Sunday, March 28, 2010

Aku yang rajin!

Nampak title kat atas tu..? Well.. Aku memang rajin. Tiap-tiap hari rajin. Hahaha..
* Abaikan pujian bangga diri tu ;) *

Weekend ni aku ada tetamu. So, sebelum diorang datang sini, memang agak busy sikit mengemas rumah. Almaklum la.. Tetamu datang sekali-sekala. Mesti kita nak bagi layanan first class punya kan..? Kalau nak tengok first class ke tak, meh jemput datang rumah aku.. Hehehe..

Mengemas bilik tetamu memang jadi satu kewajipan. Tapi kali ni, mak aku siap tukar katil. Fuhh.. Dahsyat! Haha.. Actually, katil yang lama tu dah patah. Takkan nak suruh tetamu tidur atas katil patah pulak kan? Kesian mereka. Heee~

Jom jom tengok sesi "Deko bersama Fiza"!

SEBELUM

Bilik dikosongkan terlebih dulu. Sebenarnya habuk dan debu penuh kat lantai tu. Tapi kamera Sony Ericsson K770i aku pandai menyembunyikan kekotoran tersebut. Ngengehngeh..

Tilam-tilam pun terpaksa dialihkan buat sementara waktu..

Almari-almari dah bertahun-tahun duduk kat situ.. Memang tak ada ubah langsung..



SELEPAS

Jeng jeng jeng.. Katil baru ke tu..? Oh.. Bukan bukan! Tu katil lama. Katil baru mak dah letak dalam bilik dia. Main ngelat ek! Huhu..


Ececeh.. Siap pasang lampu tidur lagi. Bajet dah cantik sangat la tu. Hahaha..


Eh.. Macam terperasan something pulak! Tau apa..? Entry ni dah macam nak promote homestay. Selalu tengok iklan-iklan homestay kat mudah.my. Lebih kurang macam ni la. Letak gambar bilik-bilik. Cuma bezanya aku tak letak harga penginapan. Hehe..

Oopss.. Lagi satu gambar lupa nak letak..

.

.

.

Pewangi Ambi Pur jangan dilupakan. Wangiiiii ;)

Orait. Lepas hajat nak hapdate hari ni. Entry merapu pun lantaklah.. Ingat senang ke nak cari topik untuk update..?? Susah tau! Ketandusan idea setiap hari. Huhu..



FULL STOP.



p/s : Eh eh.. Mr. Nuffnang bangun! So, apa tunggu lagi... Hehehe..



6 comments:

kenwooi said...

the room looks so much comfy after setting up the bed =)

anastasyea said...

kemasnye... :D
anastasyea.blogspot.com

Mesintaip: said...

Tampak separa bilik pengantin saja. Tak lama lagilah tu, heheh..

Mr Kamikaze said...

wah pandai mengemas erk...

AuraFIza said...

mesintaip

Bilik pengantin..?? Huhu.. Bulan 9 ni memang akan ada pengantin.. But nor me! my sis ;)

AuraFIza said...

Mr Kamikaze

Totally, mak yang kemas. Org tolong-tolong sapu jek. Hehehe..