Thursday, May 10, 2012

Jangan Seksa Bayi Yang Tak Berdosa!

Daripada semalam berkobar-kobar nak menghapdet. Tapi bila dah ada depan lappy, tak tau nak tulis apa. Kenapa macam tu ek?

Tiba-tiba teringat sesuatu. Rasanya dah ramai yang tau dan dah tengok video yang sangat sangat kejam. Tapi yang belum tengok, silakan tengok ye! Aku tak boleh nak tengok banyak kali. Sedih :'(


For your information :

  • Menurut PDRM, kes ini telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah pun dibuat pada hari yang sama.
  • Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada terikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Walaupun kes ini, dah berlalu setahun yang lepas, tapi rasa geram tu masih ada. Sanggup seorang mak buat sekejam itu pada anak kandungnya sendiri?? Baby lagi pulak tu. Astaghfirullah...

Tukang rakam ambil video secara curi-curi sebab dia pernah menghalang perempuan yang bernama 'ira' mendera anaknya, tapi dia pulak dibelasah. Jadi, dengan adanya video tu, dia dah ada bukti kukuh untuk selamatkan baby tu.. Mula-mula memang rasa geram gila kat tukang rakam tu sebab tak buat apa-apa. Tapi lepas dapat tau, barulah faham keadaan sebenar.

Dalam Facebook banyak gila kawan-kawan share video ni. Ramai yang komen tak puas hati sebab 'ira' hanya dipenjara 18 bulan saja!! Tak setimpal dengan apa yang dilakukan tu...




Daripada apa yang disebarkan, gambar bayi ni adalah bayi yang didera tu. Tapi tak taulah sejauh mana kebenarannya. Walau apa pun, tetap rasa tak sampai hati tengok budak sekecil ni terlantar dengan wayar-wayar kat seluruh badan. Ya Allah.. Ringankanlah penderitaannya..

Benda ni jadi pengajaran pada kita semua. Janganlah ikutkan sangat perasaan tu. Berfikiranlah secara waras. Yang penting kena sentiasa dekatkan diri pada Allah. Supaya terhindar dari sifat-sifat keji. Peringatan untuk diri sendir juga.









9 comments:

sha my heart said...

Ini kes ibunya gila. Haish, heb0h kat fb smpai msuk tv. Haha.
Mls nk k0men bnyk2. Bt ank pndai,jga xreti. Geram kat ira tu sgt!

Btw, buanglah verificati0n w0rd kat k0men. G0dek2 kat setting ya.

Tq

AuraFIza said...

Masuk paper lagi kan. Memang kecoh. Ingatkan baru berlaku. Rupanya dah setahun yang lepas :)

Oh okey. Tqvm..

Ferra Aryra said...

terhenti denyutan jantung tgk video ni. Sangat kejam... tak terkata :(

AuraFIza said...

Masa mula-mula tengok sampai menangis! Rasa macam nak masuk je dalam video, nak amek baby tu...

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

2 lah namanya manusia berhati bkn manusia!Buat mau anak x mau.tak puashati bila manusia kejam mcm dia kena 18 bulan je!

izan mama mia said...

mungkin dia ada masalah dalaman kerana seorang mama yang sebenar tak sanggup buat sampai begitu sekali pada anak yang dikandung dan dilahirkan dengan susah payah..

sha my heart said...

Ok, dh tukar setting, x ada verify kat k0men lg. Sng nk k0men. Yay. :-)

Liza Razak said...

saya menangis tgk video ni..kesian kat baby tu

AuraFIza said...

cleverspider55 a.k.a alam1cinta

Ramai jugak yang tak puas hati dengan hukuman 18 bulan tu je! Macam tak berbaloi dengan apa yang dia buat tu kann..


izan mama mia

Mungkin jugak. Ada yang cakap dia ada masalah denggan suami. Tu yang sampai jadi tekanan jiwa. Wallahualam..


sha my heart

Yeay!! Lepas ni boleh comment banyak-banyak ehh.. HAHA..


Liza Razak

Saya pun! Tak sampai hati tengok budak sekecik tu kena dera..