Wednesday, May 2, 2012

Anak Buah Pertama

Salam....

Haiyoooo... It's too long since I didn't update anything here. Hampir-hampir nak terlupa yang aku ni ada belog. Kalau belog ni sebuah rumah, for sure dah ada hantu duduk sini sebab lama sangat takde orang jenguk. Huhu..

Kehidupan sekarang.. Ermm... Errr... So far so good. Kot! Entah la. Tak banyak pun yang berubah. Macam tu je la dari sejak kahwin sampai sekarang. Badan je makin naik. Nak jalan pun dah tak larat. Haishh.. Husband sihat-sihat je. Huhu. Adehh.. Kekok la nak menulis ni. (cehh.. Macam dah 5 tahun tak hapdet! Nyampahh..)

Oh lupa nak mention. I sekarang dah oficially jadi Auntie! Dah dapat anak buah yaw! Sangat comel, sangat bijak, sangat putih melepak. Sekarang umur dah sebulan dua hari. Umur die belum sebulan, dia dah pandai nak berbual dengan kita. Kalau kita cakap dengan dia, dia pandang je muka kita. Nanti mulalah keluar bunyi-bunyi macam dia balas balik apa yang kita cakap. Cute gileeee!! Kalau time menyusu, sikit punya geram sebab tak pernah sabar. Kadang-kadang sampai tersedak dia sedut susu tu. Orang tua kata anak lelaki memang macam tu. Kalau anak perempuan mungkin sopan sikit lah kot :P


Hye! I am Muhammad Aisy Rayyan..


Sebelum terlupa, Aisy yang comel ni anak buah sebelah husband (anak adik hubby). Anak buah belah aku pulak akan menyusul bulan Ogos nanti. (anak kakak aku). InsyaAllah. Tak sabarnya!!! Dah lama tak dukung baby, tak dengar suara baby.. Sekarang ni hari-hari boleh dengar. Raya tahun ni mesti bertambah-tambah la meriah. Can't wait!!! 

Dengan adanya si baby ni lah, buatkan aku kemain rajin google barang baby online. Cantik-cantik baju baby sekarang. Macam-macam fashion. Nak-nak yang macam korean style tu. Rasa macam nak beli semuaaaa sekali. Geram betul! Tapi baju baby lagi mahal daripada baju kita yang dah tua ni. Hoho.. 

Okey lah. Cerita pasal budak ni je dah penuh satu page. Sambung lain kali pulak.

Bye!


** Surat Khabar Metro hari ni : Pengalaman menjaga Anak Kembar 4!!



6 comments:

With Julia said...

salam aura fiza...tq for visitng my With Julia blog...anyway dear, so cutelah anak buah you dear...insyaAllah dear...Allah akan bg rezeki baby nanti kt u nanti...insyaAllah kena byk2 doa ye...keep in touch always...:D

p/s anyway julia have just be follower ur blog...be my follower too ok..see ya soon ;D

AuraFIza said...

Thank you Julia!

Keep in touch :)

Kejora said...

salam


comel anak buah..
sayangi lah ank buah anda yer..

jagn jd cam dlm video nie

http://bidadarijelita.blogspot.com/2012/05/ibu-dera-anakkejammm.html

AuraFIza said...

Salam..

Yes of course! Tak sanggup nak dera-dera baby nih. Kerja gila semua tu!! *emo plak!*

sha my heart said...

Ank anugerah Allah.. :-)

AuraFIza said...

Anugerah yang tidak ternilai kan :)