Tuesday, June 8, 2010

B.U.S.U.K!!!!

Hari ini sesi meluahkan perasaan..


Aku ingat lagi zaman sekolah dulu-dulu. Zaman turun naik bas pergi dan balik sekolah. Tengah-tengah hari buta, tercongok la aku kat bustop tu tunggu bas nak balik rumah. Kadang-kadang menunggu tu boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan. Kadang-kadang je, okeh!! Kalau selalu, memang naik hangin satu badan la beb.. Tau tak kenapa seronok?? Sebab aku dapat tengok macam-macam perangai manusia ni. Itu yang buat aku terleka sampai tak sedar rupa-rupanya dah dekat sejam menunggu bas.

"Rambut sama hitam, hati lain-lain". Selalu dengar kan? Maksud peribahasa tu, dari segi luaran kita nampak manusia semua sama je. Tapi dari segi dalaman ataupun hati, semuanya berbeza. Ada yang hati baik, memang baik sangat. Yang berhati jahat, Astaghfirullah... Jahat yang teramat!! Macam dalam drama-drama tuuuu..

Sekarang aku nak cerita pasal busuk hati. Hati baik dah takyah cerita. Memang semua orang suka. Betul tak? Aku macam pelik sikit kat orang yang busuk hati ni. Kenapa ek hati dia busuk? Sebab kebusukan hati dia tu la yang membuatkan orang lain merana!! Aku rasa sebab utama mereka busuk hati adalah DENGKI, KHIANAT... Orang jenis ni memang akan buat mangsa dia tu jatuh terduduk! Selagi mangsa dia tu kuat, selagi tu la macam-macam benda dia boleh buat. Sebar fitnah... Tu la strategi dia yang pertama! Bukan hati je busuk!! Mulut pun busuk!!! BUSUK PUNYA ORANG!!!!!!!!!!

Kalaulah korang terkena dengan orang-orang yang busuk hati ni, apa korang nak buat? Bersabar? Yeee.. Itu memang dah semestinya. Tapi kalau tahap kesabaran kita tu dah di tahap maksimum macam mana?? Nak balas balik? Hurmm.. Jangan jangan.. Siapalah kita nak bagi balasan pada diorang tu. Biar Allah je yang tunjukkan. Huh.. Betul-betul bersabar ni..

Tau tak kenapa aku membebel pasal benda ni? Sebab aku sekeluarga adalah mangsanya. Hua hua hua.. Gelakkan kami!!! Chetttt..



p/s : Sekarang ni, dah nampak kebenaran satu-persatu. So, dah ada yang bukak mata siapa yang benar, siapa yang salah. Just wait and see~



3 comments:

.alie. said...

kalau busuk yang x ni x boleh nak spray bagi wangi dah..

AuraFIza said...

aah..spray banyak mana pun, tetap busuk gak!!

ika said...

ermm..better not to write it here..
coz ur words bole wat org len mara,kang others bace lg len jadi..
lets Allah return it..
kalo kite ckp mende yg same gak,so takde bezenye kite ngan diorg..
cakap smbil berfikir ye...