Friday, March 12, 2010

Yeyeyyy!!! Dapat duit SEPULUH RIBU!!!

Kawan-kawan.......

Aku nak cerita betapa riangnya hatiku ni bila diberitahu aku akan dapat duit SEPULUH RIBU. Bukan sepuluh ribu rupiah! Bukan.. Bukan!! Tapi ini RM10,000.00!!! Woooowwwww.. Sukanya!!!

Terasa bertuahnya dapat rezeki jatuh dari langit ni. Tak sia-sia aku jobless selama ni. Dalam kepala otak ni sibuk fikirkan apa yang nak dibeli. Kereta? Rumah? Baju? Persiapan perkahwinan, of course!! Aaarghhhh.. Gembira tak terkata..

Okey.. Okey..

Biar aku explain. Ini takde kena-mengena dengan buat bisnes MLM tau!! Bisnes apa-apa pun takde kena-mengena..

Tadi.. Aku dapat mesej. Dia tulis macam ni :


TAHNIAH, No. SIM Card Anda, Menangi Hadiah PROMO, dr "POWER ROOT" RM.10,000.00. No. Seri f2e57c Sila dial/Call Office : 013 893505 - MOH. ISKANDAR ISMAIL.


See!! Suka kan?? Memang sukanya hati tak terkata. Rasa macam nak call office tu sekarang!!

Nanti aku dah dapat duit tu, aku belanja korang yek. Just tell me what you want! I'll pay for it.. Okey kawan-kawan..






* * * * *




Encik Moh. Iskandar Ismail...

Kau ingat aku termakan ke tipu helah kau tu..? Kau nak tipu pun, agak-agak la kan. Aku ni minum POWER ROOT pun tak pernah. Ehh.. Bukan tak pernah. Pernah.. Tapi jarang sangat-sangat la. Nak masuk contest dia lagi la. Tak pernah langsung!! Tiba-tiba boleh dapat SEPULUH RIBU pulak. Banyak duit kau nak bagi aku sepuluh ribu tu..?? Kau dah puas gunakan nama PETRONAS, kau guna nama POWER ROOT pulak ehh.. Bijaaakk.. Bijaaaakk.. Heh.. Kau pergi la main jauh-jauh. Aku tak kuasa melayan mesej-mesej kau yang sebegitu bodoh. Terima kasih yek! Huh..



14 comments:

Admin said...

isss...mmg seronok kalau btl2 menang wang sbyk tu..tp kes tipu org ramai sgt skrg...huhuhu

maya
http://coretanmayaku.blogspot.com/

jemmy76 said...

aku pernah reply sambil maki.. sebab geram sangat..

Abd Rahim said...

Kena sentiasa berhati-hatilah..
bahaya tau..

AuraFIza said...

Admin

Siapa tak nak kn duit banyak tu..huhu.Tapi kalau kita percaya, duit kita pulak yang akan lesap 10ribu..kan dah banyak kes macam tu..

AuraFIza said...

jemmy76

Reply ke?wahh..lagi dasyat.haha..lepas reply tu, dia reply balik tak??

AuraFIza said...

Mr Kamikaze

Yup.. be careful je la stiap masa. Manusia nak tipu sekarang macam-macam cara..

Ken Wooi said...

i knew it wasnt a real 10,000 =P

AuraFIza said...

kenwooi

hehe.. Exactly!

velasrizal said...

aku pun penah tekena gak..

AuraFIza said...

velasrizal

dah ramai dah yang terkena.dan ramai gak yang percaya..hurm..

kisahsensasi said...

trick yang masih dibuat .... cume tak kerap la compare ngan tahun lepas....

AuraFIza said...

kisahsensasi

Aah..dalam paper pun dah banyak pendedahan pasal kes2 camni.harap org2 awam dah sedar dan bringat2 slalu.jgn smp kene tipu..

mesintaip said...

HHmmm, saya cadangkan awak masuk peraduan gores dan menang gerenti tak tipu punya. Senang saja. Awak beli kad reload X-pack ke yang bernilai RM 10.00. Lepas tu awak goreskan untuk ambil nombor code. Lepas tu, taip le dalam handpone awak. Gerenti dapat untung kredit RM10.00. Tak rugi pun...hehehe..

Anonymous said...

saje je nak informkan. sekarang ada sorang mamat ni guna nama rm duit sepulohcent kat facebook. baik elak2 kan berkawan dengan dia ni. ramai dah terkena..