Si dia selalu cakap "I Love You".. Si dia selalu cakap sayang-sayang bagai. Tapi boleh percaya ke si dia memang betul-betul sayang? Kadang-kadang mulut cakap lain, hati cakap lain. Ada yang mulut manis semanis-manis madu. Tapi rupanya hampeh sehampeh-hampeh umat! Dah dah.. Malas nak berintro panjang lebar. Meh kita tengok siapa yang kena. Heee~
- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya. Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu. Kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi dia akan cuba minat jugak.
- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu kerana dia bimbangkan tentang kamu, ambil peduli tentang kamu.
- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Dulu teringin sangat ada someone yang buat segala-galanya untuk aku. Bila dah dapat, aku mensia-mensiakannya. Sumpah, aku menyesal! Tapi dah tertulis aku akan dapat lebih baik darinya. Alhamdulillah.. Aku dah jumpa hidup baru and I'm happy with my new life ;)
p/s : Pernahkah ada orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut.. Confirm kamu akan menyesal!!
6 comments:
betul tueee
aa..btol btol btol ;P
kalau dia yang sia-siakan kita macam mane?
isk3.
Uhh.. Lagi sedih. Lagi complicated..
Dia yg akan nyesal!
tuh ler.. kite mmg syg die... mybe da jth cinta ngan sikap die yg ambil berat akn diri kite... tp tu la... kat mulut ckp len kat ati ni tuhan je tau... die taw yg kite syg die.. tapi nape die wat xtaw je kat kite... sedey..=(..
menyesal ke die sia2kan kite???
laki memang ego.kadang2 dia takkan tunjuk pn yg die syg kita.apa lg nk ckp yg die syg..dia buat kita macam syiok sndri je kan.tapi pcaya la satu hari nnt, ego dia msti akan jatuh jugak sbb dia takot kehilangan kita..
kalau kta mmg btol2 cnta dia, mmg dia akan menyesal sia2 kn kita..
Post a Comment