Thursday, April 8, 2010

Ceritaku Yang Paling Sedih Fasal Duit

MOOD : Join Contest! Lagi dan lagi....


Novel kedua Khairi iaitu Yuda di Padang Maya tak best sebab seram sangat! Lebih baik buat cerita sedih macam ni..

Kalau nak cerita pasal duit, memang agak tertekan. Orang banyak duit pun susah hati sebab takut kena rompak. Orang takde duit, memang dah sah sah la stress kan.. Macam aku ni la..

Nak dijadikan cerita, ada la satu petang ni... Aku bawak adik-adik aku yang memang teringin sangat nak makan KFC. Masa tu, aku bukanlah banyak sangat duit. Cukup-cukup je untuk makan. Kira okey la. Better than nothing.. Tengok adik-adik aku happy, aku pun rasa bahagia je. Berbunga-bunga hati mengalahkan orang nak pergi dating dengan pakwe ;P

On the way nak pergi bandar, aku terserempak la dengan seorang makcik yang tengah memujuk anak-anaknya. Ada tiga orang. Semua kecil-kecil lagi, dalam lingkungan 2-8 tahun. Sangat tersentuh hati aku ni bila tedengar anak dia merengek kelaparan. Tapi ibunya tu takde duit nak bagi anak-anaknya makan. Ya Allah... Macam nak menitis air mata ni. Sumpah sedih!

Atas dasar perikemanusiaan, aku pun pergi dekat makcik tu dan hulurkan duit yang aku ada. Pada hal, duit tu la yang aku nak gunakan untuk bawak adik-adik aku makan KFC. But I have no choice. Memang hati aku cakap aku kena tolong jugak makcik tu. You all bayangkan la.... Makcik tu dukung baby kecil. Dua-dua belah tangan pimpin lagi dua orang anak. Lepas tu, si baby menangis. Mungkin lapar, mungkin jugak kepanasan. Lagi dua orang tu pun dah terduduk kat tepi jalan. Tak larat nak jalan sebab terlalu lapar, katanya. Bayangkan la sekarang...

Makcik tu berulang-ulang kali cakap terima kasih kat aku. Adik-adik aku pun tak marah aku bagi makcik tu duit. Diorang pun faham erti kesusahan. Lega aku bila salah seorang adik aku cakap "takpe laa.. Kita makan je la ikan kering yang kat rumah tu. Sekurang-kurangnya kita masih ada makanan lagi untuk makan.." Sebenarnya dalam hati sedih jugak tengok diorang .. Korang ada duit, belanja la adik-adik aku tu.. Huhu.. (Oopss.. Ini cerita sedih. Tak boleh gelak!)

Kalaulah aku ada duit masa tu, mesti aku tak hampakan permintaan adik-adik aku tu kan.. Hurmm..

Apa-apa pun, aku percaya... Allah akan bagi pertolongan berganda lagi satu hari nanti..


TAMAT


Amacam.. Sedih tak?? Kalau tak sedih, sila buat-buat sedih sekarang!

Sebagai memenuhi syarat penganjur contest, dengan ini... Aku meng'tag' dua orang untuk join contest ini :

  1. Ika - Join la yek. Dapat duit, bagi kat Kakya. Heee~
  2. Farihah - Kalau menang, dapat duit. Boleh beli baju baruuuu. Hehe..

** Ingat ye kamu.. Closing date - 1 May 2010! Ada masa lagi.. Boleh prepare apa yang patut. Haha..



Psss.. Khairi yang anjurkan contest ni. Blogwalking la segera ke blog beliau ;)



3 comments:

kenwooi said...

that's very kind of you =)

Mesintaip: said...

Bagus. Ini bukan cerita sedih, tapi cerita yang mempunyai moral yang tinggi. Yakinlah, wang yang awak bawa tadi adalah amanah Allah untuk awak bawa saja, dan wang itu merupakan rezeki kepada mak cik itu.

ketak ketik ketuk: Hmmm, masih lagi boikot KFC....

Khairi said...

That's how you love others more than you love yourself, aurafiza.

We can't deny that life started differently for us. Some are unlucky. Not because they did nothing to change their life, but, God, how would you turn a tonne-weight rock with hands?

Therefore, we know that we live to see others live better.

thanks for the story. :)