Monday, March 8, 2010

Cinta GILA bermula di sini...

Hari ni tiba-tiba rasa nak tergelak je bila teringat cerita cinta zaman dulu. Musim cinta monyet. Bila terkenang balik, rasa memang sangat kebudak-budakan. Lawak gila! Seriously, siapa yang tak pernah merasa cinta monyet, memang RUGI! Huhu..


Kisah Cintaku bermula di sini... (Love song pleaseee...)


  • If I'm not mistaken, I had started to love someone and to be loved masa umur 13 tahun. Form one, right? Masa tu bercinta dengan budak Sarawak, tapi dia duduk kat Melaka. I lap U, U lap me... Berkasih-mesra bagai.. Mula-mula guna panggilan 'orang' dan 'awak'. Lama-lama boleh TERpanggil 'papa' dan 'mama'. Hahaha.. Setahun lebih jugalah kitorang bercinta. Tapi bila dia dah balik Sarawak, semuanya putus di tengah jalan je. Lost Contact terus!
  • Masa tengah bercinta dengan Mat Sarawak tu, aku boleh kenal pulak dengan budak Perak. Dia sangat kuat cemburu. Bayangkanlah, masa tu memang aku seorang die-hard fan Kumpulan Ruffedge. Dan ahlinya yang paling aku minat adalah Amir. Budak tu punyalah cemburu! Marah aku kaw-kaw punya. Alasannya, nama dia Amir.. Buat apa nak minat Amir lain.. Hahahaha.. Gampang sehh! Tapi sampai sekarang kitorang still contact lagi. Masing-masing dah matang kan.. Gelak je la kalau ingat balik.. Hikhik..
  • Next, kenal pulak dengan anak murid ayah aku! Adoihh.. Memang gila. Dia kutuk bapak aku gila-gila. Last-last mintak couple dengan aku. Budak-budak kan. Mana fikir banyak. Orang dah suka, terima je lah. Haha. Gilak! Sekarang budak tu dah pun berkahwin. Baru je hari tu. Dengan mamat ni pun hubungan kitorang okey jugak sampai sekarang..
  • Lepas tu, kenal pulak dengan budak Kluang. Dengan budak ni memang aku paaaaling suka. Rasa macam bukan cinta monyet je. Huhu. Dia handsome. Tak sepadan dengan aku. Lama jugak kitorang couple. Daripada sekolah sampai lepas sekolah. Satu hari, kitorang gaduh sebab aku melayan member dia. Pada hal member dia ni la yang kenalkan aku dengan dia. Daripada gaduh kecil sampai la gaduh besar.. Last-last masing-masing terus diam. Tak lama lepas tu, jumpa balik. Couple balik.. Hahaha.. Tapi sekarang ni kitorang dah ada haluan hidup sendiri. Gatal-gatal sikit tu biasalah.. Muehehe..


Uihhh.. Banyak jugak cinta monyet aku ni kan. Umur tengah nak membesar kan. Orang bercinta, kita pun nak bercinta jugak. Orang ada pakwe, kita pun nak ada pakwe jugak. Orang dating, kita pun nak dating jugak. Haihhh.. Mengada-ngada betul. Tapi yang bestnya, sampai sekarang hubungan kitorang masih lagi kawan-kawan macam biasa. Perkara lama memang kitorang anggap mainan kanak-kanak ribena je.. Hehehe..

Seronok tau bercinta, tapi masa tengah bahagia la. Cuba masa tengah bergaduh or clash, macam orang gila dibuatnya. Hahaha.. Sebab tu la aku cakap rugi siapa yang tak merasa cinta monyet.. Hikhik..



p/s : Boleh terfikir nak post entry ngarut ni sebab terjumpa surat-surat cinta zaman dahulu kala. Dulu-dulu tak pakai handphone lagi. Tulis surat je la. Baca surat tu la yang buat aku teringat kat diroang tu semua. Huhu..



8 comments:

~kuyam~ said...

hahaha..I sekali ja cinta monyet sbb feeling nak bercinta itu sgt2 la kurang.p throughout ur story here,I can see da similarities in our kisah cinta monyet.hihi :D

AuraFIza said...

sekali je?alamak..malu pulak i bercinta monyet banyak2 kali.hehehe.. Cinta monyet semua sama je kot ;)

-aTie- said...

hahaha kalo nak anggap cinta sekarang ni cinta monyet boleh x?..hahaha

-->>thanks fiza~~ berkongsi rasa..itulah kita manusia. kejap d atas kejap d bawah. atie pun begitu. terima kasih terjah blog atie.

Khaizarien @ atie Blog

AuraFIza said...

Cinta sekarang ni cinta monyet? haha.. Kalau tengok umur kita, tak sesuai kot! hehe..

admin said...

mengembalikan kenangan silam eh..

bellar0ssa said...

huhu bnyknye cinta monyet.tak pernah merasa bercinta monyet.pernah rse sekali..dan mudah mudahan kekal.hehe

AuraFIza said...

admin

aah la..kenangan zaman budak-budak.kelakar...

AuraFIza said...

bellar0ssa

Cinta monyet dan kekal sampai sekarang la eh? wahhh.. Bagus la.. Semoga jodoh kekal ye ;)