Wednesday, April 7, 2010

Satu Jam Setengah SAHAJA!

Helo helo.. Nak kopi ke milo..? (Intro yang paaaling simple)

Kali ni bukan contest lagi. Mungkin next next next entry, baru join contest balik.. Hehe.. Ada satu lagi contest yang membuatkan aku rasa naaaaaak sangat join. Nanti la yek ;)

Okey.. Okey... Mulakan cerita sekarang!

Semalam aku pergi Muar, atau pun kalau orang Johor panggil, Muo! Bertolak lebih kurang pukul 12.15 tengahari dan sampai dalam pukul 1.35 petang. Along bawak memang sangat laju. Dia nak buat Evolusi Segamat Drift agaknya...

Sebelum bertolak, WAJIB posing-posing dulu ;)

Sampai je kat sana, terus pergi HSBC Bank. Nak bank in duit Angah. Kenapa pergi bank in duit sampai Muo ek? Kat Segamat tak boleh bank in ke? Okey.. Kat Segamat takde Bank HSBC, so memang kena pergi Muo. Kesiaaannn Segamat kan..? Ehh.. Tapi takpe. Kat Segamat dah ada Al-Ikhsan tau! Hahaha.. I loikeee~ Tak lama lagi harap-harap ada wayang pulak. Lepas tu Secret Recipe pulak.. Ngehngehngeh.. Jadi, sekarang anda dah boleh bayangkan macam mana keadaan kat Segamat ni kan.. Tapi, kami tetap sayang Segamat. HIDUP SEGAMAT!!! Ceh.. Tiba-tiba..

Back to the story.. Haihh.. Selalu lari tajuk!! Lepas bank in duit, terus pergi makan. Kalau dah kat Muo, tak sahlah kalau tak pekena Mee Bandung Muar kan..?


Sluurrrpppp.. Sedaaap! Siapa yang tak pernah rasa, meh la datang Muar. Rasa sekali, confirm nak nak nak lagi ;P

Lepas makan, terus balik Segamat semula. Dalam Sejam setengah je kitorang kat sana. Takde pergi jalan-jalan. Takde pergi tepi laut, takde pergi shopping-shopping segala.. Pergi sana hanya untuk itu sahaja. Aku harapkan dapat shopping-shopping. Tapi mak tak nak. Sebab mak sakit perut. Jadi, sejam setengah di sana memang tidak berbaloi-baloi aku ikut. Kalau tau dari awal, baik aku duduk rumah, layan blog, layan facebook. Laaaagi syiok!

Dah tau cerita? Itulah maksud tersirat di sebalik tajuk entry kali ni.. Hehehe..



5 comments:

Ken Wooi said...

there is always other time to go for outings =)

Aini said...

mee bandung muar memang superb beb =)

MFarhan said...

hrm..Ok la 2..dpt gk rse mee bandung..tp asm pedas muo pn blh tahan gk kn..

AuraFIza said...

Aini

Yeah! Betul betul.. Takde tandingan.. Heee~

AuraFIza said...

WaLk

Asam pedas pun HOT jugak kat sana. Hari tu memang confuse gila nak makan asam pedas or mee bandung.. Lepas dahh bincang, terus la makan mee bandung.. Next time pergi lagi, baru pekena asam pedas plak.. Hehe..