Monday, March 29, 2010

Meow Dah Mati!

Hari ni, family aku diselubungi misteri kesedihan.. Why?


MEOW MATI!!


Dah sebulan Meow sakit. Mula-mula macam ni... Dia selalu je gaduh dengan kucing yang mana entah. Selalu je datang rumah ni cari gaduh dengan Meow. Hasil pergaduhan yang melampau tu, banyaklah luka-luka kat badan Meow tu. Sampai darah-darah.. Kesian dia..

Makin lama, luka-luka kat badan Meow makin teruk. Dan terus jadi kurap! Mungkin kena jangkitan kuman kot. Geli sangat tengok badan dia. Sekali dia kibas-kibas bulu dia, terpercik-percik serpihan daging. Ewww.. Geli memang geli. Tapi sangat kesian. Lagi-lagi bila time dia nak makan.. Mengiau-ngiau sebab sakit.. Aku tau dia seksa..

Semalam... Ambil sangkar kat rumah Inchik tunang. Sangkar tu dulu John yang punya. Dah ada sangkar tu, ayah terus bawak Meow pergi klinik. Sampai kat klinik, doktor kata Meow kena masuk wad. Ouh.. Kesian!

Tengahari tadi.... Doktor telefon ayah.Dia suruh ayah datang klinik as soon as possible. Ada hal yang nak dibincangkan.. Petang tadi, lepas balik kerja, cepat-cepat ayah pergi klinik tu... Inilah apa yang diberitahu :

Encik.. Penyakit kucing Encik dah teruk. Sebab kuman dah makan dalam di beberapa tempat. Penyakit ni sebenarnya bukan je boleh berjangkit pada binatang lain, tapi pada manusia juga! Sekarang ni cuma ada dua pilihan :
  1. Boleh terus jaga. Tapi kena beri perhatian yang lebih. Hari-hari kena basuh badan dia. Dan taruk ubat. Kos rawatan juga agak tinggi. Kesan buruknya, mungkin encik pun akan berjangkit juga dengan penyakit dia.. (woaahh... Menakutkan!!)
  2. Doktor akan bagi injection untuk matikan dia! Sebab dia akan lebih terseksa kalau hidup. Penyakitnya dah makin kritikal..
Encik fikirlah dulu lima minit. Lepas tu boleh bagi tau saya keputusan Encik..


Ayah pun serba salah juga. Tapi memikirkan keadaan sekeliling, ayah pun pilih pilihan nombor 2.. MATIKAN DIA!! Tak lama lepas tu, doktor pun keluar dari bilik rawatan. Bawak sangkar.. Dalam sangkar tu ada plastik hitam. So, faham-faham je la kan :'(





Gambar-gambar tu semua baru je aku snap semalam. Nasib baik ada jugak gambar kenangan.. Hurm.. Biarlah dia mati. Kalau hidup pun, dia dah sehabis terseksa dah..


Tamatlah riwat MEOW~



7 comments:

kenwooi said...

RIP meow..

Mesintaip: said...

Kena selsema kucing?
Setiap yang bernyawa pasti mati...(insaf)

AuraFIza said...

err.. Insaf seketika..

5h3r4 said...

i cant read the whole story cos i will easily cry...

cite la pasal ape pon.. but when it comes about CAT...

hishh... tanak ckp byk la.. nnt nangis.

ni pon dah begenang ;(

ade hikmah utk sgala apa yg terjadi kt bumi ni.

AuraFIza said...

Huh.. Soooo sad!

Bila dia TERPAKSA dimatikan tu yang jadi makin sedih..

Sunyi tanpa MEOW :'(

ika said...

ades...3 kali bace 3 kali ngs..:(

AuraFIza said...

tengok gambar kucing tu..
nampak sayu je kan..
mesti masa tu dia dah tau dia memang nak pergi jauh..
masa ayah masukkan dia dalam sangkar, dia tak memberontak pun..
Mungkin dia dah tak larat sangat. Tu yang dia pasrah je..

Yang bestnya, bini dia setia tunggu dia kat tepi sangkar..
sedih gila tengok!!