Thursday, February 4, 2010

Nama anak artis

NORHAFIZA.. Sedap kan nama aku? Ringkas.. Senang nak ingat. Makna pun baik.. Chewahh.. Puji nama sendiri beb! Kira ok lah. Daripada puji tuan punya nama. Kang juling pulak mata korang membaca puji-pujian tersebut. Muahahaha..

Hasil daripada blogwalking yang melampau banyaknya, aku terjumpa la nama-nama anak artis yang agak different daripada nama-nama kita ni. Nama pun ARTIS kan. Mestilah semuanya nak hot-hot belaka. Sampaikan nama anak pun nak hot.. Tak percaya? Meh tengok ni haaaa...

Ary Malik - Nuhr Zoe Imaan, Pelangi Timor & Ratu Chinta
Azhar Sulaiman - Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin & Kasih Iris Leona
Datuk Jins Shamsuddin - Putera Hang Jebat & Putera Hang Nadim (klasik kan??)
Fauziah Latiff - Jeffrey Joaqium Indot & Jeremy Jay Indot
Melly Goeslow - Anak Lelakiku Hoed & Pria Bernama Hoed (Paling unik..)
Zami Ismail - Mohd Hitler & Ahmad Yamashita
Aidit Alfian - Cahaya Deeni, Teguh Budiman & Indah Fitriati
Awie - Putera Ahmad Merrah

Dah percaya?? Aku tak cakap nama anak diorang tak sedap, okey! Memang best. Lain daripada yang lain. Tapi bila anak tu dah besar. Kesian la kot.. Nak panggil tu macam susah sikit. Bagi aku la.. (Baru la terasa bersyukur sangat-sangat ayah dan mak bagi nama yang best kat aku)..

Ehh.. Ada lagi. Yang ini nama best. Nama panjang tapi tak berapa pelik la.. Boleh letak untuk nama anak korang pulak. Hoho..

AC Mizal & Emylia Rosnaida - Muhammad Reeve Damien & Fea Eryssa
Hana Elite - Aaron Daniel & Alayna Daniella
Linda Rafar - Rezaril Keiflin & Rezaimen Keiflin
Norish Karman - Muhammad Haqiem Amany, Muhammad Hady Amieran & Nur Hanyz Amanda
Rusdi Ramli - Effiezal Ridza
Sheila Majid & Acis - Khadeja Zaireen Murshim & Khalefa Laila Murshim
Zakiah Anas - Aiman Muzammil, Amir Muzhaffar & Ashfeeya Myazarra

Best kan kan kan?? Aku pulak yang excited nak dapat baby.. Haha.. Tiba-tiba..

Apa-apa pun, aku nak nasihatkan. Kalau nak pilih nama, pastikan nama tu ada makna. Baru elok. Elakkan pilih nama yang tak ada makna or maknanya tak elok. Contohnya, Wati. Maknanya memang tak elok. Maaf pada sesiapa yang bernama Wati. Bukan nak kutuk atau nak buruk-burukkan anda. Jangan salah faham ye.. Takut ni. Kang salah cakap, habis kena gam! Huhu..

Nama anak aku nanti, aku akan pastikan namanya dimulakan dengan Muhammad untuk lelaki dan Nur untuk perempuan.. Lepas tu akan ada dua nama lagi. Cadangan nama dah ada dah. Ngehngehngeh.. Sukaaaa~



7 comments:

Pretsel Maker said...

Nanged Your Ads
Nang My Ads Too
http://pretselmaker.blogspot.com/

HEMY said...

tu dia nama...yg penting baik maksudnya

AuraFIza said...

btol2..
baik maksudnya, InsyaAllah.. anak pun jadi baik nanti kan..

bellar0ssa said...

itulah.nama ni memgang peranan yg sgt besar..sedikit sebanyak mempengaruhi kelakuan anak2.. napelah pelik2 name nye. timor pelangi.buruknye..mohd hitler?? esh xbetol diorg ni..

AuraFIza said...

haha..tu la kan..
pelik tapi benar..
lepas ni ntah nama ape pulak kuar..
gunung? bukit? salji?

;)

~ ReD ~ said...

betul tu...pilih biar yang padan..:)

nama anak rossa lagi laa... ridzki langit ramadhan mende ntah..hihi

berseni betul nama anak artis ni..hihi

Anonymous said...

kesian kalau nama anak pelik2, bila besar kena ejek bila nak masuk darjah 1, budak kecik mane lah nak paham kan. aku selalu bayangkan, kalau nama dia modern gile plus canggih2 punya name, mesti lawa gile, tapi tak ke kesian kat budak tu kalau dia tak secantik seperti yang dibayangkan, bukan nak kata, tapi cuba bayangkan, nama 'natasha ixora melissa' tapi bila tengok rupa sebenor, ala2 makcik kat kampung tu. sah2 kena paku dengan budak2 kat sekolah. budak2 zaman sekarang mulut laser2, jangan memain.

bukan nak memperlekehkan, tapi cuba lak fikir, tak ke kesian kat budak tu nanti besar2 nanti apa pulak budak2 lain kata kat dorang nanti, nama bukan main lagi, tapi rupa, alahai.

just my point of view, no offense.