn

AuraFIza said...

kalau saya di tempat dia pun,belum tentu saya kuat.. Berat dugaannya.. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan dari kita.. Btw, thanx dear..

Kuazue Mohamad said...

allahuakbar... tak tau nak kata.. just dekatkan diri dgn ilahi...

AuraFIza said...

Kannn.. Saya yang dengar ni pun terkedu. Speechless! Mungkin dugaan ni akan mendekatkan lagi diri dia dengan Allah.. Sama-sama doakan untuk dia k. Thank you so much!

shamyheart said...

Gila ke apa laki kwn awk?! Budak tu bru 15thun. Msh mentah. Parent kwn awk xkata apa2 ke? Bdk tu kena kaunseling dan psikokan dia sikit.
Smga kwn awk baik2 sj

AuraFIza said...

Parent kawan saya tu tau, tapi dia ingat benda ni dah settle lepas diorang rujuk semula. Kawan saya tu cakap dah malu nak mengadu kat parents dia lagi. Malu dengan perangai suami dia sendiri.

Entahlah awak. Harap suami dia terbuka hati untuk ubah fikiran. Doakan yang terbaik untuk family diorang k. Tqvm!

shamyheart said...

Maksud sy prnan parent dia utk tegur dan psik0kan anaknya yg um0 15 tu. Psl suami tu biar kwn awk yg uruskan. Kira mudah sikit.
Apa2 pn, klu brtepuk sblh tgn xkn brbunyi.

AuraFIza said...

Member tu cakap, parent dia memang psikokan budak tu tapi akhirnya mak ayah dia yang menangis kecewa dengan sikap anak dia tu. Budak tu psiko parent dia balik!

Susah nak cakap.. Tapi yang penting suami dia dah janji nak berubah. So, sama2 la kita doakan. Kesian sangat kat member ni..