Sunday, May 16, 2010

Esok Jugak Aku Kahwin!!

Aku dah boleh kahwin!!! Ehh.. Bukan kahwin tuuut, okeh! Maksud aku... Aku dah boleh nikah!! Hoyeh hoyeh... Kalau ikut nafsu ni, malam ni jugak nak nikah! Muahaha..

Sebenarnya weekend ni, aku telah berkorban masa untuk attend Kursus Pra-perkahwinan. Syok wooo.. Penceramah superb! Lawak tahap maksimum. Sampai meleleh hingus kitorang gelak.. Dua hari aku bergelak sakan. Gelak, gelak jugak kan. Tapi info yang aku dapat, tetap aku akan ingat. Al-maklum laa.. Dah gatal sangat nak kahwin. Sebelum korang cakap, baik aku mengaku dulu.. Muehehe..

Ni aku nak share la sikit apa yang aku ingat sepanjang aku kat kursus tu. Ustaz tu cakap, "Awak semua kena bagi tau pada sesiapa yang tak tau.." So, sekarang aku menyampaikan amanah. Sharing is caring kan? Tak salah ;)
  • Bagi kaum lelaki... Jangan marah orang perempuan! Tak baik.. Orang perempuan ni suka dibelai-belai, suka dimanja-manja. Jangan gunakan kekerasan. Orang perempuan tak suka. Kalau orang perempuan bercerita, orang lelaki kena layankan. Walaupun hanya sekadar menganggukkan kepala atau bercakap hmmm, yeke, oooo.. Kerana dah memang realiti orang perempuan kuat bercakap, iaitu 3 kali ganda daripada percakapan orang lelaki. Contohnya, orang lelaki cakap 10 ribu patah perkataan sehari, tapi orang perempuan pulak bercakap 30 ribu patah perkataan sehari! Woaaahhhh..
  • Antara orang lelaki dengan orang perempuan, siapa yang lebih tahan sabar?? Jawapan anda..?? Okey.. Tengok situasi ini. Kalau suami isteri dapat baby. Tengah-tengah malam, baby menangis-nangis. Siapa yang bangun dulu? Orang perempuan kan? Tu bermakna orang perempuan tak tahan sabar. Dia dengar bising, dia terus bangun. Orang lelaki lebih penyabar sebab anak dia nangis pun, dia buat dek je. Dia tahan je sabar dan boleh terus tidur. Takde pun kecoh-kecoh nak bangun tengok anak. Hohoho...
  • Kita kahwin ni untuk apa? Salah satunya adalah untuk menghalalkan yang haram. Jadi, buat seks itu WAJIB. Ehem ehemm.. Tapi tahukah anda bahawa buat seks terlalu kerap atau terlalu jarang boleh menghasilkan anak yang lembap..?? Haaa.. Take note, okey! So, seelok-eloknya buatlah hubungan 3 kali seminggu, iaitu hari Ahad malam Isnin, Khamis malam Jumaat dan Jumaat malam Sabtu..
  • As we know, solat tu wajib kan? Solat tu tiang agama. Tapi... Kalau dalam rumahtangga tu, suami isteri TAK solat, rumahtangga merekan TAKKAN bahagia sampai bila-bila. Buatlah macam mana hebat pun layanan, tapi kalau tak solat, Allah akan bagi macam-macam masalah dalam rumahtangga tu..
  • Isteri JANGAN panggil suami dengan nama je. Sangat tidak sopan. Contoh, nama suami tu Najib. "Jib.. Tolong angkatkan ni" Dah macam mak panggil anak. Takde kemesraan antara suami isteri tu. Paling bagus, panggil la suami tu dengan gelaran manja sikit. Contoh, abang, papa, daddy, darling.. Awwww!! Huhuhu.. Tapi kalau suami panggil isteri dengan nama je, takpe! Tak jadi masalah. Kalau nak lebih baik, panggil la manja-manja jugak. Contoh, sayang, ayang, anje, mama.... Baru mesraaaa~
  • Dalam rumahtangga, mesti ada pasang-surutnya kan? Tergigit lidah tu biasa. Tapi kawal la biar jangan sampai melarat. Kedua-dua pihak kena jaga emosi. Kita ambil satu situasi yang selalu berlaku :
Isteri : Abang tampar la saya! Tampar la kalau berani..
Suami : Awak jangan cabar-cabar saya eh!
Isteri : Tampar je la kalau berani!
(Suami pun tampar)
Isteri : (Tergamam sambil menangis)
Sampai hati Abang tampar saya!


Adoiii.. Selalu macam ni kan? Jadi, suami isteri kena pandai bertolak ansur la ye.
Jangan lah jadi macam tu.. Pening!



Itu aje la yang terlintas dalam fikiran aku sekarang ni. Sebenarnya baaaaaanyak lagi. Tapi nanti la ye aku update lagi. Badan pun dah letih sangat. Sesekali bila teringat balik lawak ustaz-ustaz tadi, tersengih sorang-sorang pulak aku kat sini. Hahaha.. Lawak betul! Bagi sesiapa yang nak kahwin, tapi tak dapat lagi sijil kahwin, silakan la daftar cepat-cepat. Tak rugi pun. Memang banyak input yang kita akan pakai satu hari nanti. Wahhh.. Promote gituh~



p/s : Dah dua tiga kali belek sijil kahwin aku tu. Hishh.. Suka betul! Hehehe.



5 comments:

Ken Wooi said...

both husband and wife must respect each other =)

atikah said...

fiza!!! ika suke!!!! thanks post pasal ustaz 2 ckp... nk copy bole x??? ika juge mahu kawen!!! fiza, nk copy bole??

AuraFIza said...

Hehe.. Bole je.. amek laa..
kalo ayat tu nak tukar, pon boleh..
itu ayat tunggang-langgang je..Hehe..

bile nak kawen?? Nak datang!! ;P

Unknown said...

waiting for the moment fiza.. after finishing my study.. ok fiza!! nnt ika jemput! jgn xdtg plak ye!!!

AuraFIza said...

waaahh...i'm happy for u, dear!!
ehh..jap2.ika orang mane?nak kene tanya dulu..takot kalo kat sabah, pk 2,3 kali gak la nak datang.hehehe..